Selepas makan terus kami pulang ke rumah.
"emmm...rindunya kat bilik ni" masuk ke bilik terus aku rebahkan badan.
"rindu bilik jer ker..tuan bilik tak?" Zayne membuka bajunya terus datang padaku.
"rindulah..." bila dia mengambil tempat di sebelahku terus aku bangun,aku tahu jelingan dan renungannya itu.
"nak ke mana?" ditariknya tanganku sampai kembali terduduk.
"nak mandi" aku tersengih.
"no..no...duduk sini dulu... kejap lagi kita mandi"
"abang...tak nak lah busuk..."
"sekejap jer pun,rindulah...kan sapa suruh tinggalkan abang lama,tidur asyik peluk bantal jer" dia mula buat muka kasihan.
" cerah lagi kan,malam ni bolehkan,nak berapa ronda pon sayang tak kisah"
"betul...ok abang tuntut janji sayang"
Amboi berseri seri muka nya.
Aku mengangguk,tapi aku yang seram sebenarnya.
"ok jom kita mandi" pantas dia mencempung aku ke bilik mandi.
Selesai solat asar kami turun menikmati minum petang bersama karipap yang dibeli tadi dalam perjalanan balik sambil menonton televisyen dan bergurau senda.
.....
......
Sarah duduk di birai kolam,sambil kakinya bermain air.
Tiba tiba fikirannya teringatkan Zayne,seorang lelaki yang pernah bertakhta di hatinya.
Dia mengeluh kecil,tadi Datuk Zakri mengajaknya untuk berjumpa dengan Zayne tetapi dia memberi alasan ada kerja luar,tetapi sengaja dia mengelak,tidak mahu selalu muncul di depan Zayne kerana dia ada agendanya yang tersendiri .
Biar lelaki itu tenang seketika sebelum bom masanya meletup.
"aku nak lihat kehancuran kau perlahan lahan Zayne" getusnya sambil ketawa.
"apa yang sampai ketawa macam ni?" tegur ayahnya.
"papa.."
"tak adalah pa...bukan kata papa outstation hari ni?"
"kejap lagi,ni anak papa tergelak sendiri ni apa cerita?"
"tak adalah pa...jom masuk," diraihnya tangan ayahnya masuk ke dalam.
"macam mana Zayne?"
Sarah cuma mengangkat bahu.
"dah ada plan?"
"dalam perancangan,tengok sikit lagi,papa jangan risau ni anak papa lah"
Terus mereka ke meja makan menikmati minum petang.
"berapa hari abang ke sana?" tegur Mariam.
'dalam dua tiga hari kut"
"emmm...projek apa yang papa buat kat sana tu?"
"adalah...untuk kita juga" Mariam memandang ke arah suaminya.
" jangan projek buat anak sudah lah ya bang" sindirnya,hampir tersedak suaminya mendengar.
Sarah tergelak mendengar sindiran mamanya.
" awak ni,ke situ pulak, kalau ya pun kan saya mampu"
" boleh jer..tapi ceraikan saya" Mariam bangun seolah merajuk,dia dapat rasakan yang suaminya menyembunyikan sesuatu,akhir akhir ini selalu ke luar daerah.
" papa ni,tengok mama,kesian lah papa,ker betul papa ada cawangan lain?"
" ish..dah lah papa dah lewat ni,Borhan dah lama tunggu"
" Yam,abang pergi dulu!!"_ laungnya.
" ya lah..ingat kalau saya tahu abang buat benda tak elok,tahulah saya"
" iyalah..bye"
Sarah termenung sendiri,tiba tiba fikirannya teringatkan suaminya Johan.
Suami atau bekas suami? dia tak pernah pun diceraikan.
Status apa yang harus dia dapat sekarang? Johan pun tak pernah datang mencarinya.
Share this novel