Bab 4

Romance Completed 86682

Kereta Audi R8nya itu elok dipakir di sebuah tempat. Cermin mata hitamnya itu segera dibuka. Matanya dialih melihat ke arah penumpang di sebelahnya itu. Perlahan-lahan wajahnya mendekati wajah Alisya. Matanya ralit melihat keindahan Tuhan yang satu. Sungguh cantik,ayu dan manis. Bisiknya didalam hati. Rambut ikal mayang Alisya disisirnya rapi. Bibir munggil merah Alisya dilihatnya. Entah mengapa,tiba-tiba nafsunya lelakinya goyah,namun cepat-cepat sahaja dia cuba menstabilkan dirinya.

"Woi! Bangun! Woi bangun! " Jerit Darius apabila melihat Alisya masih lagi enak membuai mimpi.

Darius yang sudah geram melihat tiada respon diberikan oleh Alisya itu mengeluarkan satu keluhan kecil. Dibuka pintu keretanya itu. Dibuka langkah kakinya menuju pula ke arah pintu penumpang, terus tanpa berlengah diangkatnya badan Alisya dan dicempungnya. Alisya yang berasa badannya seperti diawan-awangan mula membuka mata. Alangkah terkejutnya apabila melihat dia kini sudah dicempung oleh Darius. Dapat dirasakan nafas Darius di telinganya yang menandakan bahawa betapa rapatnya posisi wajahnya dengan wajah Darius pada ketika itu.

"Kalau kau tak nak aku buang kau dalam laut ni,sebaiknya kau kemaskan pegangan tangan kau pada leher aku " Ungkap Darius mendatar.

Alisya yang mendengar arahan daripada Darius itu hanya menganggukkan sahaja. Lantas dia melakukan apa yang diarahkan oleh Darius itu.

"Badan berat macam gajah. Aku harap pahala kau pun berat macam ni juga! " Perli Darius setelah dia selesai mencempung Alisya.

Alisya yang mendengar kata perlian Darius itu hanya mendiamkan diri. Langsung tiada mood mahu bergaduh. Dia langsung tidak kisah apa yang diperkatakan oleh Darius,kerana yang dia sangat ambil kisah adalah dimana dia dan Darius berada. Terasa takut apabila tiada manusia di situ,melainkan dirinya dan Darius sahaja.

"Kita kat mana ni? Kau bawa aku pergi tempat apa ni? Asal aku dengan kau je ada? Mana orang lain? Mana manusia lain? " Aju Alisya dengan berbagai pernyataan. Sungguh dirinya terasa takut,suasana ini agak asing bagi dirinya.

" Kau cakap kau nakkan kebebasan kan? " Soal Darius dengan menayangkan senyuman misteri. Senyuman yang langsung tiada siapa sangka apa yang bakal dilakukan oleh Darius kepasa Alisya. Perlahan-lahan dirinya mengorak langkah menghampiri Alisya dengan memaparkan senyuman misteri itu.

Alisya yang melihat gerak-geri Darius yang menakutkan itu cuba berundur. Namun pergerakannya terbatas, apabila dirinya dibawa ke pelukan Darius. Aneh? ye, tersangat aneh. Darius dan dirinya sekarang berada di hutan. Hutan? Ye hutan,tapi bukankah Darius menyebut laut,tapi kenapa,belum sempat dia mencari jawapan akan persoalan dalam fikirannya itu, tiba-tiba terasa satu suntikan halus dirasakan di lehernya. Perlahan-lahan matanya tertutup dan dia sudah tidak menyedarkan diri.

****************

Sinaran mentari jelas membahang di wajahnya,sekejap badannya itu mengiring ke kiri,sekejap badannya itu mengiring ke kanan. Kerutan di wajahnya jelas menunjukkan bahawa dirinya tidak berasa selesa akan kedudukannya ketika itu.

"Hishhh " Gerutu Alisya apabila dirinya yang masih lagi mahu membuai mimpi tidak dapat berbuat sedemikian. Rasa sebal menyelubungi dirinya memikirkan kenapa keadaannya pada ketika itu berasa sangat tidak selesa. Lantas matanya dibuka,dan alangkah terkejutnya apabila melihat dirinya sekarang berada betul-betul di tengah hutan.

"Arghhhhhhhhhhhh!!! " Jeritnya kuat. Kedua-dua belah tangannya diletak di pipi,lalu ditampar pipinya itu bertalu-talu mengharapkan apa yang sedang berlaku itu hanyalah mimpi.

Darius yang berada tidak jauh dari kedudukan Alisya itu mula mengalihkan pandangannya. Perbualan dirinya bersama seorang gadis itu terus terhenti. Segera Darius mengorak langkah menuju ke Alisya. Jelas terpancar riak kurang senang pada wajah wanita itu apabila Darius tiba-tiba menghentikan perbualan bersama dengannya.

"No! No! And No!! Katakan semua ini mimpi tuhan! No! Aku bukan kat hutan kan? Aku just mimpi kan? Why not aku baring balik macam yang aku buat tadi,aku pejamkan mata aku balik,and then cuba tidur balik, and then aku terjaga dan anggap ini semua mimpi, and aku bangun daripada tidur and then aku tak ada di dalam hutan. Yess! Aku kena buat macam tu " Ungkap Alisya seorang diri. Gayanya itu kini tidak ubah seperti orang gila yang terlepas dari tanjung rambutan.

Darius yang melihat tingkah-laku Alisya itu cuba menahan ketawanya sedaya upaya. Kelihatan Alisya sudah membuat aksi tidur bangun tidur sebanyak lima kali dan akhirnya tawanya itu meletus juga.

Alisya yang mendengar ketawa Darius itu cepat-cepat menoleh. Geram dan sebal di dalam hatinya apabila melihat Darius ketawakan dirinya. Darius yang melihat Alisya seperti singa kelaparan itu terus menghentikan tawanya. Mukanya itu kini berubah menjadi serius. Terus, dia berpeluk tubuh dan memandang sinis kepada Alisya .

"Aku kat mana? Kau bawak aku pergi mana? Asal aku ada dalam hutan? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa Darius?? This is ocean right? Why?!" Jerkah Alisya menahan marah.

Yes, dia kini berada di dalam hutan,atau lebih tepat sebuah pulau? Yes,pulau. Terdengar deruan ombak dan bau air laut menandakan bahawa dirinya sememangnya berada di pulau. Tapi kenapa? Kenapa Darius merangkap suaminya itu membawa dia ke pulau? Apa motifnya?

Darius hanya melemparkan keluhan kecil. Setiap persoalan yang diajukan Alisya hanya dibalas dengan senyuman yang sinis. Lagak gaya seperti seorang bos,dia yang memeluk tubuh itu perlahan-lahan membuka langkah menghampiri Alisya. Kini kedua-duanya saling berhadapan. Jarak mereka tersangat dekat. Dapat dilihat paras ketinggian Alisya betul-betul di dadanya sahaja.

"Kau cakap yang kau nakkan kebebasan kan? Kau sanggup terima dan penuhi syarat papa kau datang ke kg aku untuk dapatkan rumah dan tanah aku kan? " Aju Darius dengan nada yang mendatar.

Alisya yang mendengar setiap persoalan Darius hanya mengangguk kecil menandakan apa yang dipersoalkan oleh Darius itu adalah benar.

"Sekarang, kau dah dapat kebebasan yang kau inginkan. Kau dan aku,kita berdua ada di pulau. Pulau yang aku beli semata-mata untuk memberi kebebasan kepada kau dan dalam masa yang sama mahu ajar kau apa itu erti kepayahan,keperitan dan nikmat bersyukur " Ungkap Darius sinis. Dia sengaja membawa Alisya ke pulau terpencil ini adalah kerana dia mahu Alisya mengenal apa itu erti susah,perit, dan yang lebih penting adalah mengenal siapa Tuhan yang sebenar.

Alisya yang mendengar setiap bait-bait kata Darius itu mula menjengilkan biji matanya menandakan dia tidak berpuas hati.

"No! Bukan kebebasan ini yang aku nak! Kau gila?! Aku nak kebebasan di bandar, party, shopping, itu yang aku nak! Kau langsung tak ada hak nak berikan aku kebebasan macam ni. Ni bukan namanya kebebasan Darius! Ini kekejaman! Apa hak kau nak kurung aku di pulau ni! Apa hak kau nak penjarakan aku?! Apa Darius! " Luah Alisya menahan marah. Dada Darius yang tegak dan sasa itu dipukulnya bertalu-talu tanpa henti. Perlahan-lahan air matanya membasahi pipi. Dia tidak tahu, kenapa Darius sanggup melakukan kekejaman sebegini rupa kepadanya. Dia tidak sanggup!

"Kebebasan yang kau inginkan tu akan menghancurkan kau! Aku buat semua ini demi kebaikan kau! Apa hak aku? Aku suami kau Alisya! Aku ada hak ke atas kau. Setiap inci tubuh badan kau aku ada hak apatah lagi hak dalam menentukan hidup kau! " Bidas Darius sinis. Terus digenggam kedua-dua belah tangan Alisya yang telah memukul dada bidangnya itu. Terus diheret Alisya ke sebuah pondok tanpa langsung memberi ruang kepada Alisya untuk membalas bidasannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience