Dibuka langkah kakinya menuruni bot yang membawanya ke Pulau Rawa. Matanya diliarkan memerhati suasana nyaman dan keindahan ciptaan tuhan.
" Cantik " Pujinya ikhlas setelah puas menilik persekitaran pulau yang terpencil itu.
Alisya melajukan langkah kakinya, berlari menerpa ke arah insan yang sangat dirinduinya.
" Awak !! " Panggil Alisya, terus dia memeluk gerangan insan dihadapannya dengan kemas.
Rudy yang terkejut dengan tindakan Alisya yang tiba-tiba datang menerpa dan memeluknya terus menjadi kaku. Tidak tahu ingin memberikan reaksi apa.
" Awak, awak pergi mana? Kenapa badan awak dah tak sasa macam dulu? Mesti sebab awak rindukan saya kan, sebab tu awak jadi kurus kan? " Soal Alisya pelik apabila pelukannya itu agak sedikit berbeza dengan pelukan sebelum-sebelum ini. Badan Darius sado, sasa, tapi badan ni macam, macam, macam bukan badan Darius?
" Awak siapa?! Awak siapa hah?! " Pelukan dilepaskan serta merta apabila dia mendongak melihat wajah yang dipeluknya bukanlah Darius, tapi orang asing.
Rudy tergamam. Hanya senyuman manis dapat diberikan buat Alisya yang sudah macam harimau gayanya. Patutlah sahabatnya itu pernah memberitahu padanya, bahawa Alisya itu garang macam singa, dan sekarang memang betul-betul garang ni.
" Saya tanya awak sekarang ni, yang awak ni siapa?! AWAK NI SIAPA HAH?!! " Teriak Alisya apabila jejaka di hadapannya hanya mendiamkan diri.
Rudy yang masih terkejut hanya mampu menelan air liur. Rasa takut pulak ingin mengeluarkan suara. Tapi, nak tak nak, dia mesti memperkenalkan dirinya. Kalau tak sampai bila dia akan melihat Alisya menjadi singa kan. Belum sempat dia ingin mengeluarkan kata-kata, tiba-tiba ada seorang perempuan datang melompat ke arahnya. Gaya sudah seperti kung fu panda gituww.
" Hey you !! Who are you?!! Ini tempat bukan sebarang tempat !! Tempat ini adalah tempat the lion aaa !! " Teriak Bunga sambil membuat aksi seperti kung fu panda.
Alisya yang melihat aksi Bunga hanya mampu berdiam diri. Ingin ketawa, tapi dia tak boleh ketawa, sebab sekarang dia berada dalam fasa kesedihan.
" Cik Alisya, Cik Alisya pergi ke pondok yer. Tahu la Bunga nak buat apa dengan makhluk asing ni " Bisik Bunga perlahan.
" Tapi, Bunga macam mana? Bunga boleh ke handle cicak kering ni sorang-sorang? " Soal Alisya bimbang. Takut dibuatnya jikalau dia tinggalkan Bunga sorang-sorang, nanti lain pula jadinya.
" Don't worry Cik Alisya. Bunga tahu la macam mana nak handle makhluk asing cicak kering ni " Jawab Bunga. Terus ditolak bahu Alisya menyuruh Alisya pergi menyelamatkan diri di pondok. Amanah bosnya harus dijaga rapi, demi Alisya, dia sanggup matilah !!
Alisya yang mendengar jawapan Bunga mengangguk kecil. Dibuka langkah kaki menuruti arahan Bunga untuk pergi ke pondok.
Rudy yang melihat adegan seperti dirinya orang jahat di situ, hanya mampu menghela nafas. Gelaran yang diberikan kepadanya iaitu makhluk asing, cicak kering cukup membuatkan tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak disangka, dua orang wanita di hadapannya itu tega memberikan gelaran sebegitu kepada dirinya.
" Hye !! Saya Rudy " Tangan dihulurkan sebagai tanda memperkenalkan dirinya kepada Bunga.
Bunga berlagak selamba. Senyuman sinis diberikan kepada Rudy. Matanya dicerlungkan cuba untuk menakutkan Rudy. Tangan yang dihulurkan oleh Rudy sebagai tanda perkenalan hanya dipandang sepi.
" Saya Rudy, saya ni ka... " Belum sempat Rudy ingin menghabiskan kata-katanya, Bunga sudah mencelah.
" Awak Rudy ker, Budi ker, saya ni tak sudi nak cakap dengan awak !! " Ungkap Bunga bersahaja.
" Tapi, saya ni Rudy, saya ni ka.... "
" Kan saya dah cakap, yang saya ni tak SUDI nak cakap dengan awak !! " Celah Bunga lagi memintas percakapan Rudy.
" Dah, sekarang ni awak balik. Balik !! Saya sudi nak halau awak pergi berambus dari pulau ni. BALIK !! " Halau Bunga sambil mengacipkan giginya membuat muka acah-acah garang gituww.
Rudy mencerlungkan wajahnya. Rasa sabar di hatinya sudah sampai pada tahap maksimum. Terus dibuka langkah menghampiri Bunga, dengan selambanya dia menarik tudung yang dipakai oleh Bunga. Puas hati !!
" Awak ni dah kenapa?! Main tarik-tarik tudung kita pulak !! Saya cungkil biji mata awak tu baru tahu !! " Bebel Bunga. Tudung di kepalanya itu dibetulkan dengan rasa sebal di hati.
" Tu la balasan untuk orang yang suka pintas percakapan orang lain !! Boleh tak dengar dulu apa yang saya nak cakap?! Boleh tak?!! " Hembur Rudy.
" Tak boleh !! Sebab awak bukannya orang, tapi awak tu makhluk asing yang dah sesat masuk pulau hak persendirian bos saya !! " Bidas Bunga pula tidak mahu mengalah.
" Saya Rudy Haikal !! Saya kawan baik bos awak yang bernama Eric Darius Arrayan bin Abdullah tu !! Faham?! " Jelas Rudy dengan nada suara yang agak tinggi.
Bunga yang mendengar ungkapan Rudy membeliakkan biji matanya. Terkejut? Mestilah, sebab dia dah buat onar pada kawan baik bosnya.
" Auchh !! Sakitlah !! Yang awak sepak kaki saya ni kenapa?! " Adu Rudy apabila Bunga tiba-tiba menyepak kakinya.
" Shuhhh !! Boleh tak awak tu cakap slow-slow sikit? Nanti Cik Alisya dengar yang awak ni kawan baik bos " Pinta Bunga. Harap-harap Alisya tidak dengarlah suara Rudy yang kuat tu.
" Kenapa saya kena cakap slow-slow pulak? " Tanya Rudy pelik.
" Sebab, Cik Alisya sekarang ni tengah sedih. Bos kan dah taknak balik sini. Tapi saya tak bersedia nak beritahu dekat Cik Alisya pasal bos yang taknak balik sini, sebab saya taknak Cik Alisya sedih. Kalau meroyan ker macam mana? " Jelas Bunga.
" Ehh mulut awak tu janganlah duk cakap meroyan ke apa. Jaga sikit. In Sya Allah Darius akan balik sini " Ungkap Rudy. Dibuka langkah kakinya ingin pergi bertemu dengan Alisya.
Bunga yang melihat Rudy ingin menuju ke pondok untuk bertemu dengan Alisya terus mendepakan kedua-dua tangannya. Cuba untuk menghalang.
" Nope !! Cik Alisya sekarang ni tengah sedih. Boleh tak awak jangan ganggu dia? Kalau Cik Alisya tahu yang awak ni kawan baik bos, nanti dia tanya awak macam-macam. Lepastu dia jadi singa macam tadi camne? Awak sanggup ker? " Halang Bunga. Ye la, Alisya sekarang tengah sedih, nanti kalau Rudy perkenalkan dirinya sebagai kawan baik Darius, apa pulak tanggapan Alisya kan? Sahabat baik datang ke pulau, tapi Darius tak datang pun.
" Habis tu bila pulak saya boleh jenguk Alisya? " Soal Rudy.
" Bila awak berjaya bawak bos saya datang sini. Masa tu baru awak boleh jenguk Cik Alisya " Jawab Bunga meletakkan syarat kepada Rudy.
Rudy dah datang guys !!! Bunga pulak sibuk berkung fu bagai !! Agak ii apa yg akn brlaku seterusnya ? klau nak tengok mcm mana raut wajah Rudy dn Bunga, boleh follow ig nash yer sebb dlm ig tu diselitkn jugk gmbr wtk utama Darius dn Alisya.. my ig : nash_1412_writer Selmat membaca semua :)
Share this novel