bab 64

Romance Completed 61355

Selepas menempuhi perjalanan lebih kurang empat jam aku selamat sampai ke rumah mertuaku.

Terasa keletihan yang amat sangat padahal bukan aku yang memandu hahah.

Mungkin sebab lama tidak menaiki kereta dan berjalan jauh.

"jom turun ,kita dah sampai", ujar Marina kepada menantu kesayangannya itu.

Aku hanya mengangguk dan melebarkan senyum.
menggeliat kecil dan Mama memandang ku dengan gelak.

'lenguh badan...emmm..lama tak naik kereta tu...dah jom,nanti masuk mandi..mandi air hangat,bagi segar badan tu" ujar mama memegang bahuku.

Terlalu baik wanita ini,itulah ibu mertuaku.

Kami masuk ke dalam rumah dan pastinya disambut oleh pembantu rumah .

"puan dah balik" ujar salah seorang pembantunya.

Puan Marina mengangguk.

"oh ya nanti bawa beg puan Muda ke bilik tuan Muda ya",pesannya.

Aku hanya membuntuti naik ke bilik Zayne ,bilik kami selepas kami nikah dulu,rasa dah lama tak menjejaki rumah dan bilik ini beberapa bulan yang lalu.

Pintu dikuak dan aku juga melangkah masuk selepas pembantu itu meletakkan beg pakaian di dalam.

Masih sama macam dulu saat kami tinggalkan,susunan yang sama dan sentiasa bersih.

"kalau puan mahukan apa apa ,bagi tahu saya yang", sebelum melangkah keluar sempat dia berpesan.

'"ok..terima kasih" selepas dia keluar pintu aku tutup dan seketika merebahkan badan di atas tilam yang empuk itu.

"huh..lega rasanya"aku merebahkan badan di atas tilam.

Zayne sampai saat ini tidak menghubungi ku,mungkin masih sibuk menguruskan permasalahannya di syarikat.

Aku harus faham.situasinya sebab aku juga pernah bersama berkerja di sana tahu bagaimana menangani masalah .

Jam di tanganku aku lihat ,ternyata baru jam dua belas dan masih lagi awal untuk dia balik ke rumah.

Dalam fikiran aku menerawang memikirkan bermacam macam benda beberapa kali aku menguap itu ertinya aku perlu lelapkan mataku seketika.

'ah,kejap lagi lah mandi" bisikku sendiri.

Mengantuk mula terasa,mata pun sudah cukup berat untuk dibuka,maka apa lagi,ibarat mengantuk disorongkan bantal dan aku terus hanyut pergi di alam mimpi di siang hari.

........
........

Selepas meninggal kan pejabat David tadi Mikael dan Zayne kembali ke pejabatnya.

Beberapa dokumen penting harus dia tandatangan saat ini.

Dua hari yang melelahkan baginya sehingga dia terlupa saat ini isterinya sudah pun sampai si rumah mamanya.

"hei,bro,aku balik office dulu la,...nanti kalau ada apa apa kau call" ujar Mikael bila sampai di parking kereta.

"laa...ingat nak jumpa kekasih" sindir Zayne.

"yang tu malam boleh...malam lagi syok", ujar Mikael tersengih sengih.

"iyalah tu,kut marah lagi dia pasal tadi...",

"hahah..pompuan pujuk sikit nanti melekat terus"

"anyway ..ok lah..aku naik dulu,nak bereskan kerja sikit",Zayne terus berlalu meninggal kan Mikael yang juga berlalu mendapatkan keretanya yang di letakkan berhampiran kereta Zayne,tempat khas untuk pekerja.

"Tuan dah balik?" tegur Lisa apabila nampak muka majikannya itu dan mencari juga seorang lagi yang tadi bersamanya tetapi kini hanya tuannya sahaja yang balik.

"ya....nanti bawa masuk beberapa dokumen yang tak sempat saya sign lagi tu",pesan Zayne sebelum melangkah masuk ke biliknya.

"Mikael balik office dia" sempat Zayne berhenti dan memusingkan lehernya memandang Lisa yang dia perasan dari tadi seolah mencari seseorang.

Lisa tunduk malu bila Zayne berkata begitu.

Zayne hanya tersenyum dan melangkah ke biliknya.

Dia duduk di kerusinya dan Lisa masuk menyerahkan beberapa dokumen penting untuk ditandatangani.

"Puan macam mana?",soal Lisa.

Zayne yang tadi masih tertunduk meneliti dokumen ,mendonggak sekejap dan kembali menunduk meneliti sesuatu di depannya.
Terasa beban kerja yang tertumpuk di depannya.
Bukan senang nak senang rupanya.

Baru teringat yang sampai tika ini dia masih lagi tidak menghubungi isterinya.

"kata hari ni dia balik sini" ujar Zayne ringkas.

"oh..jadi nanti boleh lah saya pergi melawat...lama,tak jumpa puan ..rindu",Lisa seolah teruja kerana sudah lama tak berjumpa isteri bos ,dan berborak .

"ada rumah mertua dia.." sambung Zayne.

"ooo...maknya rumah orang tua Tuan lah"

Betullah tu,mertua Eryna bermakna rumah dia lah..mana ada mertua lain.

Zayne tidak berminat untuk mengurai panjang dan Lisa pun cukup tahu bahawa majikannya itu bukan suka cakap banyak berbanding dengan Eryna.

'"baiklah kalau tak ada apa apa saya keluar dulu",Lisa terus berlalu faham dengan pandangan tajam Zayne.

"tu nanti adalah yang dia nak report kat bini aku", gumam Zanye bila Lisa berlalu pergi.

Dia tahu sejauhmana keakraban pekerjanya itu dengan Eryna,ada sahaja cerita untuk mereka kongsikan ,perempuan kalau jumpa mesti bergosip je kerjanya.

Sejurus selepas itu dia terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

" nombor siapa ?", soalnya sendiri.

Agak teragak agak untuk dia menerima panggilan itu.

Dia menatap lama sehingga dua kali panggilan itu masuk dan yang ketiga baharu diangkatnya.

"assalamualaikum", satu Suara. yang kedengaran agak pernah menyapa telinganya .

"waalaikumussalam" dengan agak teragak agak juga dia menjawab salam.

"Zayne Rafael"

"ya...siapa ya?",

kedengaran suara tergelak kasar dan Zayne mula cuak.

'it's me Johan...Johan Zaman"

"oh...sorry tak cam ...ada hal ker call?"

"kita jumpa hari ni boleh ,lunch"

Jam tangannya di lirik,sudah masuk waktu makan tengahari rupanya,terlalu banyak masalah sampai waktu makan pun terlupa.

Terus Zayne bersetuju untuk berjumpa dengan Johan.
Mungkin ini adalah peluangnya untuk mendekati lelaki yang pernah hadir antara dia dan Sarah.
Dan dalam masa yang sama terfikir juga kenapa Johan ingin berjumpa dengan nya,mungkin bersebab.

Sebelum dia meninggalkan pejabatnya sempat doa memberitahu pada Lisa yang dia akan terus balik ke rumah selepas berjumpa dengan Johan nanti.

.......
.......

Sarah masih lagi berkurung dalam biliknya sejak semalam tidak keluar dari biliknya.

Semalaman tidak keluar rumah menimbulkan kebimbangan juga pada ibunya Mariam.
Kalau biasa Sarah akan keluar pagi balik malam juga dia risau,ni yang paling dia hairan duduk terperap di dalam bilik tak keluar pun dia risau.

Begitulah hati seorang ibu,seburuk mana perangai anak tetap dia ambil peduli dan sayang dan Sarah juga adalah satu satunya waris yang dia ada walaupun bukan yang diharapkan.

Dia melangkah menuju ke arah bilik Sarah dan mengetuk pintu beberapa kali sebelum pintu dibuka dari dalam

"Mama,nak apa?" soal Sarah malas,keadaannya yabg tidak terurus membuatkan Mariam bertambah risau

"kau kenapa ni Sarah,daripada semalam lagi tak keluar,makan pun tak,tak lapar ker?", dia memandang anaknya itu atas dan bawah dan tangannya diletakkan dia atas dahi Sarah sekadar ingin check suhu badan kut ada demam

"Sarah tak demam lah" tangan Mariam diangkat turun dari dahinya.

"dah jom makan,dah lah papa kau tu tak ada,mama sorang sorang kat sini" rungut Mariam .

"malaslah nak turun makan"

"tak pa lah nanti mama suruh bibik hantar makan"

"emmm...ok lah Sarah ada kerja",segera pintu biliknya ditutup .

Mariam mengeluh kasar kecewa dengan sikap kurang ajar anaknya itu.

Saat ini dia terasa kesunyian bila anak sendiri tidak pedulikannya apatah lagi suami yang selalu tiada di rumah alasannya adalah outstation.

Dia tahu semua itu alasan yang tak masuk akal dan dia tahu bahawa suaminya itu telah menduakan dia setahun yang lalu.

Bukan dia tidak kisah semua itu tetapi cuma dia nak tengok sejauhmana permainan lelaki itu.

Sampai saatnya nanti akan dia kuburkan permainan Rahman di tapak kakinya.

Yang lebih menjadi kemarahannya adalah kehancuran anaknya Sarah,kerana ketamakan lah anak perempuan nya menjadi mangsa mengikut telunjuk Rahman.

Mengajar Sarah menundukkan lelaki kaya.

Flashback
lima tahun yang lalu...

"papa nak kau tinggalkan Zayne" ujar Rahman pada Sarah sewaktu mereka makan tengahari bersama.

Sarah yang sedang makan mendonggak ,hairan dengan ucapan papanya itu.

"kenapa pa,Sarah sayangkan dia",

"sayang tak cukup nak bagi makan kau "

"apa yang abang merepek ni,kan diorang dah bertunang kut,takkan nak batalkan macam tu"balas Mariam yang agak tidak bersetuju dengan keputusan suaminya.

"baru tunang,kalau nikah pun boleh cerai..baik buat sekarang" tambah Rahman lagi.

"papa ada kawan yang boleh berikan segala kemewahan buat Sarah" sambungnya.

Sarah memandang wajah si ayah cuba mencerna apa yang dimaksudkan ayahnya itu.

Mariam turut terkejut sukar menduga apa yang terlintas di fikiran suaminya tika ini.

"abang...abang sedar tak ,perkara ini akan menyebabkan kemarahan Ayah,Zayne kan cucu kesayangan dia,kalau apa terjadi dia tak akan berdiam diri" Mariam cuba menyedarkan suaminya agar tidak sesat jauh.

'hahah...biarlah,Sarah pun cucu dia kan,mesti dia pun nak tengok Sarah bahagia dan ada masa depan ,nikah dengan budak Zayne tu apa yang dapat ,dah lah kerja pun tak ada,berkepit 24 jam",

Mariam pun tahu yang anak saudaranya itu baru sahaja habis pengajian dan baru berjinak menguruskan perniagaan keluarga pada masa itu.

"papa,Zayne kan baru kerja..Sarah tak kisah pun",

"papa tahulah anak papa,nak ke tinggal dengan Zayne yang pernah kata kat papa nak usahakan sendiri,tapi bila...lambat lah Sarah,baik kau cari yang dah ada aset dan masa depan..senang hidup..tak nak ker kaya hah,boleh ke mana saja,keluar negeri atau ke mana pun tanpa susah payah" kali ini di cuba memancing fikiran anaknya kerana dia tahu sikap Sarah lebih kurang dengan sikapnya yang tamak dan sukar di ramal.

Sarah diam dan seolah terfikir,betul dengan apa yang direncanakan oleh papanya,tetapi cinta dan sayangnya pada Zayne masih lagi ada dalam hatinya.

Mereka bercinta sejak di sekolah menengah lagi dan pada awalnya ditentang keras oleh Marina tetapi mereka berjaya juga bertunang.

"buat apa berfikir panjang,nanti ikut papa jumpa dengan Johan...papa yakin Sarah akan sukakan dia" Rahman tahu tidak perlukan persetujuan dari anaknya pun kerana Sarah pasti menurut kemahuan dia.

Mariam yang agak marah bangun berlalu meninggalkan meja makan.
Dia tahu selepas ini pasti kakaknya Marina akan terus mengecam dan membencinya andai pertunangan ini dibatalkan.

flashback off

Mariam segera ke dapur dan menyuruh orang gajinya menyiapkan makanan untuk dibawakan ke bilik.anaknya.

Dia tahu pasti Sarah ada masalah dan buat masa ini biarlah dia sendiri.

Dia sendiri pun punyai masalah yang masih berselirat dalam kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience