Makanan di hadapannya langsung tidak membangkitkan seleranya. Darius hanya mendiamkan diri.
Melissa yang melihat boy cuma membatukan diri berdehem kecil. Diusap kedua-dua belah tangan anaknya dengan lembut.
" Boy, kenapa ni? Makanlah, nanti kalau dah sejuk rasa dia dah tak sedap " Mangkuk yang berisi bubur nasi dihulurkan kepada Darius.
Tengku Shahril yang melihat Darius hanya membatukan diri mengeluh kecil. Sungguh langsung dia tidak pernah menyangka, Darius menghidap barah otak. Siapa sangka dari segi luaran dia nampak sihat, tapi dari segi dalaman? Darius sedang berjuang melawan penyakitnya itu.
" Yang You menangis pulak ni dah kenapa Shahril? " Soal Melissa keliru apabila melihat tubir mata sahabatnya mengeluarkan cecair jernih.
" Mata I masuk habuk ni haa, bukannya nangis " Dalihnya cuba menipu.
Melissa yang mendengar jawapan daripada Shahril menggelengkan kepalanya. Malas hendak disoal dengan lebih dalam, lebih baik dia tumpukan sepenuh perhatiaan kepada anaknya.
" Boy, makanlah. Boy nak pergi mana? Boy tak sihat, boy demam, jadinya boy duduk la kat sini. Boy jangan pergi mana-mana yer " Melissa memegang erat tangan sasa Darius, tidak membenarkan anaknya bangun daripada katil.
Darius yang mendengar pertanyaan mommy nya itu hanya mendiamkan diri. Nak tak nak, dia harus menjamah sedikit bubur nasi di hadapannya itu. Mengambil hati mommynya la katakan.
" Arghhhhhhhhh !!! " Teriak Darius apabila sudu di atas meja makan itu tidak dapat dipegangnya. Tangannya cuba untuk menggapai, tapi seolah-olah tiada deria sentuhan di situ.
Tengku Shahril yang melihat aksi Darius yang tetap berkeras cuba memegang sudu itu hanya mampu memejamkan matanya. Ya Allah, sekelip mata sahaja, penyakit berbahaya mu ini mampu mengubah tahap kesihatan anakku. Rintihnya di dalam hati.
" Boy, kalau sudu tu licin, boy tak mampu nak pegang, biar mommy suapkan boy yer? Aaaaaaa " Ungkap Melissa yang masih belum mengetahui perkara yang sebenar, dan jika dia mengetahui anaknya itu sakit? Bagaimana pula reaksinya nanti?
" Mommy, boleh tak kalau mommy keluar sekejap? Boy ada benda nak cakap dengan papa " Bubur yang disuakan oleh Melissa dijauhkan daripada mulutnya.
" Ouhh. Emmm okay. Tapi, pastikan boy makan bubur nasi ni tau " Pesan Melissa sebelum kakinya diatur untuk pergi dari situ, memberi ruang buat anaknya dan sahabatnya.
Tengku Shahril hanya menghantar lirikan mata melihat Melissa sudah menghilang di balik pintu. Kini matanya terarah pula melihat wajah pucat Darius itu.
" Darius, papa dah tahu segalanya. Kita pergi dapatkan rawatan yer? Kita dapatkan rawatan doktor pakar, tangani penyakit Darius ni " Ungkapnya memecahkan kesunyian antara dirinya dan Darius. Digosok lembut bahu Darius yang sasa itu, cuba untuk memujuk.
" Kalau disebabkan penyakit Darius, Darius serahkan kembali Alisya kepada papa, papa tak marah. Tapi, cuba Darius fikir, kalau Darius menjauh dari Alisya, tinggalkan Alisya terkapai-kapai tanpa mengetahui hal yang sebenar, agak-agak apa reaksi Alisya? Alisya akan sedih Darius. Alisya berhak untuk mengetahui hal ni " Nasihat Tengku Shahril buat Darius.
" Darius buat semua ni sebab Darius tak nak Alisya sedih. Daripada Alisya sedih dikemudian hari, lebih baik Alisya sedih sekarang. Itu jer jalan yang paling mudah untuk Darius hentikan semua ni " Luah Darius sebak. Dirinya tidak sanggup melihat Alisya sedih kerananya. Sudah-sudah la isterinya itu selalu mengeluarkan air mata kerananya. Silap dia jugak, terlalu ikutkan ego, terlalu letakkan tembok batu di hatinya, hingga dirinya tega menafikan perasaan cinta buat Alisya. Bila dah diberi peluang untuk meluahkan rasa cinta, dugaan sakit pulak dia kena hadapi. Dia tidak sanggup melihat Alisya menangis kerananya lagi. Biarlah dia matikan sahaja rasa cintanya terhadap Alisya. Dia yakin, lama-lama perasaan cinta Alisya terhadap dirinya akan terpadam.
" Tapi Darius, Alisya berhak untuk tahu semua ni. Takkan kamu nak rahsiakan perkara ini daripada Alisya dan takkan kamu nak terus menjauh dari isteri kamu hanya disebabkan kamu sakit. Jangan pernah kamu nafikan perasaan cinta kamu pada Alisya, Darius " Bidas Tengku Shahril cuba menyangkal setiap ungkapan Darius yang langsung tidak masuk akal.
" Darius cintakan Alisya, Darius sayangkan Alisya. Sebab tu Darius buat semua ni. Darius tak nak Alisya sedih. Biarlah Darius sakit, biarlah Darius mati tanpa pengetahuan Alisya " Dadanya sebak sebaik menuturkan setiap ungkapan itu. Air matanya membasahi pipinya. Sungguh ujian ini terlampau berat untuknya.
Tengku Shahril terdiam sebaik perkataan mati meniti keluar daripada mulut Darius. Dibawa Darius ke dalam pelukannya.
" Darius, sebab tu papa cakap, kita dapatkan rawatan doktor pakar yer. In Sya Allah, bila Darius buat rawatan, penyakit kanser ni akan hilang. Jangan pernah sebut ungkapan mati tu " Pujuk Tengku Shahril lembut. Darius yang berada di dalam dakapannya hanya mendiamkan diri.
*************************
" Eric Darius Arrayan bin Abdullah cintakan Tengku Alisya Riana binti Tengku Shahril Zafran. Sepuluh tahun akan datang, mereka hidup bahagia dengan sepuluh orang anak. Yeayyy !! " Ungkapnya ceria berserta gerakan tangannya menulis setiap bait-bait kata yang disampaikannya itu.
Melihat coretannya yang masih tidak nampak cantik, terus dibuka langkah kakinya pergi mendapatkan bunga yang diberi oleh Darius. Diletakkan bunga itu di sisi ayat yang ditulisnya menggunakan ranting kayu.
" Jangan !! Jangan !! " Teriaknya apabila melihat bunga-bunga yang diberikan oleh Darius dihanyutkan oleh ombak pantai. Perlahan-lahan esakan kecil terbit daripada bibirnya apabila melihat tulisan-tulisan yang ditulisnya itu turut terpadam dibadai oleh ombak.
" Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak tak datang jemput saya? Kenapa awak tak tunaikan janji awak Darius? Kenapa awak biarkan saya tertunggu-tunggu akan diri awak? Saya rindukan awak !! Saya sangat-sangat rindukan awak !! " Luah Alisya bersama esakan tangis yang kuat.
" Meskipun hati ini awak selalu sakiti, tapi hati ini takkan pernah lelah untuk terus cinta dan sayangkan awak. Rasa sakit ini teramat sakit, tapi sakit inilah yang membuatkan saya tetap cinta dan setia menunggu awak datang pada saya, sebab saya cintakan awak Eric Darius Arrayan " Luah Alisya sayu.
Dirinya terduduk setelah puas meluahkan rasa hatinya. Dia merenung laut biru di hadapannya, berharap akan ada sebuah bot membawa insan yang dirinduinya itu datang kepadanya. Angin bayu laut dan ombak pantai menemani dirinya, menemani dirinya yang begitu merindui akan insan yang bernama Eric Darius Arrayan.
Nash up bab mlm ni yer sebb maybe esok lusa nash tk boleh up bab ii seterusnya sbb ada komitmen kerja, so please setia menanti yeer :) sayang uoll semuaaa :)
Share this novel
sis cepat sikit update please... x sabar rasanyaaaa citer ne besssttt sesangatttt!!! pertemukan lah mereka kembali... can't wait for that...
sis cepat sikit update please... x sabar rasanyaaaa citer ne besssttt sesangatttt!!! pertemukan lah mereka kembali... can't wait for that...