Suasana sunyi sepi, hanya kedengaran kipas syiling berputar-putar mengalunkan angin menyejukkan bilik wad pesakit itu.
Melissa menatap sayu wajah pucat Darius. Mutiara jernih tidak henti berjuraian membasahi pipi. Hancur hatinya mendengar khabar duka mengenai kesihatan anaknya. Siapa sangka, disebalik senyuman, disebalik kelincahan aksi Darius yang cuba menambat kembali hati Alisya, anaknya itu diam-diam sedang bertarung berlawan dengan penyakit yang boleh membawa maut.
“ Oh Tuhan, katakan kepadaku bahawa ini semua mimpi. Katakan kepadaku, bahawa ini hanyalah sekadar dongeng sahaja. Cukuplah, peristiwa aku kehilangan insan yang aku cinta terjadi hanya sekali. Sungguh, aku tidak mampu, untuk kehilangan anak yang begitu aku sayangi ini “ Rintihnya di dalam hati. Tangannya lembut mengusap tangan sasa Darius.
Tengku Shahril meraup wajah tuanya. Matanya memandang sayu perlakuan sahabat baiknya itu. Air mata yang gugur membasahi pipi Melissa sudah cukup membuatkan hatinya luluh tidak mampu berkata-kata. Bagaimanakah reaksi anak perempuannya nanti, jikalau reaksi si ibu sudah menangis teresak? Persoalan itu tergantung tanpa ada jawapan.
Rudy merenung bungkusan makanan yang berada ditangannya. Makanan yang dibeli khas untuk sahabat baiknya yang langsung tidak disentuh dan dijamah oleh sahabatnya itu. Kelu lidahnya untuk menuturkan kata-kata. Dia hanya mampu menyepi.
Kini, masing-masing bermadah perasaan, apatah lagi insan yang telah diuji dengan ujian yang seberat ini. Darius merenung dinding kosong dihadapannya itu. Entah dirinya sudah tiada daya untuk berbicara.
Pintu dikuak daripada luar menandakan insan yang ditunggu oleh mereka sudah munculkan diri. Serentak itu, kesemuanya berpaling. Senyuman hambar dihadiahkan buat Alisya. Usai itu, senyuman itu mati serta-merta setelah melihat gerangan insan yang berada disisi Alisya.
“ Bunga “ Nama pekerjanya terpacul keluar daripada bibir pucatnya itu setelah melihat kelibat Bunga berada disisi Alisya. Setelah itu, matanya beralih melihat wajah Alisya. Ucapan syukur lahir di hati kerana menyangka dengan kehadiran Bunga, segala salah faham antara dirinya dan Alisya sudah diperbetulkan.
Alisya yang melihat Darius sudah sedarkan diri itu tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Darius.
" Don't touch me !! "
Terpempam dirinya setelah Alisya menepis kasar tangannya yang baru sahaja ingin memeluk tubuh genit Alisya itu.
" Sayang, kenapa ni? Abang ada buat salah ke? " Aju Darius meminta penjelasan.
" Memang awak ada buat salah. Awak tahu tak, sikap awak ni kan memang sebijik dengan sikap firaun !! Awak dengan firaun memang takda beza !! Dua-dua kejam !! Dua-dua takda hati dan perasaan !! " Hembur Alisya meluahkan rasa amarah dihatinya.
Serentak itu kesemua yang berada disitu terkejut setelah mendengar hemburan pedas daripada Alisya. Bunga yang berada disitu tersenyum nipis. Puas hatinya melihat Alisya menengking Darius.
" Alisya dah kenapa ni? Tiba-tiba datang nak marah dekat Darius dah kenapa? Hormat sikit suami kamu ni Alisya " Arah Tengku Shahril yang langsung tidak bersetuju dengan ungkapan anak gadisnya itu.
Alisya berdecit. Wajah papanya dipandang, lepastu beralih pula melihat wajah suaminya yang semakin mendapat tempat kebencian di dalam hatinya itu.
" Papa nak suruh Alisya hormat pembunuh ni? Papa nak suruh Alisya hormat orang yang kejam, yang tak berperikemanusiaan macam ni? Pa, mati hidup balik, Alisya takkan pernah hormat la jantan tak guna macam ni !! " Jari telunjuknya ditunding ke arah Darius sambil tersenyum sinis.
Melissa yang mendengar kata-kata daripada Alisya tergamam. Baru dirinya ingin membuka langkah meluru ke arah Alisya, Rudy terlebih dahulu menghalang.
" Aunty, better kalau kita jangan masuk campur " Pinta Rudy. Dirinya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Darius yang berada dalam posisi berbaring mula bangun menyandarkan badannya di kepala katil. Jari-jemari isterinya itu diraih.
" Sayang.. abang tak faham apa yang sayang cakapkan ni. Pembunuh? Abang tak jahat lagi sampai nak jadi pembunuh. Kenapa sayang tiba-tiba marahkan abang ni? " Aju Darius memandang redup wajah isterinya itu.
" Awak dah bunuh mak Bunga. Disebabkan awak pecat dia, mak dia kena heart attack. Meninggal sebab terkejut anaknya tiba-tiba kena pecat. Awak ni kan, saya tak faham la. Kalau awak nak seksa saya, nak dera saya, tolong, jangan libatkan orang yang tak bersalah dalam hal ni. Please la, jadi professional sikit " Jari-jemarinya yang berada dalam genggaman tangan sasa Darius direntap kasar.
" Sumpah sayang, demi Allah, abang tak pernah pecat Bunga. Abang langsung tak pernah ada niat nak seksa sayang ker atau nak dera sayang. Abang tak balik pulau hari tu semuanya bersebab. Tapi bukannya sebab abang nak seksa sayang. Abang cintakan sayang, cinta sangat-sangat sampaikan abang up gaji Bunga dan Mamat untuk suruh tengok-tengokkan sayang dekat pulau tu " Jelas Darius bersungguh-sunggh berharap isterinya itu tidak terus dan menerus menuduhnya yang bukan-bukan.
" Bunga, kau bagitahu dekat isteri aku sekarang yang aku tak pernah pecat kau. Kau bagitahu sekarang Bunga " Pinta Darius. Anak matanya merenung wajah Bunga berharap Bunga akan bersuara. Namun hampa, apabila Bunga hanya menunduk, malahan esakan tangis yang kuat terbit daripada mulut Bunga.
" Puas hati awak Darius? Puas hati awak setelah apa yang awak buat dekat Bunga? Dah la, jangan nak berdalih la Darius. Saya dah muak la dengar semua alasan awak tu. Pergi mampuslah omongan kosong tipu awak tu !! " Sinis hemburan diberikan kepada suaminya itu.
Tengku Shahril yang mendengar ungkapan anaknya menjegilkan biji matanya. Terus dia menapak ke arah Alisya.
" Are you out of your mind?! Mana manners kamu Alisya?! Kenapa kamu biadap sangat dengan suami kamu ni?! " Tengking Tengku Shahril.
" Darius dah jelaskan semuanya, kenapa kamu tetap nak marahkan Darius?! Tak boleh ke kalau kamu percayakan kata-kata suami kamu ni?! Tak boleh?! Kan Darius dah cakap yang dia tak pecat Bunga. Yang kamu nak tuduh yang bukan-bukan ni dah kenapa?! " Tegang uratnya menengking anaknya itu.
Alisya membalas pandang renungan papanya itu.
" Lelaki jahat macam ni, layak ke untuk Alisya percayakan dia?! Lelaki yang tak tunaikan janji dia ni, layak ke untuk Alisya percaya pa?! Layak ker?! Dulu dia ni pernah berjanji dengan Alisya tau pa, tapi janji dia ni hanya sekadar janji, hanya sekadar omongan kosong, memang sampai bila-bila Alisya takkan percayakan dia la pa !!! Takkan !! " Hembur Alisya membidas tengkingan papanya itu. Sakit hatinya memikirkan penyeksaan yang diciptakan oleh suaminya itu. Menunggu dan menanti sepenuh harapan, berharap Darius akan balik ke pulau, tapi tiga bulan Darius tinggalkan dirinya keseorangan di pulau tu. Layak ker untuk dia percayakan kata-kata daripada insan yang bernama Darius ni?! Layak ke?!
Darius meramas kasar rambutnya. Tangan isterinya itu cuba diraih namun ditepis kasar oleh Alisya. Pandangan simpati diberikan kepada Alisya, berharap Alisya mampu memaafkan dirinya mengenai penantian di pulau itu.
" Maafkan abang sayang. Abang langsung tak berniat taknak tunaikan janji abang pasal balik ke pulau. Abang..abang..abang ada sebab yang tersendiri sayang, kenapa abang tak balik, tak ambik sayang daripada pulau tu. Maafkan abang " Tutur katanya penuh dengan penyesalan. Air matanya akhirya tumpah dalam memohon kemaafan daripada isterinya itu.
Alisya menatap tajam ke arah Darius. Rasa benci terhadap suaminya semakin bergelora di dalam hati.
" Maaf awak tu langsung tak boleh betulkan apa yang telah berlaku. Saya terseksa, malahan orang yang tak bersalah dalam hal ni turut terseksa. Awak tengok Bunga ni, Bunga dah hilang seorang mak disebabkan perbuatan awak yang kejam tu. Sekarang, dia dah takda siapa-siapa. Dia dah hilang kasih sayang seorang mak sama seperi saya. Perangai awak ni sama dan sebijik dengan perangai firaun la !! "
PANG !! Bergema ruangan bilik wad itu. Tangan tuanya yang hinggap dipipi anaknya itu cukup membuatkan kesemua yang ada disitu terdiam malahan terkejut dan takut untuk berbicara.
" Don't be so rude Alisya !! Ini suami kamu, jaga sikit kata-kata kamu tu !! Darius dah cakap kan, yang dia langsung tak pecat Bunga. Yang kamu taknak percaya ni dah kenapa?! Antara suami kamu dengan minah Bunga ni, siapa yang kamu lebih percayakan?! Jangan hanya disebabkan perbuatan Darius pada kamu dulu, kamu terus rasa yang kamu tu layak nak hukum dia. Kan Darius dah cakap yang dia ada sebab kenapa dia tak balik pulau hari tu dan Darius dah mintak maaf dah pun. Kenapa susah untuk kamu maafkan suami kamu? Sedangkan papa yang lebih teruk buat silap kamu boleh maafkan?! Kenapa Alisya?! "
Alisya menyentuh pipinya. Air matanya deras gugur membasahi pipi. Ditatap wajah tegang papanya itu.
" Sebab hati Alisya sakit sangat-sangat dengan penantian yang penuh penyeksaan oleh Darius " Tutur Alisya.
" Darius buat semua tu bersebab Alisya. BERSEBAB !! " Bidas Tengku Shahril pula.
" Sebab apa?! Sebab dia nak seksa nak dera Alisya kan?! Sebab dia ni memang sebijik dengan firaun kan?!! "
" Sebab abang sakit sayang. Abang sakit, abang tak sihat. Abang dah tak sama macam orang lain. Abang sakit ba.." Belum sempat dia ingin menjelaskan perihal kesihatannya itu, terlebih dahulu Alisya memotong percakapannya.
" Kalau awak sakit sekali pun kenapa seksa saya?! Dah la, jangan ciptakan banyak alasan Darius. Kalau awak nak sakit ker nak mati sekali pun, awak sakit la sorang-sorang. Tapi jangan pernah libatkan diri saya dengan Bunga yang langsung tak bersalah dalam hal ni !! " Celah Alisya memotong percakapan suaminya itu. Terus dia menapak ke arah Bunga. Tangan Bunga diraihnya.
" Mulai hari ni, Bunga akan tinggal dengan kita dan awak Darius, awak kena tanggung segala makan minum dia, keperluan dan kehendak dia. Awak layak untuk buat semua ni, sebab awak adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal kematian mak Bunga " Tegas Alisya menitipkan arahan.
Kesemua yang berada disitu terbungkam sebaik mendengar titipan arahan daripada Alisya. Bunga bersorak riang di dalam hati. Lambat-lambat dirinya menuturkan kata.
" Cik Alisya, rasanya tak payah kot sampai nak ajak Bunga tinggal dengan Cik Alisya. Bunga okay jer duduk dekat sini sorang-sorang, walaupun setiap saat, setiap masa Bunga akan rasa sunyi. Ye la, mak Bunga kan dah takde " Esakan palsu keluar daripada mulutnya. Dalam hatinya sudah melompat-lompat berasa gembira. Ajak tinggal dengan Alisya? Dekat KL? Rumah mewah? Gila aku taknak. Gumamnya di dalam hati.
" Hoi perempuan !! Kau cakap jujur sekarang, yang aku tak pernah pecat kau kan?! Aku siap naikkan gaji kau lagi kan?! Cakap la Bunga!! " Tengking Darius yang sudah tidak tahan dengan omongan palsu Bunga itu. Apa salah dia? Sehingga Bunga sanggup memburukkan dirinya? Apa?!
" Awak diam la Darius !! Jijik la saya dengar suara awak yang daripada tadi asyik ulang benda yang sama. Dasar firaun!! Dasar lelaki dayus!! "
PANG!! Tamparan kedua hinggap di pipi Alisya. Gerahangnya sudah bergerak-gerak menandakan gelora di jiwa. Dipandang wajah anak perempuannya itu.
" Dua kali?! Papa tampar Alisya dua kali hanya disebabkan jantan tu?! Papa!! I'm your daughter !! Sanggup papa buat Alisya macam ni " Hemburnya bersama juraian air mata membasahi pipi. Disentuh pipinya yang sudah kemerahan dengan bengkasan tamparan papanya itu.
" Kalau kali yang pertama masih tak cukup nak sedarkan diri kamu, papa tak kisah kalau tangan papa ni mesti berkali-kali hinggap di pipi kamu tu. Darius suami kamu. Suami kamu!! Benci mana pun kamu dekat diri dia, dia tetap suami kamu yang perlu kamu hormat. Jangan jadi isteri derhaka Alisya " Ungkap Tengku Shahril sambil matanya menikam tajam melihat wajah anak perempuannya itu.
" Hormat Alisya dekat diri dia dah lama hilang " Langkah kaki dibuka ingin beredar dari situ.Hancur hatinya apabila papanya lebih membela suaminya itu berbanding dengan dirinya. Malahan dua kali pipinya itu ditampar oleh Tengku Shahril. Sampai hati papa!
" TENGKU ALISYA RIANA BINTI TENGKU SHAHRIL ZAFRAN !! "
Langkah kakinya terhenti setelah papanya memanggil penuh namanya. Dipasangkan telinganya cuba untuk mendengar bicara papanya itu.
" 24 tahun yang lalu, papa telah buat satu kesilapan yang paling besar dalam hidup papa. Disebabkan fitnah, disebabkan papa percaya dengan desas-desus kawan-kawan papa, papa telah ceraikan orang yang paling papa sayang. Disebabkan rasa marah di hati, papa telah halau arwah mama sehelai sepinggang tanpa sekelumit rasa kasihan buat arwah mama. Papa langsung tak beri peluang untuk mama bersuara membela diri. Papa halau, papa larang mama berjumpa dengan Alisya dan papa ciptakan kemalangan ngeri untuk mama sehingga mama pergi tinggalkan papa, pergi tinggalkan Alisya. Tapi..hakikatnya, hati papa tersangat cinta dan kasih dekat arwah mama. Hanya disebabkan dendam, disebabkan papa percaya bulat-bulat statement-statement kawan-kawan papa pada masa tu, papa sanggup nafikan cinta papa terhadap arwah mama, dan sekarang, papa menyesal. Papa menyesal kerana terlalu cepat menghukum tanpa usul periksa, tanpa bukti di depan mata, dan sekarang..mama dah takda, mama dah pergi tinggalkan papa. Setiap saat, setiap masa, papa rasa kesal. Kesal sangat-sangat dengan perbuatan papa. Jadinya papa harap, Alisya tolong jangan ulangi kesilapan yang papa telah buat 24 tahun yang lalu. Tolong jangan ulangi sejarah hitam tu..Darius sakit sayang, Darius sakit, sebab tu dia tak balik pulau. Hargai dan sayangilah insan yang kita cinta bila dia masih ada di depan mata " Sebak dirinya meluahkan rasa yang selama ini terbuku dijiwanya. Matanya redup memandang kelibat anaknya yang sudah berlalu pergi membawa diri.
Direnung tangan tuanya itu, tangan yang telah menampar pipi Alisya. Dia tidak berniat, tapi..Alisya sudah keterlaluan. Matanya dilirikkan pula melihat ke arah Darius.
" Maafkan papa. Ini je yang papa mampu buat untuk kamu Darius " Usai itu, terus dia membuka langkah beredar dari situ.
Share this novel