Kereta Sarah terus meluncur laju selepas dia mengambil surat dari tangan Mariam dan tanpa membuka melihat isinya terus dia masuk ke dalam perut kereta dan dilemparnya surat itu di sisi kerusi sebelahnya.
Dia tidak rasa berminat buat saat ini untuk tahu apa isinya mungkin selepas ini baru dia akan membaca apa yang terkandung di dalamnya yang penting sekarang dia harus jumpa seseorang yang dia janjikan untuk laksanakan niatnya.
Orang yang sudah lama menyepi dalam hidupnya dan kini berjumpa lagi.
Sampai di sebuah bar,segera dia turun dan menuju ke dalam tempat itu yang sudah di penuhi pengunjung yang dahagakan sesuatu di situ.
Bunyi muzik yang kuat sudah biasa baginya,dia melangkah masuk dan mencari seseorang yang dia ingin jumpa dan kelihatan di satu sudut seseorang sudah pun menunggunya.
Dengan melambaikan tangan ke arah itu dia melangkah menuju di satu tempat yang sedikit jauh dari pengunjung yang lain.
"sorry dah lama tunggu?"dia melabuhkan punggungnya dan duduk di sisi pemuda yang cukup hebat penampilan nya.
Dia sedikit terkejut dan terpegun melihat penampilan lelaki di depannya itu,sungguh ketara perubahannya.
"it's ok,yang penting you sampai,lama tak jumpa tak sangka you bertambah cantik" rambut Sarah di main nya dan Sarah melebarkan senyum.
"you apa kurangnya,",Sarah meletakkan jarinya di atas dada bidang lelaki itu.
Entah mengapa secara refleks sahaja dia lakukan melihat pesona lelaki itu.
"tak sangka kita boleh jumpa juga setelah sekian lama sepi" tambah lelaki itu yang dari tadi tidak lepas memandang tubuh Sarah yang cukup menggoda itu.
Sarah ketawa kecil.
"you buat apa sekarang?"
"Macam macam...asalkan jadi duit..semua I sapu" ujar pemuda itu dan bibirnya mula menempel ke leher jinjang Sarah dan Sarah tidak menghalangnya.
Ada satu rasa gembira di hati lelaki itu.
"you datang jumpa I ni mesti ada sebab kan,I kenal you Sarah" dia berbisik di telinga Sarah dan Sarah mula sedikit menolak lembut.
Dia ketawa bila lihat reaksi muka Sarah .
"you betul,I tak kan jumpa sesiapa pun tanpa sebab" ujar Sarah yakin air syaitan di depannya diteguk perlahan dan Sarah bangun berganjak sedikit menghindarkan dan mengenakan jarak dari lelaki buaya itu.
Buaya ke dia,setahu Sarah lelaki itu tidak begini sikapnya,banyak perubahan telah berlaku.
Dia terus ketawa dan membuatkan Sarah sedikit cuak dan berfikir apakah benar keputusannya berjumpa dengan lelaki ini.
"you masih tak berubah Sarah...macam yang I kenal tamak" ujarnya sinis dan Sarah hanya menjeling.
"you kenal I maka you kena hati hati" ujar Sarah angkuh.
"I yang patut kata macam tu,you tak kenal lagi I macamana kan,dulu aku lemah Sarah kau boleh pijak.aku ,kau tinggalkan aku sebab Zayne Rafael kan...aku yang lebih dulu kau cintai tapi tak sangka kau pilih sepupu kau", ujar lelaki itu dengan nada yang seoktaf ditinggikan.
Sarah tetap tenang mendengar luahan lelaki di depannya itu.
"kau dah banyak berubah sekarang.." ujar Sarah tersenyum sumbing.
Lelaki.itu ketawa kecil.
"lapan tahun berlalu Sarah...macam macam boleh jadi"
"so sekarang setahu aku kau tak kahwin pun dengan Zayne,kau kahwin dengan Johan Zaman kan?"
Sarah sedikit mengangkat alisnya terkejut sampai sejauh itu lelaki di depannya tahu perihal hidupnya.
"hahah...aku yang tinggalkan dia..dan pilih Johan Zaman sebagai suami aku,tapi mana kau tahu semua tu hah?" soal Sarah geram,sampai sekarang dia tetap tidak suka dengan sikap diktator lelaki itu dan kerana itulah dia lebih memilih sepupunya sendiri untuk berteman walaupun kahwin dengan lelaki lain
"sadis cerita hidup kau Sarah..." dia terus memerli Sarah.
"tapi aku lagi sadis tengok kau Kamarul Ariffin,"
Sarah tidak mahu mengaku kalah atas perdebatan itu.
"ingat lagi kau pada aku..." dia bangun dan kembali duduk di samping Sarah dan cuba mencium Sarah .
"kau jangan buat kerja gila Kamarul,",Sarah menepis keras.
"hahah....kau lupa apa tujuan kau kat sini Sarah,tak payah nak tunjuk baiklah,kalau minum najis syaitan dan masuk sini dengan pakaian tak cukup kain sesiapa pun tengok kau dah tahu jenis macam mana" dia terus ketawa dan Sarah merengus geram mengepal tangannya geram.
"ok..aku kalah,berbalik pada tujuan kita" Sarah berjeda.
"tapi lebih baik bukan di sini...kita jumpa tempat lain" sambung Sarah lagi.
'ok...kau nyatakan tempat dan nanti kita jumpa"
"esok aku akan hubungi kau ,akan aku cakap di mana"
Mereka berpisah di situ,Sarah telah keluar dari bar dan Kamarul terus memandang Sarah berlalu pergi.
"aku akan tunggu" bisiknya sendiri.
Sarah terus berlalu pergi dan masuk kembali dalam kereta.
Kepalanya sedikit pening akibat meneguk minuman keras tadi.
Namun itu adalah perkara biasa baginya .
Terus dia menekan pedal minyak dan meninggalkan bar itu.
"kali ini kau akan tunduk pada aku,aku tak akan lepaskan kau Sarah"
Flashback on....
Lapan tahun yang lalu...
Kamarul,Sarah dan Zayne tiga rakan baik yang sentiasa bersama.
Kamarul merupakan pelajar pintar semasa di kampus dulu,tetapi penampilannya yang membuatkan Sarah tidak sukakannya.
Student It yang bijak.tetapi sedikit nerd,dengan memakai kaca mata besar dan berketerampilan biasa.
Kamarul dalam diam meminati Sarah yang merupakan antara pelajar paling hot tika itu.
Sarah pernah membalas cintanya tetapi beralih arah dengan alasan jatuh cinta dengan Zayne.
Sarah selalu menolak setiap ajakan Kamarul kerana malu dengan penampilan lelaki itu.
"sarah jomlah hari ni kita keluar jalan jalan", Kamarul selalu mengajak Sarah untuk keluar tetapi selalu menolak ajakannya.
"Malas lah aku...daripada aku buang masa dengan kau,baik aku keluar dengan Zayne Rafael" ujar Sarah sinis.
"Zayne kan sepupu kau,takkan kau bercinta dengan dia", ujar Kamarul geram.
"memang kami bercinta pun...kau tak dapat tengok ke kemesraan kami?" ujar Sarah bangga diri.
"apa kurangnya aku berbanding dengan dia"
"tak ada kurangnya pun cuma aku tak minat dengan kau" ujar Sarah berlalu pergi dan meninggalkan kesan yang mendalam di hati Kamarul.
Dia marah dan geram dengan penolakan Sarah ketika itu,sombong dan angkuh.
"tak apa Sarah suatu hari nanti.kau akan melutut di kaki aku" perasaan cintanya kini menjadi satu dendam baginya.
Selepas peristiwa itu dia menerima pertukaran pelajar ke luar negara.
Dan selepas itulah Sarah tidak mendapat khabar berita dari Kamarul dan beberapa hari yang lalu mereka bertemu di socmed .
Kerana minat Sarah selalu mempamerkan diri di socmed maka jejaknya mudah dijejaki.
.....
Selepas pergi dari tempat itu Sarah terus balik ke rumahnya dalam keadaan mabuk,suasana dalam rumah sudah pun sunyi.
Dia melangkah longlai dan hampir terjatuh kerana mabuk,nasib baik dia selamat sampai di rumah.
"baru balik" satu suara menghentikan langkahnya.
"mama,dah pukul berapa ni tak tidur lagi"
"ibu mana yang tidak bimbang bila tengok anaknya tiada di rumah"
Sarah tergelak kecil,sejak bila pula mamanya itu hiraukan keberadaan dia ada atau tiada sama sahaja.
"mama sunyi eh,sebab papa selalu tinggalkan mama" ujarnya sinis.
Mariam hanya mengeluh dan menggelengkan kepala melihat tingkah anaknya.
"kau dah baca surat tu?",
Sarah menaikan keningnya hairan,sejak tadi lagi mamanya tujukan soalan pasal surat sehingga dia hampir terlupa yang dia masih lagi tidak membaca dan tahu apa isi di dalamnya.
"penting ker?" soalnya sambil mengimbangi badannya yang hampir terjatuh itu.
"jadi kau tak buka lagi lah"
"tak..lupa di letak mana tadi,esok aje lah Sarah tengok,bye..." dia melangkah pergi dan melambaikan tangan arah belakang.
Mariam menitiskan airmata kesal melihat kelakuan anaknya yang sudah jauh tersimpang.
Benda sepenting itu dianggap remeh,kalau dia tahu isi kandungan surat itu entah apa agaknya reaksinya.
Mariam sendiri malas rasanya nak pedulikan kelakuan anaknya itu semakin hari tidak terkawal.
Mungkin inilah kesilapan terbesar dalam didikan mereka sendiri,sekarang dia terpaksa terima ketentuan Allah.
Wang,harta dan kesenangan dunia yang mereka impikan dulu akhirnya menjerat diri mereka sendiri.
Keangkuhan suaminya ,masalah Sarah dan juga dirinya membuatkan terdetik di hati bahawa dia gagal menjadi seorang ibu.
Setitis demi setitis airmatanya mengalir jatuh di pipinya merasa menyesal atas kesemua kejadian.
Kerana dendam dan tidak kenang budi keluarganya kini menuju kehancuran.
" ya Allah semoga kau ampunilah dosa kami"rintihnya hiba.
Share this novel