bab 19

Romance Completed 61355

Aku bangun sementara Zayne masih lagi di pembaringan ,tentu lenguh lengannya semalaman menjadi bantal tidur ku.
Aku tersenyum melihat wajah tampan yang tidur tak berbaju itu,badan sasa yang selalu aku dambakan,aku rindukan setiap saat dan tika..,begitu indah mainan takdir yang Allah aturkan buat kami..semoga berkekalan sampai nyawa kami yang terakhir.

Aku tersenyum sendiri,wajahnya aku renung dan tidak pernah puas menatapnya..,siapa yang tidak terpikat dengan wajah yang indah ini...

Perlahan aku bangun agar si dia tidak terjaga dari lenanya..

"sayang.."fikiran ku meleset sama sekali baru saja cuba bangun tanganku di tarik sampai aku terduduk kembali.

'abang...sayang nak bangun ni...jadi tadi lagi lah abang sedar?"

"emmm...abang yang dulu jaga dari sayang...nak bangun macam mana lengan kita yang dia jadikan bantal"

"sorry...lengan abang tu best lagi daripada bantal ni buat tidur jadi lebih nyenyak....jomlah bangun kita solat sama sama"

"morning kiss please dah la malam tadi tak dapat.."rengeknya manja.

"mandi lah dulu....solat...nanti kita sambung boleh"

"nak sekarang"dia mula buat muka comelnya,membuat hatiku tergoda.

Satu kucupan singgah di pipinya.

"pipi jer?"Dia merajuk.

"ya lah...bangun mandi ,gosok gigi...boleh?"aku terus bangun melepaskan pegangan tangannya.

"sayang...tunggu"jeritnya dari luar,aku hanya tergelak mendengar jeritannya.

Usai mandi dan kami solat berjemaah seperti biasa.

Selesai melipat telekung sembahyang aku baringkan badan sebentar di atas tilam.

"sayang ok ker?"tanya Zayne bila lihat aku kembali baring di atas katil.

"nak baring kejap...awal lagi kan?"

"emmm...kalau sayang tak larat duduk jer kat rumah...lagi pun hari ni jadual kita tak ada kerja luar kan?"Zayne mengangkat kepalaku dan diletakkan di atas pahanya.

"boleh ker?"tanya ku bila terasa badan terlalu lemah untuk bekerja.

"iya...abang pun risaulah tengok sayang macam ni...jangan paksa diri ok...baby ni pun perlukan rehat...abang faham..."perutku diusap lembut.

"tapi...nanti sayang rindu abang nanti macam mana?"dagunya yang mula ditumbuh jambang aku gosok.

"rindu ya...buka lah galeri phone...buka tengok gambar abang...kan senang..tak pun kita vc..."

"tak sama...kalau depan abang lain...boleh peluk..boleh cium"

"emmm....semakin gatal ya ibu mengandung ni...selalunya mengelak jer kalau abang nak peluk cium.."dia memicit hidungku.

"baby yang rindu..."sekilas dia mencium bibirku,membuat aku tergamam....

"tuntut janji tadi.."dia tersengih.

"pandai ambil kesempatan dalam kesempitan ya"

Dia tergelak dan aku juga turut tergelak bersamanya.

"jom sarapan..."aku mengangguk dan kami terus turun.
Selesai sarapan ,hari ini hanya Zayne yang ke pejabat kerana aku tidak rasa untuk ke pejabat hari ini.

"untungkan jadi isteri bos...bila bila masa boleh cuti"ujarku .

"ni special kes jer...sebab baby...kalau tak abang tak bagi lah...ok abang pergi dulu...jaga diri elok elok ..kalau ada apa apa call abang"pesan Zayne sebelum pergi seperti biasa kucupan lembut singgah di ubun ubun ku.

"ya...abang pun hati hati drive...ingat sayang dan baby ..."aku terus menyalaminya dan tersenyum sampai dia hilang di pandanganku.

"selamat pagi Tuan Zayne"seperti biasa Badrul orang pertama yang akan menyapa bila Zayne masuk ke pejabat.

Selaku pengawal yang setia selama 5 tahun menjadi pekerja Zayne.

"selamat pagi"selalunya Zayne sememangnya tidak pernah berbual lama cuma mengangguk dan senyum.

Terasa kekok bila pagi ini dia melangkah masuk seorang diri,selalu ada juga Eryna yang sentiasa berkepit dengannya.
Boleh dia berjalan megah di sisi bidadari kesayangannya.

"selamat pagi Tuan Zayne,Puan Eryna tak datang ke?"sapa satu suara yang amat di kenalinya.
Dia menoleh seketika.

"selamat pagi..Puan Eryna cuti...tak sedap badan"Zayne sekadar mengukir senyum dan berlalu pergi tidak terus berlama bercakap dengan Lisa yang sememangnya terkenal dengan Minah gepoh.

"Tuan...Tuan Zayne...sekejap..."Zayne kembali menoleh.

"ada apa?" sekeping sampul yang berwarna coklat muda di hulurkan kepada Zayne.

"apa ni?"Zayne mengerut kening .

"entah semalam ada budak penghantar bagi...selepas Tuan dan Puan balik"Lisa hanya mengungkit bahunya.

Zayne pula hanya mengangguk dan terus berlalu pergi tanpa kata.

"sapa yang hantar?"bisiknya.

Sampul coklat itu di buka perlahan.

Dia meraup beberapa kali mukanya apabila melihat beberapa keping gambar masa lampaunya bersama Sarah.

"apa kau nak Sarah"dia mengetap bibir geram.

Telefon yang berada di poket seluarnya di keluarkan.

"Sarah jumpa aku sekarang tempat biasa"talian di tutup tanpa menunggu jawapan dari Sarah.

Tempat biasa yang menyaksikan percintaan mereka empat tahun yang lalu.

Beberapa keping gambar tadi dimasukkan kembali ke dalam sampul dan dia terus meluru ke luar.

"Tuan Zayne..."sapa Alia.

"apa?"muka marahnya tidak dapat dilindungi lagi.

"hari ni pekerja baru masuk..Tuan tak nak jumpa ker?"tanya Alia dengan terketar ketar takut bila tengok muka Zayne yang dalam kemarahan.
Sudah lama Tuan nya tidak berkelakuan sebegitu.

"aku ada hal..kau settle dulu.."Alia hanya berani mengangguk tanpa kata

"kenapa tu..pagi pagi mood tak elok"tanya Alia pada Lisa yang dari tadi terpacak di depan mereka.

Beberapa pekerja yang baru masuk sempat melihat ketegangan Zayne tadi.

"entahlah..masuk tadi elok jer...keluar macam tu pulak..."ujar Lisa yang kehairanan.

"gaduh dengan wife ker?"

"tak kut..ni mesti ada something masa buka sampul tadi_"

"sampul?"

"tak ada apalah ,aku ada kerja..."Lisa terus berlalu pergi tidak mahu terus bergosip lagi.

Hampir setengah jam Zayne termanggu dalam menahan kemarahan .

"hai darling...dah lama tunggu...datang sorang...mana wife you?"sapa Sarah mesra.

"duduk..!!suara keras Zayne menekan suaranya.

"relax la..pagi pagi nak marah macam ni tak elok..."

"aku tak marah tanpa sebab..sebabnya kau!!marah Zayne semakin berapi bila lihat muka ngada ngada Sarah.

"yang you nak marah marah sangat ni kenapa?apa salah I?"tanya Sarah seolah tidak tahu.

"ni...apa motif kau hantar benda ni!!sampul coklat itu dibaling tepat di hadapan Sarah.

Dia tersenyum sinis dan mencebik.

"kenangan kita...kenapa?"memang dasar perempuan tak tahu malu.

"please lah Sarah..apa yang kau nak lagi daripada aku hah...hubungan kita dah lama putus..dan aku dah lupakan kau...cukuplah penyeksaan yang aku rasa selama kau pergi tinggalkan aku,sekarang kau balik nak seksa aku lagi!!kuat dia bersuara sehingga memecah kesunyian restoran itu.

Untung waktu ini sudah lepas waktu sarapan hanya ada beberapa orang sahaja yang ada sedang menikmati makanan.

"betul kau dah lupakan I?"

Zayne mengetap bibir geram,terasa ingin melepaskan penumbuk di muka perempuan yang berada di depannya ini.
Kalau tak fikir Sarah ni perempuan dah lama,rasanya penumbuk sulungnya singgah di muka.

"I tahu Zayne Rafael...you masih tak lupakan I..cara you pandang I...mesti you ingat moment indah kita bersama dulu kan?"sikap penggoda Sarah masih lagi tidak pernah berubah.

Dulu dia juga cair dengan setiap kata dan tingkahlaku Sarah sehingga di hanyut dan hampir lemas dalam asmara palsu Sarah.

"aku dah lupa semua itu Sarah...wife aku sudah cukup membahagiakan aku...aku nak kau padam semua gambar gambar kita yang dulu...bakar semua...buat apa kau simpan atau kau ada agenda nak hancurkan aku?"kata kata Zayne sedikit mengejutkan Sarah tapi dia pandai mengawalnya.

"I tak ada maksud pun...cuma I rindukan you jer...you tak sama macam lelaki lain yang I kenal.."Sarah bertindak berani bangun dan memegang tangan Zayne.
Zayne menarik kasar,Sarah cuma tersenyum.

"jaga batas you Sarah....Aku suami orang..."marah Zayne semakin menjadi.

Sarah hanya menggulingkan mata dan tergelak sinis.

"you bukan lagi kekasih I tapi you tetap sepupu I Zayne....you dah lupa?"

"aku tak pernah lupa Sarah...kalau sepupu sekalipun kita bukan muhrim...."

"dulu ok jer you peluk cium I...sekarang tak boleh...cakap dengan I elok elok...layan I...."tangan nakal Sarah sekali lagi merayap ke atas tangan Zayne.

"stop Sarah.....dulu dan sekarang berbeza...setiap manusia ada kesilapannya...silap aku cinta dan percayakan kau...tapi semua itu kenangan hitam dalam hidup aku...lagi pun kau tak rugi apa apa pun kan...aku tak pernah sentuh kau di luar batasan aku pun"Zayne tersenyum sinis melawan mata perempuan seperti Sarah.

"emmm...sebab you tu kayu....You tak dapat berikan apa yang I nak masa tu....belaian You tu terlalu hambar Zayne membuat aku jemu...boring..."

"jemu..boring...sekarang kau nak apa dari aku...kenapa gambar aku dengan kau tu masih kau simpan...aku dah buang semua kenangan kita Sarah..."tengking Zayne.

"saja nak menggamit memori antara kita.....4tahun Zayne ....sedikit pun aku tak pernah lupakan kau..."

"4tahun yang menyiksakan Sarah...aku tersiksa...hati aku hancur....hati aku hilang entah ke mana...sehingga aku pandang perempuan seolah sama saja macam kau...aku hilang arah...sehingga aku bangkit...bangkit kerana mama dan papa yang turut sama tersiksa melihat aku kecewa,siang malam aku hidup macam patung yang tak bernyawa...hati aku mati Sarah kerana perbuatan kau...sehinggalah Eryna hadir dalam hidup aku...sekarang kau datang ,kau nak apa?"!!kemarahan yang di tahan tadi dilepaskan ke meja sampai tangannya sendiri terluka.

Sarah sedikit terhinjut bahunya kerana terkejut.

"I...I ...baiklah Zayne Rafael...you balik tenang dulu...nanti kita bincang"Sarah ketakutan bila tengok muka marah Zayne seolah harimau menerkam mangsanya.

Zayne menunduk tanpa memandang ke arah Sarah.
Kesakitan hatinya kembali tatkala melihat wajah Sarah seolah ingin menduga hatinya kembali.

"tunggu...!!sempat dia menghalang Sarah dari terus melangkah pergi.

Telefon di tangan Sarah dirampas dibukanya dan mengeluarkan kad sim.

"you nak buat apa ?"dalam keadaan ketakutan Sarah tidak dapat berbuat apa apa kerana salahnya sendiri menuang minyak di dalam api.

"kau boleh blah...ingat kau jangan muncul lagi depan aku"pesan Zayne sebelum melemparkan telefon ke kaki Sarah.

"kau memang gila Zayne...habis pecah phone aku.."Sarah geram dan mengetap bibir menahan marah.

"kau kan kaya boleh beli lebih lagi "Zayne tergelak sinis.
Sebelum Sarah melangkah keluar dia yang dulu meninggalkan Sarah yang dalam keadaan marah.

"kau tunggu Zayne Rafael....aku tak habis lagi dengan kau!!lauangnya tanpa menghiraukan orang memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience