bab24

Romance Completed 61355

Hari ini aku bangun awal walau masih lagi mengalami morning sickness yang agak teruk,baru saja bangun port pertama aku adalah bilik mandi.

Kali ini tak sempat nak mengerling ke arah suami yang sedang tertidur nyenyak terus meluru sepantasnya ke bilik mandi dan terus muntah.

"sayang..." Zayne terjaga apabila terdengar suara Eryna muntah.

Dengan kantuk yang masih ada,dia terus bangun meluru ke bilik mandi,di ketuk pintu dan memanggil isteri di dalam

"sayang....bukak pintu ni"

klak!

"abang....ada apa?"soalku hairan,Zayne menonyoh matanya memandang ku,kening di angkat.

" tadi abang dengar ,sayang muntah"

" emmm....loya,mual...sorry buat abang terjaga.sayang tak tahan" jawab ku lemah dan sekali lagi aku meluru ke singki memuntahkan segala yang ada di perut dan membuat perutku terasa kejang.

Segera Zayne menggosok belakangku.

"Ya Allah...kesiannya abang tengok.." dia memapahku ke katil.

",sayang baring dulu" dia membaringkan aku.

"sayang nak mandi,dah subuh ni" rengekku.

" rehat dulu,bagi tenang,kejap lagi ok baru mandi"

Aku hanya mengangguk lemah.

"abang mandi dulu" terus dia berlalu mencapai tuala dan berlalu pergi.

Perut yang masih rata aku gosok agar berasa selesa.

"nak abang mandikan?"soal Zayne bila keluar dari bilik mandi.

"tak apa,sayang boleh bangun" perlahan aku bangun,walaupun masih terasa peningnya.

Zayne tergelak mesti dia faham dengan perkataan tak apa tu,maksudnya aku mengelak lah ya,kalau suruh dia mandikan maka lama lah nak habis.

"baiklah,hati hati,abang tunggu,kita solat sama sama"

Usai mandi macam biasa kami bersiap untuk ke pejabat dan turun bersarapan.

"sayang...kalau tak boleh tu,rehat jer kat rumah" tanganku digenggamnya.

"insyaallah ok..biasalah kut mula mula ni,sayang boleh tahan..nanti kalau tak tahan jugak sayang balik,boleh?"

",iyalah...degil..." hidungku dicuit.

" bini abangkan?" membuat kami tergelak.

Sampai di pejabat aku terus masuk ke bilik ku .
Membuka komputer dan meneliti agenda untuk hari ini dan terus mengambil fail masuk ke bilik Zayne Rafael.

"Tuan" sapa ku macam biasa bila menerjah masuk ke dalam bilik Zayne.

"yes my sweetie,come...close the door" macam biasa bila saja aku masuk pasti disuruhnya mengunci pintu.

Aku menurut perintah dan tersenyum.

Zayne bangun mendapatkan aku.

"nah fail yang belum ditandatangani lagi ni,berlambak,tu ada draf gaji pekerja,kertas meeting...jap...",Aku membelek satu persatu fail dan menghulurkan kepadanya.

Fail diambil dan diletakkan di mejanya .

"sayang...letak dulu"tanganku ditarik sampai ke sofa dan dia mendudukkan aku.

"sayang ni kalau datang pejabat terus sihat eh..semangat" pipiku dielus lembut.

" kerja kena ada komitment la Tuan,baru bos sayang" ujar ku dan tersenyum.

"emmm...betul...bos sayang...sayang sangat sangat" dia mengangkat daguku dan melebar senyum.

Debaran tetap terasa walau bukan pertama kali kami dalam situasi begini.

Deruan nafas kami turun naik.

"abang.."

Sepantas itu bibirku dipagut,sedikit rakus tetapi ada kelembutan nya.

Pinggang ku di perketatkan merapat ke dadanya.

Aku sedikit menolak tubuhnya,tetapi semakin dia memperkemaskan pelukan.

Tok!tok! ketukan dari luar membuatkan kami berhenti beraksi dan melegakan aku.

"ish...ada saja yang spoilkan mood aku"marahnya.

Aku menggigit bibir dan ketawa

"sayang...fuh...manis" bibirku dilap lembut.

"abang ni..kat office pun menjadi" perutnya aku cubit dan dia tergelak

"sapa suruh cantik sangat?"soalnya ,aku terkerut kening memandangnya.

"jom...", tanganku ditarik sampai berdiri.

Kami bangun membetulkan pakaian.
Tudung juga habis serabai.

"dah?"soalnya bila lihat aku sedang membetulkan tudung.

Aku mengangguk.

"Tuan...lamanya saya tunggu", terpancul muka Alia dari luar.

"emm..Saya ada meeting dengan Puan Eryna...masuk lah" ujarnya dan aku sudah pun duduk di kerusi

"maaf puan ,tuan ganggu,saya datang nak ambil draf gaji,dah sign ker?" soal Alia.

"Tuan Zayne.." aku melirik ke arahnya,satu fail tadi aku serahkan padanya.

Alia memandang dan tersenyum.

" ok done..ada apa apa lagi?" soalnya serius.

" tak ada"

" baiklah saya ada kerja nak sambung dengan Puan Eryna kejap ,nanti pesan kat Lisa sebelum nak masuk tu panggil melalui interkom saja,tak nak ketuk ketuk macam tadi" pesannya membuat kan Alia mengerutkan kening hairan.

" baik tuan,saya keluar dulu"Alia berlalu pergi dengan sedikit tergelak.

"Hai Kak ,gelak gelak ni ada apa apa ker?" tegur Lisa bila Aliar melangkah keluar.

"bos kita lah...sejak kahwin ni lain macam aku tengok lebih menyeramkan..pelik jer" ujar Alia.

'"lain macam mana kak?"

" nih..tadi dia pesan kalau ada apa apa nak jumpa dia jangan ketuk pintu,guna interkom dulu minta izin"

Lisa menggaru kepala hairan.

Alia hanya mengungkit bahu dan tergelak.

Lisa mencebik.

" macam macam lah Tuan Zayne ni" bisik Lisa.

" ada ker pesan macam tu" rungut ku

" ya lah main ketuk ketuk ,orang nak romantik dengan Wife pun tak senang" dia bangun menghampiri aku dan duduk di atas meja.

" hmm..abang ni kan pejabat.." dia menundukkan kepala merapatkan muka rapat ke muka ku,mendongakkan dagu.

" abang dah lah...hari ni bukan ker kita ada meeting dengan Datuk Thong kat hotel Pacific kan abang,lepas tu terus ke Putrajaya tengok tapak projek yang baru.."

" alah awal lagi kan ..." dia terus mengucup bibirku.

"abang..." aku muncungkan mulut .

"ok..ok...abang minta maaf"dia terus tergelak membuatkan aku bertambah marah.

Aku terus bangun dan ingin berlalu,tapi pantas dia menarik tanganku sampai ke pelukannya.

"sorry...sapa suruh goda abang,buat abang sentiasa mabuk?"soalnya dengan redup pandangan.

" abang...lepaslah..." aku memukul dadanya.

"ok..ok..abang lepas tapi cium abang dulu" dia menunjukkan bibirnya.

" lagi?"soal ku. pipi ku mula merona merah.

Nak atau tak terpaksalah aku ikut arahannya,kalau tak memang tak habis sesi romantik pagi ni.

Segera aku rapatkan bibirku dan mengucup bibirnya dengan pantas,selalu dia yang mulakan,kali ini aku yang mula.

"laa...tak kan kejap jer"

"cukup...nak lebih tunggu malam ni,package lengkap", ujarku menolak tubuhnya sampai terduduk.

"janji..malam ni abang tuntut janji sayang" laungnya dan aku terus berlalu pergi.

Aku melambaikan tangan dari arah belakang,lagi lama di biliknya ,lagi itulah perangai dia menjadi jadi.

Zayne tergelak bila lihat muka cuak aku tadi.

.....

Jam sebelas pagi kami mula menuju ke Hotel tempat yang dijanjikan untuk meeting dengan pembekal bahan binaan untuk projek baru kami di Putrajaya.

" maaf ,sorry,..kami lambat Encik Zayne Rafael?"" ujar seorang Cina yang berpakaian kemas bersama seorang lagi lelaki melayu.

Dua dua masih muda dalam lingkungan umur Zayne teka ku.

Aku ingat Encik Thong ni orang tua,perut buncit,pakai kacamata tetapi bukan .

"oh..tak apa kami pun baru sampai,duduklah pelawa Zayne.

"Saya David Beng...anak kepada Thong Beng..papa tak dapat datang jadi saya diminta menggantikannya" Zayne menyambut salam dan aku hanya mengangguk.

"emm anak..patut lah " bisikku.

"Ooo..papa you tu dah lama jadi pembekal syarikat ZR dan memang kami percayai" ujar Zayne.

"saya pun under dia Encik Zayne...kerja bawah papa juga,dia kata bagi tender ini untuk saya handle,give me a chance"

Dalam pada itu matanya tidak lekang memandang ke arah ku,membuat aku tidak senang duduk.

"Encik David,saya tak kisah,asalkan jujur,sebab papa you ni I dah lama kerjasama dengan nya,sejak first saya libatkan diri dalam bidang ni,memang recommended sangat,jadi saya harap you pun macam papa you lah,sebab projek kali ini lebih besar berbanding projek yang sebelum ni" terang Zayne panjang lebar.

"Encik Zayne jangan risau,saya boleh punya"

"oh..lupa nak perkenalkan ni wife Saya Eryna merangkap pembantu peribadi saya" Zayne perkenalkan aku pada David bila perasan yang cina tu mula mengerling ke arahku beberapa kali.

"ooo...you punya wife...beautiful...bertuah you dapat macam ni,I memang minat perempuan melayu,manis manis " sambil mengangguk kepala dan tergelak kecil.

Zayne mula kelihatan cuak,bila bininya dipuji.

"nice to meet you puan Eryna" dia menghulurkan tangan tapi aku sambut dengan senyuman.

Zayne mula memandang ku dan aku menunduk faham dengan pandangannya.

"ok...baik..baik I faham"

"jadi macam mana,you setuju ker nak kerjasama dengan I?"soal David.

"macam ni,I nak kena jumpa juga dengan you punya papa,lepas tu baru I buat keputusan..macam mana?"

",boleh..no problem..nanti I cakap sama papa"

"ok,..sebelum tu,jom lah minum dulu"

"ok"
Selesai minum bersama Encik David tadi.

"abang..."
Aku mula perasan Zayne mula berdiam sejak perjumpaan dengan David tadi.

"emmm..."

"abang ni kenapa,diam daripada tadi,sayang ada buat salah ker?"soalku.

"ada",jawapan yang membuat aku tersentak

"sayang buat salah apanya"

Dia terus memandu sampai ke tapak projek.

"jom turun" pelawanya sambil membuka pintu untuk ku

Aku masih mencuka ,pertanyaan aku masih tiada jawapan.

"jom lah..panas ni" ujarnya sedikit kasar.

Aku menjeling ke arahnya

"jeling jeling kan tinggal kat sini"ugutnya membuat aku lagi rasa marah

Aku bangun berdiri ,masih kaku di kereta.

"jomlah sayang...nanti terbakar kulit...panas ni" ujarnya sedikit lembut.

"biarlah..abang bukan sayangkan sayang pun" ujarku sedikit sedih.

Dia datang menghampiri ku dan memegang pinggang.

"nak abang cium sayang kat sini ker?"bisiknya membuat aku meremang bulu roma.

"dah tu,abang marah kan sayang kenapa?tanya tak jawab..ker abang jealous?"soalan memerangkap.

"ya,memang abang cemburu sebab tadi"

"patutlah..tapi kenapa pulak marahkan sayang?"

"dia yang pandang sayang macam tu..ok lah lain kali abang ajak jer orang lain temankan abang bila jumpa dengan David tu nanti,sayang tak nak ikut" kini aku pula yang merajuk.

" ok abang minta maaf,suami mana yang tak cemburu bila lelaki lain pandang dengan pandangan yang macam tu,rasa saja penumbuk ni nak naik ke muka cina tu tadi" dia menunjukkan genggaman tangannya.

"laa...kenapa tak terus jer abang tumbuk dia kan senang,lagi pun dia tak buat apa pun kat sayang,dia tengok jer ,bukan luak pun"

"ooo...jadi sayang sukalah,kalau orang lain pandang sayang?" soalnya marah.
Muka Zayne makin tegang.
Aku pun rasa sedikit cuak.

"aduh aku salah cakap lagi ker?"bisikku.

"fine ,sayang salah..." Aku memusingkan badan dan melangkah ingin pergi dan sepantas itu Zayne memegang tanganku.

"nak ke mana?"

"lari..." jawab ku selamba.

" sayang..jangan macam ni..abang minta maaf..abang ikutkan hati"

", dah lah sayang nak balik..penat..balik terus rumah" ujar ku marah.

" ok lah..jom abang hantar sayang balik"

Aku kembali masuk ke dalam kereta dengan perasaan sedikit marah.

" cemburu tak bertempat" rungut ku.

" abang minta maaf,abang ikutkan perasan tadi,abang cintakan sayang jadi abang tak nak lah orang lain pandang sayang macam tu" tanganku dicium lembut,Aku membiarkannya.

" dah tu diaorang ada mata"

" ya,ya..abang salah,jom abang belanja sayang makan cendol nak?"

"tak nak..sayang nak balik kampung"

Zayne terkejut.

"tak kan marah kan abang sampai nak balik kampung kut,sapa nak temankan abang tidur nanti"

"tidurlah sorang sorang,sapa suruh marahkan sayang?"

"aduh..daripada aku yang merajuk,dia pulak yang kena pujuk,bodoh betul lah kau Zayne",bisik hatinya.

"ok..nanti minggu depan kita balik kampung..ok?"

Aku hanya terdiam dan muncungkan mulut.

"ni muncungkan mulut ada orang nak minta cium rasanya"

", cium lah..." ugutku.

Serentak dengan itu keretanya berhenti di pinggir jalan membuat jantungku berdebar kencang.

"kenapa abang berhenti?"soalku terkejut.

"kan tadi suruh abang cium" dia segera merapatkan badannya ke arahku.

"ish abang ni...dah lah jom balik..." aku cubit lengannya sampai dia menyeringai kesakitan dan tergelak.

Keretanya kembali dipandunya.

Aku memeluk tubuh dan memandang ke arah luar.

Zayne memandangku dan tergelak lagi.

"sayang..sayang..buat hati abang tak senang" gumamnya.

Aku terus muncungkan mulut dan memeluk dada memandang ke luar tingkap.

Dia terus mengusikku ,aku menepis tangannya.

"abang belanja cendol nak?"

"tak nak...",

"jomlah sejukkan tekak...sejukkan hati...please...please..", dia merayu.

Aku terus diam.

"fine...nak buat macam mana orang merajuk..." Zayne tergelak kecil dan terus memandu.
Malas aku nak layan mood dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience