Melissa membawa diri memasuki bilik wad pesakit yang menempatkan anak lelakinya itu. Debaran di hati berdegup kencang, pantas sahaja dia cuba untuk berlagak kuat.
Kain langsir yang tertutup itu diselaknya. Jelas terpancar di sudut katil, Darius sedang termenung jauh melihat ke arah kipas syiling yang sedang berputar. Setapak demi setapak, dia melangkah menuju ke arah katil milik Darius.
" Boy... " Panggilnya mendatar.
Darius berpaling, wajah mommynya menyapa pemandangannya. Senyuman hambar terlakar pada bibirnya. Tanpa sebarang kata, air matanya tumpah membasahi pipi.
" Mommy ada dekat sini. Mommy ada untuk boy. Boy kena kuat tau..kita sama-sama fight lawan penyakit boy ni...Hmmmm? Boy kuat tauu " Titipan pesanan sokongan diberikan buat Darius. Tangannya mengusap lembut tangan sasa milik Darius yang dipenuhi dengan wayar-wayar hospital.
" Boy...boy sayangkan mommy "
Ungkapan itu cukup membuatkan hatinya bertambah sebak. Kolam air matanya pecah membanjiri pipi putihnya itu. Dia membawa tangan sasa milik anaknya menyentuh pipinya, usai itu diciumnya dengan penuh kasih sayang.
Darius memandang redup wajah sugul milik mommynya itu. Lambat-lambat dirinya menutur kata.
" Maafkan boy mommy. Boy tak sempat nak luangkan masa dengan mommy..boy tak sempat nak bahagiakan mommy. Maafkan boy mommy..maafkan boy.."
" Shuhhhh..Bukan boy yang patut mintak maaf, sepatutnya mommy..mommy yang perlu mintak maaf dengan boy. Mommy yang pergi tinggalkan boy..mommy tak mampu jadi seorang ibu yang terbaik untuk boy..maafkan mommy " Dicium berkali-kali tangan sasa milik Darius. Wajahnya sudah dibanjiri dengan air mata.
" Mommy adalah ibu yang paling terbaik dalam hidup boy. Mommy adalah ibu kepada Eric Darius Arrayan. Terima kasih mommy..sebab mommy terima dengan hati yang terbuka tentang penghijrahan boy. Terima kasih mommy..boy selamanya sayangkan mommy.." Jari-jemarinya menyeka lembut air mata yang membasahi pipi mommynya itu. Senyuman manis dihadiahkan buat mommynya.
Melissa terkedu, lidahnya kelu untuk bersuara. Meskipun bibir anaknya menguntum senyuman manis buat dirinya, tapi.. senyuman itu tetap tiada kemanisannya. Pahit dan perit dia rasakan setelah melihat bibir pucat anaknya itu.
" Come.. hugging me please " Bibir pucatnya dicebikkan manja. Dia mendepakan tangannya menyuruh mommynya itu memeluk dirinya.
Melissa yang melihat aksi Darius yang sudah seperti anak kecil itu tersenyum. Pantas sahaja dirinya mendakap erat tubuh milik Darius. Lama dirinya dan Darius saling berpelukan, lambat-lambat pelukan itu dilepaskan.
" Mommy pergi tandas kejap tau. Mommy nak basuh muka mommy yang dah ugly ni. Ibu kepada Eric Darius Arrayan tak boleh nampak hudoh, sebab anak dia hensem, segak orangnya " Dia mengusap lembut ubun-ubun rambut milik Darius. Langkah kaki dibuka menuju ke arah tandas.
Sampai sahaja dirinya di dalam tandas, dia melihat wajahnya ke arah cermin. Senyuman tipis terlakar pada bibirnya.
" I need to be strong. Anak aku perlukan kekuatan daripada diri aku " Dia menitipkan kata-kata semangat untuk dirinya. Pili air dibuka, dia mengambil air lalu dia membasahi wajahnya. Usai itu, dia mengambil tisu untuk mengelap wajahnya yang sudah basah. Setelah puas dia menilik wajahnya, terus dia membuka langkah menuju kembali ke bilik wad pesakit.
Handbang ditangannya terjatuh setelah melihat katil pesakit kosong. Dia terbungkam. Ke mana pergi anaknya itu? Pantas sahaja dia membawa diri menuju ke arah Alisya dan Tengku Shahril.
" Shahril ! Alisya ! " Panggilnya.
" Kenapa aunty? " Soal Rudy cemas.
" DARIUS !! " Melissa terduduk dan meraung menangis setelah nama anak lelakinya itu terpacul keluar meniti daripada bibirnya.
Alisya gugup, gundah-gulana hatinya ketika itu. Melihat Melissa meraung, hatinya turut meraung. Pelbagai bayangan negatif hadir dalam benak fikirannya.
" Kenapa dengan Darius? Kenapa dengan Darius?! " Soal Tengku Shahril cemas. Dia menapak menuju ke arah Melissa yang sudah terduduk teresak menangis.
" Da..Da.. Darius takda dalam bilik "
*************************************
Setiap blok bangunan hospital itu dia teroka. Teroka untuk pergi mencari ke mana perginya suaminya. Puas sudah dia mengelilingi bangunan hospital itu, namun hampa apabila kelibat Darius langsung tidak kelihatan.
Setitis demi setitis air matanya gugur, kesedihan yang sudah sebati dengan dirinya hadir bertandang.
" Awak pergi mana? Kenapa awak pergi tinggalkan saya Darius? " Ungkapnya sebak, memikirkan suaminya itu betul-betul sudah pergi menghilangkan diri.
Deruan ombak menyapa deria pendengarannya. Lokasi hospital yang terletak berhampiran dengan pantai itu menyebabkan dia mampu mendengari ombak-ombak laut membadai pasir pantai. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba terdetik untuk menuju pergi ke arah pantai.
Kakinya dibuka langkah menapak ke arah persisiran pantai. Bau air laut masin menjengah rongga hidungnya. Bau yang sudah sebati dengan dirinya. Angin pantai meniup lembut tudung yang dipakainya itu. Ketenangan hadir tetapi ia tidak mampu mengusir lara dalam hatinya ketika itu.
" Eric Darius Arrayan tak nak mati !! Eric Darius Arrayan takut mati !! "
Suara yang berteriak itu menyapa gegendang telinganya. Spontan sahaja dia menoleh ke sisi, daripada jauh kelihatan seorang lelaki lengkap memakai baju pesakit hospital menyapa kornea matanya. Pantas sahaja dia berlari menuju ke arah susuk tubuh yang cukup dikenalinya itu.
" Eric Darius Arrayan tak nak mati !! Eric Darius Arrayan belum bersedia untuk mati....Eric Darius Arrayan nak hidup bahagia dengan orang yang dia cinta. Eric Darius Arrayan tak nak mati lagi..sebab..Eric DARIUS Arrayan takut mati..Eric Darius Arrayan takut MATI !! "
Alisya terdiam. Langkah kakinya terhenti usai mendengar luahan jeritan hati daripada Darius. Air mata deras merembes membasahi pipinya, begitu juga dengan Darius. Jelas terpancar wajah kekusutan Darius. Kusut memikirkan penyakitnya itu.
" Tolong.. tolong.. tolong bagi Eric Darius Arrayan hidup sihat. Tolong.. tolong panjangkan umur Eric Darius Arrayan. Tolong la Ya Allah.. "
Alisya menggigit bibir. Cuba untuk tidak meraung di situ. Luahan daripada Darius..begitu perit untuk dia dengari. Tanpa membuang masa dia berlari meluru ke arah Darius. Tubuh Darius dipeluknya erat.
" Awak takkan pernah pergi daripada dunia ni, dan kalau perkara itu terjadi, saya..saya akan temankan diri awak. Saya akan ikut langkah awak.. Awak kan pernah cakap, yang cinta sejati takkan pernah terpisah dengan kematian, tapi..ia akan berkesinambungan di syurga kelak jika Allah mengkehendaki " Bisik Alisya sayu di cuping telinga milik Darius.
Darius diam. Matanya memandang kosong laut biru dihadapannya itu. Bisikan sayu daripada Alisya tidak mampu untuk menghilangkan rasa takut dalam dirinya. Takut..sekiranya dia betul-betul akan pergi daripada dunia ni. Dia belum bersedia, dia takut.
" Kopi yang pahit akan menjadi manis apabila ditambah dengan gula dan ujian yang pahit akan menjadi manis bila diiringi sabar, istighfar dan doa dengan penuh pengharapan " Bisik Alisya lagi. Dia mengusap lembut tubuh belakang milik Darius. Cuba untuk menenangkan.
Darius melepaskan pelukan antara dirinya dengan Alisya. Mata hazelnya menatap sayu wajah putih milik Alisya yang sudah basah lecun dengan air mata.
" Abang...abang takut. Abang tak bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan maut. Abang tak kuat. Abang tak kuat.." Dia menyeka lembut air mata dipipi Alisya dan Alisya pula menyeka lembut air mata dipipinya itu.
" Awak buat pembedahan tu yerr. Kita..sama-sama berjuang sembuhkan penyakit ni. Awak buat operation tu yerr. Hmmm? " Pujuk Alisya.
Darius tersenyum pahit. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya tanda bersetuju untuk melakukan pembedahan yang berisiko itu. Usai itu, dia meraih jari-jemari milik Alisya. Wayar hospitalnya itu dililitkan pada jari manis milik Alisya. Seolah-olah dia sedang menyarungkan cincin nikah buat isterinya itu.
" Maafkan abang...maafkan abang, sebab abang tak sempat nak belikan cincin nikah kita untuk sayang. Cincin melambangkan perkahwinan bahagia kita. Abang cuma mampu jadikan wayar hospital ni sebagai cincin buat sayang "
Alisya terkedu. Jari-jemarinya yang sudah dililit oleh wayar hospital itu dipandangnya dengan mata yang berkaca-kaca. Pantas sahaja dia memagut lembut bibir milik Darius.
Darius membalas ciuman daripada Alisya. Tanpa kedua-duanya sedari, air mata merembes gugur membasahi pipi milik mereka. Jika sebelum ini, air mata bahagia, tapi kini..ia sudah bertukar menjadi air mata yang penuh dengan rasa duka di jiwa.
Share this novel