bab 73

Romance Completed 61355

Kamarul duduk di beranda menyedut dalam asap rokok dan menghembus keluar,hari ini hampir sekotak rokok dia habiskan.

Selepas satu,satu dia sambung.

Bayangan wanita dan renungan mata perempuan yang dia lihat seminggu yang lalu masih lagi dia ingat sampai kini.

"shittt!!! kenapa aku tak boleh lupakan dia..tapi kenapa orang yang aku nak ada kaitan dengan dia!!! dia menyumpah sendiri .

Flashback on..

Selepas pemergian Sarah dari bilik hotel itu dia keluar menyusul kemudian.

Dia turun ke lobi hotel menuruni lift dan sempat matanya terpandang ke arah satu susuk yang dia kenali.

Ya Zayne Rafael seorang pemuda tampan dan sungguh berketerampilan sejak dulu hingga kini penampilan lelaki itu dia kagumi dan tidak hairan lah menjadi kegilaan setiap gadis yang memandangnya,sedang berada di restoran hotel itu,kiranya sedang menunggu seseorang dapat di lihat sedang menghubungi melalui telefon.

Dia berlalu pergi malas untuk berlama di situ dan belum tiba masanya dia menyapa lelaki yang pernah menjadi sahabatnya itu satu tika dulu.

Dia berlalu pergi ke parking kereta dan tiba tiba terlanggar seseorang.

Dia dengan secara tidak sengaja mengikut langkah wanita yang terlanggar tadi.
Entah mengapa kakinya seolah tertarik untuk mengikutnya.

Dia berhenti apabila wanita itu menghampiri seseorang yang dia kenal.

Orang itu adalah Zayne Rafael.
Melihat kemesraan itu dia boleh mengagak yang gadis cantik itu milik Zayne.

Flashback off.

.......
.......

Selepas menerima panggilan dari Sarah ,Kamarul berlalu keluar dari apartmentnya menuju ke restoran yang dijanjikan.

"berapa lama lagi you nak jalankan" Soal Sarah memandang tepat kemata Kamarul ,mereka saling menatap.

Kalah dengan pandangan itu Kamarul beralih pandangan dan secara tak sengaja pandangannya terarah pada satu susuk tubuh gadis yang dia jumpa seminggu yang lalu.

Adakah ini dinamakan jodoh??

Dia menyungging senyum tanpa sedar.
Sarah yang memerhati dari tadi menunggu jawapan darinya mengerutkan kening hairan melihat gelagat Kamarul yang tersenyum tanpa menoleh ke arahnya.

" kau gila ker apa...senyum sorang sorang" Sarah mendecak marah bila soalannya tidak berjawab.

"hah.kau tanya apa tadi?" dia tersentak bila Sarah menjentik tangannya .

"kau tengok apa? aku tanya kau tak jawab?" Sarah turut memicingkan mata melihat ke arah mata Kamarul yang terlalu fokus menatap.

"Eryna?", keluar nama Eryna dari mulutnya.

"kau kenal dia?" soal Sarah .

"pernah terserempak sekali"

"kau tahu siapa dia?"

Kamarul menggelengkan kepala ingin melihat reaksi Sarah.

"dah,lah...macam mana dengan perjanjian kita...aku tak nampak pun hasilnya"

"sabar,sabar itu indah.."

"masalahnya sekarang ni aku tak sabar..cepat buat,cepat habis"

" kau nak dia?", Kamarul masih menatap ke arah keberadaan Eryna yang sedang menunggu seseorang.

" siapa?"

", tu....kau nak tahu siapa dia...dia bini Zayne Rafael...cantik kan dia..." ujar Sarah memancing fikiran Kamarul.

Sejurus selepas itu kelihatan Zayne datang menghampiri Eryna dan mencium kepala isterinya itu.

Sarah dan Kamarul melihat kelakuan suami isteri itu tanpa menoleh.

" mmm...mesra" bentak Sarah,entah kenapa tiba tiba terjentik di hatinya melihat kemesraan pasangan itu.

"jom aku perkenalkan dia dengan kau" Sarah bangun dan menarik tangan Kamarul.

"tak..bukan hari ini" Kamarul kembali menarik tangan Sarah dan duduk.

"laksanakan tugas kau segera ,Kamarul...aku takut tak sempat",

"ok..secepat nya,janji ada habuan" Kamarul bangun dan berlalu pergi meninggalkan Sarah.

Fikirannya melayang entah ke mana,hanyut seketika,kenapa dia rasa begini sedangkan yang dia kejar selama ini adalah Sarah tapi kenapa bayangan wanita lain menjergah di fikirannya kini.
Sungguh aneh perasaan yang dia rasakan kini,ibarat jatuh cinta sekali lagi bukan pada wanita yang sama tetapi wanita lain.

", kau cari mati Kamarul" bisiknya meneruskan perjalanan nya.

Sekarang dia hanya perlu jalankan rancangannya sesuai dengan perjanjian dia dengan Sarah ingin menghancurkan perniagaan Zayne Rafael tetapi mampukah dia.

Dia perlu mengatur stategi yang kuat untuk berhadapan dengan pemuda itu dia tahu pengaruh Zayne terlalu kuat dan bukan mudah untuk dia tembusi tetapi dia juga terfikir kenapa Sarah nak hancurkan keluarga Zayne sedangkan mereka ada pertalian .

Banyak persoalan timbul di benak fikirannya.

Dia perlu tahu sebabnya tetapi bagaimana,dia master dalam bidang It dan itulah kebolehan mutlaknya selain menjadi si playboy dan buaya darat.

Mengikut Sarah dia perlu membuat agar semua data syarikat Zayne bocor dan membiarkan beberapa pemegang syer syarikat tarik diri.

Aneh,apa kaitannya sedangkan itu tak relevan dengan sebahagian kehancuran sebuah syarikat kenapa tidak saja Sarah mengambil alih syarikat kan senang.

Apa sebenarnya perempuan itu mahu atau adakah dia inginkan Zayne kembali padanya?

Kamarul teruskan perjalanan sambil memikirkan strategi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience