Bab 22.

Romance Completed 86682

Dirinya mengatur langkah menuju ke muka pintu rumah banglo mewah milik kawan baiknya itu. Senyuman kegembiraan jelas terpancar pada raut wajahnya selepas hampir dua puluh tujuh tahun dirinya menanggung rindu. Door bell mewah itu ditekan.

Tengku Shahril yang sememangnya daripada tadi menunggu tetamunya di ruang tamu itu terus berdiri. Langkah kakinya dibuka menuju ke arah muka pintu.

" Hye Shahril ! " Sapa Melissa ceria. Kedua-dua belah tangannya didepakan cuba untuk memeluk sahabat baiknya.

" Why? What's wrong? I ada buat salah ker? " Soalnya pelik apabila Tengku Shahril menolak pelukannya itu. Of course dia berasa pelik, sebab sebelum ni kalau nak dipeluk, nak dicium sahabatnya itu Tengku Shahril hanya merelakan. Tapi, kali ni berlaku sebaliknya pula.

" I cuma, rasa tak selesa Melissa " Balas Tengku Shahril. Rasa bersalah pula apabila menolak pelukan sahabatnya itu, tapi bila difikirkan balik, itu yang sepatutnya dia lakukan. Cukuplah dia melakukan dosa bersentuhan dengan perempuan yang tiada ikatan apa-apa dengan dirinya. Dia dah insaf.

" Are you serious? This is Tengku Sharil right? " Tanya Melissa keliru, rasa macam tidak percaya bahawa sahabatnya itu sudah berubah.

" Yes. I'am " Jawab Tengku Shahril berserta dengan anggukan.

" You taknak masuk ker? Jomlah masuk, tercegat kat situ buat apa, meh masuk jom " Pelawa Tengku Shahril apabila melihat Melissa masih tercegat di muka pintu. Mungkin masih lagi cuba untuk menghandam atau menerima bahawa sahabat baiknya itu sudah berubah.

Melissa yang mendengar pelawaan sahabatnya itu hanya tersenyum kelat. Terus diatur langkah masuk ke dalam rumah atau lebih tepat ruang tamu yang sememangnya khas untuk tetamu istimewa seperti dirinya itu.

" I rasa macam tak pernah sangka yang sahabat baik I yang dulu suka berfoya-foya macam I ni dah berubah. I yakin You berubah macam ni mesti sebab wife kesayangan You kan? " Luah Melissa membuka perbualan setelah sepuluh minit masing-masing mendiamkan diri.

"Wait for a second, I rasa I tak nampak pun kelibat Syarifah? Where is she? Dia taknak ker lepaskan rindu jumpa bff dia ni " Soal Melissa lagi. Dirinya itu masih belum tahu bahawa bff nya itu sudah tiada.

" Sharil, I tanya You ni, mana Syarifah? I rindu sangat-sangat tau dekat bff I tu and You know, selain daripada Syarifah I lebih rindukan anak I. Boy mana? " Soal Melissa apabila dua gerangan insan yang sangat dirinduinya langsung dia tidak nampak.

Tengku Shahril yang mendengar berbagai soalan ditanyakan oleh sahabat baiknya itu menghela nafas. Terasa berat bibir tuanya itu untuk membuka mulut. Semua jawapan-jawapan akan setiap soalan itu baginya terasa sangat menyakitkan dan memeritkan.

" Mel, I nak bila I jawab semua soalan-soalan You tu, You boleh terima yer and You just anggap apa yang berlaku semua ini ketentuan takdir " Ungkap Tengku Syahril dengan nada yang lembut cuba menghadirkan rasa nyaman sebelum peperangan akan meletup sebentar nanti.

Matanya memandang wajah Melissa yang berdarah campuran Chinese dan Scotland itu. Helaan nafas ditarik cuba mencari kekuatan untuk menjawab semua persoalan daripada Melissa.

" For your information, wife I atau lebih tepat my ex wife dia dah pergi. Lima tahun yang lalu Syarifah terlibat dengan kemalangan dan sebelum dia kemalangan, I memang dah lama berpisah dengan dia. Kami berpisah dalam dua puluh empat tahun yang lalu, semasa arwah baru lima hari lahirkan anak perempuan I, so I harap jawapan I ni mampu untuk menjawab persoalan You tu " Jawab Tengku Shahril cuba menahan sebak di dada.

" What?! Syarifah dah pergi? Maksud You, my bff dah pergi tinggalkan dunia ni? Syarifah dah meninggal? " Soal Melissa yang berasa terkejut. Dia langsung tidak percaya bahawa bff dia itu sudah pergi. Apa semua ni? OH MY GOD apa yang dah berlaku ni?!

" Yes! Syarifah dah pergi. Dia dah pergi tinggalkan kita. I yang penyebab dia pergi Mel. I punca Syarifah terlibat dengan kemalangan ngeri yang I cipta. I dalangnya ! Sekarang I rasa bersalah, I kesal dengan setiap perbuatan I padanya. I kesal Mel. I kesal !! " Luahnya sayu. Air matanya mula gugur membasahi pipinya itu. Setiap apa yang berlaku begitu sulit untuk dia terima, dia kesal, dia kejam, dia jahat!!

" Dah, You jangan sedih oky. I rasa You langsung tak berniat untuk buat semua tu kan, so You jangan sedih , You terima jer semua ni yer " Pujuk Melissa. Bahu sahabatnya itu digosok lembut cuba menenangkan diri sahabatnya itu.

" I oky. I dah terima semua ni dengan hati yang redha " Jawab Tengku Shahril terus dialihkan pegangan tangan Melissa pada bahunya itu.

" Baguslah kalau macam tu. Kalau You dah redha, sebab untuk hadirkan rasa redha itu dalam diri kita, it's not easy. Well, I pun dah pernah rasa apa yang You rasa Shahril. Rasa rindu yang tiada penghujungnya " Ungkap Melissa jujur. Dirinya juga pernah merasai betapa sakitnya, betapa peritnya akan erti kehilangan, kehilangan orang yang kita cintai dan orang yang kita sayang.

Tengku Shahril yang melihat perubahan gaya percakapan sahabatnya itu terus cuba untuk mengalihkan topik. Tidak mahu sekiranya sahabatnya yang sudah pulih daripada penyakitnya itu kembali menjadi seperti dua puluh tujuh tahun yang lalu.

" Mel, jom kita makan. I dah suruh Mak Tam siapakan dinner untuk kita malam ni " Pelawa Shahril.

Melissa yang mendengar pelawaan sahabatnya itu hanya menggangguk kecil. Terus dibuka langkah menuruti Tengku Shahril yang sudah mengorak langkah menuju ke ruang makan.

" Mel, You oky tak ni? " Tanya Tengku Shahril bernada risau, apabila melihat Melissa hanya termenung. Makanan di hadapannya itu langsung tidak dijamah.

" I oky. You jangan risau sangatlah. Jom makan " Jawab Melissa apabila menyedari perbuatannya yang termenung memikirkan masa lalunya itu. Dia dah pulih sepenuhnya, so please masa laluku pergilah engkau menjauh dari fikiranku ini. Gerutunya di dalam hati.

" Shahril, You tak jawab lagi semua soalan-soalan I. Mana boy? I langsung tak nampak kelibat anak I pun " Tanya Melissa sambil matanya diliarkan ke segenap sudut ruang makan itu, berharap anaknya Darius akan munculkan diri. Rasa rindu pada anaknya itu sudah tidak tertahan.

" Boy outstation. Dia busy sikit terpaksa pergi outstation tiga hari sebab tu You tak nampak kelibat anak You tu " Tipu Shahril cuba menyembunyikan situasi yang sebenar.

" Ouh, I see. So nampak gayanya I kena datang semula la ke rumah You untuk jumpa dengan boy " Ungkap Melissa hampa. Terus selera makannya hilang. Dia berdiri, ingin mengatur langkah untuk pergi, well kalau dia lama-lama duduk kat situ, bukannya dia dapat berjumpa dengan anaknya.

" Melissa! You nak pergi mana? " Soal Shahril.

" I nak balik. I nak restkan badan I. Well I kan baru jer balik sini " Jawabnya dengan nada yang hambar. Entah dia rasa macam moodnya untuk berbual lama-lama dengan sahabatnya itu dah tiada.

" Mel, I ada sesuatu nak beritahu dekat You " Ungkap Tengku Shahril. Dia masih ragu-ragu untuk memberitahu perkara ini atau tak. Tapi, kalau tak diberitahu, sampai bila dia harus simpan rahsia ni? Lebih baik dia jujur sahaja, luahkan hal yang sebenar pada sahabatnya itu. Melissa berhak tahu semua ini.

" You nak bagitahu apa? Tell me. I give u five minutes to talk " Arah Melissa. Terus badannya itu dipalingkan menghadap sahabat baiknya itu.

" Darius, anak You , I dan Syarifah dah islamkan dia " Luah Tengku Shahril dengan teragak-teragak
kerana berasa takut untuk menyatakan hal itu, maklumlah Melissa dan suaminya itu bukannya beragama Islam.

" Nama boy pun kami dah tukar. No more Eric Darius Chirstian Richad. Kami dah tukar jadi Eric Darius Arrayan bin Abdullah, and untuk pengetahuan You, nama ni boy sendiri yang pilih, boy sendiri yang mintak dengan I dan arwah Syarifah untuk tukarkan namanya " Luahnya lagi cuba untuk beranikan diri memberitahu perkara yang sebenar.

" What?! SHAHRIL!! You tipu I kan? " Melissa beriak terkejut. Dirinya tidak mampu untuk mempercayai akan apa yang telah diberitahu sahabatnya itu. Agama anaknya dah ditukar lepastu nama pun ditukar jugak? Oh My God!! kenapa semua ni jadi macam ni.

Tengku Shahril hanya mengangguk kecil. Rasa takut untuk bertentang mata dengan Melissa yang sudah seperti bom, bila-bila masa sahaja akan meletup.

" Apa semua ni Shahril?! I, I tak boleh terima dengan apa yang You bagitahu pada I. Shahril You sendiri tahukan, yang I dan Richard kami, tak minat langsung dengan agama You, and now You nak cakap yang anak lelaki I dah masuk Islam and dah pun jalani kehidupan macam orang Islam, lepastu nama pun dah berubah jadi nama orang Islam?! Ape ni?! Kenapa You buat semua ni?! Kalau Richard masih lagi hidup pasti dia akan marah dan menentang sekeras-kerasnya perbuatan You !! " Hembur Melissa menahan marah. Langsung tidak pernah menyangka, kepulangannya ke tanah airnya setelah lama dia mendapatkan rawatan di negara suaminya itu, tiba-tiba diberi khabar berita yang langsung tidak boleh dia terima. Darius anak dia, hasil pernikahannya dengan suaminya, Richard. Tapi apa ni? Anaknya, darah dagingnya tapi menjalani kehidupan berlainan agama dengannya.

" Mel, bagi I peluang untuk jelaskan semua ni. I dan Syarifah buat semua ni sebab kami kesiankan anak You " Luah Shahril cuba memberitahu hal yang sebenar.

" Kesiankan anak I ? Shahril, yang sepatutnya You kesiankan adalah I. You tahu kan, yang I serahkan anak I pada You dan Syarifah untuk jaga. Jaga anak I sebab I nak ubati sakit meroyan I yang tak boleh terima kematian Richard !! Tapi apa yang You buat? You ubah agama dia ! You kejam !! I dah kehilangan suami I and sekarang You nak I hilang anak pulak?! " Luah Melissa lagi. Sungguh dia tidak menyangka sahabatnya akan menukarkan agama anaknya. Selama ini dia menyerahkan hak penjagaan anaknya kepada sahabatnya itu kerana dia mesti menerima rawatan psikolgi untuk pulihkan sakit meroyan postanumnya itu. Meroyan kerana baru sebulan dia melahirkan Darius, Richard iaitu suaminya telah pergi kerana sakit jantung.

" Yes, I tahu yang You serahkan Darius pada I dan Syarifah untuk kami jaga, tapi apa yang kami buat ni untuk kebaikan dia " Jelas Tengku Shahril cuba menerangkan hal yang sebenar. Memang betul pun apa yang dia dan arwah isterinya lakukan. Buat semua ni untuk kebaikan Darius kerana agama yang sebenarnya adalah agama Islam. Dia dan arwah isterinya islamkan Darius sewaktu umurnya empat tahun dan pada masa tu, Darius sendiri yang nak mengenal agama Islam.

" Itu bukan kebaikan, tapi itu keburukan !! Boy akan pergi menjauh dari I sebab agama dia dan agama I berbeza. Kalau I tahu semua ini akan terjadi, I takkan pernah sesekali mintak pertolongan daripada You dan Syarifah untuk jagakan anak I " Luah Melissa sayu. Andai dapat dibeli mesin putaran waktu, ingin sahaja dirinya itu memutar kembali waktu. Ingin sahaja dirinya menyerahkan hak penjagaan kepada mana-mana pasangan yang memerlukan anak, tapi bukannya pasangan beragama Islam. Dia meminta pertolongan dengan dua sahabat baiknya itu pun kerana pada waktu itu dia sudah tiada siapa-siapa untuk meminta tolong, dia anak tunggal, mama dan papanya pula sudah meninggal. Rasa menyesal terbit di hatinya. Terus dibuka langkah kakinya beredar dari situ. Tidak ingin mendengar apa-apa penjelasan lagi.

"Mel dengar dulu penjelasan I. I tak habis cakap lagi ni " Ungkap Tengku Shahril. Kini, dia berdiri berhadapan Melissa, cuba untuk menghalangi daripada sahabatnya itu pergi.

" I tak nak dengar apa-apa lagi. I nak You beri ruang dekat I untuk terima semua ni. Kalau Tuhan terdetikkan hati I untuk terima semua ni, I datang balik jumpa You. I pergi dulu " Ungkap Melissa, terus kakinya mengorak langkah beredar dari situ.

" Ya Allah, engkau bukakanlah hati sahabatku untuk menerima semua ketentuan takdir Mu ini. Sesungguhnya engkau berkuasa dalam membuka pintu hatinya itu " Doa Tengku Sharil. Berharap suatu hari nanti, Melissa mampu untuk menerima semua ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience