Bab 62.

Romance Completed 86682

Berlari pantas nurse-nurse serta doktor yang bertugas di bahagian jabatan kecemasan Hospital Besut Terengganu. Tubuh kaku suaminya yang berada di atas katil pesakit ditatap sayu. Matanya menghantar pergi melihat kelibat Darius yang sudah masuk ke dalam bilik wad kecemasan. Alisya mundar-mandir. Resah, runsing, cemas, semuanya bergelumang di dalam hati.

Melissa diam tidak berkutik. Matanya berkaca-kaca. Peristiwa lalu membayangi dirinya. Peristiwa dirinya telah kehilangan insan yang dicintainya.

" Shahril...please jangan cakap dekat I yang boy kena heart attack sama macam apa Richard alami dulu " Sebak dirinya disaat menuturkan kata-kata itu. Wajah sahabatnya ditatap sayu.

Tengku Shahril membalas pandang bebola mata Melissa yang sayu melihatnya. Senyuman hambar terlakar dibibirnya. Dirinya tidak tahu macam mana ingin menyembunyikan lagi rahsia besar ini. Sungguh dia buntu.

" Shahril, please..tolong cakap dekat I, yang boy tak alami nasib yang sama macam apa yang suami I kena dulu kan? Shahril?! " Aju Melissa lagi yang menyangka Darius mengalami serangan jantung sama seperti arwah Richard.

" Mel, kita doa banyak-banyak pada tuhan, mintak semuanya baik-baik saja. Kita doa mintak Darius selamat. Boleh Mel? " Pujuk Tengku Shahril lembut.

Rudy merenung lantai jubin hospital. Dirinya kelu untuk bersuara. Peristiwa Darius tiba-tiba jatuh pengsan dihadapannya masih bermain-main di fikirannya.

Alisya menyandarkan badannya di dinding putih hospital. Matanya tidak lepas menatap ke arah pintu bilik kecemasan itu. Pintu bilik yang menempatkan Darius.

Hampir setengah jam suasana hening menyapa dalam ruangan kecemasan itu. Masing-masing sedang melayan perasaan yang bergelodak di dalam jiwa.

" Siapa keluarga pesakit Eric Darius Arrayan bin Abdullah? "

Satu suara menyapa memecahkan keheningan suasana. Terus mereka berpaling ke arah gerangan insan yang bersuara itu.

" Saya.. " Ketiga-tiga mereka serentak mengeluarkan ungkapan yang sama. Langkah dibuka mengorak ke arah doktor yang bertanggungjawab merawat Darius.

" Macam mana dengan anak saya doktor? "

" Suami saya macam mana doktor? "

Si ibu dan si isteri mengutarakan persoalan yang sama. Tengku Shahril dan Rudy diam. Biarlah rahsia ini terbongkar jika inilah kesudahannya. Bisik kedua-duanya di dalam hati.

" Apa yang boleh saya beritahu, Encik Darius masih tidak sedarkan diri, dan kami di unit rawatan kecemasan telah membuat ujian imbasan CT-scan ke atas diri pesakit. Buat masa ni, saya belum mampu untuk memberi kata putus mengenai keadaan Encik Darius. Apa-apa kita tunggu hasil ujian CT-scan " Jelas doktor yang bertugas.

" Saya nak tengok suami saya "

" I pun, I nak tengok boy "

Usai mendengar permintaan itu, doktor yang bertugas menganggukkan kepala memberi tanda keizinan. Senyuman manis dihadiahkan buat ketiga-tiga mereka, sebelum dia mengorak langkah beredar dari situ.

**************************

Bunga mengeluh, tudung di atas kepalanya dibetulkan. Rimas dan sebal semuanya berada di dalam hati.

" Mak, lambat lagi ker doktor nak panggil nama mak ni? Bunga bosanlah duduk menunggu kat sini, boleh naik gila tau Bunga ni " Keluh Bunga. Muka maknya dipandang dengan rasa sakit hati.

" Bunga cuba la tanya dekat nurse kat depan tu, mana tahu kot-kot nama mak tercicir ke apa. Bunga tolong pergi tanya boleh? " Pinta Mak Cik Salmah lembut. Wajah anak gadisnya ditatap sayu. Walaupun Bunga sudah berubah, tapi hatinya masih mempunyai rasa kasih dan sayang pada anaknya itu. Macam mana dia ingin bencikan Bunga, setelah melihat Bunga masih lagi sanggup menghantarnya pergi ke hospital disebabkan kakinya yang sakit.

" Ehh kenapa Bunga pulak yang nak kena tanya? Yang sakit tu mak, bukannya Bunga. Jadinya mak la yang kena pergi tanya, dah la kita yang kena bawak dia pergi hospital. Lepastu macam-macam pulak dia suruh kita buat " Bidas Bunga. Kaki emaknya yang membengkak itu dipandang dengan rasa meluat dalam hati.

Mak Cik Salmah terdiam. Pilu hatinya mendengar ungkapan anaknya itu.

" Mak ni kan, pagi-pagi dah menyusahkan Bunga, dudup menjerit cakap kaki tak boleh jalan la, lenguh la, lepastu kita jugak yang kena hantar pergi hospital. Bila-bila dah tahu kaki tu tak boleh jalan jauh, duduk rumah jer. Tengok dah kena pergi hospital, lepastu kena tunggu lama pulak, eee rimaslah Bunga " Omel Bunga lagi meluahkan rasa sebal hatinya itu.

Mak Cik Salmah menundukkan wajah. Sungguh hatinya sangat tergores mendengar omelan anaknya itu. Sangkanya Bunga buat semua ni atas dasar sayangkan dirinya, tapi tak, Bunga lakukan semua ni dalam keadaan terpaksa.

" Mak suruh kau bawak mak pergi klinik jer, bukannya suruh kau bawak mak datang sini " Lama-lama dirinya membalas ungkapan anaknya.

" Bunga bawak mak datang sini kot-kot la kan, kaki mak tu nak kena potong ke apa. Kalau nak kena potong, tak payah Bunga susah-susah nak kena panggil teksi sekali lagi, lepastu tambang teksi pun dah tak payah kena bayar, kan dah jimat kat situ " Tutur Bunga bersahaja tanpa menghiraukan perasaan emaknya.

" Sampai hati kau Bunga " Ungkap Mak Cik Salmah sebak, sebaik kata-kata potong kaki itu terpacul keluar daripada mulut Bunga. Air matanya tumpah membasahi pipi.

" Kalau aku larat, aku mampu buat semua ni sendiri, aku takkan ajak kau temankan aku pergi hospital dan kalau sekali pun kaki aku ni nak kena potong ke apa, memang aku takkan ajak kau Bunga. Aku pun taknak susahkan anak aku. Mak mana yang nak susahkan anak dia. Mak mana Bunga oi? Aku sakit, kaki aku betul-betul dah tak kuat nak berjalan. Sebab tu aku ajak kau Bunga " Luah Mak Cik Salmah lagi. Ditatap wajah anaknya itu dengan rasa sedih di hati.

Bunga yang mendengar luahan emaknya senyum mengejek. Dibuat mimik muka menyampah mendengar luahan hati emaknya itu.

" Dah la, Bunga nak pergi tandas kejap. Nak sapu air mata kat pipi Bunga ni. Maklumlah, baru lepas tengok drama tv kan tadi " Perli Bunga pada emaknya itu.

" Mak duduk jer sini, nanti kalau nurse ker doktor ker panggil, mak terus masuk. Nanti Bunga datang balik " Arah Bunga. Kaki dibuka langkah menapak ke arah laluan tandas.

Mak Cik Salmah terkedu. Matanya sahaja menghantar pandang kelibat Bunga yang sudah pergi menuju ke tandas. Dilurutkan dadanya cuba untuk bersabar dengan karenah anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience