" Surprise! Tadaa! so camne cantikkan? " Tanya Darius sambil menunjukkan apron buatannya itu.
Alisya terkejut, biji matanya ibarat seperti mahu terkeluar, mulutnya pula sudah melopong luas menunggu masa sahaja lalat dan nyamuk masuk ke dalam mulutnya itu.
Darius yang melihat Alisya hanya berdiam diri itu membuka langkah pergi ke arah Alisya.
" Cepatlah beri respond dekat aku, macam mana cantik ke tidak kraf tangan aku ni? " Tanya Darius lagi sambil keningnya di angkat. Dilayang-layangkan apron buatan tangannya itu dengan penuh rasa bangga, konon-konon cantiklah hasil tangannya itu.
" Awak, saya ni kan, emm camne ea nak cakap " Luah Alisya ragu-ragu jika ingin berkata jujur atau tak.
" Cakap jee, jangan risau. In Sya Allah lepas kau bagi jer kata-kata pujian dekat aku tu, ni hidung aku yang mancung ni takkan kembang punya. Percayalah, just cakap jer duhai isteriku " Ungkap Darius berpura-pura merendah diri, padahal dalam hatinya sudah banyak kata-kata pujian diberi pada dirinya sendiri. Orang cakap angkat bangkul sendiri, haa gitew.
Alisya menelan air liur, tidak tahu ingin memberi reaksi jujur atau menipu.
"Oky, saya cakap dengan jujur ea,since saya dah slow-slow jadi alimkan, so saya rasa better saya jujur "
Nafas ditarik perlahan cuba mencari kekuatan untuk tegakkan hati agar berkata benar, ye la dia kan ingin memberi pandangan jujur akan hasil apron buatan suaminya itu.
" Tak cantik. Buruk. Hudoh. Yup, memang betul-betul buruk dan betul-betul hudoh, dah macam baju untuk tarzan jer. Eee saya tak sukalah " Luah Alisya jujur.
" Apa?! Buruk? Hudoh? Tak cantik? ishh ni aku rasa mata kau ni sakit ni. Aku tengok cantik jer apron ni " Bidas Darius cuba mempertahankan apron buatannya itu. Ye la, dia nak siapkan daun-daun pisang ni untuk jadi apron bukan senang tau.
" Macam ni awak cakap cantik? hello, saya rasa yang sakit mata tu awak! Bukan saya. Ni tengok ni, apa ni? Daun pisang ni awak just tampal-tampal dengan pengacip kertas,lepastu ni tali apron awak just ikat macam tu jer. Aishh ni silap hari bulan, awak dan saya yang jadi bahan masakan tau " Bidas Alisya pula, yang cuba menegakkan kebenaran. Tangannya pula tidak henti-henti mempamerkan gaya lagak seperti seorang juri peragaan baju.
" No! No! and No! aku tetap nak cakap yang apron aku ni cantik! tak buruk macam yang kau cakapkan tu " Bidas Darius lagi cuba mempertahankan apron daun pisangnya itu.
"Yes and Yes! Apron awak ni tak cantik! Buruk, hudoh, tak lawa langsung! Ni kalau bagi dekat tarzan ker,monyet ker atau orang hutan ker , confirm mereka semua taknak pakai " Bidas Alisya pula tidak mahu mengalah.
" No! Cantik! "
" Yes! Buruk! "
"No! No! No! Cantik jugak! "
"Yes! Yes! Yes! Tetap buruk! "
Masing-masing tetap tidak mahu mengalah, lima minit berkeadaan sebegitu, terus Cup! Satu ciuman hangat diberikan kepada Alisya.
"Kau banyak cakap sangat! Kan dah kena! " Ungkap Darius selamba, setelah selesai memagut bibir munggil Alisya itu. Dibuka langkah kakinya pergi ke arah kayu-kayu api untuk menghidupkan api. Ye la, kan niat asalnya untuk memasak, tapi alih-alih wujud pulak drama anjing dan kucing di situ. Apa nak jadi la dengan laki bini ni.
Alisya yang berasa terkejut akan ciuman drastik Darius itu diam tidak berkutik. Terus dibuka langkah menuju ke arah Darius yang sudah pergi menjauh darinya.
"Kalau saya tahu semudah tu jer saya nak dapatkan ciuman daripada awak, saya sanggup tiap-tiap saat,tiap-tiap detik,ni mulut saya ni bercakap jer selalu. Macam mulut murai tu " Ungkap Alisya bersahaja sambil tangannya memaut lengan sasa suaminya itu. Dilentokkan kepalanya pada bahu suaminya itu cuba untuk bermanja.
Darius yang melihat Alisya mula berubah menjadi lain macam tu, sifaf manjanya itu dah datang, terus dia menjetik dahi isterinya.
" Masak! bukan nak menggatal dekat aku! " Hembur Darius.
"Ye la, ye la, kita masak. Saya masakkan air cinta saya untuk awak, cia-cia" Ungkap Alisya sambil menayangkan senyuman nakal.
Darius yang mendengar cia-cia Alisya itu hanya menggelengkan kepala. Manja yang teramat, perangai macam budak-budak pulak tu, rasa macam tak percaya bahawa Alisya yang keras kepala dulu sudah berubah jadi macam ni.
" So kita nak buat apa dulu ni wahai suamiku yang kucintai dan merangkap guru masakan saya yang hensem sangat-sangat ni " Soal Alisya bernada gembira. Rasa teruja dan tidak sabar nak memasak. Perasaan dia tu orang cakap lain macam feeling dia tau.
"Hmmmmmm, aku ajar kau hidupkan kayu api dulu sebab benda ni penting. Tanpa api kita tak boleh nak memasak. Faham Tengku Alisya Riana? " Soal Darius pula kepada Alisya hanya sekadar untuk menguji tahap kefokusan isterinya untuk belajar memasak itu.
" Mestilah saya faham, sebabnya tanpa api cinta saya di dalam hati awak tu, terus jadi gelaplah hati awak " Balas Alisya selamba.
Darius yang mendengar jawapan selamba badak Alisya itu berasa geram. Nampak sangat niat Alisya itu bukannya nak belajar memasak, tapi nak menggatal !! Terus diliku kepala Alisya menggunakan tangannya.
" Auchh!! Sakitlah awak, awak ingat kepala saya ni macam hati awak ker? yang keras macam tembok konkrit tu? Ishh sakitlah " Adu Alisya sambil mengurut kepalanya yang tidak berapa sakit sangat pun sebenarnya tu. Maklumlah Alisya ni kan ada bakat berlakon yang terpendam.
" Tau pun sakit, ni hati aku lagi sakit tau sebab jenuh-jenuh aku bagi penerangan, tapi tengok-tengok kau tak dengar pun penerangan aku tu " Hembur Darius menahan sabar. Terus dirinya pergi kembali ke tempat kayu-kayu api itu.
"Ni tengok ni, macam mana aku nak hidupkan kayu api ni. Tengok dan fahamkan tau Alisya ku sayang. Mula-mula kau ambik mancis dalam beg plastik ni, lepastu kau ambik tiub getah yang ada dekat dalam bakul rotan ni, lepastu kau nyalakan mancis pada tiub getah ni. Bila api dah menyala pada tiub getah ni, kau pun terus arghhhhh!! " Teriak Darius. Tiub getah yang sudah bernyala api itu telah terlepas daripada pegangan tangannya. Terus pergerakannya tadi terhenti.
" Awak !! Awak oky tak ni? Awak ada luka tak? Api tu kena dekat kaki awak tak? " Soal Alisya bernada cemas apabila melihat tiub getah yang sudah ada api itu, tiba-tiba Darius terlepas pegang. Tangannya dan lirikan matanya tidak henti bergerak untuk memastikan Darius tidak apa-apa.
" Aku oky jer. Aku tak ada apa-apa pun. Kau janganlah risau sangat " Jawab Darius berlagak tenang. Dia berharap dengan jawapan yang diberikan olehnya itu mampu menghilangkan rasa cemas dan khuatir Alisya itu.
" Gila saya tak risau?! Tu kaki awak tu nyaris-nyaris nak terkena api tau. Awak ni,kalau yer pun saya ni cantik sangat, sampai awak rasa gugup nak ajar saya janganlah sampai terlepas benda-benda yang berbahaya. Risau saya tau kalau jadi apa-apa dekat awak " Luah Alisya sayu. Ye la, dia kan sayang sangat-sangat pada suaminya itu. Gila kalau tak risau.
" Tak ada apelah. Kau jer yang terlebih drama nak rasa risau bagai " Bidas Darius, padahal hakikatnya dirinya pun berasa risau jugak sebab terasa pelik macam manalah tiba-tiba boleh terlepas pegang, dan yang dia paling risau kalau-kalau tiub tu jatuh terhempap pada kaki Alisya. Ye la,jaraknya dan Alisya tadi tu takdelah jauh sangat.
" Dah, kita sambung balik sesi pembelajaran kita " Arah Darius.
" Tapi macam mana kalau awak terlepas pegang lagi? Saya takutlah " Soal Alisya bernada risau.
" Takde tapi-tapi. Aku cikgu kau, kau kena ikut cakap aku. In Sya Allah tak akan terjadi macam tu lagi. Kita berdoa banyak-banyak " Ungkap Darius serius apabila Alisya cuba membantah.
Petang itu,maka bermulalah sesi belajar memasak daripada chef yang tersohor di hati Alisya iaitu siapa lagi Darius lah, dan pelajarnya pula adalah ulat bulu yang sentiasa berasa miang dan gatal itu,siapa lagi kalau bukan Alisya lah.
****************************
" Mak Tam, ooo Mak Tam " Panggil Tengku Shahril setelah kelibat bibiknya itu tidak kelihatan. Baju melayu yang dipakainya sewaktu solat tadi belum ditukar. Rasanya tak perlu kot sebab dah selesa dengan pakaiannya itu.
" Yer Tan Sri. Ada apa panggil saya ni? " Tanya Mak Tam.
"Ni haa, makan malam dah siap semuanya? Sebab nanti ada tetamu istimewa nak datang rumah " Jelas Tengku Shahril.
"Dah siap semuanya. Cuma tunggu untuk dijamah jer Tan Sri " Jawab Mak Tam.
"Baguslah kalau macam tu, terima kasih yer Mak Tam " Ucap Tengku Shahril dengan menayangkan senyuman manis. Walaupun Mak Tam hanyalah seorang pekerja di rumahnya, tapi dia sudah menganggap bahawa bibiknya itu sebagai seorang emak. Ye la, semenjak dia berpisah dengan arwah isterinya, Mak Tamlah yang telah menjaga Alisya bagai menatang minyak yang penuh.
"Tapi, siapa tetamu istimewa yang dimaksudkan Tan Sri tu? " Soal Mak Tam pelik. Ye la, sepanjang dia kerja di sini,setelah peristiwa penceraian antara majikannya dengan bekas arwah isterinya itu, Tengku Shahril tidak pernah mengajak tetamu-tetamu datang ke rumah,melainkan kawan-kawan Alisya.
" Mummy Darius " Jawab Tengku Shahril dingin.
"Ouh" Hanya satu perkataan sahaja yang terbit daripada bibir tua Mak Tam, seolah-olah tidak mahu berkata apa. Terus dia meminta izin daripada majikannya itu untuk berlalu dari situ.
" Ya Allah, engkau permudahkanlah aku ketika aku berjumpa dengannya nanti, Aamiin " Doa Tengku Shahril berharap semuanya akan berjalan lancar sebentar nanti.
Share this novel