Bab 29.

Romance Completed 86682

Darius tersenyum sendiri setiap kali melihat gambar-gambar Alisya yang ditangkap secara diam-diam. Lagak-lagak Alisya yang lucu cukup membuatkan hatinya berbunga bahagia. Fikirannya mula terbayang akan memorinya bersama Alisya tiga hari yang lepas.

" Awak!! Awak, tengok ni, saiz kaki saya dengan kaki awak macam langit dengan bumi tau. Kaki awak besar macam gajah, tapi kaki saya cute macam penguin " Ungkap Alisya dengan bangganya selapas bekas telapak kakinya yang terkena pasir pantai dibandingkan dengan bekas telapak kaki suaminya itu.

" Hek eleh!! Saiz kaki kau tu kecik, dah macam orang tak cukup zat. Yang tu kau cakap cute? Ni tengok ni saiz kaki aku ni besar menandakan aku ni cukup makan. Tengok ni, kan cantik telapak kaki aku macam ni. Tak macam kau punya buruk!! " Bidas Darius yang tidak mahu mengalah dengan ungkapan Alisya.

" Eeee awak punyalah yang buruk!! Saya punya cantik!! Memang la saya tak cukup zat pun, saya tak cukup zat cinta dari awak!! Welkkk !! " Bidas Alisya pula yang tidak mahu mengalah. Jeliran lidah dihadiahkan buat suaminya.

" Kau jelir lidah dekat aku?! Kau ni kan, kau tahu tak aku ni siapa? Kau tahu tak Tengku Alisya Riana? " Sergah Darius cuba menakutkan Alisya. Perlahan-lahan dirinya membuka langkah menghampiri Alisya yang sudah mula berasa gerun.

" Emmmm, saya, saya, saya tahu yang awak ni Eric Darius Arrayan yang takde perasaan. Hati awak tu keras macam batu!! Welkkk!! " Bidas Alisya cuak. Namun tetap dia memberanikan dirinya cuba membalas sergahan Darius yang menakutkan itu. Sekejap macam mahu diajak bergaduh, sekejap seolah-olah mahu bergurau. Pening betul menengok tingkah laku Darius ketika ini.

Melihat Darius tersenyum lagak seperti ingin melakukan sesuatu yang misteri, terus Alisya membuka langkah lari menjauh daripada suaminya itu. Belum sempat dia ingin membuka langkah terus badannya diangkat oleh Darius.

" Awak!! Lepaskanlah saya!! Saya gurau jer, takkan tu pun tak boleh?! Awak!! Awak!! " Pinta Alisya dengan nada simpati. Ye la, dia baru jer siap mandi, pakai baju warna putih pulak, apelagi?! menjerit la dia apabila Darius mendukungnya ingin menghumbannya ke dalam air laut.

Darius yang mendengar rayuan Alisya hanya membuat muka selamba badak.

" Bushhh !! " Badan Alisya sudah dibasahi dengan air laut masin.

" Tu la, kau kutuk lagi kaki aku. Hahahahahaha padan muka " Ungkap Darius bersahaja setelah puas mengenakan Alisya.

" Awak!! Saya kutuk kaki awak jer kan?! Bukannya saya humbankan kaki awak ke dalam air laut macam ape yang awak buat dekat saya ni!! " Gerutu Alisya menahan gelora marah di jiwa. Dijelingkan biji matanya pada Darius menandakan dirinya langsung tidak berpuas hati dengan tindakan Darius.

Darius yang melihat wajah Alisya sudah masam mencuka hanya tersenyum kecil. Terasa kelakar pula melihat kelakuan Alisya itu. Perlahan-lahan dia mengeluarkan henfonnya menangkap gambar Alisya secara senyap-senyap.

Alisya yang melihat Darius berlagak selamba langsung tiada keinginan untuk meminta maaf hanya mengeluh kecil.

" Awak ni kan, saya punyalah marah dekat awak, lepastu awak boleh pulak main phone awak tu?! Awak!! Tak nampak ker yang saya ni dah basah!! BASAH!! " Hembur Alisya.

" Ololololo, marah ke tu? Maaflah aku tak sengaja. Maaf ea " Ungkap Darius cuba memujuk isterinya itu.

Melihat Alisya yang hanya mendiamkan diri, terus dibuka langkah mendekati isterinya. Dicuit lembut hidung Alisya itu, dicubit geram kedua-dua belah pipi isterinya.

" Janganlah marah sayang. Sayang, ooo sayang, janganlah marah-marah. Tengok ni dah tak cantik " Pujuk Darius lembut.

" Ape sayang-sayang?! Bukan awak tu langsung tak sayang saya ker? Dah la, saya nak pergi bersihkan diri dulu " Rajuk Alisya. Dibuka langkah kakinya ingin beredar dari situ.

Darius yang melihat rajuk Alisya itu tertawa kecil. Rasa gembira pula bila Alisya merajuk macam budak kecik tu. Terus dibuka langkah menghampiri Alisya.

" Awak!! Apa ni? Saya boleh jalan la. Jangan nak dukung saya sangatlah. Awak, turunkan saya please " Pinta Alisya yang masih terkejut dengan tindakan Darius yang tiba-tiba mendukungnya. Setiap helaan nafas suaminya itu mampu dirasainya.

" Macam mana aku tak dukung kau? Tu, kau punya baju anak nenek adik beradik kau, dah boleh aku nampak tau. Kalau aku dukung kau macam ni, at least tertutuplah semua tu " Ungkap Darius bersahaja.

Alisya yang melihat renungan mata Darius melekat pada tubuhnya itu terbeliak besar. Malu la wei, Darius nampak semua tu!!

" Kau jangan nak malu sangat. Aku suami kau, aku berhak untuk tengok semua tu. Merah membuatkan abang tergoda " Bisik Darius nakal pada telinga Alisya.

Alisya yang mendengar bisikan suaminya itu hanya mampu mendiamkan diri. Entahlah bila dia berada dalam keadaan macam ni, dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh berubah menjadi pemalu, sedangkan sebelum ini, dia jugak yang rela pakai seksi-seksi serah diri pada suaminya itu.

" Ehem!! Ehem!! Sakit tekak aku, kesian anak tekak aku terpaksa menjerit-jerit nak suruh jejaka yang angau bercinta ni sedar kewujudan aku kat sini " Rajuk Rudy cuba membuat mimik muka sedih. Sudah lima belas minit dia tercegat di muka pintu mengharapkan Darius menyuruhnya untuk masuk, tapi ni tak, Darius cuma tersenyum sorang-sorang dah macam orang gila dia menengoknya.

" Eh!! Kau Rudy, masuklah. Aku tengah sibuk ni fikirkan pasal projek dekat Melaka tu " Bidas Darius cuba menyembunyikan perkara sebenar bahawa dirinya termenung memikirkan Alisya.

" Kau tu langsung tak ada bakat nak jadi penipu bro. Air muka kau tu, aku dah tahu, yang kau ni dah jatuh cinta dekat isteri kau kan? Kau dah jatuh sayang dekat Alisya kan? " Soal Rudy dengan lagak seperti detective.

" Eh mana adalah. Aku cuma terhibur jer sebab bini aku tu suka buat benda-benda yang kelakar " Dalih Darius sambil dirinya dibuat-buat sibuk menyemak dokumen-dokumen dia atas meja.

" Kalau kau dah jatuh cinta dekat Alisya, baik kau mengaku jer. Tak salah pun kalau kau nak jatuh cinta dekat isteri kau sendiri. Dia halal untuk kau. Kau ada hak untuknya. Jangan kau nak nafikan sangat perasaan cinta kau tu. Kalau dah cinta, dah sayang, better kau luahkan. Jangan sesal di kemudian hari bro " Nasihat Rudy kepada sahabatnya itu.

" Fuyooo!! Perghh cantik sangat kau punya bini. Kalau macam ni, aku sanggup kena tangkap basah dengan bini kau. Bro kalau kau tak sayang dan tak cinta dekat bini kau, ni aku kat sini, sanggup terima bini kau " Ungkap Rudy bersahaja setelah matanya dapat menangkap gambar Alisya pada wallpaper screen handphone sahabatnya itu. Sungguh tidak dinafikan Alisya, isteri kepada sahabatnya itu sememangnya ada aura kecantikan yang tersendiri.

Darius yang mendengar ungkapan selamba badak sahabatnya hanya mampu tersenyum kelat. Entah setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Rudy itu menyebabkan dirinya berasa tercabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience