Ketukan di pintu biliknya itu memberhentikan dirinya daripada meneruskan menyiap dan menyemak dokumen-dokumen yang berada di atas mejanya itu. Perkataan masuk terpacul dari mulutnya yang mengarahkan si empunya badan yang mengetuk pintu itu untuk masuk ke dalam.
"Macam mana? Ada apa-apa berita baik kau mahu beritahu? " Ajunya.
"Tan Sri, seperti yang Tan Sri rancang,mengarahkan anak perempuan Tan Sri turun padang untuk mengambil hak ke atas tanah itu,saya rasa rancangan itu tidak berhasil" Jawab Zikri dengan tenang.
Tengku Shahril hanya mendiamkan diri. Tiada langsung tanda dia mahu membalas jawapan yang diberikan oleh anak buahnya itu. Zikri yang melihat bosnya itu hanya membatukan diri mula bersuara kembali.
" Untuk pengetahuan Tan Sri, apa yang saya lihat, Alisya telah didera oleh Darius. Kunci dan cermin mata hitam Alisya teruk dikerjakan oleh Darius. Jadinya, sangkaan Tan Sri bahawa Darius lembut hati pada perempuan adalah salah. Darius masih Darius, seorang lelaki yang mempunyai hati batu. Bagi saya, adalah satu kesilapan yang besar apabila Tan Sri menghantar anak perempuan Tan Sri pergi ke kampung halaman arwah bekas isteri Tan Sri semata-mata untuk mendapatkan hak milik tanah pusaka itu " Ungkap Zikri panjang lebar.
Tengku Shahril yang mendengar penerangan daripada Zikru itu hanya mendiamkan diri. Matanya dipejam rapat,cuba menghadam bait-bait kata yang diajukan kepada dirinya itu. Satu keluhan kecil dilepaskan.
" Terima kasih atas kerja kau Zikri. Sekarang aku rasa dah tak ada apa lagi, dan kau boleh keluar " Ungkapnya bersahaja. Zikri yang mendengar arahan daripada bosnya itu hanya mengangguk. Kakinya dibuka langkah menuju ke pintu untuk keluar dari situ.
Tengku Shahril hanya menghantar lirikan mata melihat anak buahnya itu sudah hilang dari muka pintu. Kepalanya sakit, memikirkan apa yang dilakukan olehnya. Rancangannya itu disangkakan berhasil tetapi gagal. Dia sanggup memprejudiskan anak gadisnya pergi ke kampung semata-mata untuk mendapatkan hak milik tanah pusaka bekas arwah isterinya itu. Dendam terhadap bekas arwah isterinya itu masih lagi tidak terpadam,meskipun insan yang dibencinya itu sudah tiada. Dendam itu akan terpadam apabila tanah itu menjadi miliknya,dan tanah itu akan dibiarkan rosak dengan membuka party kelab malam untuk anak gadisnya. Ya, itulah hajatnya setelah sekian lama. Kebebasan yang dimahukan oleh anak gadisnya itu akan dia penuhi dengan menjahanamkan tanah pusaka arwah bekas isterinya.
??????????
Alisya hanya memandang sepi ke arah sungai di hadapannya itu. Sungai yang telah menjadi tempat mamat tenuk itu membuang kunci keretanya. Sudahlah di dalam keretanya itu terdapat segala barang peribadinya, henfon, duit,barang make up dan lain-lain. Dia hanya mampu menguis tanah menggunakan ranting kayu dan menongkat dagu termenung ke arah sungai.
"Kalau kau tengok sungai tu sampai biji mata kau tembus sekalipun kau takkan mampu nak ambil balik kunci kereta kau tu. Sungai tu dalam,orang gila jer yang nak masuk ke dalam sungai tu semata-mata nak ambil kunci kereta " Ungkap Darius bersahaja. Makanan dan minuman diletakkan di hadapan Alisya. Dia masih lagi ada rasa belas kasihan,tak sanggup melihat si gadis yang tidak tahu apa-apa ini kelaparan. Konflik antara dirinya dan si papa si gadis itu sememangnya bukanlah salah si gadis itu. Entahlah mengapa dia bertindak sekejam itu sebentar tadi, tapi tu la,masa tidak boleh diputarkan kembali.
Alisya yang mendengar suara sumbang mengomel itu hanya memekakkan telinganya. Terpandang makanan dan minuman yang dibawa oleh Darius itu langsung tidak membangkitkan selera makannya. Dia langsung tidak merasa lapar, yang dia rasa hanyalah sakit hati, sakit akan apa yang telah terjadi.
Darius yang melihat Alisya mendiamkan diri itu hanya mengeluh kecil. Tahu bahawa Alisya masih memarahinya akan apa yang dilakukannya sebentar tadi itu. Baru dia mahu membuka langkah mahu pergi dari situ, Alisya membuka suara
"Nama aku Tengku Alisya Riana binti Tengku Syahril Zafran. You can call me Alisya " Ungkap Alisya yang kini sudah berdiri berhadapan dengan Darius. Tangan dihulur sebagai tanda salam perkenalan. Sangkanya Darius akan menyambut huluran tangannya itu,namun sangkaannya meleset apabila Darius hanya menghadiahkannya senyuman sinis. Tidak diduga, Darius menjetik dahinya menyebabkan badannya berganjak ke belekang.
"Aku tak pernah dan tak ingin nak tahu pasal kau. Terutamanya pasal nama kau. Dan aku nak ingatkan kau sekali lagi, jangan kau cuba rapat,dekat, atau duduk menghampiri aku. Aku nak kau jarakan 1meter diri kau dengan diri aku,sebab aku jijik mahu dekat dengan kau, dan satu lagi, lelaki dan perempuan yang tak ada apa-apa hubungan haram untuk bersentuh, so It's means yang kau dan aku, kita tak boleh bersalam " Ungkap Darius dengan nada yang serius. Terus dia mengorak langkah meninggalkan Alisya yang terpinga-pinga akan apa yang diperkatakan oleh Darius itu.
"Haram? Apa tu?" Desus Alisya yang seakan-akan memaparkan bahawa dirinya itu langsung tidak tahu pasal hukum hakam agama Islam.
Alisya yang melihat Darius sudah mengorak langkah jauh meninggalkannya itu mula membuka langkah yang besar cuba mengikuti Darius. Hatinya dan dirinya masih lagi tidak berputus asa mahu mendapatkan Darius,mahu berbincang dengan Darius mengenai pemilikan tanah ini. Dia mahu cepat-cepat menyiapkan tugasannya ini,mahu cepat-cepat beredar dari sini, dan mendapat kebebasan yang selama ini dia inginkan.
Darius yang melihat Alisya tidak henti-henti mengekorinya itu hanya berlagak selamba. Terus timbul satu idea nakal untuk mengenakan si gadis itu. Dibuka langkah kakinya menghampiri ke arah sungai, ikan-ikan yang dibelinya pagi tadi itu dikeluarkan daripada plastik yang elok tersimpan di dalam baldi. Terus dibawa ikan-ikan itu ke sinki yang sememangnya disediakan khas untuknya membersihkan segala barang basah yang dibelinya di pasar. Diambil pisau,lalu disiangnya ikan-ikan tersebut.
Alisya yang melihat Darius menyiang ikan itu mula menunjukkan gaya mahu muntah. Mungkin tidak tahan akan keharuman ikan-ikan itu. Ditutup hidungnya agar bau-bau wangi yang tak seberapa wangi itu hilang,namun tidak,sangkaannya meleset apabila bau-bau itu masih mampu memasuki rongga hidungnya itu.
Darius yang melihat Alisya seperti orang mengandung yang terkena alahan teruk hanya memamaparkan sengihan nakal. Hatinya puas kerana sudah berhasil mengenakan Alisya itu.
"Wehh! Aku just datang sini dengan satu hajat jer, dan lepas hajat aku dah selesai, aku akan angkat kaki berambus dari sini" Ucap Alisya cuba membuka perbualan. Busuk ke wangi ke dia tak kisah,yang dia kisah,dia sudah tidak betah terus duduk lama-lama di sini. Melihat Darius masih tidak mahu memandangnya dan membalas percakapannya itu,terus dia cuba membuka lagi perbualan.
"Oky, aku tahu, yang kau pasti dan tentu tak nak ambil tahu aku ni siapakan? Dan kau tak nak kenal aku kan? Yang tu aku tak kisah,yang aku kisah sekarang ni,aku cuma nak selesaikan tugas aku, aku just nak capai aku punya impian,aku nakkan kebebasan,tu jer, sebab tu aku sanggup datang dari Kl ke kg kau semata-mata mahu lunaskan tugasan aku " rintih Alisya,cuba menyampaikan apa yang hajatnya datang ke mari.
"Aku datang sini just nak dapatkan hak tanah ni, aku nak hak pemilikan tanah ini ditukar milik,aku nak kau jual tanah ni dekat aku, rumah buruk ni pun kau jual dekat aku,aku tak kisah berapa harganya, asal hak milik tanah ni,ditukar atas nama aku, dan mengenai kunci kereta aku,cermin mata aku,langsung aku tak nak mintak ganti rugi,sebab aku tahu,kau miskin,takda duit nak bayar ganti rugi kan? Sebab tu aku tak tuntut dan tak mintak,cuma satu,aku nak hak milik tanah ni ditukar ke atas nama aku, tu jerr, boleh? " Ungkap Alisya dengan nada yang sehabis lemah lembut,mengharapkan mamat kg di depannya itu setuju akan permitaannya.
Darius yang mendengar bait-bait kata yang dikeluarkan oleh Alisya itu mula menahan marah. Rumah buruk? Miskin? Kebebasan? Tukar milik? Setiap perkataan itu teramat menyakitkan untuk telinganya menghadam setiap bait-bait patah perkataan itu. Mukanya yang berkulit putih itu sudah berona merah, pantas tanpa difikir dan tanpa ditunggu, ikan-ikan yang berada di dalam baldi itu terus dilemparkan kepada Alisya.
Alisya yang terkejut akan perbuatan Darius itu mula menjegilkan biji matanya.
"Hoi! Kau gila ker?! Aku cakap baik-baik, kenapa kau buat aku macam ni?! Kau memang gila! Miskin lepastu gila pulak!" Marah Alisya sambil matanya meliar-liar melihat pakaiannya sudah habis basah dengan air ikan-ikan yang dilempar oleh Darius itu .
"Uwekkkk" Ungkap Alisya yang berasa loya mahu muntah menghidu bau-bau air ikan yang hanyir itu.
"Kau dengar sini Alisya! Kau langsung tak ada hak nak ambil alih tanah aku! Kau langsung tak ada hak nak label aku miskin! Dan kau langsung tak ada hak nak cakap rumah yang ada depan mata kau ni, adalah rumah buruk! Kau tu yang jahil! Jahil dengan agama, kemaruk dengan kebebasan dunia! Aku tak sangka kau membesar penuh dengan duniawi! Kau nak tahu apa yang lebih teruk? Lebih teruk apabila kau dibesarkan oleh seorang papa yang cuma memikirkan harta dan kemewahan! Dan kau,2x5 jeer dengan bapak kau yang berperangai macam setan tu!! " Hembur Darius. Urat-urat di lehernya itu sudah tegang, menandakan betapa marahnya akan apa yang diperkatakan oleh Alisya. Tanpa berfikir panjang,terus dia mengatur langkah meninggalkan Alisya yang masih tersentap dan terkejut akan apa yang dihemburkan oleh Darius itu.
Share this novel