Bab 38.

Romance Completed 86682

Darius membuang pandang melihat suasana ibu kota yang sesak dengan pelbagai kenderaan di atas jalan raya. Hatinya gelisah, memikirkan apakah betul tindakan yang telah dia lakukan.

" Alisya, kau sihat? Kau dah makan ke belum? Kau tak mandi laut tengah-tengah malam kan? Kau tak pergi bergaduh dengan monyet kan? " Soal Darius dengan dirinya sendiri. Perlahan-lahan air matanya bergenang di kelopak matanya itu. Rasa rindu di hati terhadap isterinya kian memuncak, ingin dipeluk dan dicium wajah isterinya itu.

Sungguh dia tidak kuat untuk menerima semua ini. Sungguh dia tertanya-tanya mengapa dirinya yang diuji sebegini. Mengapa begitu berat dugaan yang harus dipikulnya? Kejadian seminggu yang lalu sebelum dia membatalkan perancangan untuk membuat kejutan kepada Alisya berlegar di fikirannya.

" Encik Eric Darius Arrayan bin Abdullah? " Soal seorang doktor lelaki kepada Darius.

" Yup, saya " Jawab Darius dingin. Hatinya berdebar ingin mengetahui apakah keputusan hasil pemeriksaan kesihatan yang dibuatnya tiga bulan yang lalu, harap-harap semuanya baik-baik sahaja. Doanya di dalam hati.

" Saya Doktor Hassan, doktor yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan kesihatan awak tempoh hari tu " Doktor Hassan memperkenalkan dirinya sekali lagi. Cuba untuk menduga tahap kesihatan pesakitnya.

Darius yang mendengar ungkapan perkenalan doktor lelaki di hadapannya mengeluh kecil. Dianggukkan sahaja kepalanya memberi isyarat bahawa dirinya sudah mengenali siapa insan dihadapannya.

" Kita teruskan kepada topik kita hari ni yer. Tapi, sebelum tu saya nak awak set kan dalam minda awak, apa-apa yang berlaku semua ni adalah ujian Allah untuk diri awak " Perlahan-lahan sampul surat dihulurkan kepada Darius.

" Buka la " Arah Doktor Hassan.

Darius yang mendengar arahan daripada Doktor Hassan mengangguk tanda mengerti. Perlahan-lahan dibuka sampul surat itu, dan dibaca isi kandungan yang tertulis di dalam surat putih itu. Setelah selesai dibaca kesemua isi kandungan surat itu, matanya terbeliak besar. Sungguh ini langsung tidak masuk akal !!

" Doktor, tolong bagitahu pada saya, semua ni tak betul. Tolong bagitahu pada saya, bahawa semua ni tak betul !! Saya tak sakit. SAYA TAK SAKIT !! Saya sihatkan doktor? Saya sihat kan?! " Soal Darius cuba menafikan kenyataan bahawa dirinya menghidap barah otak tahap tiga. Tidak ini semua karut !! Ini semua karut !! Bentaknya di dalam hati.

" Awak sakit Encik Darius. Keputusan makmal tidak pernah salah. Awak menghidapi penyakit barah otak, dan awak kena terima semua ni. Ni adalah ujian daripada Allah buat hambanya. Buat hamba yang dia sayang " Ungkap Doktor Hassan dan dalam masa yang sama cuba untuk memujuk Darius yang masih terkejut dengan hasil keputusan makmal.

" Apa bukti yang saya sakit? Apa bukti yang saya sakit barah otak? Saya sihat. Saya langsung tak pernah sakit. Langsung tak pernah !! " Nafi Darius yang masih tidak mampu untuk menerima kenyataan.

" Barah otak, atau kanser otak ia adalah salah satu penyakit yang sukar untuk kita kesan daripada awal. Apa-apa yang melibatkan penyakit kanser memang kita tak boleh nak kenal pasti dari awal, melainkan pesakit itu sendiri tahu tanda-tanda penyakit kanser. Tapi, kebanyakan pesakit kanser, dia langsung tiada ilmu tentang petanda-petanda awal menghidapi penyakit kanser, sebab tu, kebanyakan pesakit, dia dapat tahu bahawa dia menghidapi penyakit kanser pada saat-saat kanser sudah merebak, sudah menyerang saraf-saraf tubuh badan mereka " Terang Doktor Hassan panjang lebar.

" Terutamanya penyakit barah otak yang dihadapi oleh Encik Darius. Barah otak sukar untuk kami kenal pasti kerana tanda-tandanya tidak begitu menonjol, melainkan kami melakukan ujian makmal atau membuat X-ray, CT-scan dan MRI seperti apa yang telah kami lakukan terhadap Encik Darius " Terangnya lagi.

Darius terdiam. Hatinya dan akal fikirannya meronta, berharap bahawa semua ini hanya mimpi. Dipejam rapat kedua-dua biji matanya, cuba untuk menghadam setiap apa yang diperkatakan oleh doktor dihadapannya itu.

" Apa tanda-tanda awal seseorang pesakit seperti saya telah pun menghadapi penyakit pembunuh dalam diam ni? " Tanya Darius setelah lama mendiamkan diri.

" Tanda-tanda awalnya adalah seperti, seseorang pesakit akan sentiasa berasa sakit kepala, kepala terasa pening, lepastu pesakit mungkin berasa hilang keseimbangan badan untuk berdiri, pesakit hilang deria sentuhan, atau pesakit pening dan lepastu berasa loya di tekak yang akhirnya menyebabkan pesakit memuntahkan segala isi di dalam perut " Terang Doktor Hassan memperjelaskan lagi perihal penyakit barah otak.

" Tapi itu adalah tanda permulaan. Jika kanser ini sudah berada pada tahap yang teruk, mungkin pesakit akan hilang daya ingatan, sukar untuk mengingati sesuatu perkara dan sawan mungkin turut akan berlaku. Tapi semuanya bergantung kepada tahap kanser itu merebak " Jelas Doktor Hassan lagi.

" Macam mana pulak dengan jangka hayat hidup seseorang pesakit? Mampu ker saya yang ada barah otak tahap tiga ni untuk hidup lama? Mampu ker? " Soal Darius lagi yang merasakan jangka hayatnya untuk hidup adalah singkat.

" Encik Darius, ajal maut, semuanya ketentuan tuhan. Apa yang mampu kita buat, adalah ubati penyakit yang kita hadapi. Saya sarankan Encik Darius pergi mendapatkan rawatan. Saya boleh transfer kan maklumat kesihatan Encik Darius kepada Institut Kanser Ibu Negara " Ungkap Doktor Hassan cuba menenangkan hati pesakitnya itu.

Darius yang mendengar penerangan doktor di hadapannya tersenyum hambar. Terus dibuka langkah kakinya beredar dari situ. Sungguh perit dirasakannya dan sungguh sukar untuk dia menerima semua kenyataan ini.

**************************

" Arghhhhhhhhhhh !!! " Teriak Alisya kuat di hadapan laut biru pantai itu.

Perlahan-lahan dirinya terduduk di atas pasir pantai dan perlahan-lahan mutiara jernih membasahi pipinya. Hatinya rindu terhadap suami yang dicintai itu. Setiap masa, setiap saat, setiap detik fikirannya tidak pernah berhenti memikirkan Darius.

Rudy dan Bunga yang berada di pondok terkejut mendengar jeritan Alisya. Terus kedua-duanya berlari mendapatkan Alisya.

" Cik Alisya, Cik Alisya okay tak ni? " Bunga memeluk erat Alisya cuba menghilangkan rasa sedih di hati isteri bosnya itu.

Rudy terdiam. Dia tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata. Dapat dilihat, raut wajah dan kelakuan Alisya sekarang ini begitu menunjukkan bahawa dirinya begitu cinta dan begitu merindui suaminya itu.

" Ni semua salah awak !! Kalau awak tak datang sini, tak ada maknanya la Cik Alisya akan jadi sedih macam ni !! Sekarang ni saya nak awak balik !! Balik !! Bagitahu dekat kawan awak tu, yang bini dia dah separuh mati menunggu kepulangan dia. BALIK !! " Halau Bunga.

Rudy yang mendengar hemburan Bunga mengangguk kecil. Rasa bersalah di hatinya kerana datang ke pulau ini dan memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Darius. Dibuka langkah kakinya beredar dari situ.

" Kau siap kau Darius!! Kau tunggu kau Darius!! " Gerutu Rudy menahan marah di hati. Sungguh tidak masuk akal perbuatan sahabatnya itu. Gantung Alisya tidak bertali, apakah?!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience