Bab 27.

Romance Completed 86682

" Awak !! Awak !! " Panggil Alisya apabila melihat Darius tidak sedarkan diri.

" Awak, janganlah buat saya macam ni. Kalau yer pun saya tipu awak, saya tak dengar cakap awak, awak janganlah pergi tinggalkan saya. Saya tak sanggup kalau awak tinggalkan saya. Awak !! " Luah Alisya sayu. Air matanya gugur membasahi pipi rasa sebak mula bertandang di hati memikirkan Darius yang tidak sedarkan diri itu.

" Awak, bangunlah. Janganlah diam. Bangunlah !! " Rintih Alisya lagi. Ditampar kedua belah pipi Darius dengan lembut berharap Darius akan sedarkan diri. Namun hampa tindakannya itu langsung tidak berhasil.

" Awak, bangunlah awak. Saya tak boleh kehilangan awak. Saya tak sempat lagi nak mintak maaf dengan awak. Awak, saya janji lepasni saya tak tipu awak lagi. Awak, " Panggil Alisya dengan rasa sebak di dada. Air matanya tidak henti membasahi pipi merahnya itu. Dipukulnya lembut dada bidang Darius dengan harapan Darius akan bangun.

" Kau tak boleh nak pukul kuat lagi? Setakat pukulan macam ni, memang aku dah tak bangun sampai bila-bila dah " Ungkap Darius bersahaja, setelah dirinya tersedar daripada pengsan. Dipegang kedua-dua belah tangan Alisya terus diciumnya lembut. Dia bersyukur kerana akhirnya insan yang dicarinya itu sudah ada di depan mata.

Alisya yang mendengar ungkapan daripada Darius mencebikkan bibirnya. Menyampah pula dia rasa apabila pada saat-saat macam ni Darius tetap nak buat dia rasa sakit hati.

" Awak ni kan, saya risaukan pasal awak separuh nyawa saya tau tak !! Tapi boleh ea awak sakitkan hati saya pulak. Saya benci awak Darius !! Saya benci awak !! Benci !! Benci !! BENCI !! " Hembur Alisya meluahkan rasa di hati sambil memukul dada bidang Darius bertalu-talu.

Darius membiarkan sahaja pukulan Alisya itu. Dia merasakan bahawa sememangnya dia layak untuk Alisya memukulnya. Lima minit berkeadaan sebegitu, terus dia membawa Alisya ke dalam pelukannya. Diusap ubun-ubun rambut Alisya yang mengenakan tudung Bunga itu.

" Dah la, kau tak kesiankan aku ker? Sakit tau kau pukul aku macam ni. Nanti dada aku bengkak-bengkak macam mana? Ke kau nak tolong urutkan untuk aku? " Soal Darius dengan lagak miang.

" Eeee, gatalnya awak ni. Saya tak kesiankan awak pun. Ni hati saya ni lagi sakit tau, bila awak langsung tak pujuk saya lepas awak tengking saya macam tu " Hembur Alisya yang masih rasa sebal di hati.

" Alaaa, maafkanlah aku. Ni aku dah pergi cari kau kan. Tengok ni sampai sakit kepala aku pergi cari kau " Luah Darius menagih simpati dan dalam masa yang sama cuba untuk memujuk Alisya.

" Awak sakit kepala? Lepastu kepala awak dah macam mana? Dah oky ke belum? " Tanya Alisya khuatir. Tangannya terus memicit lembut kepala suaminya itu.

" Sebab aku dah jumpa kau, sebab kau dah ada depan mata aku, terus sakit kepala aku ni dah hilang " Ungkap Darius romantik.

" Awak, saya tanya betul-betul ni. Awak, nanti bila awak dah balik dari pulau ni, awak pergi jumpa doktor ea. Tanyakan pasal awak ni yang selalu sangat sakit kepala ni. Saya risaulah awak " Luah Alisya memujuk agar Darius berjumpa dengan doktor. Ye la, selalu jer Darius sakit kepala, mana tak risaunya.

Darius hanya mengangguk kecil. Mungkin dia perlu berjumpa doktor cuba menanyakan tahap kesihatannya yang sejak akhir-akhir ini selalu sahaja sakit kepala.

" Alisya, kau tak nak ikut aku balik ker? Kau tak rindukan papa kau? " Soal Darius pula apabila dirinya memikirkan mungkin inilah masa yang sesuai untuk bawa Alisya pulang ke KL bersamanya. Alisya sudah berubah seperti apa yang dia harapkan. Penjara yang diciptakan untuk Alisya sudah tiba masanya untuk dihapuskan.

" Saya bukan taknak ikut awak balik Darius, cuma saya takut. Saya takut sekiranya saya balik ke KL, tinggalkan pulau yang banyak mengubahkan diri saya ini ke arah erti Islam yang sebenar, saya takut sekiranya saya tak mampu istikhamah. Biarlah saya tinggal dekat sini dulu. Saya nak kuatkan iman saya " Luah Alisya. Dia masih lagi tidak yakin untuk menjejakkan kakinya ke ibu kota yang penuh dengan duniawi itu, dan sekiranya dia pulang, sudah tentu kawan-kawannya yang suka berfoya-foya itu akan mengajaknya keluar berhibur seperti sebelum-sebelum ini. Dia takut sekiranya iman dia tidak kuat.

" Pasal papa, tipulah kalau saya tak cakap yang saya tak rindukan papa. Papa la orang yang saya paling rapat. Tapi, saya yakin, papa akan faham kenapa saya tidak mahu pulang, dan andai kata suatu hari nanti bila saya pulang ke KL, saya akan beritahu segala-galanya. Apa tujuan dan sebab awak kurung saya di pulau ni " Ungkap Alisya lagi. Digenggam erat jari jemari Darius sambil menerangkan isi hatinya itu. Dia berjanji dia tidak akan membiarkan papanya itu memburukkan perihal Darius, kerana dia tahu yang papa dan Darius seolah-olah sedang bermusuh. Bermusuh sebab apa itu dia tidak tahu.

Keluhan kecil dilepaskan apabila mendengar luahan Alisya itu. Sudah itu yang Alisya mahukan, nak tak nak dia menganggukkan kepalanya. Terus dia membawa Alisya ke dalam pelukannya.

" Alisya, kau tak pernah fikirkan mama kau? " Soal Darius cuba mengorek isi hati isterinya itu. Sungguh dirinya ingin tahu apakah pandangan Alisya terhadap arwah mama angkatnya.

Alisya yang mendengar soalan daripada Darius terus melepaskan pelukan antaranya bersama suaminya itu. Entah apabila tiba-tiba Darius membicarakan perihal mamanya, tetiba dirinya dihujani perasaan sedih. Perlahan-lahan air matanya gugur membasahi pipi.

" Dah jangan nangis. Maafkan aku sebab tanya dekat kau pasal mama kau. Dah jangan nangis lagi. Tengok ni kau nangis terus muka kau jadi buruk " Pujuk Darius lembut. Pipi Alisya yang sudah kebasahan dengan air mata itu diusap lembut.

" Entahlah awak, soalan awak tu betul-betul buat saya rasa sedih. Tapi bila awak tanya pasal mama saya, tipulah kalau saya tak pernah fikirkan mama. Dulu-dulu, masa saya sekolah tadika, saya selalu tengok kawan-kawan saya ada mama, tapi saya? Saya cuma ada papa dan Mak Tam. Tapi saya tak pernah marahkan mama. Saya yakin semua yang terjadi ni ada hikmahnya " Luah Alisya jujur bersama air mutiara jernih yang masih gugur membasahi pipinya.

Darius yang seakan turut merasai kesedihan isterinya itu, terus membawa Alisya ke dalam pelukannya. Diusap lembut belakang Alisya cuba untuk menghilangkan rasa sedihnya itu.

" Dah, jangan nangis. Kalau kau tak marahkan mama kau, aku rasa sangat berterima kasih Alisya. Terima kasih sebab kau memberi tanggapan positif akan apa yang telah berlaku " Luah Darius yang rasa begitu bersyukur. Syukur kerana Alisya tidak pernah berdendam terhadap mamanya.

" Tapi, saya rindukan mama saya. Sepanjang saya hidup, mama tak pernah jenguk saya. Kalau saya tanya papa tentang mama, pasti papa akan marah " Luah Alisya. Pelukan Darius dilepaskan. Ditatap sayu wajah tampan suaminya itu.

" Awak, nanti bila awak balik KL, awak boleh tolong carikan mama saya? " Pinta Alisya berharap suatu hari nanti dia dapat berjumpa dengan mamanya. Anak mana yang tak rindukan seorang ibu? Anak mana yang tidak dahagakan kasih sayang seorang ibu? Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan mamanya, tapi hati dia tetap cinta dan kasih pada insan yang telah berjuang melahirkannya di dunia ini.

Darius yang mendengar permintaan isterinya itu mengangguk tanda setuju. Entah bagaimana jikalau Alisya dapat tahu perkara sebenar bahawa insan yang dirinduinya itu sudah tiada. Terus diangkat dagu Alisya ke atas agar mendongak melihatnya. Ditatap wajah isterinya itu dengan satu perasaan yang aneh bagi dirinya. Perlahan-lahan bibirnya mencium lembut dahi isterinya itu, terus dicium pula kedua-dua belah pipi Alisya dan terus bibirnya memagut bibir munggil Alisya. Diberi ciuman pada isterinya itu dengan satu perasaan syahdu.

Alisya yang merasakan ciuman hangat daripada Darius hanya merelakan sahaja. Memang ini yang dia inginkan, layanan romantik daripada Darius iaitu suaminya yang berhati batu plus dingin orangnya.

Lima minit mereka hanyut dalam situasi yang mengasyikkan itu, tiba-tiba
" Amboi bos !! Kami punyalah risaukan bos dan Cik Alisya. Ni tengok-tengok tengah sibuk beromantik rupanya. Kalau macam ni, memang kami takkan pergi datang cari boslah kalau macam ni rupa keadaannya " Sergah Mamat sambil tersengih-sengih. Malu pun ada sebenarnya, ye la melihat bosnya sedang berasmara dengan bininya itu.

" Ehem !! Kau tak balik lagi Mamat ? Kau pun Bunga? " Soal Darius cuba mengalihkan topik. Of course rasa malu menebal di hatinya. Kantoi depan anak buah tengah beroman dengan bini. Siapa yang tak malu weii !!

Bunga yang mendengar soalan daripada Darius hanya berdiam, manakala Mamat menjawab pertanyaan bosnya itu.

" Bunga ni ha, katanya takut kalau-kalau bos dan bini bos yang cantik manis ni sesat dalam hutan ke apa "

" BINI BOS SAHAJA !!. Cantik manis kau jangan guna perkataan tu Mamat. Kalau tak aku potong gaji kau " Ungkap Darius lagak seperti seolah-olah aura cemburu mula hadir di situ.

Alisya yang masih malu sebab tertangkap perbuatannya ehem ehem dengan suaminya itu hanya menundukkan wajah. Rasa segan ingin membuka bicara dan mengangkat wajah melihat Bunga dan Mamat di situ.

" Cik Alisya oky tak ni? Cik Alisya ada luka kat mana-mana tak? " Soal Bunga prihatin setelah lama dia mendiamkan diri.

" Saya oky jer la Bunga. Saya tak luka apa-apa pun. Awak janganlah risau " Jawab Alisya jujur. Senyuman manis dihadiahkan buat Bunga yang terlalu ambil berat pasal dirinya itu.

" Hah apa lagi? Baliklah. Takkan nak duduk kat hutan ni pulak " Tempelak Darius setelah dia dan Mamat sahaja yang bergerak membuka langkah untuk beredar dari situ. Tetapi Bunga dan Alisya pulak seronok berbual macam dah taknak balik. Ni la perempuan, kalau dah bercakap tak ingat macam mana nak berhenti.

Bunga dan Alisya yang mendengar sindiran Darius tersenyum kecil. Terus mereka membuka buka langkah bersama, beringingan untuk pulang semula ke pondok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience