Bab 1

Romance Completed 86682

Kedengaran riuh rendah rumah agam banglo dua tingkat itu. Kelihatan manusia-manusia di dalam rumah itu sedang rancak menari,menyanyi,menjerit di dalam rumah itu. Parti yang dianjurkan si empunya tuan rumah itu sudah cukup menjadikan manusia-manusia di situ leka dan lalai. Dapat dilihat betapa jauhnya akidah dan akhlak mereka terpesong daripada agama Islam.

" Tengku Alisya Riana binti Tengku Shahril Zafran !! " Sunyi itulah yang dapat digambarkan ketika itu, rumah agam itu yang sebentar tadi riuh-rendah sudah menjadi sunyi sepi seolah-olah tiada manusia di situ. Kesemua mereka sudah diam,takut untuk mengeluarkan suara. Perlahan-lahan mereka membuka langkah untuk beredar dari situ.

Terlihat seorang gadis yang begitu cantik , indah seperti seorang bidadari. Rambutnya hitam pekat ikal mayang itu dilepaskan begitu sahaja menyerlahkan lagi keayuan dan kecantikan pada dirinya. Tapi sayang, kecantikan dan keindahan yang ada pada dirinya itu tidak dijaga dengan sebaiknya,dibiarkan terdedah dan dilihat oleh sang jejaka di luar sana.

" Alisya, apa yang kamu buat ni? Berparty di siang hari,kamu ni tiada kerja lain nak dibuat ke? Papa malu tau dapat anak perempuan yang berparty 24 hours tak kira siang dan malam. Papa ni Tan Sri, kamu sepatutnya jaga air muka papa, bukannya menjatuhkan air muka papa !! " Ungkapnya. Nafasnya turun naik menandakan bahawa dirinya menahan marah melihat apa yang telah dilakukan oleh anaknya itu.

Si gadis yang mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut si ayah hanya mencebikkan bibirnya. Langsung tiada sekelumit rasa takut dan bersalah akan perbuatan yang telah dilakukannya itu. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menghampiri papanya.

" Papa, can you please and please jangan nak marahkan Alisya? Alisya sukakan kebebasan, I love freedom, I love party, and you know that papa, so please don't scolding me. " Bidasnya. Dia tidak suka apabila papanya itu menghalang setiap apa yang dilakukan olehnya. Dia adalah Alisya. Alisya yang sangat sukakan kebebasan. Alisya yang tidak langsung suka dikongkong.

" Oky fine !! Kalau Alisya sukakan kebebasan, itu papa takkan halang. Alisya nak berparty, nak berfoya sampai lewat malam, papa tak akan ambil kisah "

Alisya yang mendengar kata-kata yang terbit daripada mulut papanya itu mula mengukir senyuman. Terus dibuka langkah menghampiri papanya. Belum sempat dia mahu mengucapkan terima kasih, papanya bersuara kembali.

" Tapi, dengan satu syarat " Ungkapnya sambil jari telunjuknya menunjukkan simbol nombor satu.

Alisya yang baru sahaja sebentar tadi mengukir senyuman kini sudah menunjukkan raut wajah tidak puas hati. Ye la, baru sahaja happy mendengar papanya itu mahu memberi kebebasan pada dirinya, alih-alih ada syarat pula yang diletakkan oleh papanya itu. Mestilah tidak puas hati!

" Papa !! Apa ni?! Syarat apa pula yang Alisya kena ikut?! Papa baru je cakap yang papa nak beri kebebasan, tapi alih-alih tetiba bersyarat bagai ni, apa pulak?! " Getusnya tidak setuju akan apa yang diberitahu oleh papanya.

" Alisya suka atau tak, papa tak kisah. Yang pasti, kalau Alisya nakkan kebebasan, Alisya kena patuh akan syarat yang papa berikan kepada Alisya. Tapi, kalau Alisya taknak kebebasan itu, papa tak jadi masalah. Understand my girl? " Ungkapnya.

Alisya yang mendengar ungkapan papanya itu hanya mengangguk lemah. Ye la, kalau tak diangguk, habislah impiannya itu mendapatkan kebebasan yang selama ini dia nak. Nak tak nak dia terpaksa sahaja bersetuju akan syarat apa yang diperintahkan oleh papanya itu.

*****************

" Huhh!! " Satu keluhan kecil terpacul daripada bibirnya itu apabila dia terpandang sebuah rumah kampung yang sangat buruk di matanya.

Matanya meliar-liar meneroka persekitaran yang dia kini berada. Dirinya masih lagi ragu-ragu sama ada mahu mengikuti syarat yang diperkatakan oleh papanya itu. Tapi sekiranya tidak diikuti syarat papanya itu,tiadalah kebebasan yang selama ini dia idamkan.

Yup, syarat, syarat yang telah diberikan oleh papanya sekiranya dia mahukan kebebasan. Syaratnya nampak mudah,tapi sebenarnya tak. Dia terpaksa pergi ke satu kampung yang terpencil dan pedalaman semata-mata untuk mendapatkan sebidang tanah yang papanya inginkan. Entah kenapa papanya mahukan tanah itu, dia sendiri tidak tahu dan malas untuk ambil tahu.

Kini,keretanya dan dirinya sudah berada di kampung itu yang menandakan bahawa dirinya setuju untuk menunaikan syarat papanya itu. Sedang leka dia termenung,tiba-tiba satu ketukan di tingkap cermin keretanya menyedarkan dirinya yang dari tadi leka termenung. Terus diturunkan cermin tingkap keretanya itu,mahu melihat siapakah gerangan yang suka-suka mengetuk cermin tingkap keretanya itu.

" Maaf cik, boleh tak kalau cik alihkan kereta cik ni? Saya dan kereta saya juga nak lalu jalan ni, bukan kereta cik sorang jer tau" Ungkapnya menahan sabar. Sudahlah dia baru pulang dari ladang, peluh di badannya itu masih lagi tidak kering, ditambah lagi dengan cuaca yang panas,memanaskan lagi hatinya apabila terlihat sebuah kereta mini cooper merah yang berada di tengah jalan,menyekat laluannya untuk masuk ke lorong rumahnya itu.

Alisya yang mendengar bait-bait kata pemuda itu hanya mendiamkan diri. Dirinya berasa terpaku melihat ketampanan si jejaka yang menegurnya itu. Hensem, itulah ungkapan kecil di dalam hatinya. Mata hazel, hidung yang mancung, badan yang tegak, kulitnya putih seolah-olah bukannya orang melayu atau lebih tepat Eourpe punya keturunan?

Darius yang melihat si gadis di depannya itu masih lagi tidak menunjukkan gaya mahu membalas percakapannya itu, menyebabkan tangannya itu lantas membuka cermin mata hitam yang dipakai oleh si gadis.

Si gadis yang tersedar daripada lamunannya kesan daripada perlakuan Darius, mula menjegilkan biji matanya. Berasa tidak puas hati akan apa yang diperlakukan oleh si jejaka itu.

" Hey! Hello! Ewah-ewah! Sesedap rasa je kan kau nak buka cermin mata aku?! Kau tu tak layak nak pegang cermin mata aku yang mahal ni! Mesti kau pegang dan kau ambik cermin mata aku ni sebab kau nak pakai dan nak gunakan? Sebab kau tak mampu nak belikan?! Orang kampung, ada hati nak pakai cermin mata orang! " Gerutu Alisya marah, apabila cermin mata hitam kesayangan itu tiba-tiba diambil oleh manusia yang dia langsung tak kenal siapa manusia itu.

Darius yang mendengar bait-bait kata yang diungkap oleh Alisya itu hanya tersenyum sinis. Tanpa rasa bersalah atau mahu meminta izin,terus sahaja dipakainya cermin mata hitam itu.

Alisya yang berada di dalam kereta melihat apa yang dilakukan oleh Darius itu mula menjegilkan mata. Langsung dia tidak sangka bahawa jejaka yang berada di hadapannya berani melakukan sebegitu. Sudahlah cermin mata itu adalah barang kesayangannya. Tanpa berfikir panjang terus dia membuka pintu,membuka langkah keluar daripada kereta mini coopernya itu. Tidak sampai tiga saat dia keluar daripada keretanya itu, tiba-tiba sahaja Darius mula menerjah masuk ke dalam keretanya.

" Hey! Kau gila ker?! Kau nak curi kereta aku ker?! Woii tenuk! Kingkong! Kau nak buat apa ni?!! " Ungkap Alisya apabila melihat Darius dengan selambanya memasuki keretanya itu. Lebih membuatkan dirinya berasa terkejut apabila jejaka itu membawa keretanya itu pergi darinya.

Darius yang berada di dalam kereta mini cooper itu hanya memaparkan senyuman sinis.

" Setakat kereta macam ni,kau ingat aku tak pandai nak drive?! Dasar orang kaya gila harta!" Desusnya di dalam hati. Dipandu kereta itu memasuki perkarangan rumahnya. Setelah selesai memakirkan kereta itu,terus sahaja dia membuka pintu kereta itu menandakan dirinya mahu keluar daripada kereta itu. Tidak betah mahu lama-lama berada di dalam kereta mewah yang baginya hanyalah besi buruk.

Matanya melirik melihat Alisya yang tercungap-cungap menahan nafas. Mungkin letih kesan daripada mengejar dirinya. Matanya langsung tiada rasa belas kasihan melihat Alisya yang sudah berpeluh mengejarnya itu. Kunci kereta mini cooper itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Terus dibuka langkah menuju ke arah keretanya pula, yang tersadai di tengah jalan akibat daripada sekatan yang dilakukan oleh seorang polis perempuan yang tak bertamadun itu.

Alisya yang melihat Darius tidak mengendahkan dirinya itu hanya mengeluh kecil. Dirinya sudah penat, penat mengejar Darius yang telah membawa keretanya itu memasuki perkarangan rumah kampung mana entah. Matanya melilau melihat setiap sudut halaman perkarangan rumah itu.

" Rumah inilah yang dimaksudkan oleh papa. Syarat yang memerintahkan aku untuk mengambil hak ke atas tanah ini. Jadinya, mamat tu tuan rumah inikah? Tanah ini milik mamat itukah? " Desusnya di dalam hati. Namun persoalan itu hanya tergantung sepi,kerana yang mengetahui jawapan itu hanyalah mamat yang dia jumpai tidak sampai satu jam itu.

"Nah!" satu suara menghentikan lamunan Alisya. Terjegil biji matanya apabila melihat cermin mata hitamnya itu jatuh tersembam menyembah bumi.

" Hoi! Kau tak boleh ke nak bagi elok-elok?! Asal kau campak aku punya cermin mata?! Gila punya orang !! " Ungkap Alisya menahan marah.

Kini biji matanya seolah-olah mahu keluar dari tubir matanya apabila melihat Darius sewenang-wenangnya memijak cermin matanya itu sehingga hancur. Sehingga menjadi serpihan-serpihan kecil.

Darius yang melihat Alisya mahu memarahinya hanya membuat muka toya a.k.a. selamba. Jerkahan Alisya pada dirinya langsung tidak meninggalkan kesan takut pada dirinya. Sekali lagi senyuman sinis terpacul di bibirnya. Sambil dia berpeluk tubuh,diangkat bahunya seolah-olah menunjukkan tanda bahawa dia tidak bersalah.

" Olo olo, baby bucuk mama, tenanglah kamu di sana wahai baby bucuk mama" Ungkap Alisya dengan nada teresak-esak. Dia kini melutut di hadapan Darius, bukan melutut mahu memohon maaf,tetapi melutut mengutip serpihan-serpihan cermin matanya yang sudah remuk itu.

" Gila!" Satu perkataan terbit dari mulut Darius.

Alisya yang mendengar perkataan itu terus mengesat air matanya. Terus dia berdiri. Kini dirinya dan Darius saling berhadapan antara satu sama lain. Matanya dicerlung menandakan bahawa dirinya marah akan apa yang diperlakukan oleh Darius itu.

Darius pula hanya berlagak bersahaja, tiada langsung rasa simpati atau mahu meminta maaf kepada Alisya. Posisinya statistik seperti tadi, berpeluk tubuh dan menayangkan senyuman sinis.

" Kau kenapa? Apa yang kau tak puas hati dengan aku?! Aku buat apa, sampai kau sanggup rosakkan cermin mata aku?! Kau ni manusia ke,atau binatang?! Atau kau ni syaitan?! " Gerutu Alisya bertubi-tubi dengan nada marahnya. Tanpa dia sedari wajahnya dengan Darius lagi seinci mahu bertemu.

Sangkanya apabila dia memarahi Darius,lelaki itu akan berasa takut,atau setidaknya memohon maaf, tapi tidak, Darius hanya mendiamkan diri. Posisinya juga masih statistik seperti tadi.Terus tiba-tiba jarii Darius menolak kasar dahinya sehingga badannya terdorong ke belakang.

" Aku masih tahu halal haram! Jangan kau nak dekatkan wajah kau dengan wajah aku! " Ungkap Darius dengan nada serius.

" Kalau kau nak tahu, aku tidak suka dengan segala yang melibatkan kemewahan, terutamanya kemewahan yang ada pada diri kau! Semua itu sampah busuk bagi aku! Dan ni,kunci kereta kau ni juga adalah sampah sarap bagi aku! Dan sampah ini akan aku buang sama macam aku buang sampah-sampah busuk!" Ungkap Darius. Terus kunci kereta mini cooper kepunyaan Alisya itu dibuang dan dicampak ke dalam sungai. Langsung tiada rasa bersalah, terus dia mengorak langkah meninggalkan Alisya yang terpinga-pinga cuba menghadamkan apa yang sedang berlaku.

Alisya hanya membuang pandang melihat Darius pergi meninggalkannya. Tanpa dia sedari, air matanya gugur membasahi pipi. Sungguh dia langsung tidak menyangka bahawa Darius tergamak melakukan sebegini rupa kepada dirinya. Lututnya terasa lemah menyebabkan dirinya melutut mengenangkan nasibnya.

Hajatnya ke sini cuma satu,hanyalah untuk memenuhi syarat papanya,tapi apa yang berlaku? Kenapa dia dipertemukan dengan seorang mamat yang kejam yang tidak berperikemanusian? Dan mamat itu adalah owner kepada tanah yang ditugaskan oleh papanya untuk diambil haknya. Apakah ini? Dia langsung tidak mengerti? Tuhan jelaskan kepada aku, apa yang berlaku? Rintih Alisya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience