Selepas masuk sekeping roti ke mulut aku terus berlari ke singki memuntahkan balik.
Zayne segera bangun menggosok belakangku.
"Puan kenapa ya Tuan?"tanya bibik bila melihat keadaan aku.
"Puan mengandung,semalam kami baru tahu...tu alahan dah mula"ujarnya.
"patutlah dua tiga hari ni nampat pucat jer muka Puan...tahniah Puan,Tuan...meriahlah nanti rumah ni"riak gembira jelas kelihatan di wajah bibik.
"sayang cuti je hari ni kalau tak larat"aku kembali duduk.
"boring lah duduk kat rumah sorang sorang...abang bukan ada pun..."ujar ku.
"habis tu boleh ker nak kerja...nanti pengsan lagi..."
"abang kan ada..kalau pengsan kat rumah lagi susah...tak ada orang nak angkat..tak kan bibik kut"
"sayang ni kalau berdebat mesti menang...ada saja jawapan nya"roti yang masih bersisa di tangan di masukkan ke mulutnya.
Selesai makan kami terus ke pejabat.
Dalam keadaanku yang masih lemah aku tetap bersemangat untuk berkerja.
"hari ini abang ada oppointment dengan Mr Chua kat perlabuhan ...sayang nak join ker..Tok Ayah pun ada sama.."
"sayang tak tahu pun...tak ada dalam senarai...."ujarku sambil membelek buku temujanji yang selalu menemani ku.
"ni kes kecemasan...Tok Ayah call abang semalam semasa sayang dah tidur...dia kata nak abang jumpa mereka kat sana.."terang Zayne.
"boleh juga...ker ni ada kaitan dengan wasiat semalam ?"tanya ku untuk kepastian.
"mungkin...syarikat Tok Ayah kan besar...lagi pun yang uruskan dan tahu pasal projek kat pelabuhan ni adalah ayah Sarah...Papa abang cuma berminat dalam bidang pembinaan saja"
Aku hanya mengangguk faham.
Sedang kami berbincang ketukan dari luar kedengaran.
"masuk"
"Tuan Zayne hari ini ada temuduga tu....Tuan nak handle sendiri atau pun macam mana?"tanya HR Alia.
"Allah terlupa pula...macam mana ya...saya serahkan pada bahagian awak jer lah...saya memang terlupa,dah janji pula dengan Datuk Raziff"
"kalau begitu baiklah.."
"cari yang berpengalaman dan boleh komitmen tentang kerja..."sambungnya lagi.
"baik Tuan..'Alia berlalu pergi.
"Jom sayang kita dah lewat...jauh juga tu nak sampai kat perlabuhan..."Aku hanya mengangguk dan seperti biasa dia tidak pernah lupa memegang tanganku agar berjalan seiring dengannya.
........
.........
"baiklah pihak kami akan hantar emel nanti dalam masa 2 hari"
Selesai temuduga di buat beberapa individu di kenal pasti yang layak menyertai syarikat ZR Maju Bina cooperation.Sdn.Bhd.
"macam mana dengan temuduga tu?"tanya Sarah kepada Shera yang di upah olehnya untuk masuk ke syarikat ZR.
"keputusan dalam masa 2hari lagi cik Sarah...tapi rasa saya layak sebab saya memang ada pengalaman"ujar Shera dengan yakin.
"bagus...kau dah jumpa ker bos syarikat tu?"tanya Sarah lagi.
"belum...tadi cuma pekerja dia yang temuduga"
"baiklah...nanti hari hari boleh jumpa...upah kau aku akan beri bila kau diterima masuk di situ...ni saguhati dari aku"sekeping sampul surat putih dihulurkan pada Shera.
Shera mengukir senyum bila melihat nilai yang ada dalam sampul itu.
"kau tunggu kehancuran kau Zayne Rafael"bisik Sarah dan tergelak sendiri.
......
......
'Zayne ni Tok Ayah kenalkan Mr Chua antara bisnes partner Tok Ayah yang boleh dipercayai"
Zayne menghulurkan tangan untuk bersalam.
"nice to meet you Mr Chua.."
"you too...ni sapa banyak cantik like angel?"sambil melirik seketul aku di sisi Zayne yang dari tadi tersenyum memandang mereka berbual.
"oh lupa ni my wife..Nur Eryna.."
"manyak cantik,lu manyak handsome...memang manyak sesuai...you punya cucu bagus lah Datuk Raziff"puji Mr Chua dengan loghat pelatnya.
Aku hampir tergelak bila dengar kata katanya
"keturanan kami semua baik baik lo..ada juga sama keturanan you Mr Chua...mix"balas Datuk Razif dan sama sama tergelak.
"wow patut lah like chinese look....manyak baik"
mengangguk ngangguk aku lihat Mr Chua.
Gembiralah tu tahu si Zayne ni ada keturunan Cina.
Aku tersenyum dan Zayne dari. tadi lagi tidak lepas memegangku.
"jom kita pergi masuk dalam sini manyak panas,kesian your angel berdiri lama kat sini...puan ok ker nampak macam penat?"tanya Mr Chua yang turut perasan dengan perubahan aku.
Tok Ayah juga memandang ke arah ku.
"nanti Tok Ayah dapat cicit lagi"bisik Zayne pada Datuk Raziff.
Kelihatan wajah Datuk. Raziff tersenyum dan teruja gembira.
"betul Zayne...tahniah...tahniah Nur Eryna ini memang betul betul buat Tok Ayah gembira.."kata kata Tok Ayah mengejutkan aku.
Dia terus memeluk Zayne.
"abang dah bagitahu Tok Ayah?"tanya ku .
"ada berita gembira ker?"tanya Mr Chua agak kehairanan.
"ni cucu saya akan timang anak...isterinya hamil"
"wah....tahniah Mr Zayne....manyak baik ooo...mari mari...perempuan hamil tidak boleh diri lama lama lo..."
Kami bertiga hanya membuntuti Mr Chua masuk ke pejabat nya.
Hampir satu jam perbincangan kami dengan Mr Chua berlangsung .
Aku hanya banyak berdiam diri mendengar perbincangan mereka tadi.
Keadaan aku yang tidak selesa ini membuatkan aku tiada dalam mood yang baik.
Aku perasaan Zayne sesekali mengerling ke arahku dalam wajah kerisauan.
"ok Mr Chua..kami balik dulu...insyaallah nanti kita jumpa lagi"
lega rasanya perbincangan tadi berakhir.
Mr Chua mengiringi kami keluar.
"ok Tok Ayah kami balik dulu..."pinta Zayne dan kami bersalaman.
"Nur Eryna sekali lagi Tok Ayah ucapkan tahniah...ini adalah berita gembira yang Tok Ayah tunggu...lebih gembira dari dapat tender juta juta"ujar Tok Ayah,aku melihat kegembiraan jelas di wajah tua itu,terharu aku mendengarnya.
"Zayne kau jaga Eryna baik baik...jangan sakiti hati dia..."pesan Datuk Raziff.
"she's my wife ,my love Tok Ayah...Zayne akan jaga dia seperti menjaga separuh nyawa Zayne dan baby dalam kandungan ni zuriat keturunan Zayne"Zayne memeluk bahuku.
Membuat aku tersipu malu depan Datuk Raziff.
"ok Zayne Tok Ayah pergi dulu..nanti jangan lupa datang rumah...kita buat majlis kesyukuran nanti"
"penat...kita balik office kejap boleh ?"tanya Zayne .
"you are bos...sayang ikut jer?"seperti biasa kepala aku letakkan di bahunya.
Zayne hanya tersenyum dan meneruskan pemanduannya.
"kenapa Tok Ayah tak serah kan saja syarikat itu pada ayah Sarah?" soal ku.
Zayne beralih sekejap memandang ku dan tersenyum.
"sayang tanya ni...ada ker senyum"
"syarikat tu milik mama dan ayah Mikael sebenarnya...Tok Ayah cakap memang dia letak nama mama dan arwah ayah Mikael tetapi tu lah papa ni dia buat kerja no multitasking...satu perkara jer yang dia tahu...dia tak nak..minat dia pada disigner bangunan jer dan mama pulak tak nak campur langsung urusan pejabat selepas dia lahirkan abang dan makcik Salmah pulak tak nak langsung..."
"so?"
"so,nak tak nak tok ayah terpaksa suruh menantunya yang sorang tulah uruskan ,uncle Razak...tapi tok ayah tak nak dia libatkan secara langsung lah,kepercayaan dia pada uncle tak 100%..mereka tu kan tak ada pertalian darah,jadi kalau boleh tok Ayah nak abang libatkan diri pada syarikat tu sebelum keluarga Sarah rancangkan sesuatu" terang Zayne panjang lebar.
"Tok Ayah ada syak sesuatu ker?"
Zayne tersenyum sumbing dan tergelak.
"yup,mungkin...Uncle Razak ni licik orangnya,dengar kata dia kahwin dengan Auntie Mariam pun sebab tahu yang Auntie Mariam tu anak Tok Ayah,usahawan terkenal,sebelum ni dia tak tahu yang Auntie Mariam tu bukan anak kandung Tok Ayah...dia tu bukannya ada apa apa pun sebelum ni,pekerja Tok Ayah jer..tu lah kan dah jodoh"
"Auntie Mariam pun kerja macam Mama juga dulu,sama sama duduk bawah satu bumbung syarikat yang dibangunkan oleh tok Ayah ,tapi bila dah kahwin ,ada anak masing masing berhenti dan tumpukan pada keluarga...tapi ayah memang dah asalnya kaya dari keturunan orang bisnes..",
Aku mengangguk faham mendengar cerita keluarganya.
Sepanjang pernikahan ini aku tak ambil tahu langsung kisah keluarganya.
"dah lama ker syarikat perlabuhan tu ada? sebab sayang lihat macam Tok Ayah sayangkan syarikat tu lagi daripada Syarikat Drz cooperation yang papa handle sekarang ni"
"hampir lebih dua puluh tahun jugak lah....sebelum.arwah nenek.abang meninggal...itu kenangan indah mereka tau.."
"kenangan indah...macam mana tu?"
"banyak tanya laa pulak sayang abang ni....",dia mencuit hidungku.
"jap..jap...ker arwah nenek dan tok Ayah abang tu jumpa kat perlabuhan ,terpandang cinta pandang pertama,feeling macam Hindustan tu...dari mata turun ke hati...gitu"
Zayne ketawa kuat bila dengar aku berkata begitu.
"laa..salah eh.."
"mana ada...tu dalam filem Hindustan lah ,sayang ni ..."
"habis tu...ceritalah...best pulak dengar kisah cinta orang..."
"ok...macam ni...Arwah nenek abang tu keturunan cina..tapi cina mualaf..asal melaka baba nyonya...ibubapa arwah nenek ni pedagang...selalu berulang alik melaka singapura,johor ,kuala lumpur...banyak tempat lah diorang pergi..."
Aku mengerutkan kening ,semakin teruja mendengar cerita dari Zayne tetapi ada juga kekeliruan.
", lepas tu..."
" alah penatlah abang cerita ni,satu hari satu malam pun tak habis...jom kita singgah gerai tu dulu ,pekena cendol...rasa ngidam lah" Zayne memberhentikan keretanya di salah satu gerai di tepi jalan yang kebetulan berada di seberang berhampiran dengan pejabatnya.
"sini...abang .."
"kenapa,sayang tak suka makan tepi jalan macam ni?" soalnya.
"bukan tak suka tapi pelik...tak pernah tahu pun yang abang suka makan kat gerai gerai macam ni..abang kan...high class"
Dia terus memaut tanganku menuju ke garai yang menjual cendol dan rojak.
"duduk...", kerusi dibuka untukku.
"makanya jangan pandang abang sebelah mata...gerai kecil macam ni ada sejarah untuk abang tau" sambil mengukir senyum.
"hai handsome..lama tak singgah sini",seseorang menegur aku berpaling ke arah suara itu,kelihatan seorang perempuan yang dalam lingkungan 40 anak menuju ke arah kami.
"hai kak Dewi,apa khabar...sihat ker?" begitu ramah Zayne menegur aku kira mereka sudah lama kenal.
"macam nilah kak Dewi...alhamdulillah sihat"
"ni..tuan datang nak makan...nak minum macam biasa ker..macam dulu..dulu.."
Aku hanya melihat gelagat mereka.
Bercakap macam aku ni tak wujud pula kat depan mereka.
Zayne mula perasan perubahan air muka ku.
"oh..ya kak Dewi ni my wife..Nureryna...", baru teringat kat bini dia sebelah lah tu.
"ooo...dah kahwin rupanya...patutlah dah lama tak datang...cantik..sesuai dengan Tuan yang handsome..",
"bagi kami cendol...sayang ada nak makan apa apa tak?"
"tak..bagi cendol jer..." jawab ku bersahaja.
"ok", terus perempuan itu pergi .
"sayang...sayang ok ker ni...?" Zayne memegang tanganku.
"emmm...patutlah kata ada sejarah...rupanya ada bunga yang tak berapa nak kembang kat sini"
Zayne ketawa kecil.
"ooo...ni mesti cemburu bila tengok abang bersembang dengan kak Dewi tadi..."
"mestilah...bukan main mesra lagi...lupa bini ni kat sebelah...ker sebelum ni abang ada scandal dengan dia?", entah mengapa mood aku swing hari ni bila lihat kemesraan Zayne tadi.
"sayang...mana ada...tengok dia tu...lebih kurang umur mama jer...sampai hati kata abang ada scandal..berdosa tau tuduh suami macam tu"
"tak tuduh tapi cakap jer...",aku muncungkan mulut.
"nak abang cium sayang kat sini?"
"abang...orang seruislah.." aku menepuk bahunya.
"amboi...mesranya akak tengok...bahagia sangat...",datang Kak Dewi membawa dua mangkuk berisi cendol.
"kak Dewi tahu mesti adik cantik ni syak macam macam kat tuan ya...maaf lah...kat terdengar perbualan tadi...tuan ni baik...kami kenal dah lama sejak dia mula buka syarikat tu lagi..."aku mula cuak,dan rasa bersalah.
"sorry kak...saya tak maksudkan macam tu..."aku memandang ke arah Zayne yang sedang asyik menikmati cendol dengan tersengih sengih.
"Tuan Zayne ni banyak bantu akak bina bisnes ni...banyak sejarah...tak palah akak ada pelanggan tu...nanti cerita selanjutnya tanya la tuan" Kak Dewi berlalu pergi dan aku memandang nya penuh rasa bersalah kerana ada rasa yang tidak enak di hatiku.
Zayne terdiam dan masih menikmati cendol.
"makanlah.."
"abang habiskan..." mangkuk itu aku tolak kepadanya semula,tanpa menunggu respon daripada aku terus Zayne habiskan semangkuk lagi cendol...macam dia pulak yang mengandung.
"sedap sangat ker?" soal ku.
"nah..abang suap",
Aku membuka mulut merasa cendol itu.
"macam biasa jer...macam yang pernah sayang rasa,kat kampung...abang...jom kita balik kampung"
Terhambur keluar cendol daripada mulut Zayne bila aku ajak dia balik kampung.
"abang..apa ni...", aku mengambil tisu mengelap mulutnya yang comot.
"nak makan cendol,nak kena balik kampung ker sayang?"
'"dah tu namanya ngidam...tak kiralah kan nak makan kat mana,nak pergi negeri mana pun...yang sayang nak...cendol kat sana..."
Zayne menggaru kepala ,bingung sekejap dengan sikap isterinya,tiba tiba berubah.
Aku melebarkan senyum bila tengok reaksinya.
"tapi kan abang..nanti bungkus satu,sayang nak makan kat rumah..."
"pulak? tadi kata tak nak...sayang..sayang.."
"tak payah lah bayar,kak Dewi belanja...rezeki anak Tuan tu..."
'"akak tahu yang saya mengandung"
"tahu..tengok muka pun akak dah tahu.."
"macam mana tu kak...?",soal Zayne.
"rahsia...tak palah ..nah..ni ada rojak sekali...rezeki korang singgah sini...lain kali singgah lah lagi " satu plastik dihulurkan padaku.
"terima kasih kak,maaf ya pasal tadi"
"tak apa,akak dah biasa..."
Rasa,bersalah pula bila aku tengok riak wajah kak Dewi memandang ku.
Aku tak sepatutnya fikir yang bukan bukan tentang mereka.
Tapi aku juga ada hak kan untuk rasa cemburu..
Kami berlalu pergi meninggalkan gerai dan menuju kembali terus ke rumah.
"tadi bukan abang kata nak ke office?"
"rasa malas lah pula..."
" emmm...abang marahkan sayang ker?"
" kenapa nak marahkan sayang pulak,sayang tak buat salah pun", terus dia memecut laju .
"ya lah tadi kan sayang syak yang abang dengan kak Dewi..."
"sayang ada hak...kalau abang pun terasa jika wife abang yang cantik bak bidadari ni mesra semacam dengan orang lain"
"tapi kak Dewi tu ,abang anggap dia macam dengan kakak sendiri..."
"tadi abang kata ada sejarah..tak nak share ker?"
"ni nak korek cerita abang lah ya"
"tak salah kan..sebab kita kenal dan terus nikah,banyak lagi yang sayang tak tahu pasal hidup abang"
"dia tu tak ada siapa siapa lah sayang...dah lah...tak payah fikir...yang fikir sekarang ni kita balik...dan janji bagi upah special buat abang nanti"
Dia mula melirik manja ke arahku.
"abang ni selalu tak serius ..."
Aku tahu ada sejarah dan rahsia antara mereka,tapi aku mungkin tak ada hak untuk ambil tahu sejarah mereka.
", dah lah....baik sayang fikirkan abang..kan best..fikir atas katil..moment indah kita sampai sayang mengandung...dan kejap lagi kita balik...kita sambung lagi dan lagi..." hidungku dipicit.
" abang...tak habis habis dengan otak hijau dia" dia ketawa terbahak bahak bila lihat muka ku yang mula merah macam udang kena bakar.
Macam macam hal berlegar legar di benak fikiranku ,soal nenek pun tak habis cerita lagi,ni soal sejarah Kak Dewi pula...
Apa rahsia pun belum terungkai lagi....
Share this novel