Alisya meliar-liarkan kornea matanya. Setelah melihat susuk tubuh yang dicarinya itu tiada di ruangan makan hotel itu, satu keluhan kecil dilepaskan. Lama dirinya berdiri disitu, seorang staf perempuan menapak ke arahnya.
" Puan Alisya? " Soal staf itu bersama senyuman manis yang tidak lengkang di bibir.
" Yer saya " Jawab Alisya sambil bibirnya turut mengukir senyuman manis buat staf perempuan dihadapannya itu.
" Sila ikut saya yer "
Arahan diberi buat dirinya. Alisya hanya menuruti. Langkah kaki dibuka mengikuti langkah staf perempuan itu.
" Sila "
Pintu dibuka untuk dirinya setelah dirinya betul-betul berada dihadapan sebuah ruang makan yang berdesign rooftop. Lambat-lambat dirinya membuka langkah menapak ke arah rooftop itu. Sunyi, tiada insan lain yang berada disitu, yang ada hanyalah dirinya sahaja. Matanya diliarkan meneroka hiasan rooftop itu.
" Cantik " Satu pujian terpacul keluar daripada bibirnya. Rasa nyaman hadir setelah melihat hiasan rooftop itu. Cat dinding dan lantainya diwarnakan dengan warna minimalis. Sungguh dirinya berasa begitu terpegun.
" Test..123..Mic testing.."
Satu suara memecahkan keheningan suasana pada ketika itu. Automatik bebola matanya diliarkan cuba mencari daripada mana arah datangnya suara itu, namun hampa apabila sekali lagi matanya tidak dapat menangkap mana-mana susuk tubuh yang lain, selain dirinya sahaja.
Dengan kiraan satu, dua, dan tiga, tiba-tiba sahaja lampu yang menerangi rooftop itu terpadam. Gelap, langsung tiada cahaya menerangi rooftop ketika itu. Dirinya terkejut, baru sahaja dia ingin memanggil nama suaminya, terdengar alunan muzik piano mula mengalunkan irama, serta-merta lampu yang terpadam mula memancarkan sinarnya.
Matanya terbeliak luas setelah menangkap puluhan atau maybe ratusan bunga rose berada di atas lantai berwarna minimalis itu.
" Hye, Assalamualaikum. Nama saya ialah Eric Darius Arrayan, yang berbadan batu-bata, atau lebih tepat berbadan roti gardinea, dan saya adalah suami kepada Tengku Alisya Riana "
Suara garau Darius menyapa gegendang telinganya. Serentak itu, mulutnya ditekup menandakan betapa terkejutnya dirinya pada ketika itu.
Bebola matanya dilirikkan melihat ke arah Darius yang berada tidak jauh daripadanya. Baru dia ingin membuka langkah menuju ke arah Darius, terlebih dahulu irama not piano dimainkan oleh Darius.
" Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Bila kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu
Ku ungkapkan kepada dirimu...
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku.."
Serentak itu juga, Darius menyanyikan sebuah lagu untuk dirinya. Mengenakan tuxedo hitam, rambut yang disisir rapi, ia tidak ubah seolah-olah Darius adalah seorang penyanyi yang terkenal, tapi hakikatnya tidak. Kelincahan jari-jemari Darius menekan tiap-tiap not piano itu cukup membuatkan dirinya tergamam, terkejut dan seolah-olah tidak mampu untuk mempercayai, bahawa suaminya itu mahir dalam memainkan alat muzik itu.
Matanya statistik melihat ke arah Darius yang tidak henti merenungi korena matanya. Bait-bait kata yang dinyanyikan dapat dirasai keikhlasan hati Darius, dalam cuba untuk mendapatkan kembali cintanya.
Nyanyian yang merdu, yang begitu menusuk ke dalam sanubari hatinya itu, cukup membuatkan dirinya tersentuh. Satu perasaan halus mula bertandang dan hadir dalam jiwanya. Perasaan yang begitu sukar untuk digambarkan secara lisan.
Berdurasi tiga minit Darius memainkan piano dan menyanyikan lagu Ungu yang bertajuk ' Tercipta Untukku ' , membuatkan tubir matanya bertakung. Tanpa dia sedari air matanya itu tumpah, lalu gugur membasahi pipi merahnya itu.
" Sepanjang hidupku.." Rangkap terakhir lagu dinyanyikannya, terus dirinya bangkit. Perlahan-lahan dirinya menapak ke arah Alisya yang sudah teresak menangis itu. Senyuman romantik dihadiahkan buat Alisya. Sepanjang langkah kakinya diatur menuju ke arah Alisya, sepanjang itu juga, tangannya tidak henti mengutip bunga-bunga rose yang berada di atas lantai itu.
Setelah dikutip, dipegang bunga-bunga itu lalu dikumpulnya agar menjadi seolah-olah satu jambangan bunga yang terindah buat isterinya.
" I love you Tengku Alisya Riana Binti Tengku Shahril Zafran. Sudikah sayang memaafkan diri abang? Izinkan abang untuk melamar hati sayang menjadi suri hati milik Eric Darius Arrayan " Ungkapan romantis dituturkan buat Alisya, sambil dirinya melutut seolah-olah ingin membuat lamaran kahwin.
Alisya diam. Bebola matanya memandang ke arah raut tampan milik suaminya itu. Lama dirinya menyepi, perlahan-lahan kepalanya dianggukkan memberi tanda, bahawa dirinya itu sudah mampu untuk memaafkan suaminya itu.
Darius yang melihat reaksi Alisya terbeliak luas biji matanya. Terus sahaja dia membawa Alisya ke dalam dakapannya. Dipeluk erat tubuh genit Alisya itu seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
Alisya turut membalas dakapan daripada Darius. Hatinya lega, usai dirinya mampu untuk memaafkan suaminya itu. Dapat dirasakan ubun-ubun rambutnya yang berlapikkan tudung itu dikucup syahdu oleh Darius.
Darius melepaskan pelukan antara dirinya dengan Alisya. Air mata yang membasahi pipi Alisya diseka lembut. Mata hazelnya memandang ke arah mata Alisya, seolah-olah melepaskan rasa isi hatinya ketika itu.
Cup!! Ciuman hangat diberikan kepada Alisya. Bibirnya memagut lembut bibir munggil milik Alisya.
Alisya merelakan, malahan ciuman daripada Darius dibalasnya. Tangannya dibawa melingkari pinggang milik suaminya itu. Tanpa disedari kedua-duanya, mutiara jernih membasahi pipi milik mereka.
Lama bibir munggilnya dan juga bibir milik Darius bertaut, perlahan-lahan kedua-duanya melepaskan tautan itu.
" I love you " Luah Darius tersenyum gembira.
" I love you too " Balas pula Alisya. Senyuman Darius dibalasnya.
Grrrrrr! Kedengaran anak cacing mula memberikan isyarat bahawa waktu untuk makan pagi sudah lama berlalu. Alisya yang merasakan perutnya telah berbunyi, mengetap bibir. Pipinya berona merah menahan malu. Ye la, time sweet-sweet ni tetiba bunyi perut pulak. Apa citer ni!
Darius yang melihat Alisya sudah tersipu malu tersenyum riang. Terasa lucu pulak melihat wajah malu-malu Alisya itu.
" Nasib, anak cacing yang berbunyi. Kalau anak kita yang berbunyi macam mana? " Usik Darius, cuba mengenakan isterinya itu. Dibawa tangannya mengusap perut milik Alisya seolah-olah seorang suami sedang mengusap perut seorang isteri yang sedang mengandung.
Alisya mengecilkan biji matanya. Automatik tangannya, mencubit lembut kedua-dua pipi milik Darius.
" Saya tak mengandung ea. Awak jangan macam-macam okay?! Kalau tak saya cubit perut awak, saya tumbuk-tumbuk badan awak ni, macam saya tumbuk batu-bata tu " Omel Alisya manja.
" Alaaa, nanti esok lusa, minggu depan ker, dua minggu dari sekarang ker, confirm sayang akan rasa muntah-muntah, sebab abang dah...."
" Apa dah-dah? Jangan nak menggatal ea. Ada jugak nanti, otak orang tu, saya cuci guna air klorox " Pintas Alisya yang tidak mampu mendengar Darius menghabiskan ungkapannya itu.
Darius membuat muka toya, dipeluk Alisya daripada belakang. Dicium pipi kanan milik Alisya.
" Sebab abang dah, abang dah laksanakan tugas abang. Welkkk! " Usai dirinya menghabiskan ungkapannya itu, jeliran lidah diberikan kepada Alisya. Serta-merta dirinya berlari anak pergi menjauh daripada Alisya setelah melihat cubitan ketam dikeluarkan oleh Alisya.
" Awak ni gatal la !! Eeee siap awak, saya dapat tangkap awak, memang jadi roti gardinea la badan awak tu " Dirinya turut berlari anak mengejar suaminya itu. Rasa geram pulak melihat wajah miang milik Darius. Ingin sahaja dia tumbuk-tumbuk sengihan miang tu dengan lengsung batu. Aishh nasib la Darius tu suami yang dia sayang, dan yang dia cinta. I love you la Eric Darius Arrayan. Jeritnya di dalam hati.
Share this novel