Bab 66.

Romance Completed 86682

Langkah kaki diatur cuba mengekori isterinya itu. Dompet duit yang sempat dihulurkan oleh Rudy dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Matanya berpinar, namun cepat-cepat dia mengusir rasa sakit itu daripada datang menjengah di kepalanya.

" Boy hati-hati !! Mommy love you so much !! "

Laungan mommynya didengari. Lambaian tangan daripada belakang dihadiahkan buat mommynya itu.

Melissa dan Rudy menghantar pergi kelibat Darius yang sudah menghilang. Gundah hati mereka memikirkan keadaan Darius itu. Tapi, jika dihalang, sampai bila hubungan rumah tangga Darius dengan Alisya tidak akan bertemu titik perdamaian. Nak tak nak, mereka harus akur dengan tindakan Darius yang tetap berkeras ingin memujuk Alisya.

Bunga yang masih berada disitu berasa gugup. Alisya sudah pergi meninggalkan dirinya. Berpeluh dan gelisah dirasakannya apabila memikirkan senjata utama dalam melaksanakan rancangan jahatnya itu tiada bersamanya. Perlahan-lahan langkah kaki diatur cuba untuk beredar.

" You nak pergi mana? "

Glup! Air liur ditelan setelah mendengar suara halus Melissa, mommy kepada bosnya. Dipalingkan wajahnya melihat ke arah Melissa.

" Sa..saya tak pergi mana-mana pun " Senyuman manis diberikan kepada Melissa. Cuba menghilangkan rasa gugup hatinya ketika itu.

Melissa diam. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Bunga dan Bunga turut membuat aksi yang sama. Lima minit berlangsungnya perlawanan tenung-merenung mata, akhirnya deheman kecil terbit daripada mulut Melissa.

" Kita balik KL petang ni. You bawak ic tak? " Aju Melissa.

" Bawak " Pantas sahaja dia menjawab persoalan daripada mommy majikannya itu. Riang hatinya tidak terkata bila memikirkan dirinya akan pergi KL, dan tinggal dekat rumah mewah. Akhirnya aku dapat bebaskan diri aku daripada terus duduk dalam lubuk kemiskinan ni. Monoglnya di dalam hati.

" Aunty, are you really sure yang aunty nak bawak Bunga balik KL? Lepas apa yang dah jadi? " Soal Rudy dalam nada yang berbisik. Hatinya kuat mengatakan bahawa rancangan untuk bawak balik Bunga ke KL langsung tak masuk akal. Malahan, keadaan akan menjadi semakin rumit.

" I'm very sure " Ungkap Melissa dengan yakinnya. Senyuman manis dihadiahkan buat Bunga yang sudah tersenyum sampai ke telinga.

" So, before kita gerak balik ke KL, why not kita singgah dulu rumah Bunga, ambik baju ke atau maybe ambik gambar mak Bunga untuk lepaskan rindu? So yes, nanti I suruh Pak Samad singgah rumah you dulu. Okay? "

Bunga yang mendengar ungkapan Melissa cepat-cepat memaut lengan Melissa. Disandarkan kepalanya di atas bahu Melissa.

" Sebenarnya, Bunga takda rumah. Selama ni, Bunga tinggal dekat rumah kawan. Emmm baju-baju Bunga pun semua Bunga dah jual dekat bundle sebab nak dapat duit dan kalau pasal nak lepaskan rindu Bunga terhadap mak Bunga tu, emmm Bunga biasa mengaji, sedekahkan yasin dan Al fatihah dekat mak Bunga. Well, Islam kan? " Tipunya lagi.

Melissa mengeluh kecil. Bebola matanya dilirikkan melihat Bunga yang sudah teresak menangis itu. Lama-lama dianggukkan kepalanya tanda pasrah dengan apa yang diberitahu oleh Bunga sebentar tadi.

Bunga yang melihat Melissa akur dengan bicaranya menghembus nafas lega. Akhirnya, penipuan aku telah berjaya. Balik rumah aku? Hmm nanti tak pasal-pasal semua yang aku buat tak menjadi. Mak? Hmm orang tua tu dah besar panjang, pandai-pandai la dia nak balik rumah. Gerutunya di dalam hati.

" Rudy, you panggil Tengku Shahril. Cakap dekat dia, kita gerak balik KL hari ni jugak and jangan lupa bagitahu dekat Pak Samad jugak " Arah Melissa. Diusap lembut bahu si gadis yang sedang menyandarkan kepalanya di atas bahunya itu.

Rudy menuruti arahan Melissa. Terus dia menapak mencari ke mana perginya Tengku Shahril dan Pak Samad.

*************************

Alisya menghela nafas lega apabila dirinya mampu melarikan diri daripada terus diekori oleh suaminya itu. Peluh yang merencip di dahinya dikesat. Matanya diliarkan mencari mana-mana teksi. Dirinya sudah tidak betah ingin berlama di hospital itu.

" Alhamdulillah " Ucapnya syukur, setelah melihat sebuah teksi berhenti betul-betul di bahu jalan, tempat yang dirinya sedang berdiri. Tanpa berfikir panjang, terus dia menapak masuk ke dalam perut kereta. Seat penumpang disebelah tempat pemandu dipilihnya.

" Cik nak pergi mana ni? Macam tergesa-gesa jer " Aju pemandu teksi.

Alisya yang baru sahaja siap menutup pintu kereta dan baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas seat penumpang mengeluh kecil.

" Saya nak lari daripada orang gila. Sebab tu, saya tergesa-gesa macam ni. Jadinya, encik bawak laju-laju yer, sebab nanti kalau encik tak bawak laju, orang gila tu akan kejar kita. Encik nak ker kena tangkap dengan orang gila? Kalau saya taknak " Jawab Alisya dengan panjang lebarnya. Tudung di atas kepalanya itu dibetulkan.

" Orang gila tu mesti hensem kan. Kalau hensem, saya sanggup kena kejar, lepastu kena tangkap "

Alisya yang mendengar ungkapan pemandu teksi disebelahnya itu terdiam. Aksinya yang lincah membaiki tudung terhenti serta-merta. Gulp! Air liur ditelan. Dipalingkan wajahnya melihat ke arah pemandu teksi itu.

" Da..Da..Darius?! " Jerit Alisya setelah melihat pemandu teksi itu sebenarnya adalah suaminya sendiri ! Ingin melarikan diri, last-last dirinya sudah tertangkap disebabkan perbuatannya sendiri !! Bala apa yang datang dekat aku ni? Dapat teksi yang dipandu oleh Darius ?! Aishh, camnelah dia boleh jadi pemandu teksi pulak ni?! Gerutu Alisya sebal.

Darius tersenyum sinis. Wajahnya dibuat toya setelah melihat Alisya yang beriak terkejut melihat dirinya itu. Jari-jemari Alisya diraih, lalu dikucup lembut. Mata hazel miliknya itu tajam merenung ke arah Alisya. Usai itu, jari-jemari Alisya dilepaskan, dengan senyuman misteri dipemerkannya, perlahan-lahan dia mendekatkan dirinya ke arah tubuh genit Alisya.

Alisya tergamam. Tidak tahu ingin memberi reaksi apa. Melihat Darius yang sudah semakin menghampiri dirinya, dia hanya mampu memejamkan mata. Bau wangian perfume suaminya itu menjengah ke dalam rongga hidungnya dan itu sudah cukup membuatkan bulu romanya menegak.

" Pakai seat belt sayang.."

Suara garau Darius menyapa telinganya. Terus matanya yang terpejam rapat itu dibuka. Helaan nafas Darius dapat dirasakan dipipinya, setelah dia menoleh ke arah seat pemandu kereta. Rupa-rupanya, kini dia dan Darius berada dalam jarak yang tersangat rapat yang menyebabkan hembusan nafas Darius mampu dirasainya.

" Sa..sa..saya nak turun " Gugup Alisya menuturkan kata setelah mata hazel milik suaminya itu tidak henti merenung tajam ke arahnya.

" Silakan " Sepatah kata diungkapkan oleh Darius dan sepatah kata yang diungkapkan itu bernada dingin. Kini Darius mejauhkan dirinya daripada terus berada dekat disisi Alisya.

Alisya tidak membuang masa. Terus tangannya lincah memainkan peranan membuka pintu kereta itu. Namun hampa, apabila pintu kereta tidak dapat dibukanya.

" Buka pintu ni Darius. Buka Darius!! " Arah Alisya sambil tangannya tidak henti cuba membuka pintu.

" Eric Darius Arrayan !! "

Cup !! Terkedu,tergamam atau lebih tepat terkejut, apabila Darius tiba-tiba sahaja memagut lembut bibir munggilnya. Matanya terbeliak luas. Ditumbuk kasar dada suaminya itu memberi tanda dirinya tidak merelakan bibirnya daripada dicium. Dia cuba untuk mengelak, namun hampa apabila Darius menahan kepalanya daripada bergerak, malahan makin ligat Darius mencium bibirnya dan di akhirnya dapat dirasakan Darius menggigit lembut bibir merahnya itu.

" Hukuman sebab sayang gelarkan diri abang sama seperti firaun. Itu baru hukuman yang pertama untuk gelaran yang pertama. Tapi untuk gelaran yang kedua dan yang ketiga, abang akan buat lagi teruk daripada tu " Ungkap Darius dingin setelah puas bibirnya memagut bibir milik Alisya.

Alisya tergelak sinis. Baru dirinya ingin membidas percakapan Darius, terlebih dahulu matanya menangkap renungan tajam plus dingin plus seram daripada suaminya itu. Terus niatnya untuk membidas terhenti serta-merta. Matanya dilirikkan melihat ke arah luar tingkap.

" Gelaran? Gelaran kedua, ketiga? Hukuman? Entah bila pulak la diri kita ni, beri gelaran dekat dia. Ingat kita takut ke dengan hukuman dia tu. Omaigod!! Takutnya kita!! " Sindir Alisya perlahan namun ia tetap mampu didengari oleh Darius.

Pap!! Tangan sasa Darius menepuk kuat tingkap pintu kereta disisinya itu. Matanya yang melihat sepantas kilat tangan sasa milik suaminya itu melintas dan menepuk kasar tingkap pintu kereta disisinya terdiam serta-merta. Bibirnya digigit lembut menandakan rasa takut melihat urat-urat tegang yang ada pada lengan sasa milik Darius.

" Jangan cabar abang. Pernah kenal siapa Eric Darius Arrayan yang sebelum ni, yang hati dingin ,hati batu, plus yang kejam tu? " Bisik Darius dicuping telinga milik Alisya. Walaupun dalam nada berbisik, tetap terselit unsur ketegasan dan serius disitu.

Alisya menelan air liur. Gugup dirasakan usai mendengar bisikan halus suaminya itu. Perlahan-lahan tali seatbelt dicapainya.

" Arghhhhhh!!! "

Teriak Alisya apabila Darius memandu kereta dengan lajunya. Tali seatbelt dipegang kemas. Terasa ibarat berada di dalam litar perlumbaan apabila melihat satu persatu kereta yang berada di atas jalan raya itu dipotong oleh suaminya.

" Awak..janganlah laju-laju. Saya tak nak mati lagi. Awak..." Rintih Alisya sambil memandang wajah dingin milik Darius.

" Alif..Ba..Ta..Sa.." Terpacul keluar huruf Iqra' dibibirnya setelah melihat Darius tetap memecut laju kereta plus aksinya yang lincah serta tangkas yang daripada tadi tidak henti memotong kereta-kereta lain.

" Fuhhh "

Nafas dihembus lega apabila lampu isyarat menyalakan warna merah. Kereta yang dipandu laju itu, serta-merta terheti kerana akur dan patuh terhadap undang-undang jalan raya. Dilirikkan matanya melihat ke arah Darius.

" Awak..jangan bawak laju-laju yer " Pinta Alisya lembut. Sunyi, tiada kata dibalas akan pintaannya itu.

" Awak..kita nak pergi mana ni? " Aju Alisya. Senyuman manis dihadiahkan buat suaminya itu apabila melihat pintaannya sebentar tadi tiada apa-apa reaksi dibalas oleh Darius.

" Awak..jangan bawak laju-laju yer. Please.." Pinta Alisya sekali lagi setelah melihat lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Tanpa dia sedari, tangannya spontan memegang tangan sasa milik Darius.

" Saya tak sengaja.." Ungkap Alisya setelah melihat pandangan tajam mata hazel milik suaminya itu. Cepat-cepat dia mengalihkan tangannya daripada terus memegang tangan sasa milik Darius.

" Kita pergi honeymoon. Kita pergi bandar Kuala Terengganu. Tidurlah dulu. Dah sampai, nanti abang kejutkan " Dingin bicaranya menuturkan arahan buat Alisya.

Alisya diam. Jalan raya ditatapnya dengan rasa kosong di jiwa. Honeymoon? Setelah apa yang berlaku, still lagi nak berhoneymoon? Soalnya di dalam hati.

Kedua-duanya menyepi. Hanya kedengaran radio memutarkan lagu. Alisya memejamkan matanya. Tiada kata untuk dirinya berbicara dengan suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience