Bab 53.

Romance Completed 86682

Ombak laut membadai pasir-pasir pantai. Laut biru bergelora kuat mengikut rentak angin-angin pantai yang bertiup kencang.

Alisya menyapu lembut telapak tangannya, cuba memberi rasa hangat menyinggah di badannya. Pelita api yang dihidupkannya itu samar-samar mahu terpadam kembali.

Deruan ombak yang kuat cukup memberi tanda kepada dirinya, bahawa pulau yang didiaminya itu bila-bila masa sahaja, ribut dan hujan lebat akan datang menyapa. Matanya diliarkan cuba mencari kelibat Darius yang sudah menghilang entah ke mana. Namun hampa, apabila gerangan insan yang dicarinya itu tidak munculkan diri.

Dibuka langkah bersama pelita api ditangannya cuba mencari kelibat Darius. Angin pantai menyapa kuat tubuhnya, menyebabkan dirinya seakan-akan hilang keseimbangan untuk berdiri. Kedengaran daun-daun pokok saling melurut berbunyi kesan daripada angin pantai yang bertiup kencang.

" Alamak, terpadam pulak " Pelita api ditangannya sudah terpadam dek daripada angin yang begitu kuat datang menyapa.

" Takpe, setakat pelita api terpadam apalah sangat kan " Intipan semangat keberanian dititipkan buat dirinya. Dengan samar-samar cahaya bulan, tetap dibuka langkah kakinya pergi mencari Darius.

" Awak !! Awak !! Darius !! ERIC DARIUS ARRAYAN !! " Teriak Alisya memanggil Darius.

" Awak...!!! Oooo awak !! Kalau yer pun nak merajuk dengan saya, janganlah main sorok-sorok macam budak kecik ni haaa " Teriak Alisya lagi dalam masa yang sama cuba mengumpan Darius untuk berbicara dengan dirinya.

" Ish dia ni kan, semenjak jadi Darius yang mencair macam ais batu ni, terus boleh jadi macam budak-budak ea. Nak merajuk, nak main sorok-sorok pulak " Omel Alisya yang menyangkakan suaminya itu sedang merajuk.

" DARIUS !! ERIC DARIUS ARRAYAN !! " Kini laungan suara ditinggikan lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Namun hampa, tetap tiada sahutan berbalas daripada Darius.

Titisan hujan mula membasahi bumi. Alisya mendongak ke arah langit yang langsung tiada kerlipan bintang-bintang. Ditadah tangannya cuba untuk merasai benarkah hujan sudah turun.

" Hujan..Hujan betul-betul dah turun " Desus Alisya apabila titisan hujan bukan sahaja turun terkena telapak tangannya, tapi turut ke arah mukanya yang sedang mendongak ke arah langit itu.

Belum sempat kakinya ingin membuka langkah menuju ke arah pondok, hujan renyai-renyai sudah bertukar menjadi lebat. Basah kuyup tubuhnya terkena hujan.

" Darius " Nama suaminya meniti keluar daripada bibir. Hatinya dihujani perasaan sebak. Matanya berkaca-kaca memikirkan ke mana pergi menghilang suaminya itu.

Kilat petir saling sabung-menyabung. Angin pantai semakin kuat bertiup kencang. Pokok-pokok disekelilingnya bergoyang sesama sendiri, mengikut deruan angin pantai yang kuat itu.

" Darius !!! DARIUS !! " Teriak Alisya. Dengan hujan membasahi dirinya, dia tetap membuka langkah mencari suaminya itu.

" Awak !! Awak pergi mana?! Janganlah tinggalkan saya !! " Teriak Alisya bersama luahan hati. Air mata berjuraian membasahi pipinya sejajar dengan titisan hujan yang turut membasahi tubuh kecilnya itu.

Entah di mana silapnya, kakinya tersadung akar pokok yang menjalar di tanah.

" Auchh !! Sakit !! " Adu Alisya menahan sakit. Cecair merah mengalir keluar di kakinya.

" AWAK !!! AWAK !!! " Jerit Alisya, berharap suaminya itu akan munculkan diri. Kakinya terluka, dia perlukan Darius. Dia perlukan suaminya disisinya ketika itu.

Alisya mengesot punggungnya membawa dirinya berteduh di bawah sebuah pohon. Berharap sedikit sebanyak, mampu mengelak daripada dirinya terus dibasahi dengan titisan hujan lebat.

Kilat petir yang berterusan sabung-menyabung cukup membuatkan dirinya berasa takut. Sesaat matanya mampu menangkap garisan cahaya kilat yang tidak henti berdentum daripada tadi.

" Pang !!! " Kilat menyambar kuat dahan pokok yang berada betul-betul di atas kepalanya. Alisya yang terkejut dengan panahan itu terbungkam. Matanya dipejam rapat memikirkan dahan pokok bersaiz sederhana besar itu bila-bila masa sahaja akan jatuh menghempap dirinya.

" Sayang okay? " Suara garau menyapa gegendang telinga. Matanya yang terpejam rapat dibuka luas.

" Darius !! " Terbeliak biji matanya melihat insan yang dicarinya itu sudah munculkan diri.

" A..a..awak.." Tangan kecilnya memegang lengan sasa suaminya itu. Kelihatan Darius mengetap bibir menahan sakit. Sakit, kerana membiarkan dahan pokok yang terkena panahan petir itu menghempap bahunya.

" Awak..a..wak.." Dipegang lembut kedua-dua belah pipi Darius. Raut wajah suaminya itu sudah pucat lesu, namun Darius tetap menghadiahkan satu senyuman manis buat dirinya.

" Sayang okay? " Soal Darius prihatin terhadap Alisya.

Alisya yang mendengar soalan daripada Darius teresak kuat. Terus dia membawa tubuh Darius ke dalam pelukannya.

" Saya okay, yang tak okay awak. Badan awak mesti sakit, sebab awak lindungi saya daripada dihempap dahan pokok tu " Wajahnya disembam ke dada bidang Darius yang tidak berbaju itu.

Darius yang mendengar ungkapan Alisya tersenyum gembira. Gembira dan syukur, kerana dia sampai tepat pada waktunya untuk menyelamatkan Alisya. Rasa sakit di kepalanya serta sakit di bahunya itu hilang sebaik sahaja melihat wajah insan yang dicintainya itu. Pelukan Alisya dibalas.

" Awak pergi mana? Kenapa awak pergi tak bagitahu saya? Kenapa awak? " Soal Alisya. Lama soalannya dibiarkan sepi, terus pelukan antara dirinya dan Darius dilepaskan.

Matanya terbeliak besar, melihat Darius sudah tidak sedarkan diri. Disentuh kedua-dua belah pipi suaminya itu, sejuk, itu yang dirasakannya.

" Da..da...darah.." Tergagap-gagap Alisya mengeluarkan suara sebaik sahaja matanya menangkap cecair merah mengalir di bahu suaminya yang tidak berbaju itu.

" Sebab saya ker awak tak sedarkan diri macam ni? " Gerutu Alisya sayu.

Matanya berkaca-kaca melihat wajah pucat lesu Darius. Terus dikucup bibir Darius lama cuba memberi rasa hangat pada badan suaminya itu.

" Awak, bangunlah. Jangan buat saya macam ni. Jangan tinggalkan saya. Jangan macam ni awak " Air mata deras membasahi pipi. Hujan lebat serta kilat yang sabung-menyabung turut mengikut rasa duka di hatinya itu.

Disentuh lembut wajah Darius yang tidak sedarkan diri. Wajah yang pucat seolah-olah begitu perit suaminya menanggung kesakitan. Terus dikucup bibir Darius sekali lagi, dan kali ini ciuman itu lebih lama, berharap, dengan sentuhan bibir munggilnya itu, mampu menghilangkan warna pucat bibir suaminya itu serta memberi kehangatan buat Darius yang tidak berbaju.

Melihat tiada tindak balas daripada Darius, terus Alisya membuka satu persatu butang bajunya. Bajunya yang sudah seperti kemeja itu dibuka butang-butangnya menyerlahkan dadanya yang tertutup dengan bra. Usai itu, terus Alisya memeluk tubuh sasa suaminya itu. Berharap, dengan tautan dirinya, ia mampu menghadirkan rasa hangat menjengah pada tubuh Darius. Alisya memeluk kemas tubuh sasa Darius seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

" Saya tak sanggup kehilangan awak Eric Darius Arrayan " Bisik Alisya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience