Raut wajahnya cemas, dirinya asyik mundar-mandir daripada tadi. Alisya mengetap bibir, menandakan rasa gelisah bergelumang di dalam hati.
Matanya diliarkan mencari kelibat suaminya itu. Sejak daripada kejadian dia mengusir Darius daripada pulau ini, kelibat Darius langsung tidak menjengah di matanya.
Ubi kayu yang sudah lama direbusnya itu ditenung sayu. Rasa kesal mula hadir dalam dirinya kerana tega mengusir suaminya itu.
Tapi, bukankah dia sudah berpesan pada Darius, sebelum pergi daripada pulau ini, dia akan rebuskan ubi kayu untuk Darius terlebih dahulu, dan memberi ruang kepada suaminya untuk mengisi perut yang sudah tentu lapar kerana langsung tidak menjamah apa-apa makanan sejak datang ke mari. Tapi, ke mana perginya Darius?
" Arghhh !! " Teriak Alisya melemparkan rasa gundah di hati. Langkah kaki dibuka menuju kembali ke tempat bot suaminya itu tersadai.
Matanya terbeliak luas usai matanya itu terpandang kelibat bot Darius yang masih statistik di persisir pantai. Ini sekaligus menandakan bahawa suaminya masih ada lagi di pulau. Tapi, ke mana Darius telah menghilang?
" Arghhh !! Tak kisah la dia tu nak pergi mana. Dia tu dah besar, dah terbiasa dengan hutan-hutan semua ni. Buat apa aku nak risaukan dia, kan? Selama ni, aku duduk sorang-sorang kat pulau ni, ada dia kisah pasal aku? " Gumam Alisya seorang diri. Hatinya yang sudah terkandung seribu rasa gusar dan khuatir itu cuba dibuang jauh.
Dengan egonya yang tinggi melangit, terus dia membuka langkah menuju semula ke pondok, cuba beriak tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
**************************
" Apa? Semua bot takkan beroperasi hari ni? " Soal Tengku Shahril terkejut sebaik sahaja mendengar ungkapan daripada pekerja jeti Kuala Besut itu.
" Betul ke ni dik? Takkanlah semua bot kat sini tak beroperasi hari ni " Soal Rudy pula yang turut serta tidak mampu menerima ungkapan daripada seorang pekerja perempuan di jeti itu.
Pekerja perempuan di situ tersenyum manis. Dirinya cuba untuk bersabar melayan karenah pelanggannya itu. Seharian duduk terpacak di kaunter pertanyaan ini, sudah macam-macam karenah yang dijumpainya, dan mengeluarkan soalan yang sama. Mana nak ada moodnya kan?
" Ye Encik. Semua bot-bot tak beroperasi pada hari ni atau lebih tepat, tidak boleh beroperasi. Ye la, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan baharu, yang cuaca buruk gelombang kedua akan melanda di area sini. Jadinya, ombak-ombak laut pun akan bergelora kuat, dan ini akan membahayakan nyawa banyak pihak. Jadinya, saya harap penjelasan saya sudah detail yer "
Tengku Shahril dan Rudy terdiam. Punah harapan mereka untuk menjenguk Alisya dan Darius.
Melissa yang berada di dalam kereta menghela nafas. Jam di tangannya itu dikerling.
" Pak Samad, kenapa lama sangat Shahril dan Rudy tu? Cakap sekejap jer. Ni dah setengah jam saya menunggu tau " Omel Melissa.
Pak Samad yang berada di tempat pemandu tersenyum nipis.
" Kita sabar yer Puan Melissa. Nanti, mereka siaplah tu " Pujuk Pak Samad lembut.
Rudy dan Tengku Shahril yang masih berdiri di hadapan kaunter pertanyaan itu masing-masing membalas pandang. Cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk diberitahu pada Melissa nanti. Maklumlah, Melissa daripada awal masuk ke dalam kereta, dirinyalah yang begitu teruja untuk menjenguk Darius dan Alisya. Kalau diberitahu berita buruk ini, macam manalah reaksinya nanti.
Lambat-lambat Rudy menepuk lembut bahu Tengku Shahril.
" Jom uncle. Kita jadi steady and cool jer. Nanti kalau aunty Mel marah, kita sama-sama tadah telinga. Well, woman is always right " Gurau Rudy.
Tengku Shahril yang mendengar gurauan Rudy, tersenyum kecil. Serentak langkah kaki mereka dibuka menuju ke arah kereta.
Belum sempat Tengku Shahril mahu membuka pintu, terlebih dahulu Melissa keluar daripada isi perut keretanya itu.
" So macam mana? Tiket? Pukul berapa kita akan gerak naik bot? "
" In Sya Allah besok kita akan pergi " Senyuman manis diberikan kepada Melissa. Berharap mampu mententeramkan hati sahabat baiknya itu.
" But why?? " Soal Melissa lagi meminta penjelasan. Hampa dirasakannya apabila besok baru dapat menjenguk Alisya dan Darius.
" Cool aunty, rileks. Well, mungkin sebab Darius dan Alisya nakkan privasi kat sana dulu. Sebab tu, baru besok kita pergi pulau " Seloroh Rudy.
Melihat wajah mommy Darius yang masih tidak mampu menerima alasannya itu, terus Rudy bersuara lagi.
" Well, kita buat andaian yang Darius dan Alisya nakkan privasi, sebab nak buat anak ke apa, aunty Mel mesti nak cucukan? So, masa macam ni la, kita kena bagi ruang dekat mereka berdua, buat ehem-ehem tu " Tipu Rudy, cuba untuk tidak memberitahu perihal gelombang kedua itu. Tidak mahu meresahkan lagi situasi.
Melissa yang mendengar ungkapan daripada Rudy tersenyum. Rasa lucu pun ada, tapi ada benarnya jugakkan.
" Okay, kita pergi besok " Senyuman ceria terpancar di wajahnya. Baguslah kalau betul apa yang Rudy sampaikan tu. Tak sabar pulak, dirinya ingin melihat junior Darius dan junior Alisya.
Tengku Shahril menepuk dahi. Langsung tak pernah menjangkakan alasan itu Rudy akan beritahu pada Melissa.
" Tapi, uncle risau la Rudy, kamu tahukan macam mana tahap kesihatan Darius tu. Takutlah, kalau Darius pergi sana tak makan ubat ke apa " Ungkapnya apabila melihat Melissa sudah masuk semula ke dalam perut kereta.
Rudy terbungkam usai mendengar ungkapan Tengku Shahril.
" Kita doa banyak-banyak pada Allah, biar Darius tu tak lupa untuk makan ubat dan bawak ubat dia pergi sana " Kata-kata positive diberikan kepada Tengku Shahril dan dalam masa yang sama cuba untuk mempositifkan dirinya, cuba mengusir segala andaian-andaian negatif yang berada di mindanya itu.
Share this novel