Air matanya tidak henti-henti membasahi pipi. Dipegang kemas dan erat tangan suaminya itu. Terselah raut wajah cemasnya melihat Darius tiba-tiba pengsan, dan kini, Darius masih tidak menunjukkan sebarang reaksi ingin menyedarkan diri. Dikucup kedua tangan Darius penuh dengan rasa kasih sayang dan cinta. Ingin menunggu Darius membuka mata,alih-alih dia pula tertidur di sisi Darius itu. Kepalanya dilentokkan di atas dada bidang Darius. Terlelap? Yer dia terlelap dan Alisya sendiri tidak sedar yang dirinya sudah dibuai lena.
Darius terasa ada beban di dadanya itu. Alangkah terkejutnya dia melihat Alisya enak dibuai mimpi beralaskan dada bidangnya itu. Dikerlipkan beberapa kali kedua biji matanya cuba menghilangkan rasa denyut di kepalanya itu. Dikerlingkan pula ke arah jam di tangannya, pukul 8 malam, dia belum solat maghrib lagi.
Satu keluhan kecil dilepaskan. Ingin dikejutkan si Alisya,dia rasa serba salah pulak, tapi jika tidak dikejutkan,terlepas pulak waktu maghrib nanti.
"Alisya, Alisya" panggilnya lembut. Bahu Alisya digerakkan.
Alisya yang separuh sedar itu menenyeh kelopak matanya. Didongak kepalanya itu alangkah terkejutnya dia apabila mata Darius menikam tajam ke arahnya. Terus dia tersedar yang dia tertidur,dan tertidur pula di atas dada bidang Darius. Oh No! bukan aku yang sakit, yang sakit suami aku! macam manalah aku boleh terlelap ni! ishh habis plan aku nak jadi isteri solehah. Gerutunya di dalam hati.
"Jangan nak muncungkan sangat mulut kau tu. Nanti tak pasal-pasal aku cium baru kau tahu! " Ungkap Darius bersahaja. Terus dia berdiri ingin dibuka langkah pergi mengambil wuduk. Belum sempat dia ingin pergi ,terasa pergelangan tangannya dipegang.
"Awak nak pergi mana? Awak sakit ni, saya ikutlah" Ungkap Alisya bernada khuatir. Terus dia berdiri rapat di sisi Darius, pegangan tangannya dengan Darius masih tidak dilepaskan, dan takkan pernah dilepaskan! Dia nak sentiasa ada di sisi Darius. Dia takut kalau-kalau Darius jatuh pengsan lagi.
"Aku nak pergi tandas,dan aku nak pergi ambil wuduk. Nak solat, maghrib dah panggil dari tadi" Jawab Darius. Tiada kudrat ingin bergaduh dengan Alisya. Dibiarkan sahaja Alisya berada di sisinya itu. Diambil pelita api lalu dihidupkannya untuk memberi cahaya di pondok itu dan dibawa bersama untuk ke tandas.
Alisya hanya menunduk tanda faham. Lalu beriringanlah dirinya dan Darius menuju ke tandas. Sampai di hadapan pintu tandas, Darius menjetik dahinya terus terlepas pegangan tangannya dengan Darius.
"Oky , oky. Silakan" Ungkap Alisya sambil tersenyum manis sebaik melihat cerlungan mata Darius yang memberi isyarat dia inginkan privasi. Ye la tandas kot,kau rasa?
"Kau taknak lepas ke pegangan tangan kau ni? Aku nak ambil wuduk ni " Tanya Darius.
"Ouhh,okay, saya lepaskan dan saya pun nak ambil wuduk jugak, kita solat sama-sama ea, awak jadi imam saya " Pinta Alisya dengan nada yang lembut. Ingin dia melihat dan mendengar alunan bacaan ayat Al-Quran suaminya itu. Pasti merdu kan.
Darius yang mendengar permintaan Alisya itu hanya mengangguk kecil. Tersentuh juga hatinya apabila melihat Alisya sudah mula berubah ke arah yang lebih baik. Masih ingin lagikah dirinya menciptakan penjara buat Alisya?
" Kenapa kau pegang baju aku ni? " Tanya Darius pelik melihat tindakan Alisya. Tadi tangannya dipegang,kini hujung bajunya pula? Hilang akal ke Alisya ni?
"Saya dah berazam dalam hati saya,yang saya taknak berenggang dari awak walau sesaat sekalipun. Saya taknak awak jatuh pengsan lagi. Sebab kita masing-masing ada wuduk, why not saya pegang hujung baju awak kan? At least, wuduk kita tak batal " Luah Alisya menjelaskan rasa di hatinya itu.
Darius diam,tidak betah ingin berperang mulut dengan Alisya. Dia membiarkan Alisya memegang kemas hujung bajunya itu. Kepalanya masih lagi berasa pening,tiada tenaga untuk mencetuskan perang mulut dengan Alisya seperti kebiasaan dilakukannya itu.
*****************************
Seusai solat berjemaah dan mengaminkan doa, Alisya menghulurkan kedua belah tangannya untuk bersalaman dengan suaminya itu.
Darius yang melihat perbuatan Alisya itu hanya menuruti. Satu kucupan hangat diberikan di atas ubun-ubun rambut isterinya yang berlapikkan telekung itu. Alisya terpanar,rasa sebak hadir dalam dirinya.
Ya Allah,sungguh aku cinta dan sayang suami aku ini, engkau bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku, doa Alisya di dalam hati. Terus diangkat wajahnya, satu ciuman hangat dihadiahkan buat suaminya di pipi.
Darius kaku. Terkejut akan aksi drastik Alisya itu. Wajahnya terasa membahang, malukah dia?
"Sebab kita dah siap solat, tak salahkan saya batalkan wuduk saya dan suami saya ni" Bisik Alisya perlahan di telinga Darius. Terus dia berlari berdecit tinggalkan Darius yang masih lagi terpinga-pinga. Terkasima dengan apa yang berlaku.Diletakkan tangan ke pipinya. Apa ni? Kau nak goda aku ke Alisya? soalnya di dalam hati.
**************************
Alisya tekun membaca salah satu buku yang dihadiahkan Darius kepadanya itu. Hanya buku cara ingin menjadi isteri solehah belum sempat dihabiskan,yang lain sudah habis dibaca dan dia berazam ingin dibacanya juga sampai habis malam ini. Sebab apa?sebab suaminya Darius dah ada di depan matanya.Mestilah dia kena baca kata nak jadi isteri solehah , nak pikat hati batu suaminya itu kan!
"Alisya, Alisya" Panggil Darius lemah. Perutnya lapar ditambah pula rasa sakit di kepalanya itu membuatkan dia berasa sangat lemah. Kudratnya hilang dan dia perlukan bantuan untuk memasak makan malam.
Alisya yang mendengar panggilan Darius cepat-cepat berlari menuju ke arah Darius.
"Kenapa? awak sakit? maaf ,saya , saya tak berniat nak tinggalkan awak sorang-sorang. Lagipun bukan tadi awak duduk dekat pondok ker? " Tanya Alisya cemas. Tu la khusyuk sangat baca buku,sampai suami hilang depan mata pun kau tak perasan. Bebelnya di dalam hati.
"Aku lapar,aku nak makan" luah Darius.
"Masakkan untuk aku, bubur kosong ker nasi kosong ker aku tak kisah,asalkan aku dapat makan. Aku lapar sangat ni " Pinta Darius lemah.
"Oky saya masak. Tapi, awak kena duduk dekat pondok,awak tak boleh duduk sini. Restkan badan awak tu. Saya tak nak awak jatuh pengsan lagi " Ungkap Alisya. Terus dipimpin tangan Darius agar Darius mengikuti langkahnya.
Darius hanya menuruti.Sampai sahaja di pondok,terus direbahkan badannya itu. Dipejamkan matanya agar rasa sakit itu hilang.
Alisya melihat ruangan dapur mini itu. Macam mana dia nak masak? Hidupkan kayu api pun dia tak tahu. Terus dia teringat Bunga ada masakkan untuknya ubi kayu. Terus dicapai satu beg yang sememangnya khas untuk meletakkan makanan,beg yang serangga atau haiwan lain tidak mampu ceroboh.
"Satu jer lagi yang tinggal. Kalau Darius makan,aku nak makan apa?" Desusnya seorang diri. Arghhh demi Darius,aku sanggup lapar la! gerutunya. Terus dibuka langkah menuju ke pondok.
Share this novel