Alisya tidak henti melihat penampilannya di hadapan cermin kecil milik Bunga. Rasa berpuas hati melihat penampilannya itu yang sudah tidak sabar ingin menyambut kepulangan suaminya. Kata Bunga, hari ni Darius akan pulang ke sini. Mestilah dia excitedkan ingin menunggu kepulangan suaminya itu.
" Cik Alisya dah cantiklah. Cantik sangat-sangat, dah macam bidadari syurga gitu " Ungkap Bunga jujur. Mengenakan dress yang dibelinya di pekan tempoh hari, sungguh Alisya nampak tersangat cantik.
" Terima kasih Bunga. Sebab awak yang sudi tolong belikan dekat saya dress ni, sempatlah saya nak berlawa, nak bergaya, nak nampak cantik di hadapan Darius nanti " Ucap Alisya ikhlas. Sungguh dia berasa sangat bersyukur kerana telah mengenali Bunga. Bunga sahajalah yang dapat dianggap sebagai seorang kawan. Yang lain? Hmm datang dan pergi macam tu jer.
" Cik Alisya, semua ni memang tugas saya pun. Apa-apa yang Cik Alisya nak, memang saya kena belikan. Sebab bos dah bank in duit pada saya untuk belikan apa yang Cik Alisya nak beli " Tutur Bunga jujur.
" Ouh yer ker? Hmm kalau saya tahu macam tu, dah lama saya suruh awak belikan untuk saya emas. Cincin emas ker, gelang emas ker tak pun rantai emas " Seloroh Alisya bergurau.
" Cik Alisya, kalau yang tu Cik Alisya suruh saya beli, memang saya dah beli. Tapi tu la, bos dah nak balik hari ni. Hmm tak sempatlah " Ungkap Bunga pulak melayankan aje gurauan isteri bosnya itu.
" Saya nak tengok masakan saya kejap tau. Kalau Darius dah sampai sini, awak panggil saya tau " Pinta Alisya. Dibuka langkah menuju ke dapur mininya. Ingin melihat lauk-pauk yang sudah dimasaknya itu. Disebabkan dia terlupa untuk memberi bekal kepada Darius tempoh hari, maka dia memasak sekali lagi untuk suami yang dicintainya .
Bunga yang mendengar arahan daripada Alisya mengangguk tanda mengerti.
***********************
" Encik Darius, are you really sure yang Encik Darius nak cancelkan semua rancangan tu? " Aju Syaza yang berasa terkejut mendengar arahan daripada majikannya untuk membatalkan semua tempahan yang sudah siap dia buat.
" Yup. I'm very sure to cancel semua plan-plan yang kita bincangkan tempoh hari tu " Jawab Darius bersahaja. Fail-fail di hadapannya diambil untuk disemak.
" Tapi, tapi kenapa? Bukan ke Encik Darius sendiri yang berasa teruja nak buat semua plan tu? " Soal Syaza yang masih tidak mengerti tiba-tiba sahaja Darius ingin membatalkan semuanya.
Darius yang mendengar pertanyaan daripada setiausahanya hanya membatukan diri. Dipekakkan telinganya cuba tidak mendengar setiap pertanyaan setiausahanya itu.
Syaza yang melihat tiada respon daripada Darius hanya mengeluh kecil. Nak tak nak, terpaksa dianggukkan kepalanya tanda mengerti akan arahan Darius. Dibuka langkah kakinya keluar daripada bilik Darius.
" Ishhh !!! Stress betul aku !! Hari tu bukan main lagi nak jadi romantik la, nak jadi sweet-sweet la sebab nak pikat hati bininya tu. Ehh ni tidak alih-alih nak suruh aku cancel pulak " Hembur Syaza melepaskan rasa geram di hati.Sungguh dia tidak faham mengapa Darius berubah perancangan pulak.
Punat telefon ditekan, menelefon kepada penggubah hiasan, pereka candle light dinner, pembekal bunga cuba memberitahu untuk membatalkan semua tempahan-tempahan yang dibuat.
Rudy yang baru sahaja membuka langkah ingin mengetuk pintu bilik sahabatnya itu berasa pelik. Kenapa pulak, kak Syaza setiausaha Darius masam mencuka wajahnya.
" Hello kak Syaza !! Kenapa ni? Monyok jer muka. Darius ada buat apa-apa yang tak kena ker? Cancel meeting last minute ker? " Soal Rudy cuba mencungkil rahsia ingin tahu apa sebenarnya yang sudah berlaku.
" Sahabat kau la tu. Tetiba nak cancel candle light dinner la, nak cancel tempahan bunga la. Hello dia ingat dia kaya macam tu, dia boleh buat sesuka hati ker? Kesianlah dekat orang yang terlibat dalam rancangan ni. Baru nak gerak pergi ke Pulau Rawa yang terletak di barat laut Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil, kat Terengganu tu, yang kena tempah bot bagai nak siapkan tempahan ni, tapi last-last dimintaknya cancel last minute, memang masamlah muka aku ni " Hembur Syaza meluahkan rasa di hati.
Rudy yang mendengar luahan kak Syaza mengeluh kecil. Setuju dengan apa yang disampaikan oleh Syaza itu. Ye la, pulau yang Darius kurungkan bininya tu kat Besut, Terengganu. Nak sampai kat sana seseorang hanya boleh ke sana dengan menyewa bot dari Pulau Perhentian sahaja. Banyak kos dan rumit jugak untuk sampai ke sana. Lainlah Darius yang sememangnya dah ada pekerja yang ditugaskan bekerja kat situ, ada pemandu bot sendiri.
********************
" Kau dah gila ker bro?! " Soal Rudy memecahkan kesunyian bilik kerja Darius.
" Kau dah tak reti nak ketuk pintu? Ke kau dah tak nampak mana pintu? " Sindir Darius setelah tiba-tiba sahaja Rudy menerjah masuk ke biliknya.
" I'm asking you bro !! Kau dah gila ker? Kenapa kau cancel last minute plan kau nak buat kejutan untuk bini kau tu? Kau tak sayangkan bini kau? " Soal Rudy bertubi-tubi.
" Yang kau tiba-tiba nak marahkan aku kenapa?! Yang kau caring sangat pasal bini aku kenapa?! Tu bini aku. Hak aku nak buat apa terhadap dia. Cancel plan je pun kan? Bukannya buat apa-apa pun " Marah Darius mengenggam penumbuk. Ingin sahaja ditumbuk wajah sahabatnya yang terlampau caring pada bininya itu.
" Bro, kau cakap yang kau cancel plan je pun? Ciss !! Aku rasa bukan kau cancel plan je kan? Kau akan cancel jugak untuk balik pulau pergi dekat Alisya kan? " Ungkap Rudy sinis. Dia yakin jika Darius cancel semua plan tu, pasti Darius akan cancelkan niatnya untuk balik ker pulau hari ni. Dia cukup kenal lah sahabatnya itu.
" So? Kalau kau dah tahu, buat apa kau nak tanya lagi kan? Get lost la !! Jangan nak masuk campur urusan perkahwinan aku !! " Gerutu Darius. Ditolak kasar badan sahabatnya itu menyuruh Rudy keluar daripada biliknya.
" Kau ego !! Kau akan menyesal buat semua ni bro !! Kau dah lepaskan peluang kau, untuk luahkan isi hati kau dekat bini kau tu !! " Teriak Rudy di depan muka pintu. Berharap nasihatnya diterima oleh Darius. Walaupun dia tidak pernah melihat Alisya face to face, dia sudah tahu, pasti wanita itu sedih sekiranya dapat tahu bahawa Darius tidak akan balik ke pulau hari ni. Apakah yang menyebabkan sahabatnya itu tega melakukan semua ni?
Share this novel