Bab 55.

Romance Completed 86682

" Boy, kenapa boleh jadi macam ni? Luka-luka semua ni sebab apa? " Soal Melissa prihatin setelah melihat badan sasa Darius yang tidak berbaju itu menyerlahkan segala luka yang ada di tubuh anaknya.

Darius meneguk air mineral water di tangannya. Usai itu wajah mommynya dipandang.

" Boy cuma kena hempap dahan pokok jer. Mommy jangan risau ea " Tangan mommynya diusap lembut, cuba mengusir rasa gundah di hati Melissa.

Alisya yang berada tidak jauh daripada Melissa dan Darius menyepi. Roti yang dibawa oleh papanya itu disuapkan ke dalam mulut manakala matanya tidak henti memerhati suaminya dan Melissa.

Rasa terkejut dalam dirinya masih ada usai mendengar penjelasan daripada papanya sebentar tadi. Perempuan chinese tu mommy Darius, dan Darius seorang mualaf, kedua-dua berita ini mengejutkan dirinya, dan yang lebih membuatkan dia berasa lagi terkejut apabila mendapat tahu bahawa sebelum ini, Darius dibesarkan oleh mamanya.

Sungguh dirinya tidak pernah menyangka bahawa Darius pernah menjadi anak jagaan papanya serta mamanya, atau lebih tepat, arwah mama. Air mata mula bergenang ditubir matanya, rasa hiba mula menjengah dalam dirinya.

" Mama dah takde. Mama dah meninggal. Orang yang aku rindu, yang aku ingin sekali tengok wajahnya dah lama meninggal. Allahu, sungguh sulit untuk aku terima semua ni " Ungkap Alisya sayu sebaik sahaja dirinya mula teringatkan perihal mamanya itu. Pilu hatinya apabila mendengar khabar duka daripada papanya sebentar tadi.

Tengku Shahril berdehem kecil usai melihat anak gadisnya. Dilabuhkan punggungnya duduk berhadapan Alisya. Ditatap sayu wajah sugul anaknya itu. Tangan tuanya menyeka lembut air mata yang berjuraian membasahi pipi Alisya.

" Alisya, papa tahu, sukar untuk anak papa terima semua ni. Maafkan papa, sebab baru hari ni papa ceritakan hal yang sebenar. Maafkan papa " Tangannya memegang lembut kedua-dua tangan Alisya.

" Maafkan papa, disebabkan dendam, disebabkan harta dunia, papa telah pisahkan Alisya dengan arwah mama dan papa sanggup merancang kemalangan untuk membunuh mama. Maafkan papa. Papa betul-betul mintak maaf " Kini tubir matanya turut bergenang dengan linangan air mata. Sayu hatinya apabila mengenangkan kembali detik-detik lalu. Penyesalan dalam dirinya tidak pernah menghilang, malahan rasa kesal itu semakin bertambah setelah melihat wajah sedih anaknya itu.

Alisya tersenyum. Cuba untuk berpura-pura kuat. Kini, jari-jemarinya pula memainkan peranan menyeka air mata papanya.

" Pa, apa yang dah lepas, kita lupakan. Lagipun papa kan dah menyesal dengan semua kesilapan tu. Alisya dah redha, Alisya dah terima semua ni dengan hati yang terbuka. Cuma, rasa terkilan tu ada, sebab Alisya tak pernah jumpa mama. Alisya tak pernah rasa kehangatan pelukan seorang ibu. Tapi, percayalah pa, yang Alisya dah terima semua ni. Jadinya papa jangan sedih-sedih yer " Senyuman ceria dihadiahkan buat papanya.

Tengku Shahril tersenyum syukur. Dibawa Alisya ke dalam dakapannya.

" Terima kasih nak, terima kasih sebab tak marahkan papa. Terima kasih sebab Alisya menerima semua ni dengan hati yang terbuka. Terima kasih sayang. Papa sayang anak papa ni " Dicium ubun-ubun Alisya. Ciuman yang penuh dengan rasa kasih sayang seorang bapa buat anaknya.

Melissa dan Darius yang melihat adegan luahan hati Tengku Shahril dan Alisya tersenyum gembira.

" Andai sayang turut mampu maafkan abang sama seperti sayang maafkan papa, tentu kita dah lama hidup bahagia " Desus Darius sayu di dalam hati.

" Wei Darius, Bunga mana? Asal aku tak nampak pun Bunga " Rudy mencelah. Sudah puas dirinya bersiar-siar disini, tapi langsung tidak nampak kelibat Bunga.

Suara Rudy yang tiba-tiba mencelah itu telah merosakkan sinetron drama Alisya dan Tengku Shahril. Serentak itu mereka berpaling melihat ke arah Rudy.

Rudy terpinga-pinga, setelah melihat pandangan dingin semua gerangan insan yang berada disitu. Sengihan kerang busuk terlakar diwajahnya.

" Emmm, Rudy ada buat salah ke? " Tergagap-gagap dirinya mengeluarkan suara.

Alisya berdecit. Dirinya bangkit mengorak langkah ke arah sahabat baik suaminya itu.

" For your information Encik Rudy, Bunga my best friend forever, yang cantik manis, yang baik, yang sangat-sangat memahami diri saya, telah pun dipecat. Saya tekankan lagi, bahawasanya Bunga telah pun DIPECAT. Sekian, terima kasih " Jelas Alisya. Langkah kaki dibuka ingin beredar dari situ.

Rasa sebal dan marah bergelumang di dalam hatinya, apabila tiap-tiap kali dirinya mengenangkan nasib Bunga yang diberhentikan kerja oleh Darius hanya semata-mata untuk mendera dan menyeksanya. Langsung tak profesional tindakan suaminya itu. Nak dera diri dia, dera je la, tapi janganlah sampai libatkan orang lain yang langsung tak bersalah dalam hal ni. Kejam, itu yang dirasakannya.

Melissa dan Tengku Shahril saling berpandangan.Tidak mengerti Bunga apa yang dibicarakan oleh Rudy dan Alisya.

Rudy yang mendengar penjelasan isteri sahabatnya itu terdiam.Berfikir sejenak, macam mana pulak tetiba sahaja Bunga diberhentikan kerja.

Darius berdeham, memberi isyarat menyuruh semua orang yang berada di situ, menumpukan perhatian buat dirinya.

" Bunga tu pekerja Darius. Darius upah dia suruh tengokkan tanaman kat sini dan dalam masa yang sama suruh tengokkan Alisya sepanjang Darius takde kat sini " Terang Darius menceritakan siapa Bunga yang dimaksudkan oleh Alisya dan Rudy.

" Terus, asal kau pecat dia, kalau kau nak suruh dia tengokkan isteri kau kat sini? Haa apesal? " Celah Rudy yang ingin mengetahui kisah yang sebenar.

" Aku tak pecat dia pun. Aku siap naikkan gaji untuk dia dan Mamat pekerja aku yang sorang lagi tu, untuk tolong tengokkan Alisya. Tapi, entahlah bila aku balik sini, Alisya bagitahu yang aku ni kejam sebab pecat Bunga dan Mamat dengan alasan nak dera dia "

" Mommy rasa macam ada something wrong kat sini, emm macam, Bunga atau Mamat maybe la kan, dua orang ni, mereka berkomplot nak fitnah boy, and nak bagi boy dan Alisya bergaduh. Well, macam dalam drama-drama tv tu, wujud orang ketiga " Tebak Melissa setelah mendengar penjelasan anaknya itu.

Tengku Shahril menepuk lembut bahu Melissa. Diketap gigi melihat ke arah Melissa.

" Ehh you ni dah kenapa? Tepuk-tepuk bahu I pulak " Omel Melissa tidak berpuas hati.

" You jangan buat fitnah. Jangan buat andaian melulu kalau tak tahu perkara sebenar. Jangan obses sangat dengan drama tv tu semua " Leter Tengku Shahril.

" Betul. Rudy tak rasa yang Bunga tu jahat. Sebab masa Rudy datang sini, Rudy tengok Bunga tu elok je layan Alisya yang menangis tak henti-henti menunggu kepulangan suami dia yang ego nak mampus tu " Sangkal Rudy pula dalam masa yang sama perlian diberikan kepada Darius.

" Kalau macam tu, Mamat? Mamat yang jahat dalam hal ni? " Teka Melissa lagi lagak seperti seorang detective. Mukanya berkerut seribu cuba mencari siapa yang salah dalam hal ni, atau lebih tepat dalang dalam menfitnah anaknya itu.

Darius yang sudah lama menyepi itu mengeluh kecil.

" Dah la, siapa yang dalang atau punca dalam hal ni sebenarnya Darius. Kalau Darius tak ego, tak pentingkan diri, Alisya takkan pernah berjauh hati dekat Darius. Punca yang utama adalah Darius sendiri. So, kita lupakan je la pasal ni. Biar Darius sendiri yang bertanggungjawab dalam hal ni. Jangan salahkan sesiapa sebab salah itu terletak pada diri Darius sendiri " Luahnya sayu. Andai dapat dia undurkan waktu, sungguh dirinya takkan pernah membuatkan Alisya ternanti-nantikan dirinya pulang ke pulau tempoh hari. Sudah terang lagi bersuluh dia yang bersalah dalam hal ni. Fikir Darius, membuat andaian di dalam hati.

Tengku Shahril menghela nafas. Mati akal untuk menyelesaikan situasi ini. Ketiga-tiga mereka membuang pandang melihat Darius yang sudah berlalu dari situ.

" So macam mana ni aunty uncle? Takkan kita nak tengok jer Alisya dengan Darius bergaduh macam tu " Soal Rudy.

" Don't worry, this is Melissa la. Aunty akan cari siapa dalang disebalik semua ni. Dia belum kenal lagi siapa Melissa ni " Melissa menepuk dada lagak seperti seorang hero manakala keningnya dijongket ke atas.

" I pun akan turut serta " Kini, Tengku Shahril pula mengikut gaya sahabatnya itu.

" Me too " Rudy pula bersuara. Ketiga-tiga mereka serentak melakukan gaya yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience