bab 59

Romance Completed 61355

Selepas menempuh perjalanan yang melebihi tiga jam itu Zayne terus ke tapak projek miliknya.

Penat memanglah penat terpaksa berulang alik antara kampung dan kembali ke sini.

Bermacam perkara yang bersarang di dalam fikiran nya kini.

Sesampainya di sana kelihatan Mikael sudah berada di situ dengan wajah yang tegang .

" Zayne..huh..nasib baik kau balik...",Mikael bernafas lega bila melihat wajah Zayne di depannya.

" jenuh aku memujuk bidadari ,baru satu malam kat sana terus kena kejar balik kat sini" ujarnya kesal.

"sorry lah bro,kau tengok lah sendiri aku memang tak mampu nak handle semua ni",

"panggil penyelia projek jumpa aku kat bilik" Zayne menuju ke bilik pejabat sementara di tapak projek itu.
Mikael terus melangkah pergi memanggil penyelia yang bernama Hisham yang berada bersama pekerja yang lain.

"apa hal ni abang Sham?",soal Zayne pada penyelia yang ditugaskan di situ.

"mereka dengar khabar yang projek ni ada masalah dan akan menyebab kan mereka kehilangan kerja Tuan", ujar Hisham.

Zayne dan Mikael berpandangan sesama mereka.

Hairan dengan apa yang mereka dengar.

"siapa yang cakap?",soal Mikael.

"ada orang yang sampaikan dan satu hal lagi pembekalan bahan mentah akan dihentikan "

Sekali lagi Zayne terkejut ,khabar angin dari mana yang disampaikan oleh Hisham.

"Mike,you call Lisa suruh dia pastikan syarikat David Thong apakah sahih berita ni" arah Zayne pada Mikael.

Terus Mikael menghubungi Lisa.

"macam ni lah Abang Sham...saya memang tak dapat maklumat lagi isu ini,saya bos kat sini jadi apa apa keputusan saya yang buat,abang Sham keluar dan bagitahu mereka semua jangan buat perkara bodoh sebelum saya yang buat keputusan,jadi suruh diaorang buat kerja betul betul",Zayne mula rasa ketegangan dengan berita itu.

'baik Tuan,saya keluar dulu" Hisyam berlalu pergi dan Zayne menunggu khabar dari Mikael yang dari tadi keluar masih belum kelihatan.

"Zayne..gawat..gawat...Lisa baru dapat berita ,memang betul David batalkan perjanjian" ujar Mikael dengan nafas pendek .

Zayne mengempal tangan marah.Meja depannya di pukul kuat menyebabkan Mikael terkejut.

"Bustard kau David!!!" jerit Zayne kuat.

"aku dah agak dah mesti cina ni buat taik...tapi sebab aku percayakan papa dia,aku sanggup bagi dia peluang",

'jom Mike kau ikut aku,kita pergi jumpa dia" Mikael hanya mengangguk dan membuntuti sepupunya itu.

Dia tidak berkata apa apa melihat reaksi marah Zayne ,di dalam kereta pun dia tetap berdiam dan sesekali melihat ke arah Zayne yang sedang marah itu.

"projek berjuta juta Mike...fuh" Zayne menghempas tangannya di stereng kereta berkali kali.

"Hei bro...drive elok elok lah kecut perut aku...aku tak nak mati sebelum menikah oi...kau tu nak ker Eryna jadi janda!! jerit Mikael terkejut bila lihat Zayne memotong laju beberapa kereta di depannya.

Sekilas Zayne memandang ke arah sepupunya itu jelas kelihatan muka yang ketakutan dan pucat.

Zayne memperlahankan kembali kelajuan keretanya bila teringatkan Eryna.

Dia menarik nafas keras.

"aku tak boleh fikir macam mana David boleh buat semua ni" Zayne bersuara.

"sabotaj,mungkin" jawab Mikael spontan.

Zayne diam seolah berfikir dengan perkataan Mikael sebentar tadi.

"sabotaj!" tapi kita tak ada apa masalah sebelum ni,pembayaran on time dan kenapa boleh jadi isu sabotaj?" dia seolah mengajukan soalan tanpa mengharapkan jawapan kerana bukannya Mikael boleh memberikannya jawapan bagi solalannya itu.

"mungkin ada orang hasut" lagi lagi jawapan yang benar dari Mikael.
Memang jelas ternyata Mikael lebih bijak dari dirinya dan selalu sikap selalu syak wasangka dimiliki oleh sepupunya itu yang membuat Mikael kelihatan lebih matang daripadanya.

Zayne hanya mengangguk seolah mengiyakan dan setuju dengan alasan tadi.

Keduanya terdiam sehinga sampai di pejabat milik ayah David.

Mereka terus keluar dari perut kereta dan masuk ke bangunan terletaknya pejabat milik David Thong.

"kami datang nak jumpa bos kamu David Thong dia ada?" ujar Mikael pada secretary David kiranya.

"maaf Tuan berdua ,sekarang ni Mr David sedang bercuti"

Zayne dan Mikael tercengang mendengar jawapan daripada pembantu itu.

"wow hebat your bos ,sudah buat kacau hati punya senang siap pergi bercuti lagi" sindir Mikael dan Setiausaha itu hanya mampu diam sahaja kerana tidak faham apa maksud lelaki di depannya itu.

"so what's up now bro?" berbalik pada Zayne dari tadi merah muka menahan marah.

"kita jumpa Mr Thong Beng", ujar Zayne terus berlalu dan Mikael seperti biasa hanya mampu menurut sahaja.

Pejabat milik ayah David cuma berada beberapa meter dari pejabatnya sahaja jadi mereka hanya perlu berjalan kaki ke sana.

'wei bro panas kut", ujar Mikael tetapi tidak dipedulikan oleh Zayne.

Mikael mencebik dan diam bila riak wajah Zayne betul betul macam singa yang ingin mengamuk.

"seram aku"bisiknya.

"Mr Thong ada?" soalnya apabila sampai sini pejabat Mr Thong.

"dah buat temujanji?"

"tak..tapi ni urgent dan saya tak perlukan sebarang temujanji kut", ujarnya.

Ceh..kalau pejabat aku pun sesiapa nak jumpa kena buat temujanji,ni pejabat orang kau nak serbu macam tu pulak Zayne.

Ah pedajal lah dengan temujanji sekarang ni syarikat aku yang jadi taruhan.

"awak panggil Mr Thong ,Katakan Zayne Rafael nak jumpa", ujar Mikael segera kerana tidak mahu sebarang pertengkaran berlaku di situ.

"now!!" jerit Zayne menyebabkan beberapa pekerja berpaling ke arahnya.

"wei relax lah bro..ni tempat orang kut" Mikael mengosok belakang Zayne tetapi ditepis keras oleh Zayne.

Mikael turut berang dengan sepupunya itu namun ternyata dia kena bersikap tenang kerana semua yang ada sudah berpaling ke arah mereka dan sudah berbisik sesama sendiri.

"ya..ya..", tergagap gagap setiausaha Mr Thong masuk memanggil bosnya.

Sejurus selepas itu dia datang menjemput Zayne dan Mikael menunggu di bilik sementara Mr Thong habis bermesyuarat.

Lebih kurang lima belas minit kemudian Mr Thong datang.

'hei..Mr Zayne Rafael..sorry tadi I ada mesyuarat..well you datang sini mau jumpa any problem ka?", tanya Mr Thong ramah dan Zayne hanya tersenyum hambar.

"memang ada masalah about your son" riak wajah Mr Thong berubah bila sebut pasal anaknya tentunya David .

"David..kenapa dengan dia?" soalnya tidak berpuashati selagi tidak tahu cerita sebenarnya.

"David batalkan pembekalan bahan mentah secara tiba tiba Mr Thong" sambung Mikael menjelaskan keadaan.

"what..shitt!! idiot !!",Mr Thong menghentak meja geram.

"Lara you try call David for me now",terus dia menekan interkom memanggil setiausahanya agar menghubungi David.

"saya dah ke office dia..katanya dia bercuti", Zayne bersuara datar menahan marah.

Mr Thong mengeluh kasar dan pastinya saat ini terasa malu dengan perkara yang terjadi dan hilang kepercayaan penuh pada anak yang diharapkan meneruskan perniagaannya itu.

"ingat Mr Thong jika hal ini tak diselesaikan dengan segera saya tak teragak agak menyaman syarikatnya dan saya akan pastikan syarikat dia mahupun you tak akan bertapak lagi" ugut Zayne bulat dengan kata katanya.

Mr Thong pastinya terkejut,reputasi syarikat pasti terjejas kerana syarikat Zayne antara syarikat yang berada di bursa saham dan sekiranya ini terjadi pasti syarikat dia menanggung kerugian yang besar dan sekaligus boleh gulung tikar.

"ya.ya..sorry Mr Zayne saya akan cakap dengan David harap you bagi I masa"rayu Mr Thong bagi pihak anaknya.

"I give you just three days only...and after this..no compromise again...saya akan pastikan lawyer buat kerja"

Mr Thong mengangguk lemah dalam usianya sudah mencapai usia emas seharusnya dapat berita gembira tetapi terpaksa menghadapi kekecewaan terhadap perbuatan anaknya sendiri.

Zayne dan Mikael terus berlalu keluar meninggalkan Mr Thong sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience