bab 33

Romance Completed 61355

"aduh...sakitnya ..", aku mengaduh kesakitan bila kasut di buka.
Kaki ku mula kemerahan kerana terlalu lama memakainya.

"sayang..." Zayne menerpa ke arahku.

"sakit" aku mengerutkan kening.

Zayne melunjurkan kaki ku ke atas pahanya.

Dia mengurut perlahan,terasa sedikit keselesaan.

"abang..."Aku memanggil lembut Zayne yang sedang mengurut kaki ku.

" emmm..." sepatah dari mulutnya.

" ouch...sakitlah...dah lah..tak nak" marahku padanya apabila kaki ku terasa makin sakit.

" alah sikit jer pun..sorry abang minta maaf"

Aku cuba bangun tapi Zayne menarik aku ke pelukannya.

" alah manja abang ni...tadi suruh abang urut..."

Aku tergelak kecil bila dia memperlakukan aku macam anak kecil.

"dah...sayang nak mandi,penatlah" rengekku sambil meleraikan pelukannya.

"jom" Zayne terlebih dahulu bangun menghulurkan tanganya padaku.

Aku faham maksudnya,mesti nak masuk mandi sekali.

Ketukan dari luar mengejutkan kami.

"ya kak Ra?"

"ni,Datuk suruh beri" Kak Ra menghulurkan beberapa pakaian yang berada di tangannya.

"terima kasih kak Ra"

"ada apa abang?"

"_ni..Tok Ayah..bagi pakaian"

" hmm...beria sungguh Tok Ayah suruh kita tidur sini ya abang" aku membelek beberapa helai baju yang dibawa Kak Ra tadi iaitu pembantu rumah Tok Ayah.

'sayang jomlah ,tadi kata nak mandi"

Aku mengangguk.

Aku terus bangun mencapai tuala .

"kenapa sayang tergelak?"aku tak dapat nak menahan gelak bila lihat si suami memakai kain pelikat.

Hampir lima bulan aku bergelar isterinya,ini rasa pertama kali Zayne berkain pelikat,selalu seluar pendek jer yang dia reti sarung,kecuali masa solat tu pun sebab terpaksa,sekejap jer.

Nampak kejantanan nya di situ.

"tak...mana ada sayang gelak...cuma pelik...but nice..."

"hmmm...tak pernah tengok abang macam ni kan?"dia datang memelukku dari belakang yang dari tadi menyikat rambut.

"gelilah abang..", tangannya mula menjalar kearah yang lebih sensitif.

"geli kan sedap" kali ini bibirnya pula menapak di leher ku...lama di situ.

"abang!! jeritku membuat dia ketawa dan menampar bahunya.

"abang...selalu jer jadi pontianak" aku mula muncungkan mulut.

cup...marah lagi kali ini bibir aku yang jadi mangsa,tergamam.

"kan..abang dah cakap..jangan muncungkan mulut"

"abang memang selalu ambil kesempatan dalam kesempitan"aku berlalu ke katil ,membaringkan diri.

"dah nak tidur ker?" Zayne duduk di sebelahku sambil bermain dengan rambutku.

"aah...habis tu nak buat apa?" soalku pura pura tak tahu atas renungan menggoda sangat suami

"alah...tak kan tak nak rasmi katil ni kut"
Aku membuntangkan mata.

"ish abang ni...ni ramah Tok Ayah lah...mana mana pun boleh eh?"soalku sambil menepis tangan galaknya menyelak dress tidur ku.

"laa...bila nak....mana ada kira tempat...abang mana tahan tengok sayang seksi macam ni,pandai kan Tok Ayah bagi sayang pakai baju ni..."Tangannya tak berhenti di situ sebaliknya terus mengelus pipi ku dan mendekatkan bibirnya pada bibirku.

Tok!Tok!ketukan dari luar mengejutkan kami yang sedang hampir melondehkan semua

Aku tergelak bila lihat reaksi tidak puas hati Zayne.

"ish...potong stim betullah" dia bangun mengutip kembali baju yang dilemparkan ke bawah.

"abang...kain tu" tegur ku apabila lihat kain pelikatnya pun hampir terlondeh.

Selepas merapikan terus dia membuka pintu dan terpancul muka Kak Ra.

"Datuk suruh panggil Zayne minum"

"ok..kejap lagi Zayne turun"

"jom sayang...kita turun minum"

"sayang nak rehat boleh? nak kumpul tenaga....sebab..." aku sengaja menggodanya.

"stop...sayang jangan buat abang terkam sayang terus ok"tanganya memegang tanganku,menghentikan dari terus meraba dadanya.

" tahu takut,tadi pandai pulak goda sayang..dah pergilah Tok Ayah tunggu tu" aku menolak badannya dan tergelak.

"ooo...balas dendam,boleh jer abang cancel kalau setakat minum tu,tapi kalau yang seketul ni memang rela tunggu sampai pagi,lagi sedap daripada secawan kopi"

"dah..tak payah nak mengayat...tak cairlah..."

Aku pula yang rasa cuak sebenarnya,Zayne pula yang tergelak.

"iyalah...abang pergi..."

Lega bila tengok dia berlalu dan sempat lagi hadiahkan aku flying kiss.

.........
.........

Terus Zayne menuruni lift menuju ke bawah.

"mana Eryna?"soal Nora ibu mertua Zayne.

"kat atas Mak,dia kata tak larat"

"jomlah minum..orang mengandung memang macam tu selalu letih"

"Erman mana?"

"ada kat bilik,katanya nak tidur,dia biasa tidur awal"

Zayne mengangguk sambil meneguk secawan kopi di depannya.

"Zayne,macam mana dengan perkembangan projek tu?"tanya Datuk Razif.

"alhamdulillah Tok Ayah setakat ini,supplier dah dapat dan aggreement pun dah sign ,kalau tak ada apa apa,insyaallah minggu depan terus jalan lah"

"bagus...tapi dengar kata Datuk Thong dah serahkan syarikat pada anaknya...siapa tu..."

"David"

"ha..David yang datang tadi dengan dia"

"Ya Tok Ayah...dia kata nak suruh anaknya belajar selok belok bisnes ni..."

"harap dia pun jujur macan papa dia lah" sampuk papa Zayne.

"mudah mudahan pa"

"abang ngan ayah ni,kalau jumpa tak adanya bincang pasal benda lain,bisnes lah duk cerita Nora"
bebel Mama Zayne sambil tergelak.

"dah namanya orang bisnes..Kak Na" balas Nora .

"Mak..nanti Mak duduk lah lama sikit kat rumah..boleh temankan Eryna...dia tu mengidam nak makan masakan mak...jenuh hari hari duk pujuk nak makan nasi lemak yang mak buat"

"tak tahu lagi lah Zayne,rasanya sari dua jer,sebab nak kena uruskan pasal persiapan Erman pulak tu....tapi kalau dia mengidam nak makan nasi lemak tu esok pagi Mak boleh buat...tapi Eryna ni bukannya suka sangat pun nak makan nasi lemak ...tu yang Mak hairan"

"mengidam lah tu Nora...orang mengandung ni ,benda yang tak suka jadi suka..."

"selalu duk sebut Mak,dia kata nasi lemak Mak buat sedap"

"orang mengandung...hajat kena tunai,kalau tak merajuk sampai bersalin lah..."

Zayne mengangguk dan ketawa.

Lama juga mereka berbual ,dari hal perniagaan sampai lah hal masing masing,riuh rendah suasana malam dengan tawa mereka.

"ok lah ,Mama,Papa,Tok Ayah ,Mak,Zayne naik dulu...nanti tak pasal Eryna terjaga tengok Zayne tak ada tercari pulak"

"iyalah,kami pun dah mengantuk ni,tak sedar duk menyembang sampai ke pagi pulak"

Terus Zayne ke atas,tinggal sekejap pun dah rasa kerinduan terhadap si bidadari nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience