Zayne bergegas bangun setelah azan subuh berkumandang.
Sejak ketiadaan Eryna dan bibik di rumah dia selalu rasa kesunyian.
Tiada lagi bau haruman dari isterinya tatkala bangun dari tidur.
Haruman manis vanilla ataupun lavender yang selalu Eryna kenakan setiap kali selepas mandi dan semasa bersamanya.
Rindu selalu menggamit memorinya.
Bila menuruni anak tangga tiada lagi bau masakan yang keluar dari dapur.
Sejak itu dia bersarapan di pejabat sahaja.
Selepas keluar dari bilik mandi terus solat dan bersiap ke pejabat.
"pagi Tuan Zayne"sapa Lisa bila Zayne menuju ke biliknya.
"pagi...hari ni apa agenda saya?" soalnya .
"pagi ni Tuan ada perjumpaan dengan Client kat pj...lepas tu melawat tapak projek" Lisa membelek buku nota di tangannya.
Tugas Eryna diambil alih olehnya tetapi Zayne lebih suka sendirian bila keluar lapangan selepas ketiadaan Eryna.
"baik...esok you batal kan semua oppointment sebab nak balik kampung jumpa wife dan sementara itu saya nak Mikael ambil alih tempat saya sebab mungkin seminggu saya kat sana apa apa rujuk pada Mikael"
"baik Tuan.." Mata Lisa seolah bersinar bila dengar Mikael akan mengambil alih tempat Zayne buat sementara waktu ini,fikirnya bolehkah dia memadu asmara dengan jejaka itu.
Fikiran nakalnya mula menerjah masuk ke kotak fikirannya.
"hei..dah hanyut ke mana?" beberapa kali Zayne memetik jarinya di depan muka Lisa yang sedang mengelamun itu.
"hah..Tuan kata apa tadi?" dia menggelabah,malu.
"ingat sepanjang saya tak ada jangan pulak memadu asmara dalam office saya..." awal lagi rupanya Zayne boleh membaca fikiran staffnya itu.
Hanya dia yang ada hak lalukan perkara itu.
Dia tersenyum tahu apa yang berlegar di fikiran staf di depannya ini.
Lisa ketawa kecil menahan malunya tadi.
Zayne terus berlalu keluar tanpa masuk ke biliknya.
Dia perlu cepat menyelesaikan kerja hari ini untuk terus balik kampung isterinya itu.
Dah tak tertahan rasanya menahan rindu dendamnya pada Eryna.
Tetapi sebelum itu terfikir pula untuk dia berjumpa dengan Shera.
Selepas kejadian malam itu dia tidak lagi berjumpa dengan perempuan itu.
Kata Mikael dia masih lagi di bawah tahanan Tok Ayah.
"Mike...kau bawa aku jumpa Shera jap,tapi bukan sekarang petang nanti lepas waktu kerja"
"ok..kita jumpa di sana petang nanti"
Talian dimatikan dan Zayne terus keluar untuk perjumpaan dengan clientnya dan sekaligus ke tapak projek.
"Lisa,lepas ni saya tak masuk office sebab ada hal lepas perjumpaan tu terus saya balik..kalau ada apa apa email saya...tak nak call ok.."
pesannya sebelum berlalu pergi.
Zayne tidak suka terima panggilan selepas waktu kerja kecuali dari keluarganya sahaja.
Waktu pejabat untuk bekerja manakala lepas waktu pejabat adalah waktu rehat baginya.
Niatnya sebelum balik kampung menjenguk buah hatinya dia harus selesaikan beberapa perkara dahulu.
Terus dia memandu keretanya menuju ke tempat yang dijanjiakan
......
.....
Sudah dekat dua minggu aku di kampung.
Badanku sudah terasa kembali segar selepas dimanjakan .
Kalau orang di kota mungkin di spa tetapi di kampung juga tidak Sama kalahnya,mandi air hangat dan berurut dan berjamu bagai..
Terasa rimas juga aku dibuatnya,tetapi Mak selalu memarahi kalau aku tidak ikut semua itu.
Pantang orang keguguran rupanya sama juga harus aku ikuti macam orang bersalin.
"kita perempuan ni kena jaga,masa usia muda lagi,yang pergi tu mesti kita ingat,tapi kena redha,insyaallah ada rezeki boleh mengandung lagi", ujar kak siti yang masih datang mengurutku setiap pagi.
"emm....try and error lah ya kak siti" aku tergelak kecil
"ya...cuba dan cuba lagi...tak payah nak sedih sangat,jaga emosi tu..kak siti dulu pun pernah keguguran dua kali,emosi tu tak yah nak kata lah sedih..tapikan sampai bila,yang pergi usah dikenang yang penting yang kat depan mata kita ni kena jaga,suami kita tu layan elok elok baru tak cari lain,tu yang kat Siti nak pesan jaga luar dan dalam,baru suami kita sentiasa melekat"ujarnya dalam tawa.
Aku mencebik...ada makna,yang tersirat.
Perkahwinan aku pun tak sampai lagi setahun dah macam aku lalui,kecurangan suami dan keguguran ini memberi kesan pada aku.
Marah,sakit hati ,kepedihan semua aku rasa dalam tempoh ini,belum lagi bertahun menjalani hidup berumahtangga bertahun lamanya.
"apa yang dimenungkan? teringatkan suami?" lamunanku terhenti .
"tak...emm...dah siap?" aku menggeleng kan kepala.
"kak Siti faham...suami tak datang ker,tak pernah jumpa lah pulak suami kau sepanjang kak datang"
"dia sibuk kak,lagipun..."
"kau merajuk?"
Aku mengangguk.
"dah agak dah...merajuk jangan lama ya dik..bahaya...", aku memandang kak Siti dan bangun membetulkan kain.
"maksud kak Siti" soal ku hairan.
"macam kak Siti kata tadi lah sayang oi...hati suami kena jaga...faham fahamlah maksud kak ya...dah ler jauh...",Kak Siti bangun dan berlalu pergi sambil tersenyum.
"esok lewat sikit kak Siti datang...nak kena tungku orang beranak"ujarnya sebelum berlalu.
Aku melepaskan keluhan berat
"aku layan dia elok pun dia main pompuan" rungutku.
Terpandang di skrin telefon yang terletak di meja kecil sebelah katil.
Sejak bangun tidur tadi aku masih lagi tidak menyentuh dan membuka telefon yang aku matikan semalam.
Aku menekan butang buka dan ternyata lebih tiga kali panggilan tak dijawab datangnya dari Zayne.
Mesti semalam selepas terima gambar " lucah" ops....gambar aku semalam terus dia menghubungi aku.
Sengaja aku lakukan agar dia tidak lena tidur kecanduan,biar dia rasa macam mana aku rasa saat merindui nya.
Aku berlalu ke situ dan duduk dibirai katil,tiada panggilan daripada Zayne pagi ini.
"sibuk sangat ker?" kembali aku letakkan telefon dan berlalu ke bilik mandi membersihkan diri.
Selesai mandi terdengar ketukan dari luar.
"masuk,pintu tak kunci", ujarku.
"puan..mau makan sekarang ker?" terpancul bibik dari luar.
"tak pa bik hari ini saya makan di dapur aja,Mak mana?",
"udah ke kedai ,baiklah kalau gitu bibik hidangkan ya"
"iyalah,nanti lepas siap saya keluar " aku terus menyarungkan baju dan mengeringkan rambut
Entah tiba tiba teringat pula kenangan bersama Zayne,dia selalunya suka mengeringkan rambutku selepas aku keluar dari bilik mandi.
"abang...tak nak lah buat macam ni,kusutkan nanti"aku merebut tuala ditangannya.
Mulutku muncungkan sedepa,habis kacau rambutku dibuatnya.
"kan tengok...susah nak sikat"
"nah,biar abang keringkan dengan hairdryer ni", segera penggering rambut dia suakan pada rambutku.
"dah biar sayang buat sendiri" aku merampas penggering di tangannya.
"biarlah abang buat"
"tak nak,abang bagi kusut"
"tak kali ni sungguh,abang tak kacau"
"ok.."
Tanpa aku sedari tuala yang berada di kepala masih lagi berbalut tanpa terusik.
Aku tersenyum sendiri betapa aku merinduinya.
Ketukan dari luar kembali menghentikan aku dari lamunan itu.
'bik..apa lagi?" soalku sedikit geram menganggu lamunanku pada suami.
"makan puan,nanti nasinya kedinginan,nggak enak"
"iyalah saya datang,kacau daun betullah"bibik tersengih mendengar aku berkata begitu.
Segera rambut aku keringkan dan disanggul sampai tinggi,Mak selalu pesan agar ikat rambut tu biar tinggi masa dalam pantang.
Aku ni berpantang apa agaknya,keguguran jer pun bukan ada anak nak kena jaga anak.
"bik...tuan ada call tak" tanya ku pada bibik bila tiba di dapur.
"nggak ada Puan,"
'kenapa ya?" soalnya kembali.
"tak ada apalah...buatlah kerja" bibik kembali meneruskan kerjanya .
Makanan di depanku aku tatap lama,selera ku mati dengan tiba tiba.
"bik masuk bilik ,ambilkan saya phone"
suruh ku kerana,terlupa membawa telefon bila keluar tadi.
Langsung bibik menuju ke bilik.
"Puan...Tuan call" aku melebarkan senyum,telefon disuakan padaku.
"assalamualaikum sayang" terdengar suara orang yang kurindui di sana
"waalaikumussalam...abang...kenapa lambat call?" soalku dengan tiba tiba sendiri terkejut,tadi rasa nak merajuk bila dengar suaranya terus lupa.
Aku menutup mulut dengan tangan.
"aik..rindu ker? ingat merajuk lagi"
"tak rindu pun,cuma teringat", ujarku tak nak kalah.
"yalah tu tak nak ngaku"
'mana ada..."
"sayang dah makan,?"
"belum...tak ada,selera lah" nasi di pinggan masih lagi tidak ku sentuh.
" laa..kan dah lewat ni sayang..kenapa tak makan lagi?"
"kan sayang kata tak ada selera...nak abang suapkan"
"laa...abang duk jauh mana boleh suap,sayang makanlah bagi sihat badan tu"
"emmm..."aku terdiam.
"sayang...sayang...kenapa senyap ni...sayang nangis ker?",berkali kali dia memanggil ku.
" malam tadi abang call tutup..kenapa?"
Dia terus bertanya tapi aku tetap terdiam.
Memang benar aku sebak bila mendengar suaranya ,kerinduan padanya tak dapat aku sembunyikan lagi.
"sayang...please cakap dengan abang" pujuknya.
"ya...sayang ada ni" aku menahan tangis namun mungkin masih didengari olehnya
"tak naklah macam ni...sayang kena kuat ,jangan buat abang risau...makan ok,nanti abang balik kampung abang suapkan sayang makan"
Segera airmata aku hapuskan bila terdengar dia ingin balik kampung.
"bila?"
"amboi lajunya...bila dengar abang nak balik...abang tak janji lagi,tapi dalam minggu ni ok"
Aku tersenyum kembali.
"ok...sayang makan ya...abang dah kena letak ni..abang kena jumpa client kejap" terus talian dimatikan.
Aku tersenyum sendiri.
Makanan yang berada di pinggan aku tatap lagi.
"bik..dah makan?",soalku pada bibik yang dari tadi sedang buat kerja.
"belum Puan,kejap lagi"
"bik,apa lagilah kerjanya,jom ambil nasi,temankan saya makan" paksa ku.
"tapi puan.."
"tak nak tapi tapi,jom..atau mau saya adukan pada tuan pasal kamu nggak peduli pada puanmu",aku mengungutnya.
"ya..ya...maaf Puan"
Aku mula lihat muka takutnya dan terhambur ketawa ku bila lihat dia tergopoh gapah mengambil nasi dan duduk di depanku.
"makan,temankan saya,baru ada selera tengok muka bibik yang cantik ini" pujiku.
"benar ya puan saya ni cantik" soalnya teruja.
"ya..benar deh..kamu tu cantik..udah makan nanti apa tu kamu bilang...dingin?"
'kedinginan Puan"
"ha tu..kedinginan ya...tapi bik di Malaysia kata sejuk..kesejukan...ha gitu."
Kami ketawa bersama menikmati makanan yang ada,terasa sedikit bahagia di hati.
Tak salah kalau aku layan seorang pembantu rumah dengan baik sebab kerjanya bagus.
"terima kasih ya Puan sebab layan bik baik sekali" sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
"bik..kamu sudah saya anggap macam kakakku sendiri,bibik jaga kami baik dan tak salah kan kami balasnya dengan kebaikan"
"udah tugas saya Puan" terlihat matanya manik manik kecil yang bakal menitis.
"udah makan..nanti kebanjiran pulak..." aku menghambur tawa agar bibik tidak terasa kesedihannya.
Selesai makan aku langsung ke bilik.
"bik lepas selesai tu rehatlah,jangan kerja teruk sangat,rehat juga ya" pesanku sebelum berlalu.
"ya puan lepas beres beres bik rehat",
Terharu bibik imah bila dapat perhatian daripada kedua majikannya.
Dia bersyukur kerana mereka terima baik kehadirannya dalam keluarga ini.
Share this novel