Hari ini aku akan lakukan checkup yang pertama di klinik .
Aku sedang menunggu Zayne di ruang depan,sambil membelek melihat fac .
Sudah jarang aku melihat socmed,entah Banyak kerja atau aku sendiri seolah tak berminat untuk mengetahui banyak hal.
Dulu masa belajar banyak sangat masa mengintai gosip gosip dan melayan mulut mulut netizen komen itu ini,tetapi sejak bernikah aku sudah jarang membuka melihat itu semua
Aku terus menggerakkan tangan melihat lihat berita berita yang ada,macam macam hal,isu rumah tangga,isu makan,isu artis bercinta,cerai kahwin,buang anak,hubungan lgbt,macam macam ada.
Aku tersenyum sendiri dan aku tidak lupa membaca komen komen netizen yang cukup melucukan.
ting!
masuk satu mesej dalam telefon melalui aplikasi wahtsup.
Aku buka dari nombor yang tidak di kenali.
Aku cuba abaikan tanpa membaca aku terus padam.
Tetapi sekali lagi pesanan itu masuk dan menarik jariku untuk membukanya.
"hai,salam kenalan" aku mengerutkan kening hairan siapa yang berani menghantar mesej serupa ini kepada aku yang sudah pun bergelar isteri malah sedikit hari lagi bakal ada anak.
Aku tidak membalas ,bukan perlu aku melayan pesanan dari orang yang tidak dikenali.
"mana abang ni" rungutku,sudah hampir satu jam kelibat Zayne untuk menjemputku masih tidak kelihatan sehingga mata pun terasa mengantuk .
Telefon di tangan aku letakkan di atas meja dan merebahkan diri di sofa.
Mataku pun sudah pun layu .
Sementara menunggu si suami yang tidak kunjung tiba lebih baik tidur.
Aku terlena sendiri,sejak mengandung badanku sentiasa tidak sihat menyebabkan selalu letih dan mengantuk.
Zayne kembali daripada pejabat bila teringat ingin ke klinik untuk janjitemu pertama memeriksa kandungan Eryna.
Selepas meeting tadi langsung dia bergerak pulang,dia tahu Eryna pasti sedang menunggunya di rumah.
Dengan kecepatan tinggi dia memandu agar segera sampai kerana rasa sudah kelewatan.
Sesampainya di rumah kelihatan Eryna sudah tertidur di sofa.
Dia menghampiri Eryna yang sedang pulas tidur di sofa dengan kaki terjuntai di bawah.
"ya Allah kesiannya,sampai tertidur tunggu" pipi lembut Eryna diusap perlahan.
"sayang..sayang..bangun" perlahan bahu Eryna digoncang.
Eryna menggeliat badannya menyebabkan hampir terjatuh dan nasib baik Zayne sempat menyambut nya.
"aaaahh" terasa badannya melayang ke udara.
Aku membuka mata terkejut bila tiba tiba terasa badan melayang,padahal tadi rasanya aku tertidur di atas sofa.
"sayang",suara Zayne memenuhi ruang telingaku
"hah abang?" soal ku sedikit panik.
Zayne meletakkan kembali aku di atas sofa.
Dia duduk di bawah betul betul di depanku.Zayne ketawa memandang ku.
"abang ni terkejut sayang,kenapa lambat sangat ni? soalku cemburut.
"abang hampir lupa tadi ,sorry" dia memegang kedua telinganya.
"emmm...tu la kerja sampai lupa kat kita di rumah,tu nanti lupa yang abang tu dah ada isteri ", aku mendakap dada menandang ke arah lain.
"ala ala....isteri abang ni kalau muncungkan mulut lagi comel geram abang" Zayne bangun memegang kedua pipiku.
"dah jom kita ke klinik,nanti petang abang ada hal lagi ni' aku memandang .
"tak payah ,dah tak ada mood,sayang nak sambung tidur,abang pergilah balik office tu,kami tak pentingkan pada abang" aku mula naik angin.
Sejak mengandung kali ini mood aku selalu tak stabil emosi selalu down terlalu sensitif.
"sayang,jangan cakap macam tu,tak baik merajuk macam ni,abang minta maaf ok...",
Aku masih diam dan airmataku mula menuruni pipi.
"sayang please dont cry...", terus Zayne manarik aku melekap kan kepalaku di dadanya.
Dapat aku menyedut dalam aroma maskulin nya saat ini,terasa tenang dan nyaman
"abang betul betul banyak kerja sekarang ni,abang minta maaf sebab selalu abaikan sayang" dia mengusap rambutku dan mencium berulangkali.
"abang sekarang ni selalu balik lambat,abang tahu tak sayang rindukan abang, nak abang ada dengan sayang", aku terus menangis di dadanya.
"sayang" dia mengangkat muka ku dan memegang kedua pipi ku menatap lama mataku.
"abang lakukan ini adalah untuk kita,untuk keluarga kecil kita sayang....tapi sayang tetap di hati abang" dia mengucup kening ku dan beralih pada bibirku.
Aku membiarkan dan membalas kucupannya lembut dan menjadi semakin hangat menyebabkan kami kehilangan nafas.
Menyedari itu aku menolak lembut badannya takut terbabas di siang hari.
"dah,jom kita ke klinik", pipiku mula merona merah.
Zayne mengelap bibirku dengan ibu jarinya.
"sweet" ucapnya dan kembali menciumku dan lagi dan lagi.
Tanpa sedar badanku sudah pun diangkat tanpa aku sedar.
Kini kami sudah pun berada di dalam bilik.
Pagutan bibirnya masih lagi menempel kemas di bibirku.
Tanpa sedar juga aku sudahpun selamat mendarat di atas tilam.
"abang....abang nak buat apa ni,kan tadi kita nak ke klinik", aku mula sedar yang kami kini sudah berada di dalam bilik.
Zayne tersenyum girang membuatkan bulu romaku merinding.
Siang hari pun on ya.
"siapa suruh bangkitkan yang dibawah" soalnya sambil melonggarkan tali lehernya.
"abang..tak nak lah",
"sekejap jer alang alang ada masa ni" terus dia menindih badan ku yang sudah berada di atas katil.
Aku hanya mampu pasrah kerana aku adalah milik mutlaknya.
Mana mungkin aku menolak sekiranya dia inginkan.
Setengah jam berlalu akhirnya kami tersandar kepenatan .
"abang ni nakal tau,tadi kan balik nak ke klinik,bukan suruh terkam sayang tau" aku memukul dadanya .
"haha,mana boleh tengok sayang,sapa suruh nangis dan sedih sedih kan " aku terasa malu sendiri.
"habis tu nak ke klinik tak ni?",soalnya.
"tak jadi,esok jer lah sayang penat,ni semua sebab abang" aku segera bangun namun ditarik masuk kembali dalam pelukkannya.
"abang...sayang nak mandi"
Dia,ketawa dan melepaskan pelukannya.
.......
........
Keesokan harinya....
"abang sebenarnya ada masalah ker kat office" aku bertanya semasa kami keluar makan selepas pulang dari klinik.
"biasalah kan masalah selalu ada", jawabnya sambil menyiapkan makanan ke mulutnya.
"emmm...betul lah tu,selagi kita hidup masalah tak akan habis kan" sedang aku belum lagi habis makan perutku mula rasa tidak selesa dan tekak ku menjadi mual dan loya.
"sayang ok ke ni?" soal mula perasan perubahan pada wajahku.
"nak muntah", ujarku dan dengan segera aku terus bangkit menuju ke tandas.
Zayne membuntuti aku dari belakang,oleh kerana tandas wanita yang aku masuk maka Zayne hanya menunggu di luar.
"sayang,ok ker tu", kedengaran suara Zayne bertanya dari luar.
Aku keluar selepas memuntahkan kesemuanya.
"ok" aku hanya mengangguk ,kepalaku mula terasa pening dan hampir terjatuh sempat Zayne memegang bahuku.
"dah jom kita balik",aku di papah menuju ke pintu keluar.
"huhu....merpati dua sejoli" aku mendongak bila mendengar suara yang cukup familiar itu.
Sarah bukan sendiri tetapi ada seorang pemuda di sebelahnya.
"Sarah! ujar kami serentak.
"hai cousin," sapanya membuat kan kami tidak selesa untuk berlama di situ.
"oh ya Zayne,you masih ingat tak ni siapa?",ujar Sarah ingin memperkenalkan lelaki itu.
"hai,Kamarul...Kamarul Ariffin student IT...three couple,Sarah and you Zayne,remember?" lelaki itu menghulurkan tangan kepada Zayne dan Zayne pula masih memegang bahu ku.
"oh...Kamarul Ariffin...sorry memang tak cam,you dah lain sekarang ni" ujar Zayne menyambut salam dari lelaki yang bernama Kamarul Ariffin itu.
"abang...please" aku berbisik pada Zayne kerana aku tidak berada dalam keadaan mampu berdiri lagi,kepala semakin pening bila tercium bau aroma minyak wangi daripada Sarah .
"oh sorry bro,my wife tak berapa sihat,so saya kena pergi dulu"
"ok see you" Kami terus berlalu meninggalkan Sarah dan Kamarul.
"you tengok sendirikan", ujar Sarah .
"i tak minat tengok Zayne tetapi wife dia,cantik sangat" kata kata Kamarul membuatkan Sarah cuak dengan sikap buaya darat Kamarul
"you berani kacau wife dia maknanya you berani mati",Sarah tahu bukan mudah mendekati Eryna kerana perempuan itu bukan macam perempuan lain yang mudah kalah dengan pujukan.
Sarah juga tahu bagaimana cintanya Zayne pada Eryna,melebihi cinta mereka berdua dahulu.
"I sanggup lakukan apa saja asalkan I dapat yang I nak Sarah" Sejak pertama kali terpandang wajah Eryna seolah dia terpaksa melihat wajah ayu Eryna.
Hari ini dia dapat melihat dengan lebih dekat wajah cantik dan keayuan Eryna membuatkan ada rasa di hatinya.
"kau sama ja kan,dengan aku kau nak,dengan bini orang pun kau nak" Sarah berdecak marah dan geram melihat sikap Kamarul.
"dulu,tapi kalau kau still nak kahwin dengan aku,aku tak kesah pun...bekas orang sedap juga di makan", ujarnya sambil tergelak membuat Sarah rasa sakit hati.
"kau ni kan...dah lah...kerja yang suruh aku buat dah beres ker?" malas nak melayan perangai gila Kamarul Sarah mengubah topik.
"dah ada kemajuan kan ,syarikat dia pun dah hampir muflis...tunggu jer" Ucap Kamarul penuh yakin.
Sarah tahu sekarang ni syarikat Zayne sudah menjadi huru hara tetapi dia harus berhati hati agar kesalahan yang dia lakukan tak akan di kesan.
Share this novel