Alisya melihat penampilannya di hadapan cermin kecil yang dipinjam daripada Bunga. Senyuman indah terlakar di hatinya,berasa puas hati akan penampilannya itu. Dia mengenakan baju muslimah berwarna maroon bersama dengan seluar slack putih yang diberi hadiah daripada Bunga. Baikkan Bunga, dia rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan insan yang baik seperti Bunga. Selendang hitam yang dipakainya dibetulkan,ingin kelihatan cantik di mata Darius nanti. Kata Bunga, Darius pulang hari ni. Apa lagi, happy la dia.
"Bunga, Bunga " Laung Alisya mencari kelibat Bunga.
"Ada apa Cik Alisya? " tanya Bunga . Matanya terpesona melihat keindahan ciptaan Allah di hadapannya itu. Cantik, manis,dan ayu. Kalau dia yang melihat sudah memuji bagai nak rak, macam mana nanti respond Darius apabila melihat wajah cantik isterinya yang seperti bidadari ini.
"So macam mana? Cantik tak? oky tak? Darius suka tak? " Aju Alisya sambil dipusing-pusing badannya itu. Dia ingin mengetahui apa pandangan Bunga terhadap penampilannya itu.
"Perfect! Deabak! Cantik! nice! " Puji Bunga bersungguh-sungguh.Ditepuk kedua belah tangannya itu berulang kali,menunjukkan betapa cantik Alisya itu.
Alisya yang mendengar kata-kata pujian daripada Bunga itu tersenyum riang. Rasa happy dirinya, ditambah lagi rasa tidak sabar ingin menyambut kepulangan Danial itu.
"Bunga macam mana, plan kita? on tak on? " tanya Alisya apabila otaknya mula mengingati rancangan dan misi yang dirancang bersama Bunga itu.
Bunga mengangguk sambil mengenyitkan matanya. Menandakan plan yang mereka rancang itu memang on! Harapnya rancangan mereka ini,berjalan dengan lancar.Aamiin!!
************************
Darius mengatur langkah menuruni bot. Matanya dipejam rapat menikmati udara segar pantai pulau itu. Deruan ombak didengarinya. Berkaca mata hitam, mengenakan baju t-shirt putih dan seluar jeans slack hitam menyerlahkan lagi maskulin ketampanannya itu. Angin pantai meniup lembut rambutnya yang jatuh di dahi menyerlahkan kemacoan dirinya.
"Mamat, kenapa tak pergi lagi? Aku ada tertinggal barang ker?" Tanya Darius hairan apabila melihat pekerjanya itu masih duduk di situ.
" Ada ni haa, tertinggal saya bos " celah Bunga sambil menayangkan senyuman nakal. Sebelum Darius membuka kata bicara,lebih baik dia mengorak langkah menaiki bot.
Belum sempat Darius ingin membidas,terlebih dahulu Bunga memotongnya
" Saya cuti dua minggu yer bos, termasuk Mamat ni ha, kami nak jalan-jalan emmm, jalan-jalan di , jalan-jalan di Melaka " Ungkapnya teragak-agak. Aduh macam manalah dia boleh mati idea tadi.Nasib baik dia pandai kelentong hehe.
Darius pelik, kenapa Bunga baru memberitahunya, selama ini kalau nak cuti mesti diberitahu kepadanya dua hari awal sebelum tarikh cuti, ni tidak macam pelik, fikirnya. Belum sempat ingin membalas percakapannya itu, Mamat terlebih dahulu memandu bot pergi dari situ. Keluhan kecil dilepaskan, SABAR, itu je la dia mampu buat.
"Alisya! Alisya! " panggilnya. Matanya diliarkan mencari kelibat Alisya namun hampa, sahutannya tidak berbalas, apatah lagi gerangan orangnya.
Dibuka langkah ingin mencari isterinya itu, risau sekiranya Alisya melarikan diri. Baru sahaja dia ingin membuka langkah, dia melihat seseorang datang menghampirinya. Gerangan itu menutup mukanya dengan sehelai daun pisang menjadikannya sukar untuk meneka siapa gerangan insan itu.
"Assalamualaikum ya habibi. Ana rindu abang.Anta tak rindu ana ker? " sapa gerangan insan di hadapannya itu dengan nada yang cukup lemah lembut.Fuhh macam gadis melayu terakhir!!
Darius mengerutkan wajahnya.Suara itu seperti dia pernah dengar, tapi, tapi takkan itu, ALISYA?!
Terus dibuka langkah menuju ke gerangan insan itu. Diselak daun pisang yang menutupi wajahnya itu. Terbeliak biji matanya melihat gerangan insan itu adalah ALISYA! ISTERINYA! tapi kenapa?Dia seolah-olah tidak percaya. Takkan semudah ini Alisya berubah? Kena rasuk ke budak tenuk ni? Desusnya di dalam hati.
"Abang tak jawab pun salam sayang" rajuk Alisya dengan menunjukkan mimik muka sedih. Kata Bunga, kalau nak pikat suami,mesti kena jadi lemah lembut, tambah-tambah lagi, Darius merangkap suaminya itu berhati batu.
Darius diam tidak berkutik. Masih lagi tidak percaya melihat Alisya yang semudah ini berubah. Belum diseksa Alisya cukup-cukup,tapi dia sudah berubah? Cantik. Satu pujian terbit di benak fikirannya melihat Alisya yang bertutup ayu sopan itu.
Alisya yang melihat Darius masih terpinga-pinga itu terus dibuka langkah memeluk suaminya itu. Rindu? yer dia rindu. Seminggu Darius berjauhan darinya dia mula sedar, bahawa hatinya sudah terpaut dengan Darius. Sejak dari itu, dia cuba untuk memperbaiki sikap dan perwatakannya. Telah ditanam azam di dalam hatinya,ingin menjadi muslimah sejati dan isteri solehah untuk Darius. Seminggu Bunga menjadi penemannya dan berkongsi ilmu agama kepadanya,dia jadi tahu, bahawa kecantikkannya adalah hanya untuk tatapan Darius. Terus dipeluk lebih erat suaminya itu. Tenang dan selamat itu yang dia rasakan.
Darius terdiam. Tidak menyangka Alisya akan meluru memeluknya, erat pulak pelukkannya itu. Setiap lenggok tubuh badan Alisya dapat dirasakannya. Belum sempat dia ingin melepaskan pelukkan itu,kepalanya tiba-tiba rasa berpinar. Arghhh sakit, rintihnya di dalam hati.Perlahan-lahan pandangan matanya kabur.
Alisya yang merasakan diri Darius seperti tidak sedarkan diri itu mula melepaskan pelukkannya namun tangannya masih kemas memegang erat pinggang suaminya itu.
"Darius! Darius! Abang! Abang! " panggil Alisya cemas. Terus direbahkan badan Darius itu.
"Abang! Abang! Darius bangunlah! Jangan buat saya macam ni! Darius! " panggilnya lagi. Air mata membasahi pipinya, raca cemas dan risau melihat Darius tidak sedarkan diri. Ingin meminta pertolongan tiada insan lain di sini melainkan dirinya dan Darius. Terus digagahkan juga kudrat wanitanya itu memapah Darius menuju ke pondok.
Share this novel