" Awak, boleh tak awak cepatkan sikit langkah kaki awak tu? Ni lutut saya ni dah jenuh tau menunggu awak. Kalau macam ni la gayanya, nampaknya awak ni dah boleh kot gantikan tempat saya. Gantikan title berjalan macam tok nenek kura-kura tu " Perli Alisya memulangkan paku buah keras kepada suaminya itu.
" Kau ni kan, sedap mulut kau jer nak samakan aku dengan tok nenek kura-kura. Sabar boleh tak? Salah kau jugak yang tutup mata aku dengan kain ni dah kenapa? So salah kau la kalau aku jalan lambat macam ni " Hembur Darius meluahkan rasa sakit hatinya itu. Ada ker nak disamakan dirinya yang segak bergaya dan berbadan sado ni dengan kura-kura yang kecik tu. Jauh panggang dari api tau !!
" Olo olo olo, merajuk ker tu wahai suamiku yang saya cintai ni? " Soal Alisya bernada lembut cuba memujuk. Terus dirinya pergi menghampiri Darius dan memeluk suaminya itu.
" Tak ada masalah aku nak merajuk dengan budak-budak macam kau ni. Dah cepatlah pimpin tangan aku ni, bawak aku pergi ke tempat yang kau nak surprise kan sangat tu " Dalih Darius terus pelukan Alisya itu dilepaskannya.
" Ala awak ni, saya nak peluk awak pun, awak jual mahal !! " Ungkap Alisya tidak berpuas hati. Rambutnya yang menjurai ke bawah terkena dahinya itu terus ditiupnya. Cuba melepaskan rasa geram. Ye la,kalau lepaskan geram pada Darius kan,dianggap bini derhaka pulak, lepaskan pada rambut je la.
Darius yang mendengar luahan Alisya itu hanya memekakkan telinganya. Malas dilayan manja Alisya itu, kalau dilayan tak pasal-pasal jadi lain pulak. Terus dibuka langkah meneruskan perjalanan untuk ke tempat yang Alisya ingin buat kejutan padanya itu.
" Awak! Saya cakap dengan awak ni. Arghhhh tak kira!! Saya tetap nak peluk jugak awak! " Luah Alisya terus dia berlari kecil memeluk Darius daripada belakang.
Darius yang berasa terkejut akan pelukan Alisya itu terdiam. Langkah kakinya terhenti. Nafasnya ditarik perlahan,cuba untuk menstabilkan nafsu lelakinya itu. Ye la, dah pelukan Alisya itu kemas sangat-sangat,jadinya setiap lenggok tubuh badan Alisya dapat dirasanya.
" Ehemm! Aku nak jalan ni, cepatlah kau pimpin tangan aku, tunjukkan arah mana aku kena pergi. Kalau kau peluk aku macam ni,macam mana aku nak tahu kan " Ungkap Darius cuba menyedarkan Alisya yang sedang enak memeluknya itu.
" Ish awak ni, baru saya nak rasa feel macam suami isteri sikit terus awak dah potong. Kacau line betullah " Bebel Alisya tidak berpuas hati. Bibirnya dicebikkan meluahkan rasa geram di dalam hati.
" Sini, cepatlah " Arah Alisya bernada serius. Tangan Darius dipimpinnya, menunjuk arah ke mana harus Darius pergi mengatur langkah untuk menuju ke tempat yang dia ingin memberi kejutan itu.
" Tadaaa !! Surprise !! " Jerit Alisya ceria setelah membuka kain yang dijadikan penutup mata Darius itu.
" So? Ni surprise kau untuk aku? " Soal Darius acuh tak acuh. Ingatkan Alisya memasak ker untuknya, ni tak cuma menyediakan unggun api. Dah macam berkelah di tepi pantai pulak.
" Yup. Tepat sekali. Ni surprise saya untuk awak. At least boleh tahan daripada surprise awak dengan buat kejutan apron yang buruk dan hudoh tu. Saya tengok pun dah rasa macam bukan apron. Tapi kalau ni, unggun api yang saya buat ni memang dan sememangnya dah macam unggun api tau " Ungkap Alisya dengan gaya confidentnya itu. Sudah seperti lagak sedang buat presentation pulak.
" So? Kau nak suruh aku bagi reaksi apa? Nak suruh aku up gambar unggun api kau ni, bagi tahu satu dunia bahawasanya Tengku Alisya Riana binti Tengku Syahril Iskandar, dah pandai nyalakan unggun api. Kau nak suruh aku buat macam tu? " Perli Darius cuba menyakitkan hati Alisya itu. Biar Alisya rasa geram, sebal dan marah pada dirinya itu.
" Baguslah kalau awak buat macam tu. Manalah tahu kan, suatu hari nanti saya akan jadi terkenal " Bidas Alisya melayankan saje perlian suaminya itu.
" Suka hati kaulah " Jawab Darius. Terus dia menghenyakkan punggungnya di sisi unggun api buatan isterinya itu.
" Kau buat apa ni? " Soal Darius apabila Alisya mula mengikat tinggi rambut ikal mayangnya itu menyerlahkan leher jinjangnya yang putih itu.
" Assalamualaikum, saya di sini ingin mempersembahkan sebuah lagu special untuk suami saya yang tercinta iaitu bertajuk A Litte Love by Fiona Fung " Ucap Alisya bersama senyuman di bibirnya itu. Satu kenyitan mata dihadiahkan buat Darius.
Darius yang melihat aksi comel Alisya itu tersenyum. Rasa lucu pun ada dengan gelagat Alisya yang dah serupa macam nak buat persembahan di atas pentas pulak.
Alisya menarik nafas perlahan. Bismillah dibaca untuk menyanyikan lagu buat suami yang dicintainya itu dengan kiraan satu dua tiga terus dia mempersembahkan nyanyiannya itu khas untuk Darius.
" Greatness as you
Smallest as me
You show me what is deep as sea
A little love, little kiss
A litlle hug, little gift
All of little something.these are our memories "
"You make me cry
Make me smile
Make me feel that love is true
You always stand by my side
I don't want to say goodbye "
" You make me cry
Make me smile
Make me feel the joy of love
Oh kissing you
Thank you for all the love you always give to me
Oh i love you "
" Greatness as you
Smallest as me
You show me what is deep as sea
A little love, little kiss
A litlle hug, little gift
All of little something.these are our memories "
" You make me cry
Make me smile
Make me feel that love is true
You always stand by my side
I don't want to say goodbye "
" You make me cry
Make me smile
Make me feel the joy of love
Oh kissing you
Thank you for all the love you always give to me
Oh i love you "
" Yes I do
I always do "
" Make me cry
Make me smile
Make me feel that love is true
You always stand by my side
I don't want to say goodbye "
" You make me cry
Make me smile
Make me feel the joy of love
Oh kissing you
Thank you for all the love you always give to me
Oh i love you "
" To be with you, oh i love you " Nyanyi Alisya dengan sepenuh hatinya menghabiskan rangkap lirik lagu terakhir nyanyiannya itu.
Darius yang mendengar nyanyian Alisya itu berasa tersentuh. Setiap bait-bait lirik lagu itu seolah-olah betul-betul ditujukan untuk dirinya.
Alisya yang sudah selesai menyanyikan lagu itu terus membuka langkah kakinya menuju ke arah Darius. Dipegang jari-jemari suaminya itu lalu dibawa ke dadanya.
" I love You Eric Darius Arrayan " Ungkap Alisya sambil memandang wajah suaminya itu. Direnungi kedua-dua mata hazel milik Darius itu. Mengharap agar Darius memahami isi hatinya itu.
Darius yang mendengar luahan cinta isterinya itu hanya mendiamkan diri. Dia buntu, dia masih tidak tahu apakah dirinya juga mencintai Alisya atau tidak. Terus dibuka langkah untuk beredar dari situ.
Alisya yang melihat reaksi Darius itu tidak dapat menahan sebak. Perlahan-lahan air matanya itu mula membasahi pipinya. Dia tidak tahu, mengapa begitu sulit untuk dirinya bertakhta di hati Darius.
" Jom, ikut aku " Arah Darius tiba-tiba sambil menghadiahkan senyuman manis pada isterinya itu. Huluran tangan diberikan kepada Alisya memberi isyarat kepada Alisya agar memegang tangannya itu.
Alisya hanya menuruti. Huluran tangan suaminya itu disambut.
" Dah, jangan nangis lagi. Muka kau nampak buruk bila kau asyik nangis jer " Pujuk Darius berserta usikan gurauannya itu. Dicuit hidung isterinya itu dengan lembut.
" Ni hidung kau ni dah merah macam badut tau. Tak suka lah aku ada isteri yang ada hidung macam badut, tak cantik! Buruk sangat-sangat " Usiknya lagi. Kini pipi Alisya pula dicubitnya geram.
"Awak ni, tak baik tau cakap macam tu. Saya jadi badut macam ni, jadi buruk macam ni, semuanya sebab awak tau! " Bidas Alisya cuba mempertahankan dirinya itu. Wajahnya sudah masam mencuka mendengar kata-kata Darius itu.
" Aku gurau je la. Janganlah merajuk macam ni, ololo ololo dah merajuk ker tu? " Usik Darius bernada ceria.
Alisya hanya diam tiada keinginan mahu membalas gurauan Darius itu. Terus dibuka langkah kakinya menuju ke pesisir pantai manakala tangannya erat memegang tangan sasa Darius itu, dan Darius pula hanya menuruti.
" Awak, awak nampak tak batu-batu ni? " Tanya Alisya sambil menunjukkan batu-batu kecil di atas pasir pantai itu.
" Nampak, kenapa? " Soal Darius pula, dirinya berasa pelik tiba-tiba Alisya menyoalnya mengenai perihal batu pulak.
" Batu-batu kecil ni ibarat hati awak yang begitu keras untuk dipecahkan, begitu keras untuk saya terjah masuk. Tapi, di saat ombak pantai membadainya, batu-batu kecil ni akan bergerak mengikut gerakan ombak pantai. Makanya saya berharap suatu hari nanti saya mampu untuk menjadi seperti ombak-ombak laut. Saya berharap saya turut dapat membuatkan hati awak tergerak untuk menerima cinta saya " Luah Alisya ikhlas berserta ditemani bayu-bayu ombak.
Deruan ombak pada malam itu menemaninya dan memberi kekuatan padanya untuk terus menagih cinta dan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bernama Eric Darius Arrayan, kerana penjara yang diciptakan oleh Darius bukannya sebarang penjara, tapi ia adalah penjara cinta dan kunci bagi penjara itu hanyalah cinta dan kasih daripada insan yang bernama Eric Darius Arrayan.
Share this novel