"Aaaaaaa, kapal terbang nak mendarat ni " gurau Alisya. Tangannya yang memegang ubi kayu itu dibuat aksi seolah-olah kapal terbang ingin mendarat masuk ke dalam mulut Darius.Belum sempat ubi kayu itu mahu disuapkan ke dalam mulut Darius, terlebih dahulu Darius memegang tangannya itu terus perbuatannya itu terhenti.
" Kau tak makan? " Soal Darius prihatin. Ye la dia hanya melihat Alisya membawa sekeping sahaja ubi kayu yang direbus itu, kalau dia makan Alisya nak makan apa? fikirnya.
"Saya dah makan dah. Awak jangan risau ea, saya dah kenyang dah pun. Tengok ni perut saya dah jadi besar sebab terlampau kenyang " Dalih Alisya cuba menyembunyikan hal yang sebenar.Belum sempat Darius ingin membidas percakapannya itu terus Alisya menyuap masuk ubi kayu ke dalam mulut Darius.
"Saya harap ubi kayu ni bolehlah mengenyangkan perut awak. Maaf, saya tak mampu nak jadi isteri yang sempurna untuk awak " Luah Alisya menahan sebak. Dia masih tidak mampu menjadi isteri yang terbaik di mata Darius. Buktinya Darius sakit, Darius nak makan, sikit pun dia tidak tahu nak buat apa. Memasak? dia bukannya pandai.
"Saya tak pandai masak, saya cuma tahu susahkan awak jer. Sepatutnya bila awak sakit macam ni,saya masakkan bubur untuk awak ker, tapi saya tak pandai buat semua tu " Ungkap Alisya lagi. Mukanya ditundukkan ke bawah, cuba menahan tangis, namun hampa,esakan kecil mula terbit daripada bibirnya. Air jernih mula membasahi pipi. Belum sempat dia ingin meneruskan percakapannya itu
"Chup" bibirnya dikucup lembut oleh Darius. Dia terkejut tidak sangka Darius berani memagut bibirnya, merampas ciuman pertamanya.
"Kau banyak cakap. Rimas aku" Ungkap Darius bersahaja. Terus badannya direbahkan ke posisi berbaring. Ingin melelapkan mata, mahu berehat, dia berharap sakit kepalanya itu akan hilang.
Alisya yang mendengar ungkapan bersahaja daripada Darius itu hanya membatukan diri. Masih lagi berasa tergamam dan terkejut. Belum sempat dia ingin membuka mulut untuk membidas ungkapan Darius itu, terus tubuhnya itu ditarik ke dalam pelukan Darius. Kini posisinya dan Darius sama, tidur berpelukan itu yang mampu digambarkan keadaan mereka ketika ini.
"Awak," panggil Alisya lembut. Dia mahu bersihkan tangannya dulu,ye la tadi kan dia pegang ubi kayu,mestilah rasa melekit tangannya itu.
"Awak, saya " panggil Alisya lagi,namun belum sempat dia ingin menghabiskan katanya itu, terasa pelukan Darius dikemaskan. Dia terhimpit, dapat dirasa lengkuk-lengkuk badan Darius yang sado itu.
"Jangan banyak cakap. Kepala aku sakit, aku sejuk, aku nak kau hangatkan badan aku,hilangkan rasa sakit kepala aku ni" Ungkap Darius dingin.
"Tapi saya tak tahu nak buat apa untuk hilangkan semua yang awak rasa tu" Bidas Alisya polos.
"Pelukan ini sudah mampu membuatkan semua rasa itu pergi. Dah tidur. Aku penat,aku ngantuk " balas Darius bersahaja. Lima minit berkeadaan sebegitu kedua-duanya sudah lena dibuai mimpi. Tidur berpelukan, so sweet. Tapi, adakah Darius mula menerima kehadiran Alisya di hatinya?
**********************
Malam mula melabuhkan tirai, suara unggas dan cengkerik mula berkicauan, menandakan pagi sudah menjelma. Namun,pasangan suami isteri itu masih lagi enak dibuai mimpi. Sudah solat subuhkah mereka?
Darius yang sudah terjaga daripada lenanya itu memisat-misat matanya. Dilirikkan matanya melihat si isteri masih enak dibuai mimpi. Pelukan dirinya dan Alisya dikemaskan lagi. Entah mengapa,dia berasa selesa berkeadaan sebegitu. Setiap helaan nafas Alisya dapat didengari dan dirasanya menandakan betapa rapat kedudukan mereka.
"Cantik" pujinya kecil. Diselak rambut Alisya yang menutupi mata Alisya itu. Getaran hebat mula berkocak di dada. Sudah jatuh cintakah dia terhadap isterinya itu? Entah dia tidak tahu,terus ubun-ubun rambut si Alisya diciumnya dengan sepenuh hati. Tidak terhenti di situ, dia terus memagut bibir munggil Alisya. Melihat Alisya seperti tidak selesa kerana tidurnya diganggu, terus Darius berlagak seolah seperti tiada apa-apa.
"Awak dah bangun?" Tanya Alisya polos yang terjaga akibat perbuatan Darius itu.
"Beratlah kau ni, lenguh dada aku ni, kau ingat dada aku ni bantal tidur ke apa " Dalih Darius cuba mengalihkan topik. Tidak mahu aksinya itu diketahui Alisya. Terus dia bangun ingin beredar dari situ. Tidak betah lama-lama, nanti si Alisya menyoalnya macam-macam pulak.
Alisya yang masih mamai itu berasa pelik. Lain yang disoal,lain yang dijawab. Apa pun dia tak kisahlah,asalkan semalam dia dapat tidur dalam pelukan hangat suaminya itu. Gembiranya dia rasa.
"Qadar solat subuh, kita terlepas subuh tadi. Sebab kau la,tidur tak ingat dunia! " Ungkap Darius sebelum dirinya betul-betul beredar dari situ.
Alisya yang mendengar arahan Darius itu hanya mengangguk.
"Aku yang tidur tak ingat dunia ker atau dia tu yang rasa asyik sebab dapat peluk aku malam tadi? arhhh apa-apa je la, asalkan aku bahagia" Ungkapnya sendiri.Terus dibuka langkah kakinya menuju ke kamar mandi,ingin bersihkan diri dan qadar subuh seperti apa yang diarahkan oleh Darius.
*****************************
Alisya yang melihat Darius menyalakan unggun api untuk memasak, cepat-cepat dibuka langkah meluru ke arah suaminya itu.
"No! Awak tak boleh buat kerja, awak kan sakit, biar saya jer yang buatkan untuk awak. Awak nak makan apa? saya tolong masakkan" Ungkap Alisya prihatin. Kayu-kayu api yang berada di tangan Darius itu diambilnya dan diletak di bawah.
"Kau pandai masak ker? bukan kau cakap dekat aku yang kau langsung tak pandai masak? ada hati nak masak, nanti kepala aku dah tak sakit, ni perut aku pulak yang sakit " Sindir Darius sambil berpeluk tubuh.
Alisya yang mendengar sindiran Darius itu tersenyum kecil. Ye la, sindiran tu memang betul. Memang dia langsung tak pandai bab-bab memasak ni.
"Emmmm, saya bukannya tak pandai masak langsung tau. Saya pandai la jugak,tapi sikit-sikit" Dalih Alisya. Dia sudah menipu dengan Darius,tapi takpelah tipu sunatkan.
Belum sempat Darius ingin membidas percakapan Alisya itu,badannya ditolak untuk pergi dari situ. Siapa lagi yang menolak,Alisya la.
"Dah, awak pergi berehat. Nanti saya dah siap masak,saya panggil awak yer, dah pergi jauh-jauh" Usir Alisya sambil tangannya cuba menolak badan Darius agar pergi dari situ. Tapi tu la, badan Darius tu tegap,sado pulak tu,apalah kudrat wanitanya boleh buatkan.
"Oky, aku pergi. Pastikan masak sedap-sedap yer. Kalau tak,aku campak kau dalam laut" usik Darius. Wajahnya didekatkan dengan wajah Alisya.
Alisya yang terkejut akan perbuatan Darius mula menelan air liurnya. Glup! apa yang dia nak buat ni? nak kiss aku ker? Terus matanya dipejam rapat menunggu masa bibirnya dipagut Darius.
Darius yang melihat Alisya berkelakuan sebegitu hanya tersenyum kecil. Terus diusap ubun-ubun rambut Alisya dan pergi berlalu dari situ.
Alisya yang sedar dirinya dipermainkan rasa malu. Pipinya dah berona merah. Tula semalamkan dah dapat, takkan hari ni dia nak beri lagi kan? Desus Alisya sendirian. Matanya menghantar pandang Darius yang sudah berlalu pergi dari situ. Kini dilirikkan pula matanya melihat kayu-kayu api, melihat periuk ,kuali, senduk di situ. Keluhan kecil dilepaskan.
"Aku nak buat macam mana ni? Nak nyalakan api pun aku tak pandai. Arghhh buat je la macam mana sekalipun,asalkan api menyala dan aku boleh masak " Gerutunya sendiri. Terus dia melakukan aksi seperti chef-chef yang pakar dalam memasak. Ceh aksi jer yang hebat, masak tu pandai ker dia?
Share this novel