Berita Eryna masuk hospital dan skandal Zayne Rafael mula tersebar dan meniti di bibir para pekerja dan juga beberapa share holder yang lain
Lebih cepat daripada virus yang merebak.
Datuk Raziff satu antara insan yang sangat terkesan saat ini,perasaan geram dan marah.
"Datuk..." tergagap gagap suara bibik bila melihat Datuk Razif seawal pagi sudah terpacak di depan pintu majikannya.
"mana budak bertuah tu?" soalnya tegas dengan tongkat menghantuk ke lantai.
Bunyi derapan tongkat cukup kuat memecah kesunyian rumah itu.
"Tuan..Tuan Zayne masih di atas,tadi jam tiga baru balik" Bibik ketakutan menunduk ke lantai,sungguh dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi semalam.
Cuma yang dia tahu majikannya itu pergi berdua tetapi pulang sendiri.
Bila balik semalam Zayne cuma menyatakan yang isterinya sedang dirawat di hospital itu sahaja yang dia tahu.
"apa datuk mahu minum?"
"aku datang sini nak jumpa Zayne,bukan nak minum..kau panggilkan dia sekarang jugak!! lantang suara sekali lagi memecah kesunyian,tanpa basa basi terus bibik itu ke atas melebar langkah ke bilik Zayne.
Ketukan diberikan beberapa kali namun tiada jawapan .
"Ya Ampun ,harus gi mana ya,di bawahnya harimau sedang mengamuk,yang di atas ini masih ketiduran" dia menggosok dadanya.
Terpaksa dia beranikan diri memulas tombol pintu,untung tidak berkunci.
Terkejut dan tergamam bila kelihatan bilik majikannya itu bersepah sepah dan Zayne sedang terlantar tidur tanpa membuka baju yang dipakainya dari semalam.
"tuan..tuan...",perlahan badan Zayne di goncangnya.
Dia gugup,sambil memanggil,sambil tangannya juga bekerja mengutip kembali apa yang berada di atas lantai.
"hah..bibik?" segera Zayne bangun terduduk.
"Maaf ya Tuan,tadi bibik ketuk pintu tapi enggak dibuka,jadi terpaksa bibik bukain,..itu..itu.."
"itu..itu..apa bik" rambutnya yang berserabut itu diramas,kepalanya memusing kerana selepas dia dihantar balik entah jam berapa dia terlelap.
"Datuk Raziff,tok Ayah..ada di bawah sana"
Zayne membulatkan mata,kantuk yang masih lagi tersisa terus lenyap.
Tanpa berkata terus dia mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi.
Bibik yang masih berdiri di sisi katil turut terkejut seolah melihat orang yang baru terkena renjatan elektrik.
Terus pantas dia mengemas apa yang sepatutnya dan berlalu turun tak elok rasanya dia terus berlama di situ.
"Mana Zayne?" sebaik saja Bibik menuruni anak tangga Datuk Raziff sudah sedia menunggu di hujung tangga.
"mandi" jawab bibik ringkas dan terus menunduk menuju ke arah dapur.
"buatkan aku kopi" pesan Datuk Raziff pada bibik.
"ya Datuk".
Datuk Raziff keluar ke gazebo yang berada di halaman depan rumah Zayne.
Keluhan dilepaskan bersama sejuta pertanyaan yang bakal meletus nanti.
"Tok Ayah..assalamualaikum",tangan dihulur dan dicium.
"ada apa apa yang kau nak jelaskan?" soal Datuk Raziff sambil memandang tepat ke mata cucunya.
Segera Zayne menunduk memandang rumput.
"Tok Ayah..Zayne...'
"Zayne tak tahu nak jelaskan macam mana...Zayne tak ingat...Zayne lupa"
Apa harus dia,terangkan kepada orang tua yang berada di depannya ini.
Sungguh dia lupa apa yang berlaku,seolah di sihir pun ada.
Seingatnya dia berjumpa Shera ketika sedang mengambil air dan kebetulan dia tiba tiba disuakan segelas air dan tanpa syak wasangka terus dia menyambut dan minum.
Ketika itu Eryna sedang bersama dengan Mama dan mertuanya.
Tiba tiba kepalanya terasa sedikit pening dan seolah ada satu beban yang harus dia lepaskan.
Shera memainkan peranan ,menarik tangannya terus menuju ke tingkat atas dan ke bilik.
Dia hanya mampu mengikut jejak langkah pompuan atau yang lebih sahih lagi adalah salah seorang pekerjanya.
Fikirannya jadi kosong tak bisa berfikir,panas,teruja semua ada.
Sehingga lah pintu di buka dan terdengar suara Eryna menjerit .
Dia seolah sedar dalam mimpi masa tu,tapi masih lagi dalam separuh sedar.
Datuk Raziff mengeluh kesal mendengar cerita dari cucunya itu,benar atau tidak hanya Allah yang tahu.
"jadi apa yang terjadi pada Eryna sekarang ni?"
"dia keguguran" airmata jantan nya mula menakung di kelopak mata.
"Allahuakbar..."itu yang mampu Datuk Raziff ungkapkan saat ini,nasi dah jadi bubur.
Harapan yang berbunga akhirnya kuncup kembali.
Terpana dan sakit menguasai diri.
Datuk Raziff memandang lama cucunya itu,timbul satu kekesalan melihatnya.
Keluhan marah dilepaskan,ingin sahaja saat ini mengangkat tongkatnya dan menghempuk kepala Zayne.
Eryna gadis yang sangat polos masuk dalam keluarga seolah menjadi mangsa.
Lama mereka berdiam,Zayne masih tertunduk.
"Tok Ayah nak ke hospital ni.."
"saya ikut,kereta di sana ,semalam Mikael yang hantar"
"iyalah..tok Ayah tunggu dalam kereta" Datuk Raziff terus berlalu pergi.
Nak di marahkan Zayne pun dah tak guna benda dah jadi ,mungkin ada sesuatu yang perlu dia siasat.
Segera dia mengeluarkan telefon disakunya,mendail nombor penyiasat peribadinya.
"ya Datuk"
"aku nak kau siasat pasal kejadian semalam,cucu aku Zayne Rafael bersama dengan perempuan yang bernama Shahera,aku nak tahu dia atau siapa yang rancang kes skandal ni"
"ya Datuk,bagi saya masa tiga hari,settle"
"kalau boleh secepatnya"
Telefon dimatikan,Zayne sudah pun berada di kereta menunggunya.
Kereta terus meluncur menghala ke hospital.
"Datuk...kopinya", datang bibik menatang kopi namun terlambat.
"bikin sendri,minum sendiri" kembali bibik berlalu ke dapur.
.......
.......
Satu tempat lain,Sarah mundar mandir di biliknya beberapa kali dia mendail telefon memanggil Shera tetapi tidak dapat dihubungi.
Dia mula rasa gelisah.
"ker diaorang dah tahu? tak,tak,tak kan perempuan bodoh tu berani pertaruhkan nyawa keluarganya..tenang...tenang...Sarah kau buat kerja biar habis...", bebelnya sendiri.
"David"
Dia ketawa sendiri.
"hello you, kat mana?"
"ok see you"
Terus dia melangkah keluar dari bilik.
"Sarah!! panggilan dari Puan Mariam mematikan langkahnya.
"Mama,ada apa ?" soalnya acuh.
"kau nak ke mana pulak ni? malam tadi kau tidur mana? balik pagi,pastu keluar lagi?" bertubi tubi soalan yang dipersoalkan.
"alah Ma,Sarah kan dah besar.semalam,lepas majlis malas nak balik.."Sarah mengelak.
"sejak kau balik sini tak betah kau duduk rumah,nak kata sibuk pun selalu jer tak ada di pejabat..ni hal kau dengan Johan dah selesai ker belum?"
"serabutlah Ma,nantilah Sarah cari dia,lagi pun Sarah tak tahu mana dia duduk sekarang ni,nombor dia pun dah bertukar" jemu dia mendengar bebelan mamanya .
Atas bawah Mariam perhatikan anaknya yang satu satunya itu,terdapat beberapa kesan .merah di lehernya yang masih lagi baru.
Dia mengeluh dan menggelengkan kepala,ini semua salah ajaran mereka membuatkan Sarah dalam kemewahan sehingga lupa adat dan susila.
Dulu dia bimbang bila Sarah bergaul bebas dengan Zayne tetapi dia juga yang tak suka hubungan mereka bersatu kerana Zayne sendiri pada masa itu jenis yang tiada matlamat hidup.
Harapannya adalah melihat Sarah hidup bahagia dan bahagia jika sentiasa dilimpahi dengan kemewahan.
Tapi ternyata anaknya lebih licik daripadanya ,mengikis harta Johan dan membuatkan Johan separuh gila.
"apa yang bising pagi pagi ni?" datang Ayah Sarah.
"mama ni,bisinglah...Sarah nak keluar"
"apa lagi Yam?",soalnya pada Mariam.
"anak awak ni...cuti patutnya duduk rumah,bukan merayau rayau,malam tak balik,balik pagi keluar lagi"
"dia kan dah besar panjang,bukannya anak dara lagi,biarlah dia ke mana pun"
"masalahnya dia ni masih bini orang,Yam nak dia selesaikan kes cerai dia,biar tak terikat dengan suami lagi,kalau nak pergi cari,kalau tak nak minta lepas"
"Mama,Papa,dah lah..Sarah dah lewat ni,boring lah asyik membebel jer" terus dia melangkah tanpa menghiraukan panggilan daripada mamanya.
"awak tengoklah anak awak tu,habis merah tenguknya,itu maksudnya apa? saya bimbang tau tak,dia tu pompuan,apa apa jadi kita yang malu"
"biarlah dia...dah lah..saya nak keluar"
"ke mana pulak..anak ngan bapa sama jer.." Mariam menghentak kaki dan berlalu pergi.
Sakit hatinya bila memikirkan suami dan anak yang perangai sama.
.....
.....
Share this novel