" Awak, boleh tak kalau awak lepaskan lingkaran tangan awak dekat pinggang saya ni? Saya rimas laa " Omel Alisya tidak berpuas hati. Kesemua mereka sudah sampai di jeti, sudah turun dah pun, cuma dirinya dan Darius sahaja yang masih statistik duduk di atas bot.
Darius menyengeh. Mukanya dibuat toya seolah-olah dirinya tidak mendengar omelan isterinya itu. Malahan semakin kemas tangan sasanya memeluk pinggang ramping Alisya hingga dadanya mampu merasai segenap sisi tubuh Alisya.
Rudy yang berada disitu mengecilkan kedua-dua biji matanya, rasa meluat melihat adegan acah-acah bersemut nak mampus tu.
Tengku Shahril dan Melissa pula hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Kedua-duanya membuka langkah menuju ke arah kereta. Biarlah mereka semua dah besar, fikir Melissa dan Tengku Shahril.
" Auchhh !! Sakitlah sayang " Adu Darius setelah Alisya menggigit halus dada bidangnya itu. Serentak itu tangannya dibawa menyentuh ke dada.
" Siapa suruh keras kepala? Saya suruh awak jangan peluk saya kan? Jadinya janganlah peluk " Hembur Alisya. Jeliran lidah dihadiahkan buat suaminya itu. Terus langkah kaki dibuka beredar dari situ.
Rudy yang melihat sakan ketawa.
" Padam muka kau !! Tu la, nak buat acah-acah romantik konon, orang dah tak sudi janganlah dipaksa " Ungkap Rudy bersahaja.
Darius yang sudah menapak keluar daripada bot terus menyiku kepala sahabatnya itu.
" Wei bodoh, sakitlah!! " Adu Rudy tidak berpuas hati sambil mengusap lembut kepalanya.
" Apa? Nak apa?! " Soal Rudy apabila melihat Darius menadah tangan ke arahnya seolah-olah inginkan sesuatu.
" Aku nak phone kau. Aku nak call Mamat " Jawab Darius serius.
Rudy menyeluk poket seluarnya, lalu iPhone miliknya dihulurkan buat sahabatnya itu.
" Kau ingat ker nombor Mamat tu? "
" Ingatlah. Dia pekerja aku, yang paling aku rapat. Well kau tahu kan, kalau aku rapat dengan pekerja aku, setiap butiran dia aku ambik tahu. Setakat nombor phone, apalah sangat "
Rudy menganggukkan kepala. Tanda mengiakan ungkapan sahabatnya itu. Darius is Darius, seorang yang begitu teliti dan mengambil tahu tentang semua perkara yang berlaku di sekitarnya. So, yes, rahsia Bunga dan Mamat konon-konon dipecat itu akan mula dirungkaikan satu persatu.
*************************
Mamat leka melihat kucing kesayangannya sedang bermain bergurau-gurau manja dengan dirinya. Sesekali dia mengaduh kecil apabila kucingnya itu menggigit manja tangannya.
" Hmmm apalah nasib aku. Duduk terperuk dekat rumah ni dah boleh jadi gila la aku. Nasib kau ada Tompok, bolehlah mengubat rasa bosan aku ni " Keluh Mamat. Diusap lembut bulu kucingnya itu dengan rasa kebosanan di hati.
Dia anak yatim piatu, hidup sebatang kara. Kalau dia tidak bekerja, macam mana dia nak melepaskan kesunyian dalam dirinya. Terbayang dalam benak fikirannya akan kata-kata Bunga tempoh hari, yang memberitahu bahawa bosnya itu melarangnya pergi kerja. Aneh dirasakannya, tetapi ingin bertanya pada Encik Darius, dia tidak mahu dipecat. Dia sudah selesa bekerja sebagai pemandu bot, dan bekerja di pulau tu.
" Kring, kring "
Telefon nokianya yang berada di atas meja berbunyi, memberi isyarat ada panggilan untuk dirinya. Dia menoleh, lalu bangkit berdiri menapak ke arah handphonenya itu.
Nombor tidak dikenali terpacul di screen telefon nokianya itu. Dirinya berasa ragu-ragu sama ada mahu mengangkat call itu atau tidak. Lama dia berfikir dan membiarkan telefonnya berdering lama, perlahan-lahan dia menekan punat hijau.
" Assalamualaikum "
Suara yang cukup dia kenali menjengah di gegendang telinga. Lambat-lambat dia menjawab salam daripada majikannya itu.
" Wa..wa..walaikummussalam bos " Gagap-gagap dia menjawab salam.
" Mamat sihat? "
" Alhamdulillah, saya sihat bos, cuma tu la bos, saya bosan duduk kat rumah jer ni. Bila bos nak suruh saya pergi pulau balik? Saya rindu nak bekerja, cuma tu la saya risau kalau saya pergi pulau, bos akan pecat saya " Luah Mamat jujur. Mendengar intonasi bosnya yang mendatar itu cukup membuktikan kepadanya bahawa bosnya itu tidak marah kepadanya.
Darius yang berada di hujung talian membisu. Aneh dirasakannya sebaik mendengar ungkapan pekerjanya itu yang seolah-olah memberitahu padanya, bahawa dirinya la yang melarang Mamat untuk pergi ke pulau.
" Bila masa aku larang kau pergi pulau Mamat? " Soal Darius pelik.
Mamat terdiam. Dahinya berkerut memikirkan apa yang telah berlaku. Mengapa majikannya itu seolah-olah tidak tahu menahu perihal apa yang diperkatakan oleh Bunga tempoh hari. Belum sempat dia ingin menjawab, pihak di sebelah sana terlebih dahulu mematikan panggilan.
Nombor yang tidak dikenalinya itu didailnya. Ingin meminta perjelasan daripada majikannya itu. Sepuluh kali dia menelefon, sepuluh kali jugak call tidak dijawab.Tanpa berfikir panjang, terus kunci motornya diambil. Selipar jepunnya disarung, helmet dipakai.
" Penjelasan harus dipinta daripada kau Bunga !! " Gerutunya di dalam hati.
Mak Cik Salmah yang baru sahaja sampai di hadapan rumah Mamat, mengeluh kecil. Rasa penat berjalan dengan matahari tegak di atas kepala cukup membuatkan dirinya berasa letih.
Dilabuhkan punggungnya duduk di atas bangku kayu cuba untuk menghilangkan rasa lenguh sendi uratnya yang berjalan kaki daripada kampungnya pergi ke kampung Mamat. Sudah banyak kali dia berhenti berehat menghilangkan rasa lenguh kakinya itu, kerana itulah petang menjengah baru dirinya terpacak sampai di rumah Mamat.
" Assalamualaikum. Mamat, oo Mamat !! " Laung Mak Cik Salmah.
" Mamat !! Ooo Mamat !! Aku Mak Cik Salmah datang ni, Mamat !! " Laungnya lagi tapi kini dengan tone yang lebih tinggi daripada sebelumnya.
Keluhan dilepaskan setelah melihat, motor milik Mamat tiada di rumah. Dilurutkan dadanya cuba untuk bersabar dalam menyelesaikan masalah ini.
" Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan aku untuk aku menengakkan kebenaran. Permudahkanlah urusan aku untuk aku bongkarkan kejahatan anakku itu " Doanya pilu.
Share this novel