Rudy dan Tengku Shahril terdiam. Wajah pucat lesu Darius ditatap sayu. Air mata mula bergenang di tubir mata mereka. Sungguh perit hati mereka untuk menerima berita yang dilaporkan oleh seorang doktor sebentar tadi.
" Kalau aku tahu kau sakit, aku takkan pernah ada niat nak pukul kau Darius " Suara Rudy memecahkan kesunyian bilik ward hospital.
Tengku Shahril menggegam erat jari jemari anak lelaki sahabat baiknya itu. Sungguh berat ujian buat diri Darius. Bagaimana reaksi Melissa dan Alisya nanti selepas mengetahui perkara ini?
" Boy !! " Ungkap Melissa setelah dirinya sudah sampai ke dalam bilik yang didiami oleh Darius. Diusap lembut pipi anaknya yang tidak sedarkan diri itu.
" Shahril, anak I kenapa? Kenapa boy masuk hospital? Boy sakit apa? " Aju Melissa dengan pelbagai soalan. Runsing hati dan fikirannya apabila mendapat panggilan daripada Shahril bahawa Darius ditahan di hospital.
" Darius demam, sebab tu dia kena warded " Tipu Tengku Shahril, menyembunyikan hal yang sebenar. Tidak sanggup bibir tuanya mengatakan kepada Melissa bahawa anaknya itu sakit barah otak. Baru sahaja Melissa dapat melepaskan rindu di hati, kini terpaksa menerima khabar berita yang menyanyat hati ini? Sungguh dia tidak sanggup.
" Syukurlah kalau macam tu. Thanks god " Ucapan syukur meniti di bibirnya.
" Boy, nanti, bila boy dah bangun, mommy buatkan bubur special untuk boy yer " Ungkap Melissa tersenyum manis. Baguslah kalau demam jer. Tidak sanggup dia ingin melihat anaknya itu menderita penyakit lain.
" Saya balik dulu yer uncle dan aunty " Pinta Rudy setelah lama mendiamkan diri. Tidak sanggup berlama di situ, melihat sahabat baiknya terlantar jatuh sakit.
Melissa dan Tengku Shahril mengangguk kecil. Lirikan mata mereka sahaja menghantar pandang kelibat Rudy pergi beredar dari situ.
***************************
" Cik Alisya, maafkan Bunga tau. Bunga tak boleh nak teman Cik Alisya kat sini lagi. Bunga kena balik, mak Bunga perlukan Bunga. Maafkan Bunga yer, Cik Alisya " Tangan Alisya diusapnya lembut. Sungguh berat hatinya untuk meninggalkan isteri bosnya itu sorang-sorang di pulau ini.
" Saya okay jer. Saya pandai jaga diri. Awak baliklah Bunga, lagi pun dah lama awak temankan saya kat sini " Ungkap Alisya tersenyum manis. Nak tak nak, memang dia harus izinkan Bunga untuk balik ke pekan. Ye la, semenjak Darius pergi KL, Bunga tak pernah cuti, selalu jer ada bersamanya.
Bunga yang mendengar ungkapan Alisya terus memeluk Alisya. Air mata membasahi pipinya. Sungguh berat hatinya untuk meninggalkan Alisya sorang-sorang terkapai-kapai di pulau terpencil ini.
" Dah jangan nangis, nanti mata awak jadi macam panda. Lebam macam tu. Jangan risaulah, nanti suami saya balik. Jadinya dah tak sorang-sorang la saya kat sini " Ungkap Alisya yang masih setia menanti dan berharap bahawa Darius akan balik ke pulau.
Bunga yang mendengar ungkapan bini bosnya itu cuma mampu terdiam. Mengapa sungguh kejam bosnya memperlakukan Alisya sebegitu? Mengapa bos?!! Soalnya di dalam hati. Pelukan antara dirinya dan Alisya dikemaskan.
Share this novel