bab 41

Romance Completed 61355

"wow..my sweetie...beautiful"Zayne melingkari pinggangku sambil dagunya berada di bahu.

"ni nak mengayat ker apa?" sambil aku membetulkan tudung.

"memang sah dah cantik,kalau tak tak kan lah abang terpikat,ni tambahan pulak perut boyot macam ni,geram sangat" dia mula buat muka gatalnya.

"tak payah nak gatal eh,dah lewat ni..tak malu bos datang lewat?" soalku sambil mengambil tas tangan sedondon dengan warna baju yang kami pakai.

"alah..awal lagi kut..kejaplah", ditariknya tanganku sampai ke pelukannya.

"abang..." kucupan manja singgah di bibirku.

"ish..abang..." Dia tergelak besar.

"ok..jom...baru puas kan kena bagi penawar dulu"

Tanganku diraih keluar menuruni sampai ke bawah.

"Mak kami pergi dulu ya,bik jaga mak ya",pesan Zayne sebelum kami keluar.

Kelibat mak pun tak kelihatan.
Kami terus berlalu pergi

Sepanjang perjalanan ke hotel itu sekali lagi satu perasaan yang tak sepatutnya aku rasa mula menerjah.

Aku memandang Zayne tenang memandu di sisi.

"sayang dari tadi lagi pandang abang ni kenapa?" Zayne mula perasan yang aku sedang memandangnya.

"handsome...sayang rindu" lengannya aku raih.

"emm...manja ni..."

Sungguh aku tak tipu perasaan itu hadir tanpa di minta.

Aku cuma rasa ralat kali ini,memikirkan apa yang aku rasa.

" moga hadir yang baik baik" saat kami melangkah masuk kedengaran sorokan dari karyawan yang hadir.

Zayne utuh meraihkan tangan ku tatkala masuk ke dewan.

Kami mempamerkan senyuman pada yang hadir,sungguh aku akui pertama kali dalam hidupku berada dalam majlis gilang gemilang ini dihadiri para pelabur pelabur yang berfrofil tinggi.

Lensa kamera pun mula menuju ke arah kami,aku tidak pernah diberitahu oleh Zayne sama sekali tentang acara begini cuma aku kira ulangtahun syarikat sahaja yang berlaku.

"kejap"tiba tiba Zayne mengeluarkan sehelai sapu tangan dari sakunya.

Zayne menutup mataku dengan sapu tangan itu.

"abang..kenapa ni?"

"ssstt..tak apa abang tunjuk jalan"
Dia memimpin ku menuju ke arah mana pun aku tak pasti,aku hanya mengikut sahaja.

Suasana hening seketika.
Tiada lagi bunyi suara orang bertepuk tangan.

Aku pelik,tanganku masih lagi Zayne pegang.

Aku melangkah perlahan mengikut sahaja.

"abang..nak bawa sayang ke mana ni?"

Langkahku terhenti .

Zayne membuka pembalut di mataku.

"suprise happy birthday sayang"
Barulah tepuk sorak kedengaran.

Aku terlopong,terkejut dengan kejutan ini.

"happy birthday sayang" kek setinggi lebih kurang empat kaki itu gah di depanku.
Mengalahkan wedding kek tempohari.
Aku hilang kata.

"tutup mulut sayang" aku merona malu.

Nyanyian lagu selamat hari lahir berkumandang .

"terima kasih abang", aku mencium tangannya dan Zayne mencium pipi dan juga dahiku.

"happy birthday Nureryna" Tuan Raziff datang menghampiri kami.

"tok Ayah...terima kasih" segera aku menyalaminya,mama dan papa juga turut ada dan lebih mengejutkan aku Mak,..Mak juga turut ada.

Aku memandang ke arah Zayne,hanya senyuman dan anggukkan yang dia tunjukkan.

Aku terus memeluknya tanpa menghiraukan mata yang memandang kami,sorokon dan tepukan diberikan pada kami.

"hadiah kat rumah" bisik Zayne membuat aku merona malu.

Entah apa hadiah pun aku tak tahu,tapi segala apa yang dia berikan selama aku menjadi isterinya sudah benar benar mencukupi buat aku.

Majlis yang di adakan ini bukan saja untuk syarikat ZR HOLDING tetapi juga untuk raikan harilahirku.

"wah kebetulan kan hari lahir Puan sama dengan penubuhan syarikat ini,memang jodoh lah kan" Lisa dan Alia datang pada kami.

"kan...memang rare lah Tuan,suprise kita menjadi rupanya",Alia dan Lisa tergelak.

"ooo...jadi perancangan korang jugak lah...abang ni...kenapa tak beritahu sayang", lengan Zayne aku cubit.

"laa kalau beritahu tak lah suprise..baik sambut kat rumah jer..dalam bilik lagi romantik",alih alih aku yang malu sendiri.

Alia dan Lisa apa lagi tergelak lah dengar kata kata Zayne.

"sebenarnya kitaorang jer yang tahu,ni pun last minit Tuan Zayne cakap,kita prepare apa yang patut..tu pun masa puan kat kampung"ujar Lisa yang nampak sedikit sopan malam ini mengenakan dress labuh tanpa mempamerkan dadanya.

"terima kasih semua..", kami berpelukan tanda aku mengucapkan terima kasih atas usaha mereka.

Deheman suara Mikael mengejutkan kami.

"alahai bestnya peluk..peluklah I sama"

"Mike,kau ni dah kenapa ?",buang tabiat?"

Zayne merangkul pinggangku rapat ke pelukannya.

Kami ketawa bila lihat muka cuak Mikael.

"aku gurau jer lah...mana mungkin nak peluk bidadari orang...tu ..yang single..bolehkan ",muncung di tujukan pada Lisa.

Aku dan Zayne memandang serentak.
Zayne mengangkat bahu.

"wei Surialisa..sejak bila ni?",soal ku teruja.

"dalam proses" katanya tertunduk malu.

"emmm...patutlah...rupanya banyak cerita yang sayang tak tahukan abang...ker ada apa lagi cerita kat office yang sayang tak tahu?"

"sayang...mana ada...abang pun tak tahulah..."
Aku mencebik.

Mikael dan Lisa pula saling menatap antara satu sama lain.

"ehem...kalau ya pun cinta tu bertaut...tak payahlah nak tunjuk sangat kut" bahu Mikael ditepuk Zayne..
Pecah tawa kami.

"apa apa pun tahniah both of you ,kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput" ujarku.

"off course lah...", balas Lisa tanpa malu.
Sedang kami bersembang mataku tertangkap pula pada gerangan yang baru masuk ke dewan.

Sarah dan beberapa orang tetamu VVIP.

Hatiku mula terasa lain,Zayne terus menegurku bila lihat aku kembali terdiam.

Kelihatan Tok Ayah melambai ke arah kami.

"jom sayang,rasanya tok Ayah panggil tu"

Aku mengangguk dan membuntuti Zayne.

Bila saja aku melangkah kelihatan Sarah sudah terpacak duduk di samping Datuk Razif dan bersama beberapa lagi pelabur yang lain,ada yang aku biasa tengok dan belum kenal.

Zayne tetap tidak melepaskan pegangan tangannya.

"Tahniah Zayne...tak sangka dah lima tahun ya syarikat You bertahan"Sarah menghulur kan tangan dan aku yang menyambutnya.

Aku melebarkan senyum,Sarah menahan marah pastinya.

Lebih kurang lima belas minit kami di situ aku dipanggil oleh mama yang menghantar pesan pada pelayan.

Sarah sudah lama,berlalu pergi dari kami.
Aku tinggalkan Zayne bersama Tok Ayah bersama dengan share partner serta client yang lain.
Tidak betah lagi rasanya aku di sana memandangkan hanya aku seorang perempuan.

"hati hati sayang" sempat Zayne berpesan padaku.

Aku terus melebarkan langkah ke arah keberadaan mama dan ibu.

Sesekali aku menoleh ke arah si suami yang sedang rancak berbual sambil menikmati makanan dengan rakan perniagaannya.

"emmm...lupa bini lah tu",gumamku.

'"eh..menantu mama ni dah makan belum?" tegur mama bila lihat aku mula gelisah.

", belum Ma,ingat nak ajak abang sekali tapi te gok lah tu ,sedap jer dia makan dengan member dia"

"orang laki Eryna...macam tulah..dah jom lah ambik makan,tak elok tu biarkan perut kosong,kesian kat baby ,jom mama dan mak jer lah temankan"

Nak atau tidak aku terpaksa jua beralah,malas pulak rasanya nak tunjuk perangai depan mak mertua dan orang ramai

Sedang aku menikmati makanan,aku sempat melihat kelibat Sarah yang kembali ke tempat Zayne berada.

Aku mula tidak senang duduk.Makanan yang aku sentuh cuma beberapa sudu tadi aku biarkan sambil mataku memerhati gelagat Zayne dan Sarah.

Curiga dalam kebenaran.

"Eryna,dah habis makan ker?" soal Mak bila lihat aku membiarkan makanan tanpa disentuh.

Rasa sakit pulak bila lihat Sarah asyik melilau lilau matanya memandang Zayne.

Kalau aku kesana nanti nampak sangat aku ni cemburu.

Hai dia kan laki aku,memang patutlah aku rasa macam ni.

Soalan mak tadi aku biarkan tanpa jawapan.

"mak..mama,Eryna nak ke tandas kejap", ujarku sambil berlalu pergi.

"Puan..Puan Eryna nak ke mana?",soal Lisa bila nampak aku

"hah..ke ladies jap..kenapa?"

"nak ikut.."
Aku mengangguk,sekurang kurang nya ada jugak nak temankan aku,harapkan suami nampak selesa pulak kat sana.

"sejak bila dengan Mikael?" sempat juga aku mengorek cerita Lisa dan Mikael.

"baru lagi Puan..hihi..malulah saya"

"malu ,tapi mahu...lagi pun awak kan dah lama kenal dengan dia kan?"

"dalam dua tahun jugak lah...semenjak dia selalu berkunjung ke pejabat Tuan,saya dah lama minat kat dia..tapi tu lah kan..dia kan playboy macam Tuan Zayne" sempat Lisa menutup mulutnya.

Aku tergelak.

"tak ada apa lah saya ok jer,kan dah tahu macam mana perangai bos kamu tu"

"apa apa pun tahniah lah,moga sampai jodoh kalian",

"aamiin"

Sambil berbual akhirnya sampai kami ke pintu tandas.

Selepas membuang hajat terus kami kembali ke pesta.

"aik...mana pula Zayne ni?"soalku sendiri.

Aku menghampiri Mikael yang sedang rancak berbual dengan rakannya.

"Mike.kejap",terus Mikael menghampiri ku.

"ada apa Eryna?" soalnya hairan.

"Zayne mana?"

"tadi ada jer kat situ dengan Tok Ayah"

Sarah..Sarah pun tidak kelihatan di mana mana.

Aku mula menunjukkan wajah cemas

"kenapa puan?" Lisa menghampiri ku.

"Ada nampak Bos...emm..Tuan Zayne?"

Lisa hanya menggelengkan kepala,memang tak lah kan bukan tadi dia bersama dengan aku ke tandas.

Fikiranku mula bercelaru,.

"cuba call" ujar Mikael.

Telefon di tas aku ambil dan cuba mendail nombornya tetapi tak.ada sambungan.

Mikael juga turut menghubunginya,namun hampa.

"tak pa Eryna duduk dulu,Lisa bawa Eryna duduk,biar I cari dan tanya orang " terus Mikael memanjangkan langkah.

Fikiran aku mula celaru dan perutku pun mula rasa tidak selesa.

Mak dan Mama menghampiri aku.

"kenapa ni?" soal mama.

"abang...abang mama...Eryna tak nampak dia" airmataku mula bertakung.

"Mikael mana?" soal mama lagi.

"Mikael pergi cari tuan aunty", jawab Lisa.

Aku bangun berlalu keluar di temani mama dan yang lain.

Tetamu yang masih di dalam terpaksa kami tinggalkan pada Tok Ayah dan papa uruskan sementara majlis bersurai.

"Eryna..istiqfar,tenang jangan gelisah kau tu mengandung"pesan Mak bimbang bila lihat air muka ku berubah.

Mana tak susah hatinya bila suami hilang jejak,telefon tak berangkat lagi.

"macam mana Mike,dah dapat?",

Mikael menggelengkan kepala.

"terakhir dia bersama Sarah,sempat saya bertanya pada beberapa orang tadi"

Rasa dunia ku kelam seketika bila sebut Sarah.

"Mama..."aku tak boleh teruskan lagi kata kataku.
Airmata mula turun dengan laju,mungkin ini yang aku rasa sebelum ini.
Ada sesuatu yang terjadi.

"macam ni kita tengok cctv,tengok terakhir dia di mana" cadang Mikael.

Kami membuntuti Mikael terus ke bilik pengawal.

"tengok..tu bukan Zayne?" Tunjuk mak .

"bukan dengan Sarah..tapi...Puan..Puan bukan ker pompuan tu Shera...ya...ya Puan dengan pompuan tu" Lisa seolah menjerit.

Beberapa slot kamera dipaparkan untuk mencari ke mana arah Zayne pergi.

"macam masih dalam hotel ni lagi kan?"

"bang tolong zoom" pinta Mikael pada pengawal yang bertugas.

"jom...dah tahu mana dia" kami turut berlalu membuntuti Mikael.

Saat ini badanku mula menggeletar ,sejuk kaki tangan ku bila melihat Zayne bersama perempuan lain.

"sabar...sabar Eryna...kita tengok dulu" Mama memapahku saat badanku menjadi longlai.

Airmataku mula jatuh laju tanpa henti.
Mak pula terus beristiqfar panjang.

Langkah kami teruskan masuk ke lift dan menuju ke tingkat lima.

Mikael terpaksa meminta tolong pengurus hotel untuk membuka pintu kerana tahu kalau menekan loceng pastinya tidak di buka.

Aku tika ini sememangnya tidak lagi mampu bersuara,seluruh badan sudah cukup terkesan,menggigil dan kesejukan.

Jantung terus berdebar kencang lebih takut menghadapi malam pertama.

Mak dan mama terus menyuruhku mengucap panjang.
Tudung yang aku pakai habis lecun dengan airmata.

Setiap mata memandang sayu ke arahku.

Kalau diketuk pasti terganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience