" Kau tak boleh nak ikut. Kau kena duduk dekat sini dengan Bunga. Aku pergi sekejap jer pun " Arah Darius serius. Dia tidak mahu Alisya menemaninya mencari kayu api di dalam hutan.
" Nope ! Saya tetap nak ikut awak jugak !! Awak marah la saya macam mana sekali pun saya tetap nak ikut !! Titik !! Noktah !! Muktamad !! " Bentak Alisya yang berkeras ingin menemani Darius masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Maklumlah esok lusa Darius dah nak balik bandar jadinya kayu api mestilah ditinggalkan untuknya dan Bunga memasak.
" Tak boleh !! Aku cakap tak boleh kan?! Kenapa kau ni degil sangat? " Ungkap Darius yang bertegas tidak mahu Alisya menemaninya. Nanti kalau jadi apa-apa pada Alisya, dirinya juga yang susah.
" Saya memang degil pun. Saya kan Tengku Alisya Riana, yang keras kepala tapi tak sekeras hati awak tu. Arghh tak kira saya tetap nak ikut jugak " Ungkap Alisya yang masih berkeras ingin mengikuti suaminya masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Dia mesti menemani Darius, kalau tak macam mana dia nak jayakan rancangan yang dia dan Bunga rancangkan tu.
Helaan nafas dilepaskan. Rasa sakit hati pulak bila Alisya yang dulu, yang keras kepala dah munculkan diri yang tetap bertegas ingin menemaninya.
" Alaaa, awak, saya just nak temankan awak jer, awak janganlah marah " Pujuk Alisya dengan menggunakan nada yang lembut. Melihat Darius hanya membatukan diri seolah-olah sedang memikirkan sama ada setuju atau tidak untuk memberi keizinan Alisya menemaninya, terus Alisya memaut lengan Darius dengan manja.
" Saya buat semua ni untuk kebaikan awak. Nanti kalau ada apa-apa yang berlaku dekat awak macam mana? Awak sesat ker, awak jumpa harimau ker, hahh macam mana? Saya ikut awak eaa " Pujuk Alisya lagi. Kini suaranya dilembutkan sehabis mungkin, cuba menagih rasa simpati Darius untuknya.
Darius yang mendengar ungkapan Alisya itu mula bersuara,
" Camne aku nak sesat Alisya oi? Aku ni dah biasa la jalan masuk hutan untuk cari kayu api dan harimau pulak, kat sini hutan pulau, bukannya hutan simpan. Mana ada harimau laaa "
" Alaaa takpelah kalau takda harimau pun, saya tetap nak ikut awak jugak. Saya ikut ea " Pujuk Alisya lagi. Satu ciuman diberikan di pipi Darius sebelum dia membuka langkah untuk masuk ke hutan.
" Cepatlah awak. Saya dah sedia ni. Jomlahhh " Arah Alisya apabila Darius hanya mendiamkan diri.
Darius yang melihat Alisya tetap berkeras ingin menemaninya hanya mampu menghela nafas. Degil isterinya itu tidak mampu nak dibawa bincang sampai sanggup hadiahkan ciuman pada pipinya. Perlahan-lahan dia membuka langkah, nak tak nak dia turutkan juga kemahuan Alisya itu.
" Awak, janganlah laju sangat jalan tu. Saya tak sempat nak kejar awak ni " Marah Alisya apabila Darius meninggalkannya terkapai-kapai seorang diri berjalan di dalam hutan. Sudahlah bersemak, akar-akar pokok pulak menjalar di atas tanah. Memang tak sempatlah dia nak follow Darius tu.
" Kau jugak kan yang nak ikut aku, jadinya ikut je la aku. Aku nak jalan cepat ker, jalan lambat ker tu semua hak aku " Bidas Darius melemparkan rasa geram di hati. Geramlah sebab Alisya tu degil tak nak ikut arahannya.
" Awak ni kan, sepatutnya awak pimpinlah tangan saya. Biar saya dan awak, kita sama-sama berjalan. Bukannya awak tinggalkan saya sorang-sorang berjalan di belakang awak " Hembur Alisya yang rasa sebal di hati.
" Kau yang nak ikut aku sangat kan? So pandai-pandai kau la " Bidas Darius bersahaja. Langsung tiada sekelumit rasa kesian atau simpati melihat Alisya yang terkapai-kapai cuba untuk mengejarnya itu.
Alisya yang mendengar bidasan Darius itu cuba menahan sabar. Kalau tidak memang dah lama dia ambik ranting-ranting pokok dilemparkan kepada Darius itu.
"Perlu ke aku laksanakan sekarang rancangan tu? " Desusnya sendiri. Memikirkan inilah masa yang sesuai untuk melaksanakan rancangannya itu terus dia buat-buat terjatuh. Maklumlah ingin menguji tahap keprihatinan suaminya pada dirinya.
" Aduhhh !! Auchhh !! Sakitnyaa !! " Adunya berpura-pura terjatuh sambil memegang kakinya yang dibuat-buat sakit.
Darius yang mendengar jeritan Alisya mengadu sakit itu terus berpaling. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Alisya sudah terduduk di atas tanah.Terus dibuka langkah menuju ke arah isterinya itu.
" Kau oky tak ni? Kaki kau tu sakit ker tak? " Tanya Darius prihatin sambil tangannya menyentuh kaki Alisya. Bimbang sekiranya terseliuh atau patah.
" Saya sakit. Ni haa, kaki saya ni sakit sangat-sangat " Adu Alisya mencipta helah. Mukanya dikerutkan seolah-olah sedang menahan sakit.
Darius yang seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak kena hanya menurutkan sahaja kata-kata Alisya itu.
" Sakit kat sini ker? " Soal Darius.
" Atas sikit, bukan dekat situ " Jawab Alisya berpura-pura sakit.
" Alisya, ada pacat !! " Jerit Darius sengaja ingin menguji sama ada isterinya itu betul-betul sakit kaki atau tak.
Alisya yang mendengar teriakan Darius yang memberitahu kepadanya ada pacat terus tegak berdiri. Lakonan yang dimainkannya itu terus gagal.
" Kau tak sakit kan? Kau tipu aku kan? " Soal Darius. Matanya tajam memandang wajah Alisya yang sudah ketakutan kerana helahnya itu sudah terbongkar.
" Aku tanya kau ni Tengku Alisya Riana binti Tengku Shahril Zafran !! " Jerkah Darius menahan marah di hati. Dia langsung tidak pernah menyangka Alisya sanggup menipunya.
" Yer !! Saya tipu awak !! Saya memang tipu awak !! Tapi saya buat semua ni bersebab, sebab saya nak uji sama ada awak caring dekat diri saya atau tak " Luah Alisya bersama esakan kecil. Hatinya terusik apabila Darius sanggup menekingnya.
" Saya cuma nak uji diri awak. Saya cuma nak tahu yang awak cintakan saya atau tak. Sebab tu saya buat macam ni. Tapi tak perlulah awak nak tengking saya. Tak perlulah awak nak tinggikan suara awak dekat saya " Luah Alisya sayu. Terus dibuka langkah kakinya pergi menjauh daripada Darius.
Darius yang melihat Alisya pergi menjauh darinya mengeluh kecil. Dia langsung tidak berniat untuk memarahi Alisya, meninggikan suara pada Alisya. Dia cuma risaukan Alisya. Yer risau, di tengah-tengah hutan apa-apa boleh berlaku, lepastu ditambah lagi Alisya degil ingin menemaninya itu yang menyebabkan rasa marah dan sebal bergelumang di dalam hatinya.
***************************
Bunga yang baru sahaja siap menyimpan peralatan untuk kerja-kerja menanamnya itu berasa pelik, kenapa hanya bosnya yang pulang ke pondok. Cik Alisya ke mana? Terus dibuka langkah kakinya menuju ke arah Darius ingin menyoal ke mana perginya Alisya.
" Bos, Cik Alisya mana? " Soal Bunga.
" Entah. Bukan Alisya dah balik sini ker? " Soal Darius pula. Sangkanya Alisya sudah lama sampai di sini, maklumlah selepas kejadian pergaduhan antaranya dan Alisya, sangkanya Alisya sudah bergerak pulang ke pondok.
" Saya tak nampak pun kelibat Cik Alisya. Sebab tu saya tanya bos ni " Jawab Bunga sambil kepalanya digelengkan, menandakan Alisya betul-betul tidak balik ke sini lagi.
Darius yang mendengar jawapan daripada Bunga itu berasa sungguh terkejut. Dia sungguh tidak menyangka bahawa Alisya belum pulang. Terus dibuka langkah kakinya pergi ke hutan semula untuk pergi mencari Alisya. Rasa bimbang dan rasa bersalah bergelumang dalam hatinya dan sekiranya berlaku apa-apa pada Alisya sungguh dia tidak akan memaafkan dirinya.
Share this novel