Darius melipat sejadah sesudahnya dia selesai mendirikan solat yang menjadi kewajipan bagi umat Islam itu. Dibuka langkah kakinya menuju ke almari, dibuka laci almari itu,lalu diambilnya satu bingkai gambar yang memaparkan seorang wanita yang elok bertudung,manis tersenyum,dan di sisi wanita itu,terdapat seorang budak lelaki yang turut tersenyum.
" Mama.. " perkataan mama terbit daripada bibirnya seakan-akan mengatakan betapa rindunya dia akan insan yang berada di dalam gambar itu. Ye,rindu,tersangat rindu, walaupun perempuan itu hanyalah mama angkatnya,tetapi dia sudah menganggap wanita itu seperti ibu kandungnya sendiri. Wanita yang menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Wanita yang sangat patuh akan syariat Islam, yang sanggup bertudung 24 jam hanya semata-mata mahu menjaga batas pergaulan antara wanita dengan lelaki iatu dengan dirinya.
Air mata jantannya itu sudah jatuh membasahi pipi,menandakan bahawa betapa rindunya dirinya akan gerangan insan yang berada di dalam gambar itu. Perlahan-lahan bingkai gambar itu dipegang, dibawa ke dadanya,kakinya dibuka langkah menuju ke katil. Malam itu bulan dan bintang menjadi saksi akan seorang anak teruna merindui seorang wanita yang bergelar ibu.
******************
"Betul ke apa yang aku buat ni? Panjat tangga kayu yang tak berapa nak kukuh ni mampu ke manampung berat badan aku?" Desusnya di dalama hati. Alisya yakin,inilah masa yang sesuai untuk dirinya menyelinap masuk ke rumah mamat yang tidak tahu sape nama entah.
Perlahan-lahan kakinya memijak tangga kayu itu. Perlahan-lahan dia cuba membuka tingkap kayu dan akhirnya yes! Dia berjaya! Terukir senyuman indah apabila misinya sudah mahu sampai ke penghujungnya.
"Ooo, nama kau Eric Darius Arrayan bin Abdullah. Mat salleh punya nama,patutlah kau punya muka tak macam orang melayu sejati. Hmmm Darius or dayus hampir sama bunyinya dan perangai kau pun aku rasa lebih sesuai dengan nama dayus bukannya Darius " Omel Alisya. Matanya tidak henti memandang kad pengenalan Darius yang diambilnya daripada beg dompet Darius itu.
"Kata miskin,tapi asal banyak sangat kad debit, kad kredit yang kau ada ni Darius oi?" Gerutu Alisya keseorangan.
Baru sahaja Alisya mahu mengorak langkah ke almari yang meyakinkan dirinya bahawa di situ terletaknya geran tanah yang sememangnya dia mahukan,tiba-tiba dia rasakan bahawa dirinya itu sedang diperhatikan. Terus dipusingkan matanya 180 darjah,dan alangkah terkejutnya dia bahawa sememangnya dirinya telah diperhatikan dan gerangan insan yang memerhatikannya adalah Darius!!
" Dah puas kau tilik aku punya ic? Dah puas kau kutuk nama aku? " Ungkap Darius yang sedang berpeluk tubuh itu,dengan nada yang mendatar,kening kirinya diangkat, senyuman sinis ditayangkan di wajahnya.
" Ehemmm, akuu, akuu, aku just nak cari tempat untuk aku bermalam,bukannya nak buat apa pun,ni pun aku tersilap masuk,aku ingatkan bilik ni tak berpenghuni,sebab tu aku masuk bilik ni,tak sangka pula ni adalah bilik kau " Bidas Alisya,berharap akan apa yang diperkatakan olehnya itu mampu menutup niatnya yang ingin mengambil geran tanah di bilik Darius ini.
" Aku tak sangka,kau sanggup gadaikan maruah kau,menyelinap masuk ke bilik aku,semata-mata kau nak curi geran tanah aku kan? " Soal Darius.
"Bilik ni,bilik lelaki,kalau kau adalah seorang gadis yang ada sifat malu,kau takkan dan tak akan masuk menyelinap ke bilik anak teruna. Tak sangka papa kau langsung tak ajar kau adab-adab gadis melayu yang sopan-santun,yang malu,tapi kau sebaliknya " Ungkap Darius sinis.
Belum sempat Alisya mahu membalas kata-kata Darius yang menyakitkan hati itu, tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk dengan ketukan yang bertalu-talu.
Darius yang menyedari akan ketukan itu mula mengeluh kecil.
" Huh,tak sangka kau sanggup gunakan taktik kotor macam ni semata-mata nak dapatkan hak milik tanah ni,kau sememangnya orang yang keji Tengku Shahril !! " Desus hatinya.
*******
Darius menapak masuk ke sebuah bilik. Matanya melihat gerangan insan yang sedang duduk di hadapannya. Satu senyuman sinis mula terbit dari kedua-dua wajah insan yang sememangnya dari dahulu sentiasa berdendam. Dendam sangatkah mereka?
"Hello Eric Darius Arrayan bin Abdullah, Welcome back " Ungkap Tengku Shahril dengan sinis. Tangannya didepakan seolah-olah mahu memeluk Darius dan selepas itu ketawa yang kuat mula keluar dari mulutnya, terus bergema bilik itu dengan ketawa yang dibuatnya itu.
Darius yang melihat aksi orang tua yang keji dihadapannya itu dengan lirikan mata yang menahan marah. Tangannya digenggam seperti mahu menumbuk sahaja gerangan insan itu.
"Darius, Darius, tak sangka kau ni hensem, dan lagi tak sangka kau ni adalah musuh syarikat aku dan tak sangka kau ditangkap basah dengan anak aku! " Gerutu Tengku Shahril dengan nada yang marah. Dicengkamnya kolar baju leher Darius.
" Aku lagi tak sangka kau seorang ayah yang sanggup menghantar anak gadis kau ke rumah aku,hanya semata-mata untuk dapatkan tanah pusaka tu, and kau nampak sendirikan tanah kau dapat, tapi anak kau? Aku yang dapat " Ungkap Darius sinis.
" Kau ingat dengan menghantar anak kau,mampu membuatkan aku tergoda dengan kecantikan rupa paras anak kau? Dan terus menyerahkan tanah yang kau nak kepada anak kau? So bad, kau punya misi gagal,plan kau terpesong " Ungkap Darius lagi cuba menambah perisa atau lebih tepat bara di dalam hati Tengku Syahril.
"Kauuu! Aku nak kau bayar kepada JAKIM denda kau,anak aku,kau jangan buat main! " Ungkap Tengku Syahril dengan nada yang marah. Cengkaman kolar baju Darius dilepaskan.
" Hahahahaahahahaah! Kau nak berlakon apa lagi dengan aku? Bukan kau ke yang sememangnya nak bagi anak kau dekat aku?! Bukan kau ke yang panggil pencegah maksiat datang rumah aku yang kononnya aku bermaksiat dengan anak kau?! Kau lupa plan kau?!! Oh tak ingat, kau ni sudah tua,kubur neraka panggil!! Patutlah kau lupa! " Ungkap Darius dengan senyuman yang sinis.
Tengku Syahril terdiam, akan apa yang diperkatakan oleh Darius itu. Semua yang diperkatakan oleh Darius itu betul, yee, dirinya yang merupakan dalang akan apa yang telah terjadi. Dialah punca anaknya ditangkap basah oleh pihak pencegah maksiat, tapi apa yang dia lakukan adalah kerana dia mahukan hak pemilikan tanah pusaka itu. Dendam yang sudah lama terpahat di hatinya itu harus dilunaskan, dan itu sahaja cara untuk dia mendapatkan apa yang dia mahu.
Kini geran tanah itu, sudah ada di tangannya,dan cuma menunggu masa untuk Darius menurunkan tandatangannya untuk pertukaran milik. Dia yang merancang semua ini, perancangan untuk menjadikan Darius ditangkap basah adalah untuk dijadikan senjata,dia mahu menyebarkan isu ini kepada umum, bahawa CEO Syarikat Reccal Lion SDN bhd telah ditangkap basah,namun dia terlepas pandang,bahawa si gadis yang ditangkap basah dengan Darius adalah anaknya. "Arghhhhhh! Bodohnya aku " gerutunya di dalam hati.
"Memang kau bodoh Tengku Shahril. Tak sangka disebabkan harta kau sanggup buat macam-macam dan akhirnya, kau jatuh sendiri dalam perangkap kau! Anak kau akan jadi milik aku. Aku akan kahwini anak kau. Tapi aku tak janji,yang aku akan berikan kebahagian kepada anak kau! Dan ni,aku turunkan tandatangan aku sebagai tanda aku bersetuju akan pertukaran milik tanah ni tapi dengan satu syarat, kau jadi wali akad nikah anak kau dan aku " Ungkap Darius sinis. Terus dia mengorak langkah pergi meninggalkan Tengku Shahril.
Hatinya berdegup laju, otaknya tak habis-habis berfikir apa yang dia telah lakukan. Sepuluh minit yang lalu,dia sah menjadi seorang suami,suami kepada Alisya, anak kandung mama angkatnya. Dia tidak tahu tindakannya ini adalah betul atau tidak. Tapi dia lakukan semua ini bersebab, ye,bersebab. Sebab apa? Hanya dia yang tahu.
***********************
Alisya cuba untuk menahan sebak,cuba untuk kelihatan kuat,namun dia tidak mampu,perlahan-lahan air matanya yang jernih itu mula gugur membasahi pipinya. Hidungnya yang mancung itu kini sudah berwarna merah kesan daripada esakannya itu. Sungguh,dia tidak mengerti,apa yang sedang berlaku. Semalam dirinya telah dikahwinkan dengan jejaka yang langsung dia tidak kenali. Jejaka itu adalah Darius. Ye, Darius owner kepada tanah yang dia cuba pindahkan hak milik. Tapi, kenapa ini yang berlaku? Desus hatinya.
"Kau buat apa lagi tercongok dekat sini? Dah puas kau menengok rumah agam bangglo kau ni? Sekarang mulai hari ni kau adalah milik aku. Aku suami kau,aku berhak mahu lakukan apa sahaja terhadap kau. Faham?! " Ungkap Darius dengan nada yang serius. Tiada langsung sekelumit rasa kasihan terhadap Alisya yang sedang menangis teresak-esak itu. Dibuka langkah kakinya menuju ke kereta Audi R8 nya itu.
"Papa! Papa! Open the door please! Please, open the gate! How could you do like this to me! How dare you papa! Papa please! I need you papa! Papa! " Jerit Alisya kuat. Esakan tangisannya semakin kuat, tangannya sudah kemerah-merahan angkara cuba membuka gate besi rumah papanya itu. Sangkanya, papanya akan membuka gate besi itu,namun sangkaannya meleset, kelibat papanya langsung tidak kelihtan,apatah lagi mahu membuka gate rumah papanya itu.
Darius yang melihat Alisya seperti sudah hilang kewarasan itu segera membuka langkah menghampiri Alisya, terus dibawa tubuh Alisya di dalam dakapannya. Dicium ubun-ubun rambut Alisya dan diusap lembut belakang Alisya dengan harapan isterinya itu dapat ditenangkan. Terasa basah dadanya ketika itu,kesan daripada air mata Alisya yang mencurah-curah keluar tidak ubah seperti hujan lebat.
Tanpa disedari,adegan antara Darius dan Alisya diperhatikan oleh seseorang. Siapa? Tengku Shahril papa Alisya merangkap step father Darius. Terpancar senyuman manis di wajahnya.
"Aku yakin kau akan membahagiakan anak aku, maafkan papa Alisya " Desusnya di dalam hati.
Share this novel