Alisya bermain-main dengan kekura jari-jemarinya itu. Bibirnya digigit, matanya dibawa merenung ke arah jubin lantai putih mall itu. Bait-bait kata yang dituturkan oleh si gadis autisme itu cukup membuatkan hatinya gusar dan gundah. Berbagai perihal negatif mula terbayang-bayang bermain-main dalam benak fikirannya.
" Cepat wei, kita kena bagi tahu security guard pasal ni. Kalau lelaki tu tak pengsan tapi mati, haaa macam mana? "
" Aku tahu, tapi kita kena call ambulance dulu. Suruh ambulance datang sini, baru kita bagitahu dekat pak cik guard "
Perbualan sumbang menjengah deria pendengarannya. Lantas Alisya mengangkat muka. Debaran hatinya yang tadi sudah berdetak laju, kini semakin laju debarannya. Terus dia mengangkat punggung dan menapak ke arah dua susuk tubuh yang sedang berbual itu.
" Siapa yang pengsan? Ada sesiapa pengsan ker? Lelaki atau perempuan? Dekat mana? Dalam toilet ker? " Bertubi-tubi Alisya melemparkan pertanyaan kepada dua lelaki dihadapannya itu. Raut wajahnya beriak cemas.
Dua lelaki yang mendengar ajuan soalan daripada Alisya saling berpandangan. Belum sempat mereka ingin menjawab pertanyaan daripada Alisya, terlebih dahulu Alisya berlari menuju ke arah tandas.
Hatinya berdetak laju, raut wajahnya cemas-secemasnya. Langkah kaki dibuka berlari pantas menuju ke arah tandas lelaki. Pelbagai bayangan mula menerjah pemikirannya. Daripada jauh, dapat dilihat sekumpulan manusia berkerumun di luar pintu tandas.
Gulp! Air liur ditelannya, cuba untuk mencari kekuatan dalam dirinya. Setapak demi setapak dirinya menuju ke arah tempat himpunan manusia itu.
Ibarat nadinya sudah terhenti, ibarat bayangan itu menjadi realiti, hatinya terbungkam. Susuk tubuh yang terbaring di atas lantai itu adalah susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Dirinya terketar-ketar, lemah longlai kakinya ingin menapak ke arah susuk tubuh itu.
" Allahuakhbar ! "
Kalimah Allah Yang Maha Esa dituturkannya usai melihat susuk tubuh itu adalah benar bahawa ia adalah suaminya, Eric Darius Arrayan. Terketar-ketar lututnya ingin berlutut melihat kondisi suaminya itu. Kolam air mata yang sememangya sudah lama bergenang, kini tumpah gugur membasahi pipi.
" Cik kenal lelaki ni? " Suara seorang lelaki bertanyakan soalan kepadanya.
Alisya yang sudah kelu untuk berkata-kata hanya mampu teresak menangis. Sayu dan duka pandangan matanya melihat wajah pucat milik suaminya itu. Perlahan-lahan tangan mulusnya dibawa menyentuh kedua-dua belah pipi milik Darius. Sejuk, itu yang dirasakannya.
" To..tolong..siapa-siapa call ambulance " Pinta Alisya dengan suara yang terketar-ketar. Air mata yang sememangnya sudah gugur berjuraian membasahi pipinya itu, kini semakin deras gugur sehingga setitis demi setitis mutiara jernih itu tumpah membasahi wajah pucat milik Darius yang tidak sedarkan diri.
" Jangan tinggalkan saya..saya tak mampu hidup tanpa awak Darius. Saya tak mampu teruskan hidup tanpa awak di sisi saya. Saya sayangkan awak.." Tutur Alisya sayu. Matanya sudah berkaca-kaca menyerlahkan rasa duka dalam hatinya. Wajah pucat Darius yang tidak sedarkan diri itu ditatap sayu.
*******************************
Melissa yang baru sahaja selesai berbual dengan Rudy melalui corong telephone terseyum sinis. Akhirnya, kebenaran sudah terungkai dan sangkaannya selama ini adalah tepat. Sememangya Bunga adalah dalang disebalik pergaduhan antara Darius dan Alisya, dan Bunga juga adalah dalang dalam menfitnah anaknya itu.
" Dah kenapa tersenyum sorang-sorang? Gila ker? Gila sebab dah puas sindir aku? " Soal Bunga yang kebetulan terserempak dengan Melissa yang daripada tadi asyik tersenyum.
Melissa yang mendengar pertanyaan daripada Bunga tersenyum sinis. Bibirnya berdecit, sambil matanya meningkam tajam melihat ke arah Bunga dengan gayanya yang berpeluk tubuh ditambah lagi dengan gaya ala-ala temptation of the wife, dia membuka langkah menapak menghampiri Bunga.
" I tak gila. I cuma terlampau gembira sebab akhirnya, tak lama lagi ada orang tu dia akan berubah menjadi GILA !! " Perkataan gila ditekannya. Jari mulusnya mengusap lembut tudung yang dipakai oleh Bunga.
Bunga yang mendengar ungkapan daripada Melissa mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Lirikan matanya sahaja memandang jari mulus Melissa yang sedang mengusap lembut tudung yang dipakainya itu.
" I tak sabar, nak tengok drama orang gila ni nanti. By the way, get well soon untuk tangan you tu " Kenyitan mata dihadiahkan buat Bunga. Bahu Bunga ditepuk lembut, usai itu dia menapak pergi meninggalkan Bunga yang terkebil-kebil masih tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan olehnya itu.
Bunga menggigit bibir. Debaran di hati ringan sahaja berdetak, seolah-olah sesuatu yang buruk bakal terjadi pada dirinya. Entah, setiap yang diungkapkan oleh Melissa begitu tajam untuk dirinya mengerti. Lama dirinya berfikir, terus satu senyuman jahat terpancar pada bibirnya. Tangannya yang membengkak itu dipandang sinis.
" Aku adalah Bunga. Bunga yang tak indah, tapi Bunga yang cukup berbisa !! " Sinis tutur katanya. Senyuman syaitan dipamerkan pada bibirnya. Just wait and see !!
Share this novel
update plezz...
update lagi please .