Alisya diam. Giginya diketap, jari-jemarinya bermain sesama sendiri. Matanya redup memandang raut wajah pucat Darius yang masih tidak sedarkan diri. Air mata tidak henti berjuraian membasahi pipi.
" Awak..bangunlah..bangunlah awak..pagi dah ni, janganlah tidur lama sangat awak " Tangannya menyentuh lembut kedua-dua pipi Darius, kemudian beralih pula meraih jari-jemari suaminya itu.
" Jangan buat saya macam ni. Bangunlah awak.. " Ungkapnya teresak-esak menangis. Air mata tidak henti gugur membasahi pipinya. Dicium lembut jari-jemari Darius.
" Awak, bangunlah..awak cuma pura-pura pengsan je kan? Awak tipu saya kan? Awak..bangunlahhhhhh!! " Raung Alisya sebak. Jika sebelum ni, Darius akan bangun jika dia kejutkan suaminya itu, tapi sekarang, Darius langsung tidak memberi apa-apa reaksi atau tindak balas. Sungguh, hatinya pilu, hatinya hiba melihat Darius yang masih tidak sedarkan diri itu.
Tengku Shahril yang baru sahaja masuk ke bilik wad cepat-cepat memeluk Alisya.
" Alisya.. jangan macam ni. Istighfar sayang " Pujuk Tengku Shahril menenangkan hati anaknya.
" Macam mana Alisya nak tenang pa? Macam mana?! Suami Alisya tak sedarkan diri. Darius tak sedarkan diri!! " Raung Alisya menangis kuat.
Melissa yang baru sahaja selesai membersihkan dirinya meluru ke arah Alisya. Diusap lembut bahu menantunya itu.
" Alisya..Alisya tak boleh macam ni. Alisya tak boleh sedih-sedih macam ni. Nanti kalau boy bangun, pasti boy sedih sebab tengok wife dia yang cantik jelita ni nangis teresak-esak macam ni " Diusap lembut tangan halus anak sahabatnya itu. Dirinya cuba berlagak kuat, tapi hakikatnya dia langsung tidak kuat. Sejak petang semalam anaknya tidak sedarkan diri, ibu mana yang tak sedih? Ibu mana yang tak runsing fikirkan anaknya yang tidak sedarkan diri itu?
" Kenapa suami Alisya tak bangun lagi? Kenapa Darius tak bangun lagi? Kenapa?! Darius sakit apa? Papa, mommy? Darius sakit apa?! " Aju Alisya sebak di hati.
" Shuhhhh. Kita tunggu keputusan CT-Scan yer sayang. Nanti doktor bagitahu. Alisya jangan sedih-sedih yer. Mommy tak kuat tengok Alisya macam ni " Pujuk Melissa setelah melihat Tengku Shahril membatukan diri. Bukan Alisya sahaja yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan kesihatan anaknya, tetapi dirinya juga sama.
Tengku Shahril menghela nafas panjang. Diraup wajah tuanya itu cuba untuk mencari kekuatan melihat kesedihan yang dialami oleh anaknya dan juga sahabatnya. Biarlah doktor yang menerangkan situasi kesihatan Darius. Mulutnya tidak mampu membuka suara mendedahkan penyakit yang dihidapi Darius.
" Alisya pergi makan dulu yer. Rudy ada dekat bawah. Kenyangkan perut Alisya tu dulu, lepastu tenangkan hati dan fikiran Alisya. Jangan fikir bukan-bukan yer sayang " Bahu Alisya diusap lembut.
Alisya tersenyum hambar. Diturutkan kata ibu mertuanya itu. Langkah kaki dibuka keluar daripada bilik wad.
Tengku Shahril dan Melissa tersenyum tawar sesama sendiri. Raut wajah Darius yang masih tidak sedarkan diri itu ditatap sayu.
**************************
Bunga mengeluh kecil. Jam di tangannya dikerling. Usai itu bibirnya berdecit kerana bosan menunggu emaknya yang daripada tadi duduk menunggu nama dipanggil. Sudah puas dia rasakan setelah berjalan-jalan di segenap ruang bangunan hospital itu, namun emaknya masih lagi tidak siap berjumpa dengan doktor.
" Rudy " Terpacul keluar nama sahabat bosnya itu setelah matanya menangkap kelibat Rudy sedang membeli makanan di ruangan cafeteria hospital. Tanpa berlengah terus dia mengorak langkah menuju ke arah Rudy.
Rudy mengeluarkan not RM 50 setelah makanan yang dipesannya itu sudah siap dibungkus. Plastik bungkusan kini bertukar tangan. Ucapan terima kasih dihadiahkan kepada penjual.
" Rudy Haikal "
Sapa satu suara, terus badannya dipalingkan ke belakang melihat gerangan insan yang memanggil namanya itu.
" Bu..Bunga? " Soal Rudy terkejut apabila melihat Bunga tersenyum manis ke arahnya.
Bunga mengangguk kecil. Tangannya dilambaikan sebagai tanda isyarat 'hye'.
" Awak buat apa kat sini? Tak sangka, yang dunia ni kecik je kan. Tengok-tengok boleh terserempak dengan awak " Ramah tutur kata Bunga menyapa sahabat baik bosnya itu.
Rudy tersenyum meleret. Sungguh lunak suara si gadis dihadapannya itu.
" Saya..saya.. saya beli makanan " Lambat-lambat dirinya menjawap pertanyaan daripada Bunga. Jantungnya berdetak laju apabila Bunga tersenyum manis kepadanya. Rasa macam jatuh cinta pun ada.
" Okay. Sebab ada dekat sini, memanglah beli makanan kan "
" Awak pulak buat apa kat sini? " Soal Rudy pulak cuba menghilangkan rasa janggal dalam dirinya.
" Saya, saya teman kawan saya. Dia ada appointment dengan doktor " Tipu Bunga tidak mahu menceritakan hal yang sebenar. Tidak inginlah dia mengatakan perkara yang sebenar bahawa dirinya sedang temankan emaknya itu.
" Okay " Sepatah kata dituturkan daripada Rudy.
Bunga berpura-pura tersenyum manis. Menyampah melihat kawan sahabat bosnya itu daripada tadi duduk tersengih-sengih pada dirinya. Ingat hensem ker? Hensem lagi bos aku la. Monolog Bunga di dalam hati.
" Cik Alisya " Panggil Bunga setelah matanya menangkap kelibat Alisya datang ke arah mereka.
Alisya tersenyum hambar. Usai dirinya betul-betul sudah berada disisi Bunga, terus badannya dipeluk erat oleh Bunga.
" Cik Alisya, Bunga rindu sangat-sangat dekat Cik Alisya. Bunga tak sangka yang Bunga boleh jumpa Cik Alisya kat sini. Rindunyaaa " Pelukan dilepaskan, lalu pipi Alisya diciumnya. Berpura-pura melepaskan rindu kononnya.
Rudy yang melihat tersenyum nipis. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Sungguh janggal situasi yang dihadapinya sekarang ini.
" Emm, Alisya. Saya dah belikan makanan untuk awak. Sebab, saya ingatkan awak tak nak turun " Ungkap Rudy cuba menyedarkan kewujudannnya di situ.
" Awak bawak naik atas je la, nanti saya naik. Saya ada benda nak cakap sikit dengan Bunga, alang-alang dah terjumpa kat sini kan " Ungkap Alisya sambil matanya melihat ke arah Bunga.
Rudy mengangguk kecil, terus dia mengorak langkah beredar dari situ. Bunga kecur air liur, rasa takut hadir dalam dirinya usai mendengar ungkapan Alisya yang ingin bercakap sesuatu dengan dirinya. Bunyi lagak seperti serius sahaja benda yang nak dibincangkan itu.
Alisya tersenyum. Tangannya memegang tangan Bunga lalu mengajak Bunga duduk di bangku kafeteria disitu.
Nash bz sikit tau, huhu sorry sebb lmbt updated..teruskn membaca yer :) love u all :)
Share this novel