bab 72

Romance Completed 61481

" sayang..nanti" aku menoleh ingin melangkah pergi tetapi Zayne manarik tanganku.

" kenapa?" soalku hairan kerana tadi aku sudah menyatakan akan pulang sendiri katanya ada urusan yang perlu diselesaikan.

" ikut abang balik office,nanti kita balik sekali" ujarnya sambil merangkul pinggangku dan menggenggam tangan.

Aku mencebik hairan dan melihat ke wajahnya tetapi dibalas dengan senyuman.
Aku hanya mengikut langkahnya,sebenarnya tadi aku pun tidak ingin balik sendiri tetapi bila dia menyatakan masih ada uruskan maka aku mengalah pergi.

"tapi tadi bukan ker abang kata ada urusan lagi" tanya ku.

"batal..abang tak harap sayang balik sendiri" ujarnya datar dan membuka pintu kereta untukku dan aku membongkok masuk ke dalam perut kereta.

Zayne terpaksa menahan Eryna daripada pulang sendiri tadi kerana perasan ada mata yang sedang memerhati mereka semasa makan tadi.

Aku hanya terdiam dan mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

Zayne menoleh ke arah Eryna yang sedang mengalih pandangan ke arah jalan.

"abang...tak rasa ada orang ikut kita ker?" soalku bila perasan sebuah Kereta berwarna hitam.yang dari tadi seolah mengekori kami.

Zayne melihat ke arah cermin sisi dan belakang,ternyata ada sebuah kereta yang agak mencurigakan.

"emm...kut sehala dengan kita kan" telah ku,untuk menenangkan diri sendiri.

Zayne terus memecut laju dan kebetulan lampu telah bertukar hijau dan ternyata kereta itu masih di belakang kami.

Aku mula berdebar debar ketakutan.

"jangan takut,", ujar Zayne menenangkan aku.

"sayang pegang kuat kuat"
Dalam hati hanya mampu berdoa agar selamat.

Aku tak mahu mati sebelum anak anak aku lahir
Aku nak rasa nikmat menjadi ibu
Aku nak rasa macam macam mana sakit bersalin.

Macam macam aku fikirkan saat ini.

Airmata ku bercucuran keluar tanpa sedar.
Tak pernah hadapi situasi panik sebegini.

Zayne tidak menoleh ke arahku dan hanya fokus ke depan.

Kereta terus di perlajukan menyebabkan badan aku semakin gementar dan menggigil terasa macam filem aksi pulak.

Tak sangka Zayne boleh membawa kereta dengan kelajuan 200 kl/ j menyebabkan aku hampir termuntah dan kereta Zayne memperlahankan kelajuannya dan tanpa sedar kami sudah pun berada di perkarangan rumah Datuk Raziff.

Aku tidak sedar kerana tadi terpaksa memejamkan mata ketakutan dengan kelajuan kereta yang dipandu oleh Zayne.

Kecut perut aku dibuatnya.

'jom turun", ujar Zayne sambil menolong aku membuka tali pinggang kerana aku tidak mampu lagi untuk bergerak.

Pintu aku dibuka dari luar dan melihat seseorang yang bersut hitam membukakan pintu membongkok memberi hormat kepadaku.

Semestinya Bodyguard Datuk Raziff yang selalu beri horamat ketika kami datang ke mari.

Aku melangkah laju kerana tidak mampu lagi menahan muntah akibat kereta yang terhuyung hayang.
Nasib aku sempat menepis lelaki yang sedang berdiri itu kalau tak mungkin baju dia yang jadi sasaranku.

"uwekkk! Zayne segera melangkah menuju ke arahku menggosokkan belakang.

"abang..."aku tak mampu lagi berkata kata dan aku sudah pun terjatuh dan sempat dia memegangku dan aku tak sedar apa yang berlaku.
Aku pengsan.

Zayne membawa Eryna masuk,kerana ketakutan Eryna jatuh pengsan selepas memuntahkan segala makanan yang dimakan tadi.

"letak dia dalam bilik,biarkan dia berehat" ujar Datuk Raziff bila melihat Eryna berada dipangkuan cucunya itu.

Selesai meletakkan Eryna ,Zayne kembali ke ruang tamu.

"apa yang jadi?" soal Datuk Raziff.

"tadi semasa balik dari makan tengahari kami dikejar oleh sebuah kereta,tu yang Zayne memecut kereta laju,niat tadi balik office tapi oleh kerana sini yang terbaik Zayne datang sini"

"patut cucu tok Ayah pengsan pun..ni mesti terkejut"

"siapa yang punya angkara,ada kaitan dengan orang yang memukul kamu agaknya" ujar Datuk Raziff.

"entahlah...siasatan pun tak selesai lagi...seolah jejak ditutup."

"tak pa nanti tok Ayah suruh spy uruskan "

"aaaaaa....!!! kedengaran jeritan dari dalam ,Zayne terus meluru masuk .

"sayang..."

"ab..abang...abang ok ker?" aku memegang pipinya membelek badannya .

"abang ok...",wajah pucat Eryna jelas kelihatan.

"sayang mimpi tadi ada orang serang abang... sayang takut..takut" terus aku memeluk Zayne dan menangis semahunya.

"tak...abang ada..abang tak apa apa...",Zayne dapat rasakan kuat getaran badan Eryna saat ini menggigil ketakutan.

"Zayne...kenapa?" tanya Datuk Raziff menjengok kami .

"Eryna takut lagi ni"ujar Zayne yang masih lagi memeluk ku.

"dah lah bawa berehat aja di sini ,biar tok ayah suruh spy siasat siapa yang ikut kamu tadi"

Zayne hanya mengangguk dan aku masih lagi terisak isak menangis.

"dah..sayang baring dulu..rehat"badan aku dibaringkan .

"abang...."

' ya abang tunggu sayang...", Zayne terus menggenggam tanganku sampai aku kembali tertidur.

.....
.....

"macam mana?" satu suara terdengar menyoal kasar.

"kami berjaya menakutkan dia"

"hahah...bagus,ini baru percubaan nanti ada lagi yang bakal menyusul" talian di matikan selepas mendengar ketukan dari luar.

"mama, ada apa?"

"mama nak ke rumah tok ayah kejap,nak ikut?" tanya Mariam pada Sarah.

"tak nak,tok ayah bukannya sukakan Sarah", ujarnya .

"kau tu yang tak sukakan tok Ayah ,dia selalu jer tanya khabar kau" Malas nak berbahas panjang dengan anaknya itu Mariam berlaku pergi meninggalkan Sarah .

"iyalah tu,aku bukan cucu kesayangan dia pun"dia mencebik dan kembali menutup pintu.

.......
.......

Mariam sampai di perkarangan rumah Datuk Raziff dengan ditemani oleh pemandunya.

Selepas kejadian dia menyerbu ke rumah madunya ,Rahman tidak lagi kembali menjenguknya.

Mariam sudah tidak mahu pedulikan lagi perihal suaminya,tiada gunanya meratap sedih dengan lelaki seperti Rahman.

"assalamualaikum " dia memberi salam.

"waalaikumussalam" terdengar suara menjawab salam dari dalam.

Mariam melangkah masuk ke rumah yang setelah sekian.lama dia tidak kunjungi.

Terakhir adalah majlis sambutan ulangtahun Datuk Raziff.

Rumah inilah tempat dia membesar bersama adik beradiknya Marina dan Maliki .

"Ayah..",sapanya lembut dan menghulurkan tangan menyalami tangan tua yang berada di depannya.

"Mariam..sihat?" terlebih dulu si ayah bertanya khabar si anak.

"alhamdulillah ,ayah sihat?"

" macam nilah Mariam,sihat orang tua..jomlah duduk boleh kita makan sekali,Zayne dan Eryna pun ada tu kat dalam" ujar Datuk Razif mempelawa Mariam menuju ke arah dapur.

"Bik panggil Eryna dan Zayne makan" arah Datuk Raziff.

"duduklah"
Mariam mengambil tempat di meja makan dan sejurus selepas itu Zayne dan Eryna menyusul .

'Makngah pun ada?",soal Zayne dan menghulurkan tangan.

Aku turut menghulurkan tangan menyalami ibu Sarah.

"saja nak jumpa ayah,makngah ada hal" ujarnya dan aku hanya diam memandang mereka berbual .
Kali terakhir aku jumpa dia masa majlis ulangtahun dan majlis kesyukuran Erman dan aku masih ingat tiada segaris senyum pun dari bibirnya untukku.

Tapi hari ini dia mengukir senyum padaku.

"Eryna tak sihat ker?" soal Mariam dan membuatkan aku terkejut kerana ini pertama kali rasanya dia bercakap dengan ku.

"tadi pengsan" tak sempat aku menjawab Zayne memotong.

"pengsan ,kenapa?" soalnya hairan.

"dah lah makan dulu,nanti kita cakap" Kami terus berdiam kerana cukup tahu bahawa peraturan Datuk Razif adalah diam semasa berada di meja makan .

Selesai makan kami terus ke ruang tamu.

" abang sayang masuk dalam dulu...",aku minta izin kerana keadaan badanku terasa lemah dengan tiba tiba.

'sakit kepala lagi ker?" aku mengangguk .

"bawalah dia dulu,nanti datang sini",arah Datuk Raziff kerana jelas kelihatan wajah Eryna pucat.

"makngah maaf ya,rasa tak sedap badan,Eryna masuk dulu ya" aku meminta izin agar tidak terasa aku ni biadap meninggalkan tetamu.

"baiklah,muka tu pucat sangat tu" ujar Mariam jelas kelihatan wajah Eryna pucat.

Selepas menghantar aku ke bilik Zayne kembali ke ruang tamu.

"ni ada apa sebenarnya Yam ke mari?" tanya Datuk Raziff pada anaknya itu,kerana dia tahu anaknya itu tidak akan datang tanpa bersebab.

"pasal Rahman" ujarnya datar dan Zayne hanya duduk diam mendengar.

'Rahman..kenapa kau dah tahu pasal dia berbini lain?" riak muka Mariam seolah terkejut mendengar ucapan dari mulut orang tua di depannya.

'jadi ayah dah tahu pasal dia dah kahwin?",soalan dengan soalan.

"hmmm...kau masih tak kenal ayah rupanya,semua perihal korang ayah tahu"Datuk Raziff ketawa sinis.

Zayne hanya memandang dan tersenyum .

"saya dah jumpa dengan bini muda dia,dan saya minta dia lepaskan saya..saya tak rela dimadukan" terang Mariam.

"eloklah tu ,anak dan ibu menjanda" ujar Datuk Razif lirih.

Mariam tersenyum hambar.
Bukan marah tetapi geram kerana seolah Datuk Razif memerlinya.

Mariam mengeluh ,apa pun kata kata ayahnya dia akan terima sahaja selepas ini.

Kerana Rahman adalah pilihannya sendiri,apa yang terjadi dia kena hadapi.

"dah tu apa kata dia?"

"sampai sekarang dia tak bagi jawapan tapi saya akan minta fasakh"

"terpulanglah pada kamu,tetapi ingat suami kau tu licik,sebab dia tak akan biarkan kau begitu saja" Datuk Raziff cukup faham dengan perangai tamak menantunya itu.

"saya tahu ayah,tu pasal yam datang jumpa ayah ni,yam tahu syarikat perkapalan itu juga dia dah tukar milik kepada nama dia tanpa pengetahuan saya" terang Mariam kesal kerana terlalu mempercayai suaminya itu.

"hmm...tak apa,biar ayah uruskan,kalau pun dia nak ambil alih dia kena lalui ayah dulu,nanti ayah uruskan"
Mariam mengangguk faham.

"banyak benda yang berlaku dalam keluarga kita sekarang ni,dua minggu yang lalu Zayne kena serang,dan tadi pula kena kejar sampai pengsan Eryna terkejut....ni masalah kau pula..."

"Zayne kena serang?"Zayne mengangguk yang dari tadi hanya mendengar mereka berborak.

Sejurus dengan itu terdengar lagi jeritan dari dalam.

Jeritan dari Eryna,ketiga mereka berlari ke bilik.

"sayang" Zayne meluru masuk dan didapati badan isterinya bergetar kuat seolah ketakutan.

'abang..abang...sayang takut...jangan tinggalkan sayang..ada orang nak pukul abang...",aku menangis dan memeluk erat badan Zayne.

Datuk Razif dan Mariam memandang hairan dengan keadaan Eryna yang berpeluh dan menangis kuat itu.

"sampai macam tu sekali traumanya" ujar Datuk Raziff.

Aku masih lagi menangis di dada Zayne dan Zayne mengusap lembut kepalaku.

"abang...sayang takut" itu yang mampu aku ucapkan.

"abang ada...abang tak akan tinggalkan sayang..."

Mariam sudah pun meminta izin untuk kembali ke rumahnya .

Di sebabkan trauma ketakutan aku mengalami demam pada malam itu dan tidak sekalipun aku benarkan Zayne meninggalkan katil.

"sayang...abang nak kencing ni." aku menarik tangan Zayne apabila terasa dia bangun dari katil.

"no...sayang tak benarkan,sayang takut..", aku memeluknya erat tetapi mataku dipejamkan .

Entah tidur atau sedar mulut bergerak tetapi matanya pejam.

"habis tu ,sayang nak suruh abang kencing atas tilam ni?",soal Zayne sambil tergelak melihat telatah isterinya yang begitu manja.

"sayang ikut.." nak tidak nak Zayne terpaksa membenarkan Eryna mengikutnya sampai ke bilik air.

"abang...sayang nak kencing" baru aja beberapa minit tertidur Zayne terjaga lagi bila dikejutkan oleh Eryna untuk ke bilik air.

Zayne bangun dan mengangkat badan Eryna terus ke bilik air,sebab kalau berjalan sampai esok pun belum tentu sampai.

Mereka kembali.tertidur tetapi ternyata sampai ke pagi Zayne tidak dapat tidur nyenyak kerana beberapa kali Eryna mengerang ketakutan.

Hasilnya bila waktu pagi dia terlena bila Eryna turut terlena.

"Ya Allah dah pagi" aku bangun bila terasa berat seolah ditindih sesuatu.

Kelihatan tangan Zayne berada tepat di dua gunung ku.

"emmm...ambil kesempatan" rungutku dan cuba mengalihkan tangannya,tetapi makin kuat dia meramas pula.

"abang!! aku menjerit bagi menghentikan kegiatan dalam alam separa sedarnya itu ataupun sengaja dan menepis tangannya.

'sayang...bisinglah..abang ngantuk tau...biarlah abang pegang kejap...sedap ni.." gumamnya dan tersenyum.

"abang...bangunlah...kan ni bukan rumah kita..abang tak nak kerja ke?"

"emmm...ngantuk semalaman abang tak tidur jaga sayang...bagilah upah...", jawabnya dengan suara parau.

"abang...bangunlah...kan dah terlepas subuh..tengok jam dah tujuh pagi ni..bangun solat kejap"

Zayne membalikkan badannya dan aku berjaya bangun terus ke bilik mandi.

Nasib baik demam ku sudah pun berkurangan,tapi ketakutan masih lagi terasa.

"abang please bangun..kita balik.." Zayne masih tertidur.

Aku berlalu meninggalkan dia yang ternyata mengantuk itu dan tak sampai hati aku untuk bangunkan dia lagi,mungkin dia penat menjagamu dari semalam.

Aku keluar dan terus ke dapur.

"bik...boleh saya bantu?"

"oh..Puan Muda..tak usah..semua dah siap"
Aku hanya mengangguk dan berlalu ke ruang makan.

"dah sihat?", tegur Datuk Raziff bila nampak aku berada di ruang makan.

"dah...sorry tok Ayah sebab semalam ", ujarku.

"it's ok.. mana Zayne?"

"tidur..katanya semalam tak tidur sebab jaga Eryna"

"tak palah biarkan dia tidur,mengantuklah tu"

Hanya aku dan Datuk Raziff bersarapan di meja makan sambil berbual kosong.

Selepas makan aku masuk ke bilik dan Zayne sudah pun berada di dalam bilik mandi.

" dah sarapan?" soalnya bila keluar dari bilik mandi dan menghampiri aku dengan bertuala.

" dah ,kejutkan abang tak nak bangun,sayang lapar ,jom sayang temankan abang sarapan dan lepas tu kita balik"

" sayang dah ok ker ni" dia menyentuh dahi ku.

" panas lagi ni..kejap lagi kita singgah klinik dulu"

" alah balik teruslah...cukup makan ubat dah la,sayang nak balik rehat kat rumah..malam tadi pun lupa tau nak call bibik"

" abang dah call,cakap tak balik" hidungku dipicitnya.

" sakit tau,dah lah tadi sedap jer dia ramas hak orang" aku mencebik.

" sapa kata hak sayang,hak abang..semua yang ada pada sayang semua hak abang" ujarnya dan menghampiri ku.

" abang nak buat apa ni?" soalku terkejut bila dia merapatkan badannya yang masih tak berbaju itu.

" hihi...buat apa agaknya..",

",abang tak nak lah..jomlah pakai baju..." aku menolak badannya bila dia semakin merapat.

" ab..ab..'" seperti biasa tak sempat aku menghabiskan kata pasti dia terlebih dahulu membungkam bibirku dengan bibirnya telah selamat mendarat.

Ketukan dari luar mengejutkan kami dan menghentikan aksinya dari terus memagut bibirku.

" hufff...kacau betullah.." dia bangun membuka pintu dan aku bernafas lega.

" Datuk panggil Tuan.." ujar bibik.

" iyalah kejap lagi kami turun"

" balik nanti abang tuntut" ujarnya membuat aku merinding bulu roma.

Dengan cepat aku berlalu keluar takut tak pasal pasal sebelum sampai di rumah di sini pun jadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience