Bab 60

Romance Completed 61355

Sejurus selepas itu Zayne terima panggilan daripada pejabat Datuk Raziff dan tanpa berlengah dia terus mengajak Mikael ke sana.

"apahal Tok Ayah nak jumpa bro?" soal Mikael hairan.

Zayne terus Memandu tanpa menghiraukan pertanyaan dari sepupunya itu.

Mikael mencebik dan mengambil telefon dan membuka instaqram,itulah hobinya bila ada kelapangan.

Zayne masih lagi terdiam melayan emosi marahnya.

Terasa amat membara dengan sikap tidak bertangungjawab David dengan tiba tiba membatalkan kontrak itu.

Beberapa kali keluhan berat dilepaskan dan menganggu sedikit konsentrasi Mikael sedang stalker akaun milik seseorang.

"kau drive bagi clear beb...aku kecut perut dah ni" marah Mikael tetapi tidak dihiraukan Zayne.

"what!!! patutlah..aku memang syak betina ni" Zayne tiba tiba mengalihkan pandangannya ke sisi.

Mengerutkan dahi pelik melihat Mikael seolah terkejut melihat sesuatu di skrin telefonnya.

"kau kena sampuk jin afrit ke apa hah!! sergah Zayne yang sedikit terkejut tadi.

"hihi...sorry...you terus jer drive yang penting selamat sampai...nanti aku share kat kau"

Zayne menggeleng kesal.

Mikael masih menatap fokus di layar telefonnya dan Zayne mengambil keputusan mendiamkan diri,dia pun tidak berada dalam mood yang baik tika ini.

Beberapa minit kemudian kereta Zayne sudah siap di parkir di perkarangan bangunan yang tinggi menjulang itu.

Segera mereka keluar dari perut kereta tanpa
sepatah bicara.

Mikael hanya membuntuti sepupunya yang jelas berang dan tegang itu.

"nasib baik muka kau handsome Zayne...kalau tak aku pun meluat tengok muka ketat kau" ujar Mikael sambil melangkah masuk beriringan dengan Zayne.
Zayne hanya membuang pandangan ke depan berjalan sambil tangannya di masukkan ke dalam poket.
Tentunya saat ini ramai mata yang tertumpu ke arah dua susuk jejaka macho yang gagah bak putera masuk ke pejabat koperat milik Datuk Raziff.

Mikael pastinya melangkah bangga bila terasa diri seolah artis melangkah masuk dan diserbu peminat.

Tapi Zayne tidak sedikit pun menunjukkan minat untuk menegur sapa.

"Datuk Raziff ada?" soal Zayne bila melangkah masuk ke pejabat Datuk Raziff.

"sekejap"ujar pembantu pejabat Datuk Raziff yang sudah kenal cucu cucu Datuk Raziff itu.

"sila Tuan Zayne dan Tuan Mikael ,Datuk Raziff tunggu di dalam"

Zayne dan Mikael mengangguk dan terus melangkah masuk.

"assalamualaikum Tok Ayah" sapa Zayne bila melangkah masuk dan Mikael tersenyum bila mula lihat muka teduh Zayne tadi kembali ceria bila berjumpa dengan Tok Ayah.

Mereka menyalami Datuk Raziff dan dipelawa duduk.

"ada berita ker Tok Ayah",Mikael lebih dulu memulakan bicara bila melabuhkan punggung nya.

"yup...itu pasal Tok Ayah panggil ni,tapi maaflah kalau terlambat sebab dah dekat seminggu Tok Ayah tak ada kat sini,ni baru sampai pagi tadi",

"ni pun penat tak habis lagi" dapat mereka lihat kelelahan di wajah tua Datuk Raziff.

"apa hal sebenarnya..bunyi masalah besar jer", ujar Zayne yang dari tadi terdiam.

"ni mengenai siasatan tentang Sarah" satu envelop berwarna coklat dihulurkan pada Zayne.

Mikael yang tadi duduk jarak dua kerusi dengan Zayne bangun menghampiri sepupunya itu.

Tanpa kata Zayne terus membuka sampul itu,satu persatu gambar di telitinya,sekejap kerut dahi,sekejap mengetap bibir geram macam macan reaksi yang terpamer di wajahnya.

Mikael pula mengangguk ngangguk dan membutangkan mata dengan paparan segar di hadapannya.

"hahah..dasar betina murahan..dengan cina pon kau boleh main..malu aku nak mengaku sepupu...fuh...nasib Zayne tak jadi bini kau..kalau tak lagi hancur hidup" terpancul dari mulut Mikael.

Datuk Raziff terdiam dan mengeluh dan terasa malu pastinya.

Dia tidak pernah membezakan sesiapa pun antara semua cucunya selama ini,yang kandung atau yang angkat tetapi sikap dan perangai Sarah kali ini bukan tahap yang boleh di mainkan lagi.

"David...ini maksudnya apa yang berlaku ada kaitan dengan Sarah, Mike" Zayne bangun dari duduknya mengempal kedua tangannya .

"dia dah batalkan kontrak dengan syarikat saya Tok Ayah",ujar Zayne datar.

"dah agak dah..benda ni akan berlaku.." ujar Datuk Raziff kesal.

"apa lagi yang dia nak sebenarnya Tok Ayah..Zayne tak rasa kalau kesilapan dia yang tinggalkan Zayne boleh dia buat senekad ini nak hancurkan terus hidup Zayne"

"mungkin dia cemburu", pintas Mikael.

"mungkin...ini adalah dendam..dan ketamakan" jawab Datuk Raziff.

"dia ada rancangan dengan bapa dia untuk hancurkan kita,tok Ayah kenal perangai Rahman...ni mesti dia yang gunakan anaknya ,dan disebabkan perangai Sarah dah masuk iblis tu maka rancangan dia menjadi"keluh Datuk Raziff.

"dont' worry...pasal pembatalan kontrak itu dengan tanpa alasan kita boleh ambil tindakan,tapi Tok Ayah rasa pakatan ini adalah isu yang besar sebab tok Ayah tahu ini adalah kospirasi nak jatuhkan syarikat" terang Datuk Raziff.

"betul tu tok Ayah ..ini adalah konspirasi antara Sarah dan ayahnya..", sampuk Mikael.

Zayne terdiam dan kembali duduk terbungkam,meramas ramas keras rambutnya,pening dan serabut,banyak perkara yang dia kena hadap gara gara perempuan bernama Sarah.

Datuk Raziff dapat lihat keadaan cucunya itu benar benar dah tertekan.

" beginilah Zayne balik rehat dulu,nanti tok Ayah akan cuba selesai kan...kali ni kita buat lebih teruk dari apa yang dia buat kat kamu"

" bukan balas dendam tapi pengajaran" Datuk Razif menghampiri Zayne dan menepuk lembut bahu cucunya yang entah sekarang ni macam rupa mati bini dah rasanya.

" dah Mike bawa your cousin ni balik..and jangan biarkan dia drive sendiri..." pesan Datuk Raziff.

" ok Tok Ayah ,"

" jom bro,kau tu dah macam mati bini dah aku tengok" Zayne terus mengangkat muka memandang tajam ke arah sepupunya yang mulut macam nak kena rodok dengan penyapu itu.

Mikael tersengih sebenarnya dah kecut perut takut tengok muka Zayne yang macam harimau nak terkam mangsa.

", dah,balik..tak payah nak buat hal kat sini.." ujar Datuk Raziff menegah bila tengok kedua cucunya itu mula memandang antara satu sama lain,macam nak istihar perang.

Zayne bangun dari duduknya.

" balik dulu,tenangkan fikiran jangan banyak fikir...Tok Ayah tak akan biarkan sesiapa pun merosakkan dan hancurkan kebahagiaan cucu cucu Tok Ayah lagi"

Zayne hanya mengangguk tanpa suara ,selepas bersalaman dengan Datuk Raziff segera dia melangkah keluar.

" Mike,tengok.kan Zayne,Tok Ayah takut dia hilang kawalan dan kewarasan dia" sempat dia berpesan pada Mikael.

Zayne membiarkan Mikael memandu dan saat ini mereka masih berdiam diri yang kedengaran cuma suara dj radio berceloteh.

"bro nak suruh aku bawa ke mana ni?" tanya Mikael.

"kau nak tunjuk apa tadi?" tanpa menjawab pertanyaan Mikael ,Zayne mengajukan soalan.

"oh....lupa.." kau ambil phone aku dan bukak ig.
Ujar Mikael dan Zayne hanya menurut.

"pastu cari nama Sarah Rahman" Zayne mengerutkan kening hairan.

Tapi tangannya terus menekan mengikut arahan Mikael.

"kau jumpa tak?" soal Mikael bila lihat Zayne seolah masih mencari.

Anak mata Zayne tertangkap pada sesuatu.

"dah?"

"dasar perempuan murahan", ujar Zayne datar.

"kau stalker dia?" soal Zayne tidak percaya yang Mikael ikut perkembangan Sarah.

"akaun bini.kau pun aku usyar" jawab Mikael sambil gelak

Zayne membetulkan duduk bila mendengar Mikael ambil tahu juga pasal socmed Eryna.

" tapi tak wife kau tu tak aktif...tapi Sarah ni ni ngek sikit semua benda yang dia buat,dia pergi semua dia kongsi dalam IG dia..lapar famous" terang Mikael dengan gelaknya.

Zayne masih lagi menggerakkan jarinya melihat satu persatu seolah mencari sesuatu dari IG milik Sarah itu.

Selama ini dia tidak pernah ambil tahu apa apa pasal perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya itu dan yang pernah mengguris luka di hatinya sebelum ini.

"Zayne..Zayne Rafael..dah sampai mana tu...!! jerit Mikael pada telinga Zayne dan membuatkan Zayne sedikit terhinjut bahu terkejut.

'wei,aku tak pekak lah" berdesing rasa telinganya .

"jom,turun..kita minum dulu,", tanpa sedar keretanya sudah terpakir di sebuah restoran.

'kenapa berhenti sini?",soal Zayne hairan.

'"nak tumpang kencing" ujar Mikael memasang wajah kesal melihat sepupunya yang kebingungan itu.

'"hah?!! nak kencing ,behenti jer di pam minyak tadi tu"

"kau kan ,kalau aku ketuk kepala kau rasanya boleh tak ingat nama bini kau"

"kenapa pulak ,nama bini aku mestilah aku ingat" sebut pasal bini baru dia teringat sesampainya di sini dia tidak menghubungi Eryna.

"terima kasih doh..ingat kan aku,lupa nak call wife aku"

Mikael memicingkan mata memandang pelik kelakuan sepupunya itu,ternyata banyak sungguh masalah yang menyesakkan dalam kepala sepunya itu sampai tak boleh fokus satu perkara pun.

"dah lah..jom keluar minum dulu" Mikael terus keluar dari perut kereta malas nak layan perangai bengong Zayne .

Zayne keluar dan membuntuti Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience