Datuk Raziff terus mengarahkan beberapa orangnya menyiasat tentang perancangan Sarah selepas Zayne menelefonnya tadi.
Dia tahu sangat tentang kelicikan Sarah itu.
Pasti dia ingin Zayne juga bankrap sama dengan Johan.
Entah apa dendam Sarah pada Zayne pun dia tidak pasti sedangkan dia terang terang meninggalkan Zayne masa itu.
Namun sekembalinya di sini kembali menghancurkan kebahagian orang lain.
Datuk Raziff harus menyelamatkan keluarganya segera sebelum semuanya hancur di tangan cucu angkatnya itu.
.......
........
"you macam mana ni David pasal apa lambat sangat bertindak" marah sarah pada David yang masih tenang .
"I dah buat...nanti kita tengok hasilnya" David sendiri sebenarnya takut dengan ayahnya.
Tetapi demi mendapatkan Sarah dia sanggup .
Dia tidak pernah ada permusuhan dengan Zayne dan selama ini pun papanya sudah lama berurusan dengan syarikat Zayne dan sesungguhnya tiada alasan untuk dia membatalkan projek ini.
Dia tahu kalau semua ini terjadi pasti papanya mengamuk kerana sudah menaruh kepercayaan sepenuhnya untuk handle semua ini.
"apa yang you menungkan hah,ker you nak tarik balik janji you setelah dapat semua?",soal Sarah geram bila melihat reaksi muka David.
"mana ada...I dah pun buat,cuma kita tengok hasilnya...dalam dua hari lagi,pasti Zayne akan dapat berita yang mengejutkan" pinggang ramping Sarah dipeluk erat dan mengucup bibir dengan rakus.
Sarah menikmatinya.Demi melangsungkan hasratnya Sarah rela berada dalam neraka dunia itu.
Sedikit pun tiada penyesalan di hatinya,kerana ini bukan yang pertama dalam hidupnya.
Kegiatan bertukar jantan sudah sebati dalam hidupnya kini,cuma sekembalinya di Malaysia kegiatannya terhenti ,tetapi kali ini dia kembali berada di pelukan seorang lelaki sedangkan statusnya masih lagi isteri Johan.
Demi dendam dan harta dia hanyut di lembah kehinaan.
Keduanya tersenyum kepuasan selepas menikmati syurga dunia itu.
Seperti biasa dia bangun mengutip kembali pakaiannya dan mengenakan kembali.
David tersenyum puasa memandang Sarah yang sudah tidak lagi ada rasa malu memakai pakaian di depannya.
Selepas berpakaian keduanya keluar dari bilik hotel dan mereka tidak sedar yang ada mata memerhati tiap gerak gerinya itu.
Mereka terus melangkah pergi tetapi selepas turun ke lobi hotel Sarah dan David berpecah.
Itulah perancangan mereka agar tidak kelihatan mereka ada hubungan atau sepakat.
Keduanya tetap di ekori tanpa sedar.
......
......
Seperti biasa seawal pagi aku bangun dan berbaring di katil.
Semalam aku memutuskan panggilan telefon sebab geram dengan sikap Zayne seolah melupakan aku di sini.
Aku mencapai telefon dan membuka kembali dan ternyata tiada panggilan atau pun pesanan masuk.
Aku mengeluh kecewa,telefon aku singkirkan di sisi.
Entah apa aku rasa kini,si suami jauh dari pandangan mata,rindu...kerinduan yang mencengkam jiwa,terasa bulir mataku panas,tanpa sedar airmataku mengalir .
Aku menyekanya apabila ketukan dari luar kedengaran.
Aku bangun membukanya.
'ya bik?" soalku malas.
"Makcik panggil sarapan" ujar bibik menatapku hairan.
"Mak ada lagi ker?" soalku pelik selalunya waktu ini Mak sudah pun tiada di rumah.
'Makcik kan lagi libur Puan"
"libur..oooh..cuti...hari ni hari apa ya bik?" aku sendiri sudah terlupa membilang hari.
Banyak perkara yang aku lupa sekarang ni melainkan peristiwa hitam itu yang masih segar dalam kotak fikiranku.
Bibik tergelak kecil.
"puan,puan..lagi rindui Tuan ya..sampai lupa hari nya?",bibik menyindirku
"alah bik....tapi betullah bik saya terlupa..hari ini sabtu ya?" tanya ku untuk kepastian.
Bibik tersenyum dan mengangguk.
Aku memegang bahu bibik dan bergandingan sampai ke dapur.
Sungguh terharu bibik rasa saat majikannya memperlakukannya bukan seperti pembantu tetapi sebagai kakaknya sendiri.
"terima kasih ya Puan" ujar bibik saat aku duduk di kerusi.
Aku menatapnya hairan.
"terima kasih untuk apa ya bik?" sungguh aku tidak tahu untuk apa dia berterima kasih .
"kerana tidak pernah anggap bibik macam orang asing dalam keluarga ini"
Aku ketawa,sungguh lucu.
"bik...kamu kan sebahagian pelengkap dalam keluarga ini,tak pernah pun saya anggap bibik ni orang gaji...malah saya yang harus terima kasih pada bibik kerana banyak berjasa dengan kami" ya walaupun dia seorang pembantu seharusnya kita melayan mereka sewajar dengan khidmat mereka.
Mereka juga perlukan kasih sayang dan perhatian kerana sanggup datang dari jauh semata untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup untuk diri dan keluarga.
Kelihatan airmata bibik mengalir di pipi.
Aku bangun menyapu airmatanya.
"dah,banyak nangis nanti tak cantik" aku tergelak dan bibik turut tersenyum.
"ada apa ni?" soal mak apabila sampai di dapur.
"tak ada apalah Mak,...mak cuti ya hari ni....lupa lah" aku kembali duduk .
"kau tu mana nak ingat,asyik memendam rasa jer kat dalam tu,termenung sana ,termenung sini..tengok kurus kering dah mak tengok..nanti kalau Zayne datang mesti kata kita tak Jaga pulak..kan bik?" tak pasal makan kerepek di pagi hari.
Aku mengukir senyum.
"dah tak berselera nak makan..nak buat macam mana",aku mencebik.
"dah lah makan..ni kak siti kata hari ni dia datang lambat sikit sebab katanya pergi bertungku orang bersalin di kampung sebelah"
"emmm...kalau dia tak datang pun tak pa Mak..." aku tersengih.
Mak menggelengkan kepala tahu maksud aku mengelak dari berurut.
Mungkin hari ini adalah hari terakhir aku berurut kerana sudah sepuluh hari mengikut persetujuan kami.
"hari ni last..nak tak nak kau habiskan jugak...badan sihat...nanti rahim tu pun ok..tak nak suami suka ker" soalan mak membuat bulu romaku meremang naik.
Bibik di sebelahku menutup mulut tergelak.
Aku menyikunya.
"kan bik..." Mak mengangkat kedua keningnya sambil tergelak.
Tak habis habis mengenakan aku.
Aku terus cepat menghabiskan makan agar segera dapat masuk ke bilik dari terus mendengar omelan mak yang membuat muka aku merah seperti tomato.
Selesai makan aku mohon diri untuk kembali ke bilik.
Daripada terus menadah telinga mendengar Mak memerliku dan ketawa dengan bibik baik kau mengundur diri.
Aku kembali menatap telefon yang dari tadi sepi tanpa bunyi.
Badan aku baringkan telentang dengan tangan aku letakkan di dahi.
Aku masih menatap sepi telefon yang aku pegang ,terasa sepi dan meruntun jiwa saat ini,satu persatu aku menatap foto suami yang aku rindui kini.
Secara tidak sengaja tanganku mengusap lembut perutku yang kini kosong tanpa penghuni syurga.
Tanpa sedar aku menitiskan airmata yang telah aku tahan sedari tadi.
Aku terus menangis sesungguhnya terasa hiba,alangkah indahnya andai saat ini ada bahu dan dada yang bisa aku letakkan untuk berasa nyaman saat aku menangis,ada tangan yang menggosok lembut belakang ku menenangkan dan ada jari kasar mengusap lembut pipiku.
Ada tangan kekar yang bisa memeluk ku dan ada bibir yang kenyal mencium bibirku.
Terus aku berhalunisasi sendiri.
Aku terus menangis sampai tertidur sendiri.
Saat aku terjaga terasa badanku memberat seolah ditindih oleh sesuatu.
Fikirku mungkin aku masih di dalam mimpi.
Perlahan mataku dibuka.
Berkali kali aku menggosok mata agar apa yang aku lihat ini bukan mimpi.
"sayang..", terdengar suara yang aku rindui memanggil ku.
Mata aku pejamkan rasa tidak percaya.
Sekilas terasa bibirku dikucup hangat.
Perlahan aku membuka mata.
Aku membulatkan mata .
Tak dapat aku ungkapkan sepatah pun kerana bibirku telah dikunci.
Aku menolak badannya agar sedikit menghindar kerana nafasku sesak saat ini.
Perlahan kucupan hangat itu dilepaskan ,aku bernafas lega.
"ab..abang.." tak terucap aku saat ini melihat suami yang aku rindui dan cintai berada sungguh di depanku .
Zayne melebarkan senyum dan mengangguk.
Terus aku memeluknya erat,kerinduan ku terlerai kini.
Sekali lagi airmataku tumpah dan kini ya..ternyata dibahu dan di dada suamiku.
"sayang...i miss you so much", terus Zayne mengucup ubun ubunku.
"abang jahat...datang tak cakap kat sayang", dadanya aku pukul.
"aduh..sakit sayang" terus tanganku mengenggam dan dikucup lembut.
"saja nak suprisekan sayang.."
flashback on
Selepas Eryna terlelap di bilik kedengaran suara orang memberi salam dari luar dan bibik segera keluar membuka pintu di dapati majikannya datang bersama Puan Marina.
"siapa bik?" soal Puan Nora yang dari tadi di dapur.
"ini...Tuan Zayne sama Puan Marina "
Segera Puan Nora datang menyapa.
"laa...kenapa tak call dulu.." terus mereka bersalaman.
"Mak sihat?" sapa Zayne.
"alhamdulillah...yang tak berapa sihat tu kat dalam...kerjanya asyik terperap jer" sambil muncungkan mulut menghala ke bilik Eryna.
"sajalah Zayne ni katanya nak buat kejutan kat wife dia",ujar Puan Marina melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.
"bik buatkan air...ni dah sarapan ker?"
"dah mak,sebelum datang sini tadi", jawab Zayne sambil tidak lepas memandang ke arah bilik.
"Mak rasa dia tertidur tu..kalau Zayne nak jenguk dia pergilah.." Puan Nora menyuruh agar Zayne sendiri masuk mengejutkan Eryna.
Zayne terus bangun berlalu meninggalkan kedua nya .
"dah tak sabar lah tu nak jumpa kekasih hati" ujar Puan Marina sambil ketawa .
"biasalah Kak Na dah lama kut tak jumpa,yang si isteri pun sedia jer bersedih...kata rindu tak mengaku,dah macam cicak berak kapur dah saya tengok"
"samalah tu dengan suami pun ,makan pun tak berselera..." mereka terus bercerita hal anak anak sambil ketawa
Tombol pintu di buka dari luar,Zayne melangkah perlahan menuju ke katil dan ternyata isterinya itu tertidur sambil menggenggam telefon dan kelihatan matanya masih lagi kebasahan.
Teka Zayne pasti Eryna menangis sampai tertidur.
Dia melabuhkan punggung perlahan agar Eryna tidak terus terjaga.
Perlahan airmata yang bersisa itu diseka lembut,masih tidak terkutik pun si isteri yang tertidur pulas itu.
Terasa sebak di hatinya melihat isteri yang sedikit kurus dari sebelumnya.
Mungkin menahan segala kesedihan yang menimpa diri.
Perlahan dia merebahkan diri dia disamping Eryna ,terasa begitu perih sebuah kerinduan ini.
Dia melingkari pinggang Eryna perlahan dan mengucup pipnya.
flashback off
Share this novel