Bab 56.

Romance Completed 86682

Darius mengorak langkah menuju ke arah Alisya yang sedang termenung menghadap laut. Senyuman manis tidak lengkang terlakar dibibirnya.

" Sayang.." Dipeluk isterinya itu daripada belakang. Wajahnya ditongkat pada bahu Alisya lalu dikucup lembut bahu Alisya yang berlapik scarf itu.

Alisya menjerit kecil. Rasa tergamam apabila tiba-tiba Darius mendekati dirinya dan memeluknya. Perlakuan suaminya itu dibiarkan, dia masih statistik membuang pandang ke arah laut dihadapannya.

" Sayang.." Meleret-leret Darius memanggil isterinya itu. Tiada sahutan daripada Alisya, terus dia menggigit lembut cuping telinga Alisya yang berlapikkan scarf milik mommynya itu.

" Auchh !! Sakitlah awak !! " Adu Alisya manja. Tangannya mengusap lembut cuping telinganya.

" Siapa suruh bila abang panggil sayang tak menyahut? Haa jadinya, tu la balasan dia. Kalau mommy, papa dan Rudy takde kat sini, tu leher sayang, bibir sayang tu pun abang akan gigit tau " Seloroh Darius. Dibawa tubuh Alisya berhadapan dengan dirinya.

" Saya tak menyahut sebab nama saya Alisya, bukannya 'sayang'. So, saya tak menyahut laa " Jeliran lidah dihadiahkan buat suaminya itu. Bibirnya dicebikkan manja.

Darius yang melihat aksi manja Alisya tersenyum meleret. Hidung Alisya yang mancung itu ditarik lembut.

" Awak, sakitlah "

" Awak..sakittt " Adu Alisya lagi apabila Darius masih menarik hidungnya.

Darius hanya membuat muka toya, tidak menghiraukan rengekan Alisya. Lama dia menarik lembut hidung milik Alisya, terus didekatkan wajahnya dengan wajah Alisya sehingga hidungnya dan hidung isterinya itu bertemu sesama sendiri.

Alisya terkejut, terbeliak biji matanya melihat tindakan drastik suaminya itu. Belum sempat dia ingin melarikan wajahnya, Darius terlebih dahulu memegang lembut kepalanya sekaligus membataskan dirinya untuk bergerak.

" Abang dah penjarakan pergerakan sayang " Usik Darius. Usai itu, terus dia melagakan hidungnya dengan hidung Alisya sehingga isterinya itu terjerit kecil kerana berasa geli.

" Awak nak buat apa ni? " Soal Alisya apabila melihat Darius tiba-tiba melutut dihadapannya.

Darius hanya menyepi. Tangannya menyentuh lembut kaki isterinya itu.

" Kaki sayang dah okay? " Pertanyaan prihatin terpacul daripada mulutnya sambil tangannya ligat membelek luka di kaki isterinya itu.

Alisya diam. Matanya memandang redup ke arah Darius. Perlahan-lahan dia turut mengambil posisi sama seperti suaminya itu. Jari-jemarinya meraih lembut tangan Darius yang sedang menyentuh buku lali kakinya itu.

" Kaki saya dah tak sakit. Kaki saya dah okay, yang tak okay bahu awak. Pasti bahu awak masih lagi rasa sakit kan? Ye la, awak gunakan bahu awak untuk halang diri saya daripada kena hempap dahan pokok tu " Tangannya menyentuh lembut bahu sasa suaminya itu. Senyuman dingin dihadiahkan buat Darius.

Darius tersenyum kecil usai mendengar ungkapan isterinya itu. Terus dia memegang kedua-dua bahu Alisya agar turut serta berdiri mengikuti dirinya. Setelah itu, hidung isterinya dicuit lembut lalu dirinya membawa tubuh Alisya membelakanginya. Pinggang ramping Alisya dirangkulnya daripada belakang.

" Abang harap, suatu hari nanti, hati isteri abang terbuka untuk memaafkan abang dan terbuka untuk menerima cinta abang " Bisik Darius romantik di telinga kanan Alisya.

" Dan abang harap, abang sempat untuk membuka pintu hati sayang untuk terima abang, sempat untuk membuatkan sayang menerima cinta abang dan mencintai kembali diri abang " Luahnya, namun luahan itu hanya mampu bersangkar di dalam hati. Dirinya tidak kuat untuk menuturkan bait-bait kata itu.

Alisya yang mendengar bisikan halus suaminya itu menyepi. Tiada kata mampu diungkapkan buat suaminya. Hanya deruan ombak menemani pasangan suami isteri itu bermadah perasaan di dalam hati.

****************************

Nasi lemak di atas meja dicedoknya lalu dimasukkan ke dalam pinggan. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya. Satu demi satu suapan dimasukkan ke dalam mulut.

Mak Cik Salmah perlahan-lahan menuruni anak tangga sambil tangannya tidak henti mencari tempat untuk berpaut. Takut sekiranya dia tersilap langkah, ada pulak yang jatuh tangga.

Bunga yang menyedari kehadiran emaknya itu berlagak bersahaja. Langsung tiada tanda-tanda untuk membantu emaknya melangkah menuruni tangga, malahan semakin berselera dia menyuapkan nasi lemak masuk ke dalam mulutnya itu.

" Bila orang sombong, tolak rezeki depan mata, macam tu la jadinya. Duit haram la, makan gaji buta la, entah apa-apa " Hemburan sinis diberikan buat emaknya yang baru melabuhkan punggung duduk berhadapan dengan dirinya itu.

" Biasanya, kalau orang sombong ni, dia akan selalu rugi. Memang patut pun aku ni tak tolong manusia yang sombong, ego, bongkak ni " Perlinya lagi sambil menayangkan senyuman sinis buat emaknya itu.

Mak Cik Salmah yang mendengar hemburan anaknya hanya diam. Dibuat lagak seolah-olah tiada kewujudan Bunga di situ. Nasi lemak dicedoknya ke atas pinggan lalu disuapkan ke dalam mulut.

Bunga menepuk kuat meja makan usang itu. Selaras ingin menghemburkan rasa amarahnya di hati setelah melihat emaknya hanya berlagak selamba selepas banyak sindiran diberikan buat emaknya itu. Nasi lemak yang masih ada di dalam mulutnya itu diludahkan ke atas meja.

" Sebab Bunga kat sini dah macam halimunan, jadinya mesti ludah Bunga tu pun halimunan jugakkan " Usai mengungkapkan kata tidak beradap buat emaknya itu, terus dia berlalu meninggalkan Mak Cik Salmah keseorangan di dapur.

Dia menundukkan wajahnya. Ditatap sayu ludahan anaknya itu. Matanya berkaca-kaca, hiba dirasakan apabila diperlakukan sebegitu. Mana Bunga yang dulu? Kenapa Bunga sanggup buat mak macam ni? Kenapa Bunga? Soalnya di dalam hati berserta juraian air mata membasahi pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience