Bab 7.

Romance Completed 86682

Terbeliak biji matanya melihat semua benda yang berada di hadapannya. Perasaan marah mula mencanak-canak dalam dirinya. Kata Darius semua kelengkapan untuk dirinya mandi sudah disiapkan. Tapi ini apa?! Baldi kosong, tuala buruk yang dah berdaki, syampu? sabun? mana semua tu?!
"Darius!!!!!!!!!! " Jeritnya dengan lantang. Dia tidak dapat mempercayai yang dirinya sudah dipermainkan. Sangkanya kelengkapan mandi yang dimaksudkan oleh Darius seperti ada sabun, syampu, kolam renang ker, tapi ni?! Arghhhhh geramnya.

" Kau tak boleh nak panggil aku kuat lagi ke? Panggillah kuat-kuat , sampai satu dunia tahu yang nama aku ni Darius " Perli Darius. Sakit pulak hatinya apabila Alisya menjerit seperti orang dah hilang akal. Ingatkan ada ular ke lipan ker buaya ker, ni hanya ada muka masam Alisya. Cehhh sia-sia dia buka langkah besar untuk ke mari.

" Apa semua ni?! Baldi kosong? tuala buruk yang dah berdaki? ini yang kau cakap,yang kau dah siapkan semua kelengkapan untuk aku mandi? Hey! Hello! semua benda-benda buruk yang kau beri dekat aku untuk mandi sepatutnya kau beri dekat monyet ker,harimau ker, dalam hutan ni! Kalau untuk aku, sorry! Badan aku mahal untuk aku gunakan semua benda alah ni! " Hembur Alisya menahan marah.

"So?" tanya Darius sepatah.

"So?! so aku tak nak guna semua benda ni! No way! Never! mati hidup balik pun aku tak nak guna! Silap hari bulan kalau aku guna, ni habis badan aku kena panau,kurap, kudis euuuu tak nak aku! " Ungkap Alisya cuba menahan sabar. So? itu jer yang Darius jawab. Ishh dia ni memang melampau, bentaknya di dalam hati.

" Kau tak nak mandi, itu aku tak kisah. Tapi kan,sepanjang aku hidup, adalah aku baca berita yang manusia kalau tak mandi dalam seminggu ker,sebulan ker, kebarangkalian untuk kena penyakit kulit macam panau ker,kurap ker ,atau apa-apa jenis penyakit kulitlah kan, kebarangkalian dia 99%. So , semuanya terserah pada kau ! itu bukan urusan aku! tubuh kau, bukan tubuh aku! "Jawab Darius dengan muka selambanya itu. Terus dibuka langkah kakinya pergi meninggalkan Alisya keseorangan.

Melihat Darius pergi meninggalkannya seorang diri menambahkan lagi rasa sebal di hati. Sabar, itu je la yang mampu dia lakukan sekarang ini. Entah kalau dia tak mandi, takkan dia sanggup hadap terkena penyakit kulit seperti apa yang digambarkan oleh Darius sebentar tadi.

Keluhan kecil dilepaskan. Perlahan-lahan dibuka langkah kakinya bersama baldi dibawa pergi ke persisir pantai. Ambil air la,takkan dia nak mandi guna tanah kat sini pulak kan.

"Bunga!" Panggil Alisya apabila melihat Bunga berjalan pantas seperti ingin pergi ke sesuatu tempat.

" Ada apa Cik Alisya?" Tanya Bunga. Diletakkan beg kerjanya di bawah. Dikerlingkan sekilas jam di tangannya, takut-takut tertunggu-tunggu pulak bot yang akan mengambilnya pulang daripada kerja.

"Awak nak pergi mana? Macam tergesa-gesa jer, lepastu dengan beg bagai pulak ni, awak nak pergi mana? "

"Cik Alisya, sekarang dah pukul 5 petang. Waktu kerja saya dah habis. Saya nak baliklah. Takkan saya nak tinggal dekat pulau ni pulak." Jawab Bunga. Matanya tidak habis-habis melihat jam di tangannya takut-takut terlambat pulak dia nak naik bot nanti.

"Habistu, kalau awak balik, saya nak tinggal dengan siapa?" Tanya Alisya. Takut pulak bila difikirkan yang dia akan duduk sorang-sorang di pulau yang sunyi sepi ini.

"Cik Alisya, buat apa nak takut kalau kena duduk sorang-sorang pun. Allah kan ada. Tak payah takut-takut. Lagipun Encik Darius kan bermalam kat sini. Jadinya tak payah takut-takutlah. Saya dah lambat ni, saya gerak dulu yerr, byee" Jawab Bunga. Terus dia berlalu dari situ, takut jikalau pemandu bot tertunggu-tunggu dirinya,maklumlah dia hanya kuli,bukannya bos kat sini. Lainlah kalau dia tu isteri Encik Darius.

"Bunga saya nak ikut!" Laung Alisya. Baru sahaja ingin mengikuti Bunga, terus tangannya ditarik menyebabkan dirinya berpaling ke belakang.

Glup, air liur ditelan apabila melihat muka Darius yang sudah memandangnya seperti singa kelaparan. Alamak! Dia marah ker? Dia tahu ke yang aku nak ikut Bunga sebab nak lari dari sini? Berbagai soalan mula timbul di benak fikirannya.

" Kalau kau nak lari dari sini ,kau jangan pernah mimpi! Kalau kau nak ikut Bunga naik bot untuk keluar dari sini,mungkin boleh. Tapi aku tak akan teragak-agak suruh anak buah aku campak kau dalam laut, biar kau mati kena makan di ikan jerung, ikan pirana dalam laut air masin tu!! " Sergah Darius serius. Matanya dicerlungkan melihat Alisya, cuba menakutkan si gadis itu.

Alisya tidak tahu hendak membidas apa. Setiap tutur kata Darius yang serius dan dingin itu telah mampu menegakkan bulu romanya. Takut? Of course, tak sanggup dia mati disebabkan kena buang di laut.Tak Nak!!

Pergelangan tangannya dilepaskan. Fuhhh syukur. Matanya membuang pandang melihat Darius pergi meninggalkannya.
"Merah" ungkapnya sepatah apabila melihat pergelangan tangannya. Air mata mula memenuhi kelopak matanya, sedih? Mestilah. Sampai hati Darius,suaminya itu melakukan sebegini kepada dirinya. Papa, Alisya rindukan papa. Rintihnya.

Dikesat air matanya itu. Dia harus kuat. Dia tak boleh tunjuk lemah akan apa yang Darius lakukan padanya.Terus diangkat baldi di sisi kakinya itu. Dibuka langkah bersama baldi itu untuk pergi mendapatkan air untuk dia membersihkan dirinya.

*******************
"Arghhhhhhh!! " jeritnya. Sakit, yer teramat sakit. Darah mula mengalir keluar dari kakinya itu. Macam manalah dia boleh terjatuh, tersadung dengan akar kayu ni.

"Airr" rintihnya kecil. Macam mana ni? air yang diangkutnya itu sudah tumpah. Sia-sia sahaja dia mengangkut air ke dalam baldi jikalau inilah pengakhirannya. Tubir matanya sudah mula mengeluarkan cecair jernih. Menangis? yer dia menangis. Dia sudah tidak tahan diperlakukan sebegini. Baru sehari dia tinggal di pulau ini, tapi sudah banyak onak duri yang dia kena hadap.

"Darah. Papa, kaki Alisya berdarah. Alisya jatuh. Alisya sakit. I need you papa " Ungkap Alisya teresak-esak. Dia sudah tidak tahu mahu lakukan apa. Kakinya sakit,dia tak boleh berdiri. Cuba digagahkan dengan sepenuh kudrat yang dia ada, dia tetap tidak mampu berdiri. Sudahlah dia belum mandi,macam mana ni? Mintak tolong dengan Darius? Sudi ker dia nak tolong aku? gerutu Alisya dengan nada yang kecil.

" Aku tak kejam lagi taknak tolong kau" Suara Darius menerjah memberhentikan esakan Alisya.

Darius mengambil tempat di sisi Alisya. Disapu air mata Alisya menggunakan tangannya yang kasar itu. Diberikan senyuman manis kepada Alisya. Terus dikoyakkan bajunya itu untuk membersih luka di kaki Alisya.

"Sepatutnya, dalam keadaan kau macam ni, susah macam ni, kau sepatutnya meminta pertolongan Allah. Berdoa, agar Allah hadirkan pertolongan untuk kau. Bukannya papa kau." Ungkap Darius dingin.Tangannya mula memainkan peranan membersih luka di kaki Alisya. Nasib baik, dia sentiasa membawa ubat luka bersaiz kecil di dalam poketnya. Boleh la dia gunakan untuk disapu pada luka Alisya itu.

"Auchh ! Sakitlah" Dahi Alisya berkerut menahan sakit apabila Darius mula menyapu ubat pada lukanya itu.

" Ni baru sakit sikit, sakit di akhirat nanti lagi teruk tau" Ungkap Darius.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap? Bila kau sakit,kau susah" belum sempat Darius menghabiskan kata-katanya, Alisya terus mencelah,

"Bila kita sakit,susah, kita sepatutnya mintak pertolongan daripada Allah, bukannya papa. Kan?aku dah dengarlah apa yang kau pesan dekat aku. Thank you so much. Aku hargai " Bidas Alisya bersahaja.

"Baguslah kalau kau dengar, jadinya aku bukan nak kau dengar je tau, tapi nak kau amalkan. Faham? " Pesan Darius. Sudah disapu ubat pada luka di kaki Alisya,terus dibalut luka itu menggunkan cebisan bajunya yang dikoyakkannya itu tadi.

"Ehhhhh kau buat apa ni?!" Tanya Alisya dengan nada yang cemas, apabila tiba-tiba sahaja Darius mula mendukungnya.Terasa nafas Darius berlaga di pipinya. Wajahnya dan wajah Darius begitu dekat. Getaran yang hebat mula berirama di dadanya itu.

"Diam. Kalau kau tak nak aku campak kau dalam laut" Arah Darius dingin.

Alisya yang mendengar arahan dingin Darius itu cepat-cepat memaut erat leher Darius. Takut sekiranya Darius betul-betul melakukan apa yang diperkatakannya itu. Arghhh tak sanggup dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience