Bab 44.

Romance Completed 86682

Darius membuka langkah besar setelah sampai di pulau yang sudah lama tidak dijejakinya itu. Anak matanya diliarkan mencari kelibat gerangan insan yang dicintainya.

Angin pantai bertiup kencang menyebabkan dirinya sukar untuk mengimbangi badan. Kedengaran kuat ombak pantai membandai persisiran pantai meresahkan lagi hatinya.

" Ya Allah, engkau perliharakanlah isteriku di dalam jagaanMu. Engkau lindungilah dia Ya Allah. Sungguh aku tak sanggup jika dia pergi tinggalkan aku " Doanya di dalam hati. Langkah kakinya tetap berjalan, cuba mencari kelibat Alisya.

" Alisya !! " Matanya terbeliak luas melihat insan yang disayanginya itu terbaring dibadai ombak. Langkah kakinya dibuka seluas mungkin pergi meluru ke arah isterinya yang sudah tidak sedarkan diri.

" Alisya !! Alisya !! Bangunlah !! Alisya !! " Pipi Alisya ditampar lembut cuba menyedarkan Alisya. Bahu isterinya itu digoncang perlahan dengan harapan Alisya akan sedarkan diri, namun hampa setiap apa yang dilakukannya tidak membuahkan hasil.

" Cupp !! " Bibirnya memagut lembut bibir munggil Alisya. CPR dilakukan kerana sangkanya Alisya lemas dibadai ombak.

Ditekan beberapa kali dada Alisya, tidak cukup dengan itu, dicium berkali-kali bibir pucat isterinya itu. Melihat Alisya sudah memberi tindak balas, terus dibawa Alisya ke dalam pelukannya.

" Jangan tinggalkan aku. Aku tak sanggup kehilangan kau Alisya. Aku tak sanggup !! " Pelukan dikemaskan. Leher jinjang isterinya itu dikucup penuh syahdu.

" Maafkan aku, maafkan aku. Aku, aku mintak maaf Alisya. Aku mintak maaf " Ungkap Darius sayu. Pelukan antara dirinya dengan Alisya dilepaskan. Melihat Alisya sudah mula separuh sedar, terus senyuman manis dihadiahkan buat isterinya itu.

Digosok lembut kedua-dua belah pipi Alisya. Dicium kedua-dua pipi Alisya, tidak terhenti di situ, dagu Alisya turut dikucupnya.

" Aku janji, lepas ni aku takkan tinggalkan kau. Aku janji " Bibirnya memagut lama bibir munggil Alisya.

Alisya yang berada dalam keadaan separuh sedar menyangkakan semua ini hanyalah mimpi. Entah mengapa, hatinya yang sudah lama menahan rindu turut membalas kucupan hangat suaminya itu. Tangannya bermain-bermain meramas lembut rambut Darius mengikut rentak gerakan mengasyikkan Darius.

Tangan sasa Darius pula menjalar melingkari pinggang ramping Alisya. Tidak terhenti di situ, kucupan hangat turut diberikan di leher jinjang Alisya, lalu digigitnya lembut.

Alisya terkesan, lalu pelukan antara dirinya dan Darius dikemaskan. Apakah kebahagian akhirnya sudah menjadi milik mereka?

************************

Melissa mundar-mandir daripada tadi. Telefon di tangannya dicampak kasar sehingga terkena pasu bunga mewah milik sahabatnya itu.

" Arghhhhhhh !! " Teriak Melissa. Pipinya ditampar berkali-kali mengharapkan semua ini mimpi. Tak, boy akan selamat !! Boy akan selamat !! Teriaknya di dalam hati.

Mak Tam yang membawa segelas jus oren berasa takut-takut untuk pergi menghampiri Melissa.

" Mak Tam, boy akan selamat kan? Boy pandai jaga diri dekat pulau tu kan? " Aju Melissa bernada risau. Wajah Mak Tam ditatapnya sayu. Sungguh dia tidak rela hati membenarkan Darius pergi ke pulau. Tambah-tambah lagi, selepas dia membaca artikel di media massa memberitahu ribu petir sedang melanda di pulau itu.

" Puan, kita doa jer yang baik-baik yer. In Sya Allah, Encik Darius dan Cik Alisya akan selamat " Pujuk Mak Tam lembut. Gelas di tangannya dihulurkan kepada Melissa.

Air jus oren diminumnya. Cuba menghilangkan rasa bimbang yang sedang bermaharajalela di hatinya itu.

" Mel harap macam tu jugak. Well, kalau Mel larang boy tak pergi ke pulau, nanti Alisya dalam bahaya. Kita sama-sama doakan biar boy dan Alisya baik-baik saja kat sana yer " Senyuman manis dihadiahkan kepada Mak Tam.

" God, please, You save my son and his wife " Doanya dengan sepenuh hati berharap tiada perkara buruk yang akan berlaku terhadap kedua-dua insan yang disayanginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience