bab 32

Romance Completed 61355

Majlis yang berlangsung itu sungguh meriah sekali,Datuk Raziff bersetuju mengadakan dua majlis sekaligus,majlis doa selamat dan majlis harilahirnya yang ke 62.

Meskipun diusianya yang sudah menjengah angka lebih separuh abad Datuk Raziff tetap bergaya.

Aku semestinya insan yang paling senang dengan keputusan Zayne mengutarakan hasrat pada Tok Ayah untuk menjemput Mak dan Erman ke majlis ini.

Sambutan yang begitu meriah dihadiri oleh golongan ternama dalam bidang perniagaan bertambah lagi kemeriahannya.

Mungkin inilah pengalaman yang pertama dalam hidupku menghadiri majlis sebegini.

Malam ini aku memakai dress labuh berlengan panjang berwarna merah,tentunya pilihan si suami tercinta sedondon dengannya .

"thanks abang" dia merangkul pingangku dan mencium ubun ubun ku.

" sama sama,sayang ok ker ni berdiri lama lama"

" kejap lagi kalau penat sayang rehatlah,jap abang, sayang nak pergi kat Mak dan Mama "

"ok,abang pun nak ke sana kejap,nampaknya Mr Thong dan anaknya David baru sampai tu"

"Mak,Mama" sapa ku sambil memeluk keduanya dari belakang.

"cantik menantu Mama,jom duduk sini" pelawa Mama.

"Mana ada ,biasalah Mama" muka ku mula merona merah bila di puji .

" Mak...alang alang Mak di sini kan...esok Mak buat nasi lemak,Eryna teringin lah...dah lama.."

"hmmm...mengidam lah ni....Zayne dah bagitahu Mak semalam lagi masa Mak baru sampai ,dia yang cakap anak ibu ni mengidam nak makan nasi lemak yang Mak buat,sampai merajuk tak boleh balik kampung"

"tu la..abang tu asyik sibuk jer"

"Zayne memang macam tu,dia kalau kerja terlalu fokus sangat kadang kadang dia sampai nak makan pun lupa,tapi sekarang ni Mama suka sangat bila tengok dia dah tak macam dulu,Mama bersyukur sangat yang Eryna ni jadi menantu Mama" Mama memegang tanganku.

"Mama,sebenarnya Eryna yang patut berterima kasih pada Mama dan keluarga sebab sudi terima Eryna dalam keluarga ni"

"betul tu Puan Marina,saya pun patut berterima kasih pada semua sebab jadikan Eryna ni menantu keluarga ni"

"mama,boleh Eryna tanya?" Puan Marina sedikit mengangkat keningnya .
" tanyalah..apa dia?"

" kenapa ya abang Zayne tak suka balik kampung...tiap kali Eryna ajak mesti bagi alasan,selalunya yang tak masuk akal"

Puan Marina sedikit tergelak. aku dan Mak berpandangan hairan.

" ada sebabnya tu..."

" sebab..sebab apa ma" aku mula berminat mengorek rahsianya.

" dulu masa umur dia dalam sembilan tahun balik kampung masa raya kalau tak silap Mama,hari raya ,jalan dengan kawan kawan pagi raya pergi ziarah ikut kawannya ,seronok bukan main...turun pagi petang baru balik,lama kami di rumah ni risau petang tak balik lagi...elok nak turun cari kawannya datang beritahu yang Zayne ni kena kejar kat tebuan masuk sungai terjun dalam sungai nasib tak lemas sempat orang selamatkan,rupanya masa balik dari berjalan tu diorang singgah main kat sungai dan salah sorang dari kawannya tu baling nak ambil buah tapi terkena sarang tebuan,dia yang tak tahu apa apa ni ,terpacak kat situ,maklumlah orang bandar tak biasa,tengok kawan dia terjun dia pun terjunlah jugak...yang kawan ni pun bukan pandai sangat berenang ,nasib baik kebetulan ada yang lalu nampak diorang...kalau tak tak tahulah mama"

panjang lebar kami mendengar cerita dari mama

Aku tergelak .

"tapi kan Ma,dia jadi fobia ker?kalau kira tak ada pun kaitannya..tebuan dengan kampung" aku terfikir sejenak.

"betul jugak tu..pelik kan" kami bertiga ketawa.

"alasan dia lah tu....", sambung mama.

"tapi kan Mak kampung kita mana ada tebuan pun...abang tu saja jer..., sebabnya kat kampung tak ada penghawa dingin...betul tak Mama?"

"tu juga salah satunya..Zayne ni memang alah dengan panas,"

Aku mengangguk dan tersenyum.Betullah tu alasannya ,tapi dia tak pernah sebut pada ku,apa sebabnya,hari ini baru aku faham ceritanya .

"takpalah Mak,nanti balik kita masukkan acon ya kat rumah,kalau dia bagi alasan lagi siap dia"
Mama dan mak tergelak melihat gelagatku membuat aku termalu sendiri.

"Mak,Mama,Eryna pergi dulu ya,kawan kawan pejabat nampak dah sampai tu,nak sapa diorang jap" aku minta izin apabila nampak kelibat rakan sekerjaku mula melangkah masuk.

"hai semua" sapa ku riang.

",Puan..ya Allah cantiknya" ujar Lisa teruja bila melihatku.

" biasa jer lah..jom jemput makan..terima kasih sebab datang"

" kitaorang ni sebut jer majlis pasti datang punya,mana Tuan Zayne?"tanya Alia.

"tadi dia kata nak jumpa Mr Thong....hah tu dia" mata aku terhenti pada kelibat Sarah menuju ke arah Zayne.

"Puan...tu bukan ker cik Sarah" tanya Lisa dengan mulutnya.

"betul lah tu dia,lama kan kita tak jumpa dia" balas Alia.

"tetap mengancam dan seksi kan?"

Alia menyiku Lisa bila tengok wajahku berubah,isyarat agar menyuruh Lisa dari terus bercakap pasal Sarah.

"korang makan dulu ya..nanti nak balik jangan lupa jumpa saya dulu"

Aku terus berlalu meninggalkan mereka menuju ke arah Zayne yang sedang rancak berbual.

Betullah kata orang lelaki kalau jumpa geng bini di sebelah pun lupa.

" hai beautiful angel" sapa satu suara dari sisi.
Aku terkejut dan tergamam.
Langkahku terhenti.

"Mr...Mr David" balas ku tergagap.
Bila masa pula dia ada di sini sedangkan tadi dia ada jer dengan Zayne .

"tadi bukan ker you dengan my husband"

"ya...I ambil makanan,jom join us"

"wah...tak sangka ya suami kat sana ,wife sedang elok jer dating kat sini" datang pula Sarah menyapa kami.

" Sarah..." David yang tadi berdiri depan aku agak terpegun bila melihat Sarah.

Ya lah kan lelaki mana tak suka bila tengok perempuan seksi depan mata dengan wajah penggoda itu.

"mana ada...ni ...."belum sempat aku menghabiskan kata,Zayne pula datang menyapa.

"hai sayang" datang Zayne memeluk pinggangku dari belakang.

"abang..." aku terkejut,bukan saja aku tapi David juga nampak terkejut.

Sarah tadi memerhati kami mencebik .

"wah memang romantik you Mr Zayne"

"Mr Zayne ,you tak nak kenal ker sapa ni?" soal David tuju kepada Sarah.

"oh ya..ni kenalkan Sarah my cousin"

"and..ex girlfriend",segera Sarah menghulurkan tangan kepada David.
Tekan Sarah laju dan tersenyum sumbing padaku.

" wow..keluarga you ni cantik dan menarik semua ya.." salam disambut.

" ex cantik and wife lagi cantik" pujinya sambil mengerling ke arahku.

Aku segera mengalihkan pandangan ke arah lain.

" sayang jom" Zayne meraih tanganku.

Sarah menjeling.

" sorry ya ,nak teman kan wife makan kejap,she's pregnant so makan kena on time"

" wah...she's pregnant ker,congrats...patut pun berseri seri" tak habis habis David memuji aku,naik cuak aku dibuatnya.

" mengandung...emmm" getus hati Sarah.

" Thanks..enjoy ya..." terus kami meninggalkan Sarah dan David yang nampaknya selesa bersembang.

Sesuailah tu,sorang penggoda dan sorang lain suka mengayat.

" abang..sayang memang tak.suka lah David tu"

" kenapa pulak ?" sambil kami duduk menikmati makanan.

" ya lah selalu jer puji sayang..gatal" aku mencebik.

Zayne tergelak besar.
" abang..." aku mencubit perutnya.

" sakit sayang"

" padan muka sapa suruh gelak kan dah kena"

" dia puji ok...jangan dia sentuh sayang abang sudahlah"

kalau disentuh yang seketul bak bidadari ni memang cari nahaslah.

Tapi sememangnya jiwa jantannya tergugat juga bila tiap kali berjumpa David tidak mengalihkan pandangan dari terus menatap Eryna,depannya pun berani inikan pula di belakangnya.

Dasar lelaki.hidung belang.

Lepas ni rasanya dia harus mengelak dari isteri kesayangannya itu terus bersua muka dengan David,tapi rasa lepas mungkin lebih kerap mereka akan berjumpa.

Tapi kalau boleh dia akan elak.

Suasana majlis yang kali ini di ada kan di rumah Datuk Raziff sendiri ,majlis yang berlangsung dari petang sampai malam itu kini beransur reda apabila tetamu sudah mula meninggalkan majlis dan yang tinggal hanya beberapa jiran dan juga ahli keluarga.

" terima kasihlah Datuk sebab sudi buat majlis kesyukuran ini bergabung pula dengan majlis datuk" ucap Puan Nora selepas majlis.

" betul tu Tok Ayah,kami sangat terhutang budi pada Tok Ayah sebab sudi gabungkan majlis ni" aku menyambung.

" ish..apalah ,tak payah nak berterima kasih sangatlah ,Tok Ayah suka,lagi suka tau selalu buat majlis keagamaan macam ni,baru berkat,kita kan keluarga"

Kami melebar senyum.
" Puan," panggil.Lisa sambil melambai tangan ke arahku.

" laa..saya ingat kau dah balik..mana Alia? soalku bila tidak kelihatan Alia bersama Lisa.

" dia dapat panggilan dari rumah tadi,ada emergency"

" ooo..jadi ni kau dah nak balik ker?"

" ya ,ingat nak telefon grab jap,tadi datang ngan Alia,dah dia balik dulu" ada riak kecewa di wajah Lisa.

" ok macam nilah..kejap" aku memanjangkan leher mencari kelibat si handsome bergelar suami.

Tak jumpa jugak,jadi aku terpaksa menggunakan teknologi yang canggih lagi cepat dan mudah.

Lisa hanya memerhati hairan.

" abang..please datang kat sayang kejap"pintaku.

Sejurus selepas itu muncullah si dia dengan muka mengah.

",ish abang ni..berlari ker?"

", ya lah dah sayang panggil macam ada kecemasan,ada apa?" soal Zayne dengan suara tersekat sekat.

"tak ada apanya,cuma nak suruh abang ker,siapa hantar Lisa ni..tadi Alia ada kecemasan jadi buru buru kena balik"

Zayne memandang Lisa yang dari tadi berdiri tanpa kata.

Lisa sedikit tertunduk,faham dengan renungan majikannya.

Zayne ternganga,ingatkan nak suruh apa,rupanya nak minta tolong hantarkan Lisa.

Zayne menggaru kepala yang tidak gatal,mencari idea untuk menolak takut si isteri dan staff kata sombong pulak ,kebajikan pekerja pun nak kena jaga.

"aduh,datang boleh,balik nak kena hantar la pulak" gumamnya sendiri.

"abang..apa nya fikir lagi,jom lah kita hantar Lisa,bukannya sayang suruh abang hantar sorang"bahu Zayne ditepuk.
Zayne tersentak dari lamunan.

"jap abang ada orang yang boleh hantarkan Lisa balik" tak semena dia dapat idea bila nampak kelibat sepupunya Mikael.

"Mike!"laung Zayne memanggil dan melambai ke arah sepupunya itu.

Langsung Mikael datang.

" Mike aku nak minta tolong kau hantarkan Lisa balik boleh?"
Mikael melirik sebentar pada si gadis di sebelah Eryna.

" aku?" jarinya menunding ke dirinya sendiri.

" tak, kat mamat bangla sebelah rumah kau" tempelak Zayne.

Aku dan Lisa pecah tawa.

" kenapa aku pulak,Lisa tadi you datang dengan sapa?" disoalnya pula Lisa.

" Mike..kau hantar lah dia jap,dia dah kena tinggal,tadi,apalah salahnya kau jadi gentleman hantar si gadis ni balik,sambil tu bolehlah kau berkenalan" lirik Zayne padaku.
Aku menguntum senyum,faham maksud Zayne.

Mikael mengeluh kecil.

" tak apalah Tuan,Puan ,saya boleh jer naik grab" suara Lisa seolah merajuk.

" tak boleh...kau jangan berkira sangatlah Mike..."

" tak pa lah abang kalau Mike tak nak kita jer hantar" aku menarik tangan Lisa.

" nanti..baiklah...aku hantar" Mikael menghalang.

Dia tahu sepupunya itu saja nak kenakan dia.

Tapi tak salahkan kalau dia bersifat gentleman sikit depan perempuan ,lagipun Surialisa ni cantik,menarik dan tertarik dan yang paling penting seksi.

Fuh fikiran jahat selalu seiring di kotak kepalanya.
Aku dan Zayne berpandangan dan Zayne mengangkat kening dan mengukir senyum.

"abang memang nak suruh Mike hantar ker ada agenda lain?"soalku pada Zayne bila mereka berlalu.

Zayne hanya ketawa dan memeluk pinggangku.

"dua dua lah sayang...apa salahnya dia orang kan single minggle lagi" satu kucupan singgah di pipiku.
Aku menampar bahunya,dia ni kalau nak romantik memang tak kira tempat langsung,nasib tetamu sudah ramai yang balik kalau tak ,tak pasal pasal tayangan percuma.

Sementara itu nampak kelibat Tok Ayah melambaikan tangan ke arah kami dan segera kami mendapatkannya.

"ni Zayne,Eryna malam ni bermalam di sini ya" pinta Tok Ayah .

Aku dan Zayne berpandangan.

"tapi Tok Ayah ...kitaorang ni tak bawa baju salin" Zayne mengelak.

Aku hanya mengangguk.

"alah...setakat baju tu..baju Tok Ayah pun boleh pakai.."

Zayne mungkin boleh pakai baju Tok Ayah,habis aku ni nak pakai baju sapa? jadi pompuan ni rumit,ada baju besar,ada baju kecil,ada seluar besar dan ada seluar kecil,lelaki boleh jer tak pakai pakaian dalam.

"hah,Eryna pun boleh pakai baju arwah Tok Mak,ada lagi beberapa pasang baju kat dalam almari tu yang tak sempat arwah pakai,sayang pulak nak bagi kat orang,niat nak serahkan pada cucu..tu pesan arwah" Tok.Ayah berjeda.

"macam mana sayang?"bisik Zayne.

"Tok Ayah pun dah ajak ibu dan adik Eryna sekali...esok boleh lah kita makan sarapan sama sama" celah Tok Ayah.

Kami tahu arahan Tok Ayah jarang boleh kami langgar,lebih pada arahan komando lagi.

"ok lah...lagi pun sayang pun rasa penatlah abang...kaki ni pun dah lenguh dah",rengekku manja.

Nak atau tak Zayne terpaksa setuju,tapi aku pun memang tak nak tapi ni rasanya pertama kali aku bermalam di rumah agam yang tersergam indah ni.

Tok Ayah melebar senyum,dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience