Bab 79.

Romance Completed 86682

Alisya memejam rapat kedua-dua matanya. Lecun kedua-dua belah pipinya itu kesan daripada pancuran air mata yang tidak henti berjuraian. Dia terduduk, kepalanya disandarkan pada dinding hospital.

Sekali lagi, kejadian Darius dikejarkan ke hospital telah berlaku, dan sekali lagi suaminya itu didorong dibawa masuk ke dalam wad kecemasan. Dia mengigit bibir, hatinya berdetak gundah, rasa cemas dan gelisah menyelubungi dirinya ketika itu.

Kenapa dengan Darius? Darius sakit apa? Suami aku sakit apa? Kenapa dengan dia? Berbagai persoalan bermain dalam benak fikirannya. Hujung tudung dimainkan dengan jari-jemarinya itu. Sesekali matanya tidak henti memandang pintu bilik wad yang tertutup rapat. Jelas kerunsingan hatinya pada ketika itu.

" Papa.. "

Perkataan papa terpacul keluar daripada bibirnya. Dia harus menelefon papanya. Papa harus tahu keadaan Darius. Lantas tangannya diseluk ke dalam poket dress yang dipakainya itu. Iphone milik suaminya dibuka kuncinya lalu ditaipkan nombor papanya itu.

" Assalamualaikum "

Suara garau milik Tengku Shahril yang menyapa gegendang telinganya itu sudah cukup membuatkan hatinya meraung duka. Air mata yang sememangnya deras merembes membasahi pipinya kini semakin deras juraiannya. Terketar-ketar dirinya ingin membuka kata.

" Hello? Hello, siapa ni? " Tengku Shahril yang berada di hujung corong telefon mengerutkan dahi. Nombor tidak dikenali yang terpapar pada screen phonennya itu dibaca. Siapa yang main-main dengan aku ni? Nombor siapa pulak yang call aku ni? Baru sahaja dirinya ingin meletakkan panggilan, kedengaran si pemanggil teresak menangis.

" Siapa ni? Hello? " Pertanyaan diberikan kepada si pemanggil.

" Pa..pa..PAPA !! " Raung Alisya menahan duka di hati.

Tengku Shahril termanggu. Laju sahaja jantungnya berdetak, setelah mendengar esakan tangis anak gadisnya itu. Walaupun si pemanggil tidak memperkenalkan diri, dia sudah dapat meneka bahawa si pemanggil itu adalah Alisya, anak perempuannya.

" Da..Darius " Nama anak sahabatnya itu terpacul keluar daripada bibir tuanya. Cemas sudah wajahnya ketika itu. Seolah-olah dapat meneka apa yang telah berlaku, terus dia bersuara.

" Alisya, Alisya kena kuat tau. Jangan fikir bukan-bukan yer sayang. Tell me, hospital mana Alisya berada sekarang? Papa akan pergi sana " Tuturnya cuba untuk menenangkan hati anak gadisnya itu. Setelah mendapat jawapan hospital mana Alisya dan Darius kini berada, terus dia menapak keluar daripada bilik kerjanya. Langkah kaki diatur menuju ke arah bilik Melissa. Dia dan Melissa harus cepat pergi ke Terengganu. Pasti dan sepastinya Alisya dan Darius perlukan sokongan daripadanya dan juga Melissa.

*******************************

Rudy meliarkan biji matanya melihat rumah kayu usang dihadapannya itu. Rumah kediaman Bunga yang diberitahu lokasinya oleh Mamat. Setelah itu, dilirikkan matanya melihat ke arah seat penumpang disebelahnya. Wajah Mamat dipandang dingin.

" Kau jangan tipu aku Mamat. Siap kau, kalau kau tipu aku " Jari telunjuknya ditunding ke arah Mamat. Dia menghela nafas, cukup membuktikan dirinya masih lagi tidak mampu untuk mempercayai segala apa yang diperkatakan oleh Mamat.

" Terus, kita nak buat apa dalam kereta ni? Takkan nak duduk jer dalam ni. Kau tengok Mamat, Mamat tengok kau. Lepastu, aku yang ada kat sini, kerjanya duk menengok jer la drama sinetron kau dengan Mamat? Hmmm? Eeee geram pulak aku rasa " Omel Syaza tidak berpuas hati. Dipandang wajah Rudy setelah itu wajah Mamat pula dipandangnya. Apa masalah dua orang budak ni dia sendiri tidak tahu. Sejak kejadian tumbuk-menumbuk tu, memang lain gila muka si Rudy. Mamat pula menyepi jer kerjanya.

" Rudy Haikal, boleh tak kalau kau jawab pertanyaan aku? Aku, banyak kerja tau dekat ofis sahabat kau tu. Kalau kau taknak keluar daripada kereta ni, taknak bagi salam dekat rumah depan ni, baik kau pulas stereng kereta kau. Kita gerak balik KL. SEKARANG!! "

Mendengar omelan daripada Syaza, terus kedua-duanya melihat ke arah Syaza. Pandangan tajam diberikan kepada Syaza.

" Okay. Aku diam " Kedua-dua tangannya dibawa ke atas tanda dia menyerah kalah. Helaan nafas dihembus. Pantas sahaja mulutnya yang riuh bercakap itu menyepi.

Rudy mengeluh panjang. Lama-lama kakinya dibawa menapak keluar daripada perut kereta. Rumah Bunga yang tertutup rapat pintu itu dipandangnya sekilas.

Mamat yang melihat Rudy keluar daripada perut kereta hanya mendiamkan diri. Dia masih statistik berada dalam kereta. Biarlah kebenaran itu terungkai dengan penjelasan Mak Cik Salmah pula jika penjelasan daripada nya sukar untuk Rudy percaya.

" Betul ker yang mak Bunga tu masih hidup? Boleh percaya ker cakap Mamat ni? " Soal Rudy sendiri. Dia masih berkira-kira ingin memberi salam atau tidak pada gerangan insan yang mendiami rumah itu.

Beep! Beep!

Nada notification iphone nya berbunyi. Langkah kakinya yang menapak ingin menuju ke muka pintu rumah usang itu terhenti. Terus tangannya dibawa menyeluk poket seluarnya itu.

Assalamualaikum..
Darius masuk Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganu. URGENT.
Daripada : Uncle Shahril.

Terbeliak luas biji matanya setelah membaca pesanan whatsapp daripada Tengku Shahril. Allahu! Apa semua ni?

" Darius.. bertahan bro, sikit lagi aku akan bersihkan nama kau. Sikit je lagi identity orang yang busuk hati dalam menfitnah kau akan dibongkarkan. Bertahan bro !! " Desusnya di dalam hati. Terus dia berpatah balik menuju ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka, dirinya dibawa masuk ke dalam perut kereta. Hospital tempat yang ingin ditujunya.

" Kenapa ni? " Soal Syaza pelik.

" Encik dah jumpa Mak Bunga? " Aju Mamat pula setelah melihat Rudy seolah-olah ingin cepat beredar daripada situ.

" Darius masuk hospital. Aku tak sempat nak jumpa mak kepada syaitan tu ! Nyawa sahabat aku lebih penting " Tangannya laju memulas stereng keretanya.

Mamat terdiam, begitu juga dengan Syaza usai mendengar ungkapan daripada Rudy bahawa Darius dimasukkan ke hospital. Pelbagai persoalan muncul dalam benak fikiran. Tapi tiada satu pun soalan itu menemui titik jawapan. Akhirnya kedua-duanya hanya mampu berdoa berharap agar semuanya baik-baik sahaja. Aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience